Monday, 21 May 1990

KD LEKIR : PENANG IRFR 1990







17-21 Mei 1990, KD Lekir terlibat dengan "RMN INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW" (RMN IRFR) yang berlansung di Pulau Pinang. Acara ini adalah acara terbesar pernah diadakan oleh TLDM dan berlansung serentak dengan Tahun Melawat Malaysia 1990. 

Royal Fleet Review adalah warisan tradisi British bermula sejak Jun 1346 di zaman Pemerintahan King Edward III sebelum belayar untuk berperang dengan Perancis. Upacara ini asalnya bertujuan untuk menggerakkan kapal untuk berperang disamping mempamerkan kekuatan Armada mereka. 

Malaysia turut menganjurkan Acara Perbarisan DiRaja Armada Antarabangsa (PDAA 1990) pada 1990 di Pulau Pinang. Acara ini adalah sempena ulangtahun ke 55 Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan sambutan Tahun Melawat Malaysia 1990. 

Sejumlah 59 buah kapal-kapal perang dari 21 buah negara telah  menyertai RMN IRFR di Pulau Pinang termasuk USA, Rusia, Britain, New Zealand, Singapura, Indonesia dan beberapa negara lagi yang saya tidak berapa ingat. 

Acara kemuncak ialah Pemeriksaan Armada oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong. Semasa pelayaran masuk kapal-kapal tentera laut dari berbagai-bagai negara ke Pelabuhan Pulau Pinang , KD Lekir telah diberi penghormatan untuk membalas tembakan meriam 21 das  "GUN SALUTE" dari daratan Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Rejimen Artileri Tentera Darat Malaysia. 

KD Mutiara ditugaskan sebagai kapal Pemeriksa yang membawa DYMM Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah diiringi oleh Perdana Menteri Dato'  Seri Dr. Mahathir Mohamad dan lain-lain orang kenamaan. 

Sepanjang 5 hari yang bersejarah itu, Pulau Pinang berubah menjadi seolah-seolah sebuah bandar Tentera Laut, bandar ini dipenuhi dengan anggota-anggota Tentera Laut dari 21 buah negara dengan pakaian seragam negara masing-masing yang unik dan cantik. 
Berbagai acara diadakan di Pulau Pinang seperti pertunjukan pentas, kebudayaan, demonstrasi chingay dan silat, upacara regatta, perlumbaan bot naga dan beca. 
Persembahan pancaragam dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Somalia, Bangladesh, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Rusia,  Jepun, India, Oman dan Britain mendedangkan lagu-lagu popular untuk hiburan para pengunjung. 

Satu lagi upacara yang tidak kurang menarik ialah upacara "Freedom of Entry" untuk TLDM dan Kapal Tentera Laut yang mengambil bahagian dalam perbarisan mengelilingi Bandar Pulau Pinang. 

Pulau Pinang ketika itu dilihat bagaikan sedang diserang oleh Armada - Armada Tentera Laut dari berbagai-bagai negara... teringat sebuah filem Hollywood "The Longest Day"... yang memperlihatkan beratus malah beribu-ribu buah kapal tentera laut berlabuh di persisiran pantai... begitulah suasana ketika itu di Pulau Pinang.... 

Agak mengecewakan setelah puas saya mencari di laman-laman web, namun saya tidak menemui lansung butir-butir lanjut mengenai RMN IRFR walaupun dilaman web TLDM sendiri.... mengapa acara bersejarah dan terbesar begini tidak ada lansung paparan mengenainya di laman sesawang. Apa yang saya temui adalah dalam You Tube siaran berita dari TV Jepun. 


KD Lekir dari 22nd Corvette Squadron, saya berkhidmat di KD Lekir ketika IRFR 1990

Bersama RO Brendan Silas - RMN IRFR 1990


SENARAI KAPAL-KAPAL YANG TERLIBAT DIDALAM PERBARISAN DIRAJA ARMADA ANTARABANGSA PULAU PINANG 1990. 

US Navy  - USS Bunker Hill (CO: Capt. Thomas F. Marfiak)
Rusia  - BPK Admiral Tributs (CO: Vladimir Pavlovich)
Jepun - JDS Katori (CO: Capt. Teruhiro Saihara) 
            JDS Haruyuki (CO: Comander Kenji Yatsu). 
Great Britain - HMS Cardiff (CO : Capt. J.H. Morgan R.N) 
Bangladesh - BNS Ali Haider (CO: Capt. Mohammad Nurul Islam)
                    BNS Umar Farooq (CO: Cdr. Khonder MoyeeNuddin Ahmad)
Brunei Darussalam - KDB Waspada (CO: Maj. Hj. Jamaludin Bin Ghafar). 
Italy - Lebeccio (CO: Cdr. Guzzini Pasquale)
Oman - SNV Nash Al Bahr (CO: Lt.Cdr. Issa bin Mohammed Al Raisi). 
Perancis - FNS Marne (CO: Cdr. Josselin)  
               FNS CDT Duching (CO: Lt. Cdr. L' Henaff)
Turki - TCG Turgutreis (CO: Capt. Devrim Corbacioglu)
Sri Lanka - SNLS Jaya Sagara (CO: Cdr. HS Rathna Keerthi)
New Zealand - HMNZS Waikato (CO: Cdr. David Ian Ledson RNZN)
India - INS Gangga (CO: Capt. SPS Dalal) 
          INS Khukri (CO: Cdr. Sanjeev Bhasin)              
Thailand - HMTS Khirirat (CO: Cdr. Sommai Prakansamut)
Indonesia - KRI Ahmad Yani 


Di antara kapal kapal Negara Luar yang mengambil bahagian ialah Kapal Destroyer Rusia "Admiral Tributs", yang berpengkalan di Vladivostok. 
Kapal Destroyer jenis Udaloy I Class ini ada kapal Pemusnah Anti Kapal Selam yang dibina pada tahun 1980. 


USS Bunker Hill adalah kapal perang U.S jenis Ticonderoga Guided Missile Cruiser yang dilancarkan pada 11 March 1985.Kapal ini berpengkalan di Pengkalan Tentera Laut US di San Diego, California.
Nama kapal ini mengambil sempena nama satu pertempuran hebat yang pernah berlaku semasa Perang Revolusi di Amerika Syarikat iaitu “The Battle of BunkerHill” pada 17 June 1775. Pertempuran hebat antara terup British dan American Continental Army berlaku di  Boston USA. 

Kapal Tentera Laut Jepun JDS Katori adalah dari The Japanese Maritime Self-Defence Force Squadron. Kapal ini adalah kapal latihan untuk kadet Tentera Laut Jepun. 

Saya tidak dapat kepastian samada kapal Republik Indonesia ini adalah KRI Ahmad Yani atau KRI Hasanuddin kerana kalau mengikut Wikipedia, pendant nombor 333 adalah KRI Hasanuddin yang telah dilucutkan tauliah.



FREEDOM OF ENTRY
Antara acara paling menarik adalah upacara Freedom of Entry dimana anak-anak kapal dari negara yang mengambil bahagian menyertai perbarisan mengelilingi bandaraya Pulau Pinang. 
Seramai 3,000 anak kapal dan pegawai menyertai perbarisan ini. 

TENTERA LAUT DI RAJA OMAN
TENTERA LAUT PERANCIS
TENTERA NASIONALIS INDONESIS - ANGKATAN LAUT (TNI AL)













Bersempena dengan RMN International Royal Fleet Review ini, Bandar Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut. 

Perbarisan DiRaja Armada akan tetap menjadi kenangan manis kepada mereka yang terlibat dalam Perbarisan terbesar pernah diadakan oleh TLDM ini. 

Beruntungnya saya yang berkhidmat dengan KD Lekir ketika itu adalah saya berpeluang menyertai 2 Perbarisan Armada Antarabangsa iaitu Perbarisan Armada Antarabangsa TLDM di Pulau Pinang (1990) dan Perbarisan Armada Antarabangsa Tentera Laut New Zealand di Auckland, N.Zealand pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1991. 

Itulah kenangan paling manis ketika berkhidmat dengan KD Lekir.....