Sunday, 7 January 2024

MANUSKRIP MELAYU PURBA

Oleh: Che Wan Ridzuan 
29 December 2023





Tamadun Melayu suatu ketika dahulu kalau dilihat dalam fakta sejarahnya merupakan sebuah tamadun yang sangat dikagumi disebabkan pelbagai aspek kemahiran dalam ilmu sains dan teknologi purba yang cukup hebat, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam manuskrip manuskrip jawi Melayu lama (purba)
Nak tahu kebijaksanaan Melayu ni, secara teknikalnya hanya dapat diketahui sekiranya kau mengkaji manuskrip lama yang sarat dengan khazanah keilmuannya.. ianya juga mendedahkan sifat intelektual orang Melayu yang menguasai pelbagai bidang utama, termasuklah ilmu sains, teknologi, perubatan, pelayaran, pembinaan, undang undang dan banyak lagi jenis jenis ilmu yang dah dikuasai oleh nenek moyang Melayu.
Fakta mengatakan terdapat lebih 20,000 manuskrip Melayu purba bertebaran di seluruh dunia.
Waauu!!!... Agak menarik..
Di Malaysia, cuma ada 4,884 naskah manuskrip yang telah disimpan dan dah dijaga.. Lagi 15,000 manuskrip tu, Selebihnya ada di Rusia, German, Algeria, Turki, Britain dan beberapa negara lain lagi..
20,000 manuskrip Melayu purba yang sudah dapat dikesan, pada saya 20,00 tu bukan 1 angka yang sikit.. Ianya terlalu banyak.. Macam mana la pengkaji sejarah buat kerja ehh??.. Nak belek satu persatu manuskrip tu dah la ambik masa yang agak lama, lepastu harga berapa helaian manuskrip tu pula dah sampai ribuan ringgit.. Saya sebenarnya respect dengan kerja kerja diorang, kerja kerja mengkaji sejarah semata mata nak tunjuk kepada kita tentang ketamadun Melayu..
Jadinya, Inilah jelas yang kita katakan bahawa betapa hebatnya tamadun Melayu yang memiliki hampir kesemua aspek bidang ilmu dan pengaruhnya di negara luar.
Tapi tulah, ada ramai juga masyarakat Melayu pada hari ni tak tahu bahkan tak pernah melihat tamadun terdahulu sebagai asas yang sebenarnya telah melangkaui zaman berzaman.. dan ada pula sebahagiannya menyamai teknologi zaman sekarang..
Kredit- Kisah Sejarah Melayu

Copy & paste:
7 Januari 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 7.37 pm

No comments: