Sunday, 28 January 2024

'Plot Twist' Dari Muzium UK?

Oleh: Srikandi

Menarik kenyataan dari kurator Muzium Diraja Greenwich (RMG) di London baru-baru ini.
Menurut Alex Grover, penolong kurator gambar bersejarah dan rancangan kapal muzium, model itu dibuat oleh pembuat China Tung Ya.
Bagaimanapun, katanya, reka bentuk jong di rantau Asia Tenggara berkemungkinan mempunyai persamaan dengan kapal China disebabkan oleh proses silang budaya.
Sebelum ini ada isu dua ahli akademik Universiti Putra Malaysia yang telah menerbitkan kertas kerja menggunakan gambar yang sama sebagai contoh "model jong Melayu".
Tapi menurut kurator muzium UK itu:
"Selepas berunding dengan rakan sekerja lain, kami percaya bahawa model yang dinyatakan adalah dikaitkan dengan betul,"
Mengapa dia buat kenyataan macam tu?
Sebabnya, model itu telah dibuat pada tahun 1938 oleh Tung Ya di China. Ia telah ditugaskan oleh Leftenan Komander David Waters, yang berkhidmat di Stesen China pada kapal pengangkut pesawat HMS Eagle pada masa itu.
Namun, menurut Grover:
"Kami memahami, bagaimanapun, kemungkinan terdapat proses pengaruh silang budaya dalam reka bentuk jong di Asia Tenggara, yang menghasilkan persamaan yang meluas di seluruh rantau ini."
Ini kerana menurut pengkaji seperti Anthony Reid, menjelang abad keenam belas, kapal kargo besar itu mempunyai pelbagai pengaruh dan boleh dirujuk sebagai sejenis jong hibrid 'Laut China Selatan', di mana bukti arkeologi marin menunjukkan laut Asia Tenggara pada abad ke-16 telah dikuasai oleh kapal kargo besar jenis biasa, menunjukkan ciri-ciri kebanyakannya Asia Tenggara tetapi dengan campuran Cina.
Contoh jong itu adalah kenaikan air dengan tiga atau empat tiang layar dan pelbagai badan kapal, di mana ianya bukan sahaja dikendalikan oleh 'orang Jawa' dan Melayu malah orang China juga.
Dalam kata lain, bentuk jong pada masa itu 'universal' dan piawai dengan campuran rekabentuk tempatan dan China.
Memang dalam sejarah, orang Cina belajar buat kapal yang boleh merentas laut lepas melalui orang-orang Malayo-Polinesia termasuk Melayu. Sebab layar jong tu pun adaptasi dari layar tanja.
By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade.
The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92).
(Maritime Southeast Asia to 1500 oleh Lynda Shaffer)
Pembuatan jong didominasi orang Jawa, tapi penggunaannya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pedagang Melayu, sebab itu bahasa Melayu lebih meluas digunakan di Selat Melaka sehingga Kepulauan Filipina sebagai lingua franca perdagangan.
Dicatatkan:
"If he moved beyond his own island he needed the Malay language and he needed acceptance and contacts in the trading cities."
(Charting the Shape of Early Modern Southeast Asia oleh Anthony Reid)
Menarik kan 'plot twist' ini. Pengakuan dari tuan punya muzium. Semoga isu ini akan membuka fikiran pakar perkapalan Melayu atau pengkaji kapal Melayu supaya rajin dan segera menerbitkan makalah sebenar (bukannya mengharap ahli bahasa dengan rujukan wikipedia) dan segera membikin model dan lakaran perahu dan kapal Melayu supaya mudah dijadikan rujukan generasi mendatang.
Sebenarnya jong Melayu tu memang terbukti dalam sejarah, menurut Rui de Araújo, di pelabuhan Melaka terdapat kira-kira 100 jong dan sekurang-kurangnya 30 darinya dimiliki oleh sultan dan pedagang Melayu tapi pakar kapal kita dan seniman kita 'lupa' agaknya nak buat model jong Melayu atau lukis sampel jong Melayu untuk buat rujukan generasi kelak.
Isu macam ini pun bagus juga, menarik minat anak-anak Melayu kepada budaya maritim dan perkapalan Melayu.
~Srikandi
The History of Thy Beloved
*buku alter terahsia restock: https://shope.ee/A9i0MoPMGo

Copy and paste:
28 January 2024 > 17 Rejab 1445H: 10.48 pm

No comments: