Sunday 28 January 2024

'Plot Twist' Dari Muzium UK?

Oleh: Srikandi

Menarik kenyataan dari kurator Muzium Diraja Greenwich (RMG) di London baru-baru ini.
Menurut Alex Grover, penolong kurator gambar bersejarah dan rancangan kapal muzium, model itu dibuat oleh pembuat China Tung Ya.
Bagaimanapun, katanya, reka bentuk jong di rantau Asia Tenggara berkemungkinan mempunyai persamaan dengan kapal China disebabkan oleh proses silang budaya.
Sebelum ini ada isu dua ahli akademik Universiti Putra Malaysia yang telah menerbitkan kertas kerja menggunakan gambar yang sama sebagai contoh "model jong Melayu".
Tapi menurut kurator muzium UK itu:
"Selepas berunding dengan rakan sekerja lain, kami percaya bahawa model yang dinyatakan adalah dikaitkan dengan betul,"
Mengapa dia buat kenyataan macam tu?
Sebabnya, model itu telah dibuat pada tahun 1938 oleh Tung Ya di China. Ia telah ditugaskan oleh Leftenan Komander David Waters, yang berkhidmat di Stesen China pada kapal pengangkut pesawat HMS Eagle pada masa itu.
Namun, menurut Grover:
"Kami memahami, bagaimanapun, kemungkinan terdapat proses pengaruh silang budaya dalam reka bentuk jong di Asia Tenggara, yang menghasilkan persamaan yang meluas di seluruh rantau ini."
Ini kerana menurut pengkaji seperti Anthony Reid, menjelang abad keenam belas, kapal kargo besar itu mempunyai pelbagai pengaruh dan boleh dirujuk sebagai sejenis jong hibrid 'Laut China Selatan', di mana bukti arkeologi marin menunjukkan laut Asia Tenggara pada abad ke-16 telah dikuasai oleh kapal kargo besar jenis biasa, menunjukkan ciri-ciri kebanyakannya Asia Tenggara tetapi dengan campuran Cina.
Contoh jong itu adalah kenaikan air dengan tiga atau empat tiang layar dan pelbagai badan kapal, di mana ianya bukan sahaja dikendalikan oleh 'orang Jawa' dan Melayu malah orang China juga.
Dalam kata lain, bentuk jong pada masa itu 'universal' dan piawai dengan campuran rekabentuk tempatan dan China.
Memang dalam sejarah, orang Cina belajar buat kapal yang boleh merentas laut lepas melalui orang-orang Malayo-Polinesia termasuk Melayu. Sebab layar jong tu pun adaptasi dari layar tanja.
By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade.
The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92).
(Maritime Southeast Asia to 1500 oleh Lynda Shaffer)
Pembuatan jong didominasi orang Jawa, tapi penggunaannya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pedagang Melayu, sebab itu bahasa Melayu lebih meluas digunakan di Selat Melaka sehingga Kepulauan Filipina sebagai lingua franca perdagangan.
Dicatatkan:
"If he moved beyond his own island he needed the Malay language and he needed acceptance and contacts in the trading cities."
(Charting the Shape of Early Modern Southeast Asia oleh Anthony Reid)
Menarik kan 'plot twist' ini. Pengakuan dari tuan punya muzium. Semoga isu ini akan membuka fikiran pakar perkapalan Melayu atau pengkaji kapal Melayu supaya rajin dan segera menerbitkan makalah sebenar (bukannya mengharap ahli bahasa dengan rujukan wikipedia) dan segera membikin model dan lakaran perahu dan kapal Melayu supaya mudah dijadikan rujukan generasi mendatang.
Sebenarnya jong Melayu tu memang terbukti dalam sejarah, menurut Rui de Araújo, di pelabuhan Melaka terdapat kira-kira 100 jong dan sekurang-kurangnya 30 darinya dimiliki oleh sultan dan pedagang Melayu tapi pakar kapal kita dan seniman kita 'lupa' agaknya nak buat model jong Melayu atau lukis sampel jong Melayu untuk buat rujukan generasi kelak.
Isu macam ini pun bagus juga, menarik minat anak-anak Melayu kepada budaya maritim dan perkapalan Melayu.
~Srikandi
The History of Thy Beloved
*buku alter terahsia restock: https://shope.ee/A9i0MoPMGo

Copy and paste:
28 January 2024 > 17 Rejab 1445H: 10.48 pm

Saturday 27 January 2024

MELAYU BUKAN PEMALAS : SENARAI ORANG-ORANG MELAYU YANG HEBAT SEPANJANG ZAMAN

DISUSUN OLEH : HJ ZULHEIMY MAAMOR

** Segala maklumat dalam dokumen ini saya kumpulkan dari usaha saya sendiri dengan mencari dan mengkaji dari buku-buku dan jurnal-jurnal sejarah serta dalam talian. Sekiranya ingin menyalin atau menyebarkan, sila catatkan kredit atas nama saya.....Saya tidak menghalalkan sebarang Salinan atau Copy paste tanpa memberi sebarang kredit kepada saya... hargai penat lelah dan usaha seseorang dalam berkongsi ilmu... Terima kasih....... **
  1. Abdul Aziz bin Ismail > anak Melayu pertama menjadi Pengetua Maktab Melayu Kuala Kangsar
  2. Abdul Basit Bin Abdul Rahman (Dato' Dr.) > Agamawan dan Ahli Akademik Malaysia, memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Islam Madinah pada 2005 dan merupakan anak Malaysia ke 3 memperolehi PhD dari Universiti tersebut
  3. Abdul Hadi Awang (Tuan Guru Haji) > dilantik Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (2014 - 2018)
  4. Abdul Halim bin Ismail (Datuk Dr. ) > Ketua Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad yang pertama pada Julai 1983. 
  5. Abdul Hamid bin Bidin (Lt.Gen. Tan Sri) > anggota tentera dari Lain-lain pangkat yang pertama sampai ke pangkat Jeneral
  6. Abdul Jalil bin Ibrahim > orang awam pertama dikurniakan Pingat Seri Panglima Gagah Berani (SPGB). Beliau terbunuh dalam siasatan kes Bumiputra Finance Bhd di Hong Kong pada Julai 1983. 
  7. Abdul Kadir bin Said (CPOSM) > anggota Malay Navy ketika Perang Dunia Kedua. Anak Melayu pertama dikurniakan pingat Distinguished Service Medal oleh Kerajaan British kerana keberaniannya menentang Tentera Jepun di atas kapal HMS Kudat. 
  8. Abdul Kadir Bin Setia Raja  > Pengarang Akhbar Melayu "Seri Perak" di Taiping pada 1893. 
  9. Abdul Kadir bin Yusof (Tan Sri Datuk Hj) > Peguam Negara yang pertama
  10. Abdul Latif Romly (Datuk) >  memenangi pingat emas menerusi acara lompat jauh T20 pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil malah memecahkan tiga rekod dunia.
  11. Abdul Malek bin Mohd Nor > Pemenang 2 Pingat Emas dalam Asian Body Builder (1985/86). 
  12. Abdul Malik bin Abdul Karim @ HAMKA (Dr.Hj) > (lahir 1908) -  Ulama Melayu Agung sepanjang zaman - satu-satunya ulama Nusantara yang menghasilkan kitab Tafisr Al Quran iaitu Tafsir Al-Azhar
  13. Abdul Malik bin Mydin > Rakyat Malaysia pertama merenangi Selat Inggeris sepanjang 33 km pada Ogos 2003
  14. Abdul Rahim Kajai > Pengarang Utusan Melayu yang pertama
  15. Abdul Rahman bin Hashim (Allahyarham Tan Sri) > Ketua Polis Negara yang ditembak mati oleh 2 pengganas komunis di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.
  16. Abdul Rahman Limbong > Mengetuai Kebangkitan menentang Inggeris di Terengganu. 
  17. Abdullah II bin Hj Ibrahim @ Abdullah Fahim (1869 - 1961) > Cendekiawan Islam dan Ahli Falak, datuk kepada Tun Dato' Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliaulah yang memberi tarikh kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 berdasarkan ilmu Falak
  18. Abdullah bin Taib (Datuk) > Pemilik Kompleks Sukan The Pegasus Country Club di Essex, United Kingdom. 
  19. Abdullah Hukum > antara perintis yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur pada 1880an. Nama beliau diabadi pada Setesen LRT Abdullah Hukum. 
  20. Abu Hassan bin Abdullah (Major) > Pegawai Memerintah pertama Gerup Gerak Khas (Komando) pada 23 Februari 1965. 
  21. Abudi Alsagoff > Atlet Parkout Professional Malaysia yang bekerja di Dubai. Pada tahun 2015 dia melakukan gaya human flag di bangunan kediaman tertinggi di dunia, Marina 101 di UAE. 
  22. Adam Norodin > Pelumba Moto3 Negara di Asia Talent Cup 2014 & 2015 dan kejohanan Dunia Junior FIM CEV Moto3 2015 dan 2016.  
  23. Adnan bin Saidi (Leftenan) > Pegawai Rejimen Askar Melayu yang terkorban dalam Pertempuran Bukit Candu, Singapura pada 14 Februari 1942. 
  24. Adruja Wijayamala Singa > Puteri Sultan Muhammad @ Raja Sang Tawal yang memerintah Kerajaan Malayur (Selatan Thai) yang telah memenggal kepada Raja Thailand, Raja Khamkheng pada 1317 Masehi
  25. Aduwati bt Sali (Assoc.Prof. Ir.Dr.) > Pakar Panel yang mengupas kehilangan pesawat MH370. 
  26. Afifi al-Akiti (Dato' Dr.) > Anak Melayu pertama berjaya menjadi pensyarah di Universiti Oxford
  27. Ahmad Fadzil Musa @ Pa'Din Musa > atlet papan selaju (skateboard) yang paling berjaya di Malaysia apabila melakar sejarah memenangi dua pingat emas kejohanan sukan lasak Asian X Games pada 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur.
  28. Ahmad Maher bin Hj Ismail (Dato.Hj) (1904-1968) > Bekas Mufti Kelantan, anak Melayu pertama yang pernah mendapat Syahadah Ulya (Sijil Tinggi) di Mesir .
  29. Ahmad Rifqi bin Md Zain (Dr.) > anak Melayu pertama berkhidmat sebagai Felo Penyelidik Fizik Gunaan dalam Kumpulan Penyelidikan Profesor Marko Loncar di John Mc Kay Lab , John A. Paulson Building, Harvard University. 
  30. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar (Dato' Seri Dr.) > Menteri Besar Terengganu, Penganalisis Kejuruteraan Aeroangkasa Tragedi MH370 dan MH17.
  31. Ahmad Syahid bin Ahmad Fawzal (Dr.) @ Aid Fawzal > Pencipta Konsep Nombor Fawzal yang digunakan untuk membantu penentukan prestasi penyejukan. 
  32. Ahmad Yusuf Bin Ahmad Azani > mengharumkan nama negara apabila berjaya menamatkan pengajian di United States Naval Academy (USNA) pada 28 Mei 2021. 
  33. Ahmad Zulfadli Khamidi > remaja berusia 13 tahun berjaya membagunkan aplikasi buku teks digital untuk menguranakan kebergantungan kepada buku teks fizikal  dalam era digital ketika ini. 
  34. Aida binti Arzahari (Lt.Maritim) > wanita pertama menjadi Pegawai Memerintah Kapal Maritim KM Nyalau yang berpengkalan di Lumut, Perak.
  35. Ainun binti Mohd Said (Datuk) > wanita pertama dilantik menjadi Peguam Negara pada tahun 2000
  36. Aishah bt Ghani (Datuk Paduka Hajjah) > wanita Melayu pertama menjadi Senator
  37. Ali Hassan bin Mohd Hassan > Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd - pengedar rasmi  bagi Kelab Liverpool FC di Malaysia,  Malah merupakan syarikat penyedia kelengkapan sukan yang terlibat dengan arena sukan dunia termasuklah Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Sukan Olimpik Beijing dan juga Piala Dunia FIFA 2010!
  38. Amalina bt Bakri (Dr.) > Pelajar Terbaik SPM tahun 2004 dengan mendapat 17A. Bertugas sebagai Doktor Pakar Bedah di London. 
  39. Amewa binti Ahmad (PW1 KNA) > anggota wanita Tentera Laut DiRaja Malaysia yang pertama dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren 1
  40. Aminuddin Baki > anak tempatan pertama menjadi Ketua Penasihat Pelajaran
  41. Anita binti Yusof > diiktiraf oleh Asia Book of Records sebagai wanita pertama menjelajah Dunia dengan Motosikal. Beliau telah menjelajah hampir 50 negara dengan Motosikal. 
  42. Asma bt Ismail (Prof. Datuk Dr.) > Naib Canselor wanita Pertama Universiti Sains Malaysia pada 2016. Beliau telah menjalankan ujian diagnostik pantas untuk kepialu yang dipanggil TYPHIDOT, yang dianjurkan oleh WHO. Beliau telah menerbitkan lebih 130 kertas kerja dalam dan luar negara.
  43. Awang Hamat Mat Lazim > Rakyat Malaysia yang pernah menjadi Pengadil Bolasepak World Cup Tournament 1997 - 99.
  44. Awang Ramli Amit Mohd Deli > Anggota Kumpulan Sulit Rukun 13 yang menentang Inggeris di Sarawak - dihukum Gantung pada 13 Disember 1949 bersama Rosli Dhoby
  45. Azarol Faizi > Pengasas bateriku.com , syarikat pembekal dan jualan bateri kereta terbesar  di Malaysia. 
  46. Azhar bin Mansur (Dato') > Rakyat Malaysia pertama mengelilingi Dunia secara solo melalui kapal layar pada tahun 1999
  47. Azman Bin Hashim (Tan Sri) > Asian Banker of The Year 1985 dan Asean Businessman of the Year 1993
  48. Azizulhasni Awang > pelumba Basikal pertama negara meraih pingat Gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil
  49. Baharuddin bin Abu Kassim > Arkitek utama Masjid Negara Kuala Lumpur. 
  50. Bujang Suntong > Ahli Kumpulan Sulit 13 yang menentang Inggeris di Sarawak. Dihukum gantung pada 3 Disember 1949 kerana terlibat dalam pembunuhan Gabenor Sarawak Sir Duncan Stewart
  51. Burhanuddin Al-Helmi (Dr.) > Pemimpin PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) yang menentang Perlembagaan Persekutuan 1948. Beliau juga adalah Pengasas Homeopathi di Malaysia
  52. Burhanuddin Md Radzi > mencipta Siri Animasi Upin & Ipin bersama isterinya Ainon Ariff sejak 2007. 
  53. Che Ibrahim bin Che Ismail > Pengerusi Eksekuti Konsortium E-Mutiara Berhad. 
  54. Cik Siti Wan Kembang > pemerintah Wanita yang pernah memerintah Kelantan dari 1610 - 1677 Masehi
  55. Cut Keumalahayati (Laksamana) > Laksamana Wanita Pertama di Dunia Moden lahir di Aceh pada 1585M. Beliau memimpin pasukan tentera "Inong Balee" yang terdiri dari Janda-janda Aceh. 
  56. Dali bin Omar > Pemain bolasepak Malaysia yang pertama beraksi di Luar Negara, bermain untuk Kelab Azzuri, Australia pada 1972. 
  57. Dato' Bahaman > Orang Kaya Semantan yang menentang Inggeris di Pahang. 
  58. Dato' Sagor > Penentang Inggeris di Perak - dijatuhkan hukuman gantung kerana terlibat dalam pembunuhan Residen British di Perak, J.W.W. Birch pada 1875. 
  59. Datuk Patinggi Ali > Ketua Kaum Melayu Sarawak yang menentang Pemerintahan James Brooke di Sarawak. 
  60. Daud bin Ibrahim > Olahragawan Kebangsaan 1971 (Lumba Basikal). 
  61. Dayang Anita binti Abdul Aziz (Prof.Dr.) > Pakar Perunding Kanan Bedah Kanak-Kanak yang menyarankan semua jenis prosedur Female Genital Mutilation (FGM) atau berkhitan buat bayi dan kanak-kanak perempuan diharamkan di Malaysia.
  62. Dol Said > Penghulu Naning di Melaka yang menentang Inggeris dalam Perang Naning (1831-32). 
  63. Eleena Binti Sultan Azlan Muhibuddin Shah (YAM Raja Dato' Seri) > Wanita Melayu terkaya di Malaysia dan Wanita Malaysia yang kedua terkaya selepas Puan Sri Lee Kim Hua (Balu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong).  
  64. Eliesmaziah bt Alias (Dr.) > Tudung rekaan diberinama MoreSlim dipilih untuk dipakai anggota Polis Wanita Muslim  di United Kingdom pada 2018. 
  65. Emilia binti Kamaruddin (Lt.Kol. Udara) > juruterbang pesawat pejuang wanita yang pertama di Malaysia
  66. Engku Mohamad Ikhwan bin Engku Shamsu > Juara Kejohanan WOBLeague di Jerman pada 2019 > sukan ‘Street workout’ dan ‘Calisthenics’ pada kejohanan tersebut.
  67. Faiz bin Khaleed (Mejar Dr.) > Pakar Pergigian ATM , salah seorang dari 2 calon Program Angkasawan Malaysia di Rusia pada 2006. 
  68. Faiznur Miskin > Memenangi 5 Pingat Emas dalam acara Jimnastik di Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur. 
  69. Farah Roslan (Dr.) > mencipta tudung pakai buang pertama bakal digunakan dihospital seluruh United Kingdom.
  70. Faridah binti Awang (Prof.Dr.) > anak Malaysia yang mencipta nama di University Eastern Kentucky, Amerika Syarikat sebagai Professor Penuh. 
  71. Fatimah Bee bt Mohd Hashim (Komander TLDM) > Pegawai Wanita TLDM yang pertama menyandang pangkat Komander TLDM pada tahun 2002
  72. Fatimah binti Hashim (Puan Sri) > Menteri Wanita yang pertama di Malaysia pada tahun 1969
  73. Fauziah binti Suhaili @ Fauziah Gambus > Pemain Gambus wanita pertama di Malaysia
  74. Fazilah binti Makun (Lt. TLDM) > Pegawai Wanita TLDM yang pertama mengikut pelayaran Operasi KD Mahawangsa ke Somalia pada 7 September 2008
  75. H.M. Shah > membuka stesen Minyak Shell yang pertama di Petaling Jaya di Jalan Gasing pada tahun 1955. Juga adalah pengasas Shah Village. 
  76. Hafeez Jeofrey > Pelajar PhD Imperial College London mengharumkan nama negara apabila hasil Kajiannya diterbitkan oleh Jurnal Saintifik berprestij Nature Communications pada 2018.
  77. Hafizah binti Noor Isa > calon PhD Universiti of Glasgow berjaya membuktikan Teori Gelombang Graviti yang dikaji oleh Ahli Fizik Barat iaitu Albert Einstein 100 tahun yang lalu benar-benar berlaku. 
  78. Hafizh Syahrin > Pelumba MotoGP pertama Malaysia
  79. Hakeem Mohamad Akmal > mendapat gelaran tertinggi di Malaysia dan dunia oleh ACCA yang berpengkalan di United Kingdom pada tahun 2019. 
  80. Halim bin Othman (Datuk) > Juruterbang Malaysia yang merangkut gelaran Sulung Piala Cabaran pada Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Redbull 2014 di Ascot, Britain. 
  81. Hanafiah bin Hussain (Tan Sri) > anak Melayu pertama menjadi Chartered Accountant, juga Pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yang pertama pada tahun 1964 dan Pengerusi FAMA yang pertama pada tahun 1965
  82. Harith bin Ahmad (Prof.) > Seorang Saintis dan Inovator yang dinobatkan sebagai Profesor Ulung pada 2014. 
  83. Harun Mat Piah (Dr.) > Pakar Manuskrip Melayu, meninggal dunia 10 September 2019 akibat kemalangan jalanraya. 
  84. Harun bin Taib (Brig.Gen. Dato' ) > Panglima Gerup Gerak Khas yang pertama
  85. Hasnah bt Toran (Prof.Madya) > Pengarah Pusat Permata Kurnia - Sekolah Khas Autisme di Malaysia.
  86. Hasrul Zakariah (Dr.) > pakar Sejarah Islam dan Sejarah Asia Barat. Menjadi Felo Sejarah di Universiti Oxford. Sering berdebat dengan orentalis Yahudi di Bercelona.
  87. Hassan bin Din (PW2) > anak Melayu pertama dihantar berkursus di Royal Military School of Music, Kneller Hall, England dan juga anak Melayu pertama menjadi Pengarah Muzik Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)
  88. Hijjas Kasturi > Arkitek Bangunan Tabung Haji, Bangunan Dayabumi, Menara Telekom dll...
  89. Ibrahim Anon @ Ujang > Kartunis Malaysia yang mengilhamkan majalah Ujang. 
  90. Ibrahim bin Hassan @ Ibrahim Pendek > anak Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood pada tahun 1962 dalam filem berjudul "The Spiral Road" bersama Rock Hudson. 
  91. Imelda Balchin @ Imelda Nasreen binti Nasruddin (Dr.) > Pakar Obstetrics & Gynaecology yang menghasilkan buku "Mai Chek Nak Habaq - 100 Mitos Kesuburan dan Kehamilan". 
  92. Imran Abdul Jabar > Pengasas Laman SIFOODOTCOM pada tahu 2000, laman web rujukan bidang grafik, web dan multimedia di Malaysia. 
  93. Irma Nurzahrah Binti Juniah > Pemidato Terbaik Dunia dalam Kejuaraan Debat Universiti Dunia pada tahun 2004
  94. Ismail bin Dato' Abdul Rahman (Dato' Dr.)> Wakil Tetap Malaysia yang pertama ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  95. Ismail bin Ibrahim (Datuk Dr. ) > Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang pertama pada 3 Julai 1992
  96. Ismail bin Md Salleh (Prof.Datuk Dr.) > Insan istimewa yang kurang penglihatan, namun mempunyai nama besar di Malaysia dan juga di dunia. Pernah dinobatkan dalam Guiness Book or World Record sebagai OKU pertama di Malaysia mendapat Ijazah PhD. Beliau juga dinobatkan sebagai Pakar Ekonomi OKU pertama di Malaysia. Meninggal dunia pad 27 Ogos 2009.
  97. Ismail Omar bin Abdul Aziz > Pengetua Pertama Kolej Islam Kelang pada 1955
  98. Ismawi bin Zen (Prof.Dr.) > salah seorang daripada 6 ahli panel dalam Projek Pembesaran Masjidilharam di Mekkah dan juga penasihat Raja Arab Saudi dalam projek tersebut. 
  99. Izyan binti Alirahman @ Zee Avi > anak kelahiran Sarawak yang mencipta nama dalam bidang Nyanyian di Amerika Syarikat. 
  100. Jafri Malin bin Abdullah (Prof.Dato' Dr. Hj) > Pakar Bedah Neuro USM yang diiktiraf oleh NAM - Penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Lifetime Achievement Award).
  101. Jalil Che Din > Jurulatih Pasukan Bolasepak Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Munich pada 1972. 
  102. Jemilah Mahmood (Tan Sri Dr.) > Pengasas MERCY Malaysia Dari 2009 hingga 2011, Dr Jemilah bertanggungjawab bagi cawangan kemanusiaan Penduduk Dana Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) di New York City.
  103. Joe Flizzow @ Johan bin Ishak > Penghibur Terbaik Asia Tenggara pada MTV EMA 2018 di Bilbao Exhibition Centre,Sepanyol pada 5 November 2018. 
  104. Junaidah binti Aman > Olahragawati Kebangsaan 1971 & 1972 (Olahraga). 
  105. Kamarulazman  Muhamed > Pengasas dan CEO Aerodyne Group, Malaysian Based Drone yang disenaraikan di tangga pertama di dunia oleh Drone Industry Insights dari Jerman
  106. Khadijah bt Ibrahim (Datuk) > Penyanyi dan Ahli perniagaan - pemilik Khadijah's Kitchen yang mempunyai beberapa cawangan dibeberapa buah negara. 
  107. Khairul Idham Pawi > Pelumba Motosikal Negara yang pertama menjuarai kejohanan MotoGP pada Grand Prix Motosikal Argentina 2016 dan Jerman 2016.
  108. Khatijah binti Abdul Rahman > Rekrut wanita pertama TLDM pada 1 Mei 1978 memakai nombor tentera laut 5500001
  109. Khatijah binti Mohd Yusof (Prof. Datin. Dr. ) > penerima pertama Asia Tenggara anugerah UNESCO Carlos J. Finlay dan UNESCO Albert Eistein Silver Medal pada 2005. Beliau menemui penawar penyakit sampar ayam (New Castle Disease) yang mendapat pengiktirafan luar negara. 
  110. Khamsiah binti Muda ((Dr.) > Pengasas ANDORRA Women and Children Hospital di Seri Kembangan, Selangor. 
  111. Koraizo binti Abdullah > Pegawai Polis wanita pertama memegang jawatan Ketua Polis Daerah (Timur Laut Pulau Pinang) pada 2 September 1996
  112. Kulup Ali (Panglima) > mengetuai serangan ke atas Kota Belanda di Pulau Pangkor pada tahun 1690.
  113. Kulup Tunggal (Dato' Bandar) > Pemaju Perlombongan Bijih Timah di Sungai Ujong, N. Sembilan. 
  114. Latif Romly > Pemenang Pingat Emas Ketiga negara dalam acara Lompat Jauh Kategori T20 (Kurang Upaya Intelektual) di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. 
  115. Lokman bin Yusof (Tan Sri) > Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama
  116. M.H. Ali bin H.A. Latiff @ Bat Latif > Pelakon Kanak-kanak Melayu pertama menerima anugerah "Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik" di Festival Filem Asia di Tokyo
  117. Maharaja Lela (Dato') > penentang Inggeris di Perak - dihukum gantung oleh Inggeris kerana terlibat dalam pembunuhan Residen British di Perak iaitu J.W.W Birch pada 1875. 
  118. Maimunah binti Mohd Sharif (Dato' Seri Paduka) > Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) pada Januari 2018 , wanita pertama Asia dilantik ke jawatan tersebut
  119. Makhtar bin Mansor > pengasas "Kaedah Mokhdarkaedah yang kini telah amat terbukti keberkesanannya dan telah lonjakkan prestasi ribuan individu di semua tahap usia dan pengajian dan dalam semua bidang pengajian dan pekerjaan.
  120. Mansor bin Hj Abu Bakar > anak Melayu menjadi pengadil Bolasepak di Perlawanan Akhir Piala Malaya 1957
  121. Maryam bt Muzamir > Pelajar SK (P) Methodist Kuantan, Pahang berusia 12 tahun memenangi 2 pingat Emas dalam 22nd Annual British Invention Show 2022. 
  122. Mat Hassan bin Munas (Haji) @ Tok Janggut > penentang Inggeris di Kelantan, terkorban dalam serangan di Pasir Puteh pada 1915. 
  123. Mat Kilau > Penentang Inggeris di Pahang. 
  124. Mat Sator > penentang Inggeris di Sabah, terkorban dalam pertempuran pada April 1900.  
  125. Mazlan bt Othman (Prof.Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. ) > Ahli Astrofizik pertama Malaysia. Pernah menjadi Pengarah PBB dalam Hal Ehwal Angkasa Lepas pada 1999. 
  126. Maznah bt Hamid (Allahyarhamah Datuk Wira Dr.) > Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce yang juga merupakan pakar Motivasi yang terkenal di Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 4 Oktober 2017 di Institut Jantung Negara. 
  127. Md Saberi bin Md Salleh (Allahyarham Prof. Datuk Dr.) > Pengasas Global International Taekwondo Federation (GITF). Pada Januari 2010 Allahyarham menerima Talipinggang Hitam Tahap ke 10 dan gelaran Mahaguru Agung (Grandmaster Chong Kwan Jang Nim) daripada Persekutuan Song Do Kwan Kong Soo Doo. Allahyarham meninggal dunia pada 14 Januari 2022. 
  128. Misbun Sidek > Olahragawan Kebangsaan 1981 / 1983 (Badminton). 
  129. Mohamad Hamzah > anak Melayu pertama memperolehi Sijil Memandu Kapalterbang pada tahun 1938 ketika berusia 26 tahun. 
  130. Mohamad Ridzuan Puzi > Pemenang Pingat Emas di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro.
  131. Mohamad Salleh bin Datu Balu (Datu) @ Mat Salleh > penentang Inggeris di Sabah. Terkorban dalam serangan Inggeris pada 31 Januari 1900. 
  132. Mohamed Awang Lah (Dr.) > Pensyarah Universiti Malaya, orang pertama menyediakan rangkaian Internet Malaysia yang pertama pada 1983
  133. Mohammad Rahim  Bin Kamaluddin (Prof. Madya Dr.) > Pakar Perunding Kriminologi UKM, pada 2020 beliau dilantik sebagai Country Expert untuk membangunkan indeks jenayah Terancang Global di Geneva, Switzerland. 
  134. Mohammad Yazid Bin Kamal Baharin > pelukis Komik Malaysia yang benyak menghasilkan karya di peringkat Antarabangsa dan terkenal dengan karya "City of Dust" dan "Radical Comics". 
  135. Mohd Afandi Salleh (Prof. Madya) > Timbalan Dekan UNISZA - wakil tunggal Malaysia dalam misi Solidariti Kapal Flotila Al-Awda yang membawa 116 kotak ubatan ke Gaza. Kapal berkenaan ditawan tentera Israel pada 29 Julai, iaitu hari kesembilan pelayaran dan kesemua sukarelawan ditahan dalam penjara Givon di Israel. 
  136. Mohd Dali bin Ahmad (Sarjan) > anak Melayu pertama memimpin Pasukan Tambur Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) pada 1 Ogos 1936
  137. Mohd Daud bin Bakar (Tan Sri Dr.) > Penerima Anugerah DiRaja Anugerah Islam 2022, cendekiawan Syariah yang terkemuka di Malaysia. 
  138. Mohd Faiz Subri > dinobatkan selaku Pemenang Anugerah PUSKAS Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 (The FIFA PUSKAS Award 2016). Jaringan beliau telah menggeggarkan dunia bolasepak Antarabangsa sewaktu aksi pertemuan Liga Super di antara pasukan Kedah dan pasukan Pahang di Stadium Bandaraya pada Februari 2016.
  139. Mohd Fuad bin Mohd Ghazali (Major) > pegawai Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang pertama mengetuai Pasukan Pengawal Istana Buckingham di London pada 2 Mei 2008
  140. Mohd Izmir Yamin > mengetuai kumpulan Independence X, wakil tunggal Malaysia dan ASEAN ke pertandingan Google Lunar XPRIZE bagi melancarkan kapal angkasa robotik ke bulan.
  141. Mohd Khairizal bin Mohd Khalif @ Rizal Khalif > pengendali Melayu pertama kereta luncur Salji Anjing dalam Fjallraven Polar 2018. 
  142. Mohd Mahadi bin Mohd Said (Hj)  a.k.a Hj Mahadi > anak Melayu pertama menjadi Pengarah Filem di Malay Film Production pada tahun 1950.  
  143. Mohd Nadzmi bin Salleh (Datuk Seri ) > Pengerusi Konsortium Transnasional Berhad - dianugerahkan Malaysian Businessman of The Year 1986 & National Outstanding Youth Malaysian Awards 1993. 
  144. Mohd Nasarudin Mohd Yusof (Lt Kol Bersara) > rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize)  pada 2013. Beliau menerima anugerah itu atas kejayaannya memantau penggunaan senjata kimia di seluruh dunia. 
  145. Mohd Nazri Khan Bin Adam (Dato' Dr.) > Penganalisis Ekonomi - beliau juga telah disenaraikan dalam Majalah OIC Today sebagai “Pengurus Dana Paling Berpengaruh di Dunia Muslim” (2021).
  146. Mohd Nizam Abdul Razak > Pengarah dan pencipta siri Animasi BoBoiBoy
  147. Mohd Nor bin Khalid @ LAT > kartunis terkenal di Malaysia - menghasilkan komik terkenal dan terlaris iaitu "The Kampong Boy".
  148. Mohd Nordin bin Mohd Zain (Dr.) > Pengarah Eksekutif Deloitte Malaysia - Beliau adalah Fellow CPA Australia. 
  149. Mohd Redha bin Rozlan @ Mat Redho > bekas pemenang 'Fear Factor' kini menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjadi 'ninja' di Australia, beliau menjuarai Ninja Challenge League Finals 2018 di Australia menewaskan 95 peserta lain. 
  150. Mohd Salleh bin Abdul Karim @ Kiyai Salleh > menyerang Kubu Bintang 3 (Komunis) di Kangsar Senanga, Parit Sulong , Johor semasa zaman Darurat. 
  151. Mohd Omar bin Hj Bakar > Pengarang Akhbar "Farjahan Melayu" pada 1896 di Taiping, Perak. 
  152. Mohd Rakawi bin Yusof > Pengarang akhbar "Fajar Sarawak" pada 1930. 
  153. Mohd Siharjwan Idek > menjuarai Anugerah Community Award for Citizenship di Dubai, UAE pada February 2018.
  154. Mohd Zain bin Hussain (Sub/Lieutenant) > Anggota Malay Navy ketika Perang Dunia Kedua - anak Melayu pertama ditauliahkan pegawai dalam Tentera Laut
  155. Mokhtar Dahari > Pemain bolasepak lagenda Malaysia - Olahragawan Kebangsaan 1976. 
  156. Morshidi Sidek > Ahli kumpulan Sulit Rukun 13 di Sarawak. Beliau dihukum gantung pada 3 Disember 1949 bersama Rosli Dhoby kerana terlibat dalam pembunuhan Gabenor Sarawak Sir Duncan Stewart
  157. Mufizal Mokhtar > Pengurus Besar Virtuos Kuala Lumpur, pemaju permainan video veteran taraf AAA. 
  158. Muhamad bin Hj Salleh (Prof. Emeritus Dr.) > cendekiawan dan Sasterawan unggul yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sajak dan karya beliau diterjemahkan kedalam 12 bahasa dunia menyeberang benua Asia, Amerika dan Eropah. 
  159. Mohamed Hatta bin Shaharom (Prof. Datuk Dr.) > Penerima anugerah Travel Fellowship Persatuan Psikiatri ASEAN 1995 , dilantik oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sebagai Duta Kehormat Palestine 2013
  160. Muhammad Abdul Rauf (Dr.) > Reaktor Pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1983.
  161. Muhammad Amin bin Hj Mohd Yusof > Pemilik "Selangor Press" yang menerbitkan akhbar "Majlis" pada 17 Disember 1931 di Kuala Lumpur. 
  162. Muhammad Anas bin Abdul Aziz > Bersama Nizam Razak, Safwan Abd Karim dan Kee Yong Pin menubuhkan Syarikat Animasi diberi nama Animonsta Studio yang menerbitkan siri Animasi BoBoiBoy untuk siaran TV 3. 
  163. Muhammad Ariff bin Abd Karim > menduduki tangga ke 19 dalam senarai dunia dan teratas di Malaysia dalam sukan bolasepak. 
  164. Muhammad Fuad bin Kamaludin (Dato' Hj) > Pengasas Yayasan Sofa & Orang Melayu Pertama Bina Masjid di Kota London (Masjid Kolej Sofa, London).
  165. Muhammad Haryz Nadzim > kanak-kanak berusia 4 tahun pada 2020 menjadi individu paling muda dan tersenarai dalam Persatuan IQ (Darjah Kecerdasan) tinggi Global. 
  166. Muhammad Ibrahim Munsyi > Penterjemah isi Kandungan Perjanjian Pangkor 1874 ke dalam bahasa Melayu. 
  167. Muhammad Mahfudz bin Abdullah @ Syaikh Mahfudz at -Tarmasi (1868 - 1920) > Ulama Nusantara asal Jawa Timur, Ulama Nusantara yang memiliki kitab paling banyak. 
  168. Muhammad Shafiq bi Shahrul Amar > Pengasas Creative Sdn Bhd - menggalakkan pembelajaran kognitif melalui permainan robotik. 
  169. Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd Ghani dan Safiyyah bt Muhammad Nasir > 3 pelajar SMK Kuala Besut dinobatkan Juara Program Pembangunan Sumber Manusia untuk Tenaga Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Gyeongju, Korea Selatan pada Mei 2018. 
  170. Muhammad Usamah Zaid Yasin > Juruanimasi Malaysia, pencipta siri Animasi Upin dan Ipin dan juga Ejen Ali.
  171. Muhammad Yusuf bin Ahmad @ Tok Kenali (1868 - 1933) > Tokoh pembangunan Pemikiran umat Islam di dunia, pencetus pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara. 
  172. Mundzir bin Abdullah (Dr>) > menamatkan pengajian PhD ketika berusia 23 tahun pada 2015 menjadikannya pelajar termuda menerima anugerah tersebut. 
  173. Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir > pengarang terkenal dan guru kepada Sir Stamford Raffles
  174. Musa bin Hj Abd Ghani @ Haji Musa Minangkabau > Ulama Terengganu yang menentang undang-undang British di Terengganu. 
  175. Mustapha bin Osman (Dr.) > anak Melayu pertama menjadi Patologis
  176. Mustapha Kamal Bin Abu Bakar (Tan Sri Datuk Dr. Haji) > Pengasas Kumpulan EMKAY yang ditubuhkan pada 1983.Diberi jolikan "Raja Perumahan Mampu Milik" kerana membangunkan lebih 12,000 rumah kos rendah di Selangor dan Perak. Meninggal dunia pada 22 Julai 2022 (73 Tahun). 
  177. Muzlifah bt Haniffah > Professor Immunologi Malaysia berteras di United Kingdom, pakar dermatologi dan imunologi, Pada tahun 2013 Persatuan Penyelidikan Dermatologi Eropah menganugerahkan Haniffa Anugerah Perak untuk hasil penyelidikannya. 
  178. Nadhir Ashafiq Zainal Abidin > Pengasas theLorry bersama Goh Chee Hau, menawarkan perkhidmatan Kargo di seluruh Malaysia. Tersenarai Top 30 dalam Majalah Forbes.
  179. Naja Nadiera bt Omar (Dr.) > Doktor Falsafah Termuda yang berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falfasah (PhD) pada usia 23 tahun. 
  180. Najmil Faiz Mohammad Aris > anak Melayu yang memenangi Anugerah "The Best Research of Good Prospect" di United Kingdom pada 2005
  181. Ngah Ibrahim > Menteri Larut di Perak. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles kerana terbabit dalam pembunuhan Residen British di Perak, J.W.W. Birch pada 1875. 
  182. Ngah Jabor > antara pembesar Perak yang dijatuhkan penjara seumur hidup kerana terbabit dengan pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British di Perak pada 1875. 
  183. Nong Taib bin Santan @ Pawang Nong (1874 - 1977) > Pawang DiRaja Negeri Pahang -  terkenal dengan kebijaksanaannya menangani krisis sewaktu negara dijajah oleh Jepun dan komunis.
  184. Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi & Mohd Amzari Tajudeen > Pengasas IX Telecom Service - digunakan oleh penyedia telekomunikasi global di 200 buah negara.
  185. Noor Neelofa bt Mohd Noor @ Neelofa > Pelakon, Pengacara, Model dan juga usahawan, tersenarai dalam "30 Under 30 Asia" bersama Datin Vivy
  186. Nooryah bt Md Anwar > Wanita pertama dilantik Ketua Polis Bahagian Trafik Persekutuan
  187. Nor Azieta bt Kamarudin > Wanita pertama membuat penerjunan paraglide dari Gunung Kinabalu pada 18 Disember 2004
  188. Nor Syahirah bt Mohd Nor (Dr.) > Penuntut Perubatan Terbaik di Universiti Perubatan Warsaw, Poland pada 2017. 
  189. Noraini binti Sheikh Ahmad (Lt. Kdr TLDM) > Pegawai Wanita TLDM yang pertama dilantik menjadi Pegawai Memerintah Sebuah Pengkalan TLDM. Beliau dilantik menjadi Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan pada 12 November 1996
  190. Norhisham bin Wahab (Dr.) > pengasas kepada rawatan Hideroterapi "Color Vibration Theraphy" merawat penyakit dengan menggunakan air. 
  191. Norsham binti Yon > Olahragawati Kebangsaan 1983 (Olahraga). 
  192. Norsiah binti Harun (Datin Paduka) > wanita pertama dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 10 Januari 2006
  193. Nur Adlyka Ainul Annuar (Dr.) > Saintis muda yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam supermasif yang tersembunyi di lingkaran Kosmik semesta. 
  194. Nur Aliah Nadhirah bt Yusri > Pelajar GIATMARA Tasik Gelugor, menduduki tempat ke 10 dalam bidang Beauty Theraphy di Worldskills Competition 2022 Special Edition di Helsinki, Findland. 
  195. Nur Amisha Azril Rizal > Pemenang pingat Emas Kejohanan MuayThai Remaja Dunia 2016 di Bangkok. 
  196. Nurheman bin Majid > Olahragawan Kebangsaan 1994 (Olahraga).
  197. Nur Izzah Sofiya bt Mat Khalit > Pelajar GIATMARA Kuala Lumpur yang memperolehi Medallion For Excellent dalam bidang Fashion Technology di Worldskills Competition 2022 Special Edition di Helsinki, Findland. 
  198. Nurizzati Athira bt Mohamad Yusoff > wanita Malaysia pertama menjadi jurukimpal dalam Air
  199. Nurshahila binti Amir Hamzah @ Shila Hamzah > penyanyi Malaysia yang berjaya memecah pasaran muzik di Negeri China. Beliau memenangi Rancangan Realiti Asia Wave 2012.
  200. Omar @ Maharani Jumiran > pemenang tempat kedua pertandingan AMD World Championship of Custom Bike Building di Cologne, Jerman pada 2018. 
  201. Osman bin Enggok (PW1) > anak Melayu pertama menjadi Sarjan Mejar Rejimen, Rejimen Askar Melayu
  202. Pandak Endut > dijatuhi hukuman gantung oleh British kerana terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak, Perak pada 1 November 1875. 
  203. Rafidah binti Salim (Datuk) > wanita pertama Malaysia menyandang jawatan Naib Canselor Universiti Malaya pada Mei 2006
  204. Raja Ahmad Thabib bin Raja Hasan (lahir 1865M) > Ulama dan Tabib (Dokter) termasyur Kepulauan Riau, namanya diabadikan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Raja Ahmad Thabib Kepri. 
  205. Raja Haji Fisabilillah ibni Al-Marhum Yang DiPertuan Muda Riau > Pahlawan Melayu Riau yang menentang Belanda. Al-Marhum Syahid di Teluk Ketapang, Melaka pada 1784. 
  206. Raja Musa bin Raja Haji Bot > Anak Melayu pertama menjadi Hakim
  207. Raja Nadia Sabrina > Peguam yang mencipta nama dalam bidang Fesyen di peringkat Antarabangsa. 
  208. Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah (YM Tengku Sri Kelana D'Raja Dato' Sri) @ Shah Reza > pelakon Malaysia. Pada 2006 beliau menubuhkan Syarikat Nusantara Gems dan telah menganjurkan Festival Fesyan Islam Antarabangsa.
  209. Raja Sir Chulan > Raja Di Hilir Perak - orang Melayu pertama menduduki kerusi Majlis Persekutuan (1924 - 1933)
  210. Ramlee Awang Murshid > novelis terkemuka Malaysia - telah memenangi empat pertandingan penulisan, termasuk tempat kedua Hadiah Sako untuk Novel Kebangsaan pada tahun 2002 untuk novelnya "Pei Pan". Beliau juga adalah pelajar terbaik Komunikasi Massa di UKM pada tahun 2000 dan menerima Anugerah Khas dari UKM pada tahun 2001.
  211. Ramli bin Ibrahim (Datuk) > Koreografer Malaysia - Pada 2018, Kerajaan Indian telah menganugerahkan beliau "Padma Shri" untuk sumbangan beliau kepada Odissi. 
  212. Ramly bin Mokni (Dato'Dr. Hj) > Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd yang menghasil Burger Ramly sejak 1979. Sehingga 2023, francais ini telah menyebar di pelbagai negara serantau Asia Tenggara dan Asia Selatan
  213. Rashid Sidek > Olahragawan Kebangsaan 1990 - 1992 (Badminton). 
  214. Razali bin Ismail (Tan Sri ) > anak Melayu pertama memegang jawatan Tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  215. Rendra Zawawi > Penulis lagu "Arena Cahaya" nyanyi Zee Avi yang memenangi Anugerah Kategori Lagu Asal Terbaik dalam Majlis Anugerah Taipei Golden Horse Film Festival 2016 di Taiwan
  216. Ridzuan Puzi > Atlet Paralimpik Negara yang pertama memenangi pingat Emas Negara dalam acara 100m T36 (celebral Palsy) dalam sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.  
  217. Robaayah bt Zambahari (Tan Sri Dr.) > Salah seorang Doktor perintis Institut Jantung Negara (IJN), dan juga antara pakar kardiologi wanita pertama di negara ini
  218. Robiah bt Abdul Ghani (Datuk) > wanita pertama menjadi Pesuruhjaya Polis mengetuai Kontinjen Pahang pada 2008
  219. Robiah bt Ibrahim > seorang jurutera dan merupakan Wanita pertama dalam sejarah menemui teknik terbaru meramal kilat selepas 200 tahun
  220. Rohayu binti Hussin (Lt. Kdr TLDM ) > Pegawai Wanita TLDM yang pertama menyertai cawangan Hidrografi TLDM pada tahun 1999
  221. Rosli Dhoby > Pejuang Saranwak yang menentang Inggeris. Beliau dihukum gantung kerana terlibat dalam pembunuhan Sir Duncan Stewart , Gabenor British di Sarawak pada 1949. 
  222. Rosman Alwi > Olahragawan Kebangsaan 1985 (Lumba Basikal). 
  223. Rozali bin Ismail (Tan Sri) > pengasas Puncak Niaga Holdings Bhd. Termasuk dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia.
  224. Ruslin Tamsir > Jurutera tempatan yang mencipta pembesar suara kereta McLaren Senna. Ciptaan beliau mendapat paten dari Pejabat Paten Eropah (EPO). 
  225. Ruzaidi bin Abdul Rahman @ Wak Ruzaidi > pelakon dan artis seni beladiri Malaysia. Pernah menjuarai Kejohanan Silat Olahraga Dunia di Belanda pada 1990. 
  226. Saadiah Ahmad Daud > pengarah Filem wanita Melayu pertama yang mengarah filem "Cerita Ku Cerita Mu" pada tahun 1980. 
  227. Sabariah binti Hussein @ Sister Rabia > mengharumkan nama negara di Kanada dengan membuat kerja-kerja amal membantu golongan miskin di Kanada. 
  228. Safwan Abd Karim > Bersama Nizam Razak, Muhammad Anas bin Abd Aziz dan Kee Yong Pin menubuhkan Syarikat Animasi diberi nama Animonsta Studio yang menerbitkan siri Animasi BoBoiBoy untuk siaran TV 3. 
  229. Sahol Hamid bin Abu Bakar (Prof.Emeritus Tan Sri Dato' Seri Ir.Dr. ) > Rakyat Malaysia dan warga Asing pertama dilantik Naib Canselor sebuah Universiti di India. 
  230. Sakinah bt Omar > Pengasas Jeju Muslim Travel Company di Jeju Island, Korea Selatan. Satu-satunya Travel Agensi Malaysia di Korea Selatan. 
  231. Saladin Mazlan > Pelumba Rally Professional Malaysia. 
  232. Salina bt Aziz (Dr.) > mendapat pengiktirafan dari European Board of Surgery dalam pengkhususan pembedahan payudara.
  233. Salma binti Ismail (Tan Sri Dr. ) > wanita Melayu pertama lulus bidang Perubatan dan menjadi Doktor pada tahun 1949. 
  234. Sariah binti Ali > Polis Wanita Pertama di Malaysia
  235. Sarimah Adzrina (Datin) > pereka fesyen yang mencipta nama di Kota London. 
  236. Sarkawi Bin Bujang > anggota Malay Navy ketika Perang Dunia kedua. Beliau adalah anggota pertama melapor diri dalam Malayan Naval Force pada 1949 memakai nombor tentera 800001
  237. Shaharir bin Mohamad Zain (Prof. Emeritus Dr.) > Anak Melayu pertama memperolehi PhD dalam bidang Matematik.
  238. Shahbandar Uda Mahamor > dibuang daerah ke Pulau Seychelles kerana terlibat dalam komplot membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak, Perak pada 1875
  239. Shahrum Yub (Datuk) > anak Melayu pertama lulus Diploma dari Muzium Association, England pada tahun 1961
  240. Shalin bt Zulkifli > Olahragawati Kebangsaan 1995 (Bowling). 
  241. Shamsudin bin Abdul Kadir (Tan Sri Dato') > Pengasas Sapura Holdings. 
  242. Sharifah Mazlina Bt Syed Abdul Kadir (Datin Paduka) > wanita pertama merentasi Antartika secara solo pada Disember 2004
  243. Sharifuddin bin Bujang > Pangasas Kumpulan Nasty - Pada 2022 Pengeluar Global ENDS NASTY World Wide dipilih menjadi penaja utama untuk ART OF SPEED 2022 (AOS2022).
  244. Sheikh Mohammad Nasimuddin Bin Sheikh Mohamad Amin  (Tan Sri) > Pengarah Urusan dan pengasas Kumpulan Syarikat NAZA. Meninggal dunia 1 Mei 2008. 
  245. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (Dato' Dr. ) > Doktor Bedah Ortopedik yang merupakan Angkasawan Malaysia yang pertama ke Angkasa Lepas pada 25 September 2007. 
  246. Sheikh Wan Ahmad Al-Fatani > (lahir 1856M) - Ulama dan Saintis Agung bangsa Melayu - menguasai 47 cabang Ilmu. Beliau adalah Pakar Perubatan, Pakar Ilmu Filologi Melayu, Politik dll. 
  247. Sheila Majid > Artis Malaysia pertama berjaya menempa nama di Jepun dalam persembahan di Festival Muzik Tokyo 1989
  248. Shukor bin Salleh > Olahragawan Kebangsaan 1977 (Bolasepak). 
  249. Sinan Che Ismail > Juruanimasi Malaysia, Beliau ialah pengasas bersama syarikat animasi Digital Durian, yang terkenal dengan siri animasi Didi & Friends dan Omar & Hana. Beliau juga ialah pengasas Durioo, pemula teknologi yang berfokus kepada kandungan berunsur Islam.
  250. Siti Hasmah Bt Mohd Ali (Tun Dr.) > salah seorang Doktor wanita Melayu pertama menamatkan pengajian di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura selepas Perang Dunia Dunia kedua. 
  251. Siti Khairiyah bt Mohamad Hanafiah (Dr.) > Pemenang Juara Pertandingan FameLab 2018 menewaskan 11 peserta lain di Festival Sains Cheltenham. 
  252. Siti Norma binti Yaakob (Tan Sri) > wanita pertama dan rakyat Malaysia pertama menjadi Hakim di Amiriyah Arab Bersatu
  253. Siti Nurhajar binti Megat Ahmad Roslan (Lt.TLDM) > Pegawai wanita TLDM Pertama berkhidmat di bawah payung PBB di Lubnan
  254. Siti Rahman bt Mohamed Nasir > merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Tahun 2012 di Chiangrai, Thailand, Kejuaraan Pencak Silat Dunia Tahun 2014 (Phuket, Thailand), Kejuaraan Pencak Silat Dunia Tahun 2016 (Bali, Indonesia) dan Kejuaraan Pencak Silat Dunia Tahun 2018 (Singapura).
  255. Siti Zuraina bt Abdul Majid (Prof. Emeritus Datuk Dr.) > Ahli Arkeologi Terlatih Profesional pertama Malaysia.
  256. Sohaimi Abdul Aziz (Dr.) > membuat kajian tentang Teori Rasa Fenomenologi - teori Sastera yg menjelaskan mengenai rasa indah dan seronok
  257. Sudirman Hj Arshad > penyanyi Malaysia pertama memenangi Anugerah Penghibur Terbaik Asia 1989 .
  258. Sufiah binti Yusuf > Rakyat Malaysia pertama diterima masuk ke University oxford pada usia 13 tahun
  259. Sulaiman bin Sujak (Marsyal Udara Dato') > anak tempatan pertama dilantik Ketua Turus Tentera Udara (Sekarang Panglima Tentera Udara). 
  260. Syahr Musafir Zawawi (Dr.) > Mahasiswa Cemerlang dan terpilih menjadi Mace Bearer di University of Adelaide, Australia pada 17 September 2015. 
  261. Syaikh Ahmad Khatib Bin Abdul Latif Al-Minangkabawi (1860 - 1916) > ulama besar Tanah Minang yang pernah menjadi Imam di Masjidilharam, Mekah. 
  262. Syed Abu Hassan Ibnay Burhan > Penerbit Akhbar "Perak Pioneer" - akhbar Inggeris yang pertama di Negeri-Negeri Melayu pada 4 Julai 1894
  263. Syed Ahmad Fuqaha > pengasas Pixelated Sdn Bhd - pemasangan KATSANA @ Advanced GPS Tracking & Fleet Management System pada Bas,lori dan Kenderaan Syarikat. 
  264. Syed Azman bin Syed Ibrahim (Tan Sri) > Pengarah Urusan dan Pemilik Westar Group
  265. Syed Hussein Ali Al-Sagoff > pemilik Anglo - Asiatic Press yang menerbitkan akhbar "Warta Malaya" pada 1 Januari 1930. 
  266. Syed Manshor Bin Syed Mahmood (Dato') > pengasas Adabi Consumer Industries Sdn Bhd - ditubuhkan pada 1984, menghasilkan 284 produk berasaskan makanan. 
  267. Syed Mokhtar Al-Bukhary (Tan Sri) > termasuk dalam senarai 18 Bilionair Malaysia yang dikeluarkan oleh Forbes 2023. 
  268. Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman > Bekas Menteri Belia dan Sukan (2018 - 2020) , pernah meraih anugerah Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities pada 2012-2014.
  269. Syed Shah bin Syed Hassan Barakbah (Tun) > anak Melayu pertama memegang jawatan Ketua Hakim Negara
  270. Syed Syeikh Al-Hadi > Tokoh Gerakan Islah - menerbitkan "Al-Iman" (1906) dan "Al-Ikhwan" (1925). 
  271. Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani (1720 - 1879) > Ulama Nusantara kelahiran Pattani. Pengarang Kitab dan Tuan Guru Pondok. 
  272. Syeikh Hamzah Fansuri > Ahli Tasawuf dan sasterawan besar dunia Melayu abad ke 16 sehingga awal abad ke 17. 
  273. Syeikh Muhammad Yasin bin Isa Al-Fadani (1919 - 1990) > Ulama Nusantara yang paling tersohor di Tanah Haram Mekah. Musnid paling hebat pada abad ini tanpa sebarang pertikaian. 
  274. Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel > Ketua Proton Motorsports dan pemandu drift profesional Malaysia,mengambila bahagian dalam perlumbaan Grand Prix D1. Memenangi perlumbaan Merdeka Millenium Endurance pada 2005 & 2006. 
  275. Tengku Irfan Bin Tengku Ahmad Syarizal > Pemain Piano Melayu Kelas Pertama, memenangi 3 awards ASCAP Morton Gold Awards 2012, 2014 & 2017. 
  276. Tengku Maimun binti Tuan Mat (Datuk) > wanita pertama menjadi Ketua Hakim Negara.
  277. Tok Gajah @ Imam Rasu bin Shahrum > Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang, menentang Inggeris di Pahang (1893-95).
  278. Tom Binti Datuk Abdul Razak > wanita pertama Malaysia menduduki peperiksaan Junior Cambridge iaitu lulusan tertinggi Sekolah Inggeris di Sekolah Methodist Kuala Lumpur pada 1923. 
  279. Tun Mutahir > Bendahara Melaka selepas kematian Tun Perak. Dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah beserta keluarganya kerana fitnah. 
  280. Tun Perak > Bendahara Melaka yang terkenal (1456 - 1498). 
  281. Tun Seri Lanang > Pengarang "Sulalatus Salatin" (Sejarah Melayu) pada abad ke 16. 
  282. Tun Zaki Bin Tun Azmi > Ketua Hakim Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa di Dubai pada 2018.
  283. Tunku Osman Bin Tunku Mohd Jewa (Jeneral Tan Sri) > anak Melayu pertama menyandang pangkat Jeneral & Ketua Turus Angkatan Tentera yang pertama
  284. Vivy Sofina Yusof (Datin) > usahawan wanita dan personaliti TV di Malaysia yang menempa nama di peringkat Antarabangsa dalam bidang perniagaan. Dia telah disenaraikan di Forbes sebagai salah satu usahawan dalam senarai “30 Under 30 Asia” pada tahun 2017.
  285. Wan Abdul Hannad bin Wan Ibadullah (Dr.) > bersama rakannya Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman,  menubuhkan Hospital Beyond Boundaries (HBB) menawarkan khidmat perubatan kepada komuniti kurang berkemampuan di Kemboja diiktiraf oleh PBB. 
  286. Wan Azizah bt Wan Ismail (Datuk Seri Dr.) > Pelajar Terbaik Royal College of Surgeon, Ireland tahun 1977. Timbalan Perdana Wanita pertama di Malaysia
  287. Wan Hazmer Wan Abd Halim > Ketua Pegawai Eksekutif Metronomik yang berjaya melancarkan permainan video sulung anak tempatan  di peringkat Antarabangsa pada Ogos 2020. 
  288. Wan Kuzain bin Wan Kamal > anak Malaysia yang menjadi pemain bolasepak Profesional Amerika.
  289. Wan Mat Saman bin Wan Ismail > Perdana Menteri Kedah yang membina Terusan Wan Mat Saman pada 1885. 
  290. Wan Mohammad Sani bin Salleh (Datuk) > Pemilik Syarikat Bas Sani Express. 
  291. Wan Muhammad Amin (Laksamana) > penentang Inggeris di Perak yang dibuang daerah di Pulau Seychelles kerana terlibat dalam pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak pada 1875. 
  292. Wan Nazri Wan Aria > Jurutera Muda dari Malaysia yang mereka bentuk Jam Gergasi Abraj Al-Bait di Mekah. 
  293. Wan Nur Mafudah binti Wan Yusof > anak Melayu pertama bergelar Juara bagi Peperiksaan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) dunia 2018. 
  294. Wan Wardatul Amani Wan Salim (Prof.Madya Dr.) > Wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi NASA (The National Aeronautics and Space Administrations) ke Planet Marikh
  295. Yam Tuan Antah > Menewaskan Angkatan Perang British di Paroi, N. Sembilan.
  296. Yazrie Shukri > Pengasas YAZ Ventures, menawarkan perkhidmatan streaming, Platform KLIX dilancarkan di Jakarta pada April 2016. 
  297. Yunalis bt Mat Zara'ai @ Yuna > penyanyi , penulis lagu dan juga usahawan yang menempa nama di Amerika Syarikat. 
  298. Yusuf bin Adil @ Buyong Adil (1907 - 1976) > Penulis Buku-buku Sejarah di Malaysia.
  299. Zaid bin Abdullah > Pengarah Eksekutif Progressive Impact Corporation Berhad (PICORP) - Penyedia Penyelesaian Alam Sekitar.
  300. Zainal Abidin bin Ahmad @ Za'aba > Nasionalis Melayu, Sasterawan dan Ahli Bahasa. 
  301. Zainal Abidin Safarwan > memperkenalkan Kamus Melayu - Inggeris yang pertama pada tahun 1964 di Singapura. 
  302. Zaiton bt Othman > Olahragawati Kebangsaan 1982 (Olahraga)
  303. Zakiah Hanum Binti Hj Abdul Hamid (Dato') > ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama dan wanita Melayu pertama menerima Anugerah Ramon Magsasay
  304. Zakri bin Abdul Hamid (Professor ) > Pengarah Institut Kajian Lanjutan bagi Universiti di PBB pada 2001. 
  305. Zaliza binti Alias (Datin Paduka) > Pengasas Genius Aulad International Group Sdn Bhd, pusat pendidikan awal kanak-kanak yang kini berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia. 
  306. Zamila binti Hussin (Prof.Dr.) > Pengarah Urusan Naqia Corporation Sdn Bhd, membuat penyelidikan khusus mengenai air disebuah institusi di Jepun. 
  307. Zamzamzairani bin Mohd Isa (Tan Sri) > Pengarah Urusan  UEM Sunrise - penerima anugerah Business of The Year 2015 di USM. 
  308. Zamzani Abdul Wahab (Prof. Dato') @ Chef Zam > pengacara TV dan personaliti media Malaysia. 
  309. Zarinah binti Anwar (Dato') > wanita pertama menjadi Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti pada April 2006
  310. Zeti Akhtar Binti Aziz (Tan Sri Dr. ) > wanita pertama dilantik Gabenor Bank negara pada Mei 2000
  311. Zilfalil Alwi (Prof.Dr) > pakar perunding dalam bidang pediatrik dan genetik perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik dalam Kumpulan Penasihat Teknikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Genomik (TAG-G) pada 24 Ogos 2023. 
  312. Ziyad Zolkefli > memenangi pingat emas pertama negara dalam acara lontar Peluru F20 dan mencatat rekod dunia dengan catatan 16.84 meter dalam sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro , Brazil. 
  313. Zulkifli Hj Haron > Pengarah Urusan Zull Design Autotronic, digelar MacGyver Malaysia - beliau seorang perekacipta peralatan berteknologi di Malaysia yang setanding dengan luar negara. 

LAIN-LAIN SENARAI:

  1. NAMA YANG PERNAH TERUKIR DALAM SEJARAH MALAYSIA
  2. WARGA ASING YANG PERNAH MENGUKIR NAMA DALAM SEJARAH MALAYSIA
  3. YANG PERTAMA DI MALAYSIA
  4. MALAYSIAN MILITARY & POLICE
  5. JAPANESE MILITARY AT MALAYA - WORLD WAR II
  6. TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
  7. MEDAL RECIPIENTS OF COURAGE - MALAYSIA
  8. TOKOH ULAMA NUSANTARA
  9. SENIMAN DAN SENIWATI SILAM - PERGINYA TAK AKAN KEMBALI

LATEST UPDATE:
27 JANUARY 2024 : 2.03 PM