Showing posts with label ALAM GHAIB. Show all posts
Showing posts with label ALAM GHAIB. Show all posts

Friday, 7 May 2021

Syaitan dibelenggu dalam bulan Ramadhan? Tapi Kenapa Masih Ada Kes Kerasukan?

OLEH : USTAZ ABU HUMAYD SUFRI MAHMUD

Ini adalah persoalan yang sedang dan sentiasa berlegar di media sosial terutamanya dalam bulan Ramadhan. Saya ingin memberikan sedikit ulasan tentang hal ini.

1. Harus difahami perkaitan antara "jin" dan "syaitan" - apakah persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya? Ini juga soalan yang sering ditanya oleh orang ramai. Dan jawapan yang saya berikan adalah berdasarkan nas dan bahasa. Dari segi nas, Iblis disebutkan oleh Allah sebagai salah satu di kalangan jin. Rujuk Surah Al-Kahfi (18:50). Dan sebagaimana saudara-saudara jinnya yang lain, dia juga berasal daripada api (Surah Al-A'raf ayat 12 dan Surah Sad ayat 76). Maka Iblis adalah daripada "spesis" jin. Namanya Iblis, dan dia adalah ketua atau penghulu segala "syaitan".

Maka apa pula syaitan?

2. Syaitan pula adalah perkataan Arab yang berasal daripada kalimah "shatana" yang bermaksud menjauhkan antara satu benda dengan benda yang lain. Dan orang Arab menggelarkan segala sesuatu yang jahat dengan nama syaitan. Oleh sebab Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab, maka sudah tentulah ia diturunkan dalam lisan (bahasa) Arab. 
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 14 kita akan jumpa kalimah "shayatinihim" yang bermaksud syaitan-syaitan mereka iaitu merujuk kepada golongan manusia yang menjadi sekutu bagi orang-orang munafik.

Allah Ta'ala menyebutkan kalimah "syaitan" ini sebanyak 63 kali dan dalam bentuk jamaknya (plural) "shayatin" sebanyak 17 kali. Dan bukan semuanya merujuk kepada syaitan di kalangan jin sahaja tetapi juga syaitan di kalangan manusia.

Bahkan dalam Surah Al-An'am ayat 112 kita lihat Allah menyebut secara jelas perkataan "syaitan-syaitan di kalangan manusia dan jin" (شياطين الإنس والجن).

3. Maka apa pula jin? Seperti dah disebutkan sebelum ini, jin adalah "spesis" yakni makhluk Allah yang dicipta daripada api, iaitu moyangnya daripada api. Sebagaimana manusia berasal daripada Nabi Adam 'alaihissalam yang dicipta daripada tanah. Hal ini disebutkan dalam banyak nas antaranya dalam satu hadis riwayat Imam Muslim dengan sanadnya daripada 'Aishah radhiyallahu 'anha;

خلقت الملائكة من نور وخلق الجان من مارج من نار وخلق آدم مما وصف لكم

"Malaikat dijadikan daripada cahaya, "Jann" pula diciptakan daripada nyalaan api, dan Adam diciptakan daripada apa yang telah disifatkan kepada kamu (dari tanah)".

Dalam poin kedua dia atas sudah saya jelaskan bahawa Iblis berasal daripada keturunan Jann ini. Walaupun Sheikhul Islam berpandangan bahawa Iblis adalah asal usul jin dan semua jin berasal daripada dia. Pandangan ini berasaskan ayat ke-50 Surah Al-Kahfi juga di mana Allah menyebutkan tentang zuriat keturunan Iblis (syaitan) yang menjadi ikutan manusia Tetapi saya mempunyai pandangan lain, berdasarkan tafsiran para ulama lain.

Misalnya Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebutkan tentang kedudukan Iblis sebelum dia menderhaka kepada Tuhannya. Dia diutuskan oleh Allah bersama-sama tentera malaikat untuk mengusir makhluk (jin) yang mula-mula mendiami bumi berdasarkan athar daripada Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anhuma. Sila rujuk tafsir Ibn Kathir pada ayat ke-34 Surah Al-Baqarah.

Ini bermaksud Iblis mengusir jin yang ada di muka bumi sebelum kekufurannya pada Allah. Ini bermakna sudah ada jin di bumi sebelum Iblis diutuskan bersama tentera malaikat.

4. Maka saya berpandangan bahawa bukan semua jin adalah zuriat Iblis. Ada jin yang merupakan keturunan penghuni bumi zaman purba dan ada jin daripada zuriat Iblis.

Dalam tafsir Surah Al-Jinn juga dijelaskan dalam beberapa riwayat bahawa sekumpulan jin yang diutus oleh Iblis untuk meninjau apa yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam di Makkah adalah dari kalangan jin Nasibin dari Yaman. Walaupun mereka utusan Iblis, akhirnya mereka memeluk Islam setelah mendengar bacaan Al-Qur'an. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa bukan semua jin adalah syaitan dan pengikut Iblis.

Maka kesimpulannya:
  • Jin adalah spesis.
  • Syaitan adalah sifat atau gelaran
  • Iblis adalah nama khas bagi satu jin yang spesifik dan ketua para syaitan termasuklah syaitan manusia.

5. Berbalik pada persoalan pertama tadi.
Jika dalam bulan Ramadhan syaitan diikat maka kenapa masih ada jin berkeliaran? Bahkan hadis Abu Hurayrah menangkap "jelmaan" syaitan berlaku dalam bulan Ramadhan!

Hadis itu sahih. Iaitu daripada riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurayrah radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وسلسلت الشياطين
"Apabila datangnya Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan diikat para syaitan".

Sebenarnya hadis ini tak boleh difahami secara literal. Kerana para ulama berbeza pendapat tentang makna sebenar "diikat atau dibelenggu para syaitan" ini. Saya ringkaskan beberapa pendapat-pendapat tersebut:

A) Ibn Hajar menjelaskan ia bermaksud syaitan sukar untuk mengganggu orang Islam kerana ia sibuk dengan puasanya, ibadahnya, bacaan Qur'an dan sebagainya, tidak seperti dalam bulan-bulan selain Ramadhan.

B) Ibn Shihab menjelaskan ia bermaksud para syaitan menjadi "lemah" dalam usahanya menggoda dan mengganggu manusia.

C) Ada ulama yang mengatakan sememangnya secara fizikal mereka dibelenggu kerana kehadiran para malaikat yang datang ke bumi pada bulan Ramadhan.

D) Sheikh Al-'Uthaymin pula mengatakan hal ini ada beberapa riwayat menyebutkan yang dibelenggu ialah para syaitan yang jahat sahaja. Dan hal ini kata beliau adalah perkara ghaib yang tidak sepatutnya kita berlebih-lebihan dalam memberi pendapat tentangnya.

Dan Sheikh menyebutkan bahawa Abdullah anak Imam Ahmad pernah bertanya soalan yang serupa kepada ayahnya. "Sesungguhnya ada orang kena rasuk dalam bulan Ramadhan". Jawab Imam Ahmad, "inilah yang berlaku, dan kita tidak bercakap tentangnya".

Allahu a'lam

Maka tidak perlulah diperdebatkan panjang lebar tentang hal ini. Yang sepatutnya kita fokuskan ialah bertaqwa kepada Allah dan menghindari diri daripada terjebak dengan godaan syaitan, sama ada di dalam mahupun di luar Ramadhan.

C&P: 7/5/2021 @ 25 RAMADAN 1442H: 2.27 PM


Pemahaman Tentang Jin Dan Syaitan

SUMBER: GERAKAN PENA MALAYSIA

OLEH: USTAZ ABU HUMAYD SUFRI MAHMUD

Apabila bercakap mengenai syaitan, maka apakah yang terlintas di fikiran kita? Kebiasannya orang akan membayangkan makhluk ghaib yang menyeramkan dan suka mengganggu manusia. Hakikatnya, syaitan boleh jadi daripada kalangan jin dan juga manusia. Firman Allah Ta'ala yang mafhumnya:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin... 
(Surah al-An’am, 6:112)

Allah 'azza wa jalla menyebutkan di dalam kitabNya bahawa syaitan dan kuncu-kuncunya adalah musuh yang nyata bagi umat manusia semuanya. Antara ayat-ayat lain yang menjadi dalil bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata adalah seperti berikut:

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! 

(Surah Ya Sin, 36:60)

Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

 (Surah al-Zukhruf, 43:62)

Nama syaitan itu berasal daripada perkataan Arab "shatana" yang membawa maksud menjauhkan. Disebut "Ash-Shatin" yang bermaksud yang jauh daripada kebenaran. Maka dari segi bahasanya, syaitan ialah makhluk yang menjauhkan manusia daripada kebenaran.

Definisi jin:

Dari segi bahasa ia berasal daripada perkataan janna yajinnu jinnan, yang bererti yang “tersembunyi, terhalang, dan tertutup”.

Definisi syaitan:
Dari segi bahasa, shatana, yang bermaksud yang menjauhkan sesuatu daripada sesuatu. Dikatakan syaitan, kerana ia menjauhkan manusia daripada kebenaran. Syaitan boleh jadi daripada kalangan jin, manusia, dan haiwan, hatta tumbuhan sekalipun.

Maka bukan semua syaitan adalah jin, dan bukan semua jin adalah syaitan.
JIN (syaitan) mempunyai dua tanduk dan sayap:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "لَا تَحَرَّوْا بِصَلَاتِكُمْ طُلُوعَ الشَّمْسِ، وَلَا غُرُوبَهَا، فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بِقَرْنَيْ الشَّيْطَان"

Daripada Ibn Umar, katanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
“Janganlah kamu solat ketika terbit matahari dan bukan ketika terbenamnya ia, kerana sesungguhnya ia terbit di antara dua tanduk syaitan."
[HR Muslim, No. 828]

Antara sifat-sifat jin:

[ Tidak dapat dilihat dengan mata kasar ]

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.
[Surah Al-A’raf, 7: 27]

Jin takut dan lari daripada sebahagian hamba Allah yang beriman dan bertakwa

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan benar serta menancapkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan pun akan takut dan lari. Hal ini misalnya terdapat pada diri Umar bin Al-Khattab r.a. riwayat Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah di mana Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda kepada Umar:

"Sesungguhnya syaitan sangat takut kepadamu wahai Umar"
(HR. Tirmidzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Kathir pernah mengutip sebuah hadith berikut ini:

“Sesungguhnya orang mukmin akan dapat mengendalikan (mengalahkan) syaitannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengendalikan untanya ketika musafir"
(HR. Ahmad)

C&P : 7/5/2021 @ 25 RAMADAN 1442H: 2.18 PM


Benarkah Bayi Boleh Melihat Jin?

SUMBER: GERAKAN PENA MALAYSIA

Oleh : Ustaz Abu Humayd Sufri Mahmud

Assalamualaikum Ustaz.

Baru-baru ini ada kawan saya melarang saya mengunjungi sebuah restoran mamak muslim yg laris. Dia kata pemilik restoran tersebut ada "bela" sesuatu. Saya tanya bela apa? Dia kata ada makhluk (jin) pelaris untuk menarik pelanggan datang ke restoran.

Saya tanya macam mana dia tahu? Dia kata anak kecil dia beritahu dia kerana dia ternampak sesuatu. Dia bawa bayi pun bayi tersebut menangis tak henti-henti.

Soalan saya, benarkah dakwaan bahawa bayi atau anak kecil boleh nampak makhluk ghaib seperti jin dan lain-lain? Atau semua manusia terikat dgn kefahaman ayat إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ (Sesungguhnya dia (Iblis) dan pengikut-pengikutnya boleh melihat kamu dari tempat yang kamu tidak nampak mereka) walaupun bayi dan anak kecil?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam warahmatullah

Setakat yang saya tahu memang syaitan akan mengganggu anak kecil, berdasarkan doa yang dibacakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam kepada Hasan dan Husin.

Cuma adakah kanak-kanak nampak makhluk halus maka saya belum jumpai mana-mana dalil yg jelas dalam masalah ini. Mungkin satu hadith di mana Nabi meruqyah seorang kanak-kanak (bayi) boleh dijadikan sandaran. Tetapi tiada pula teks yang mengatakan kanak-kanak itu melihat sesuatu, cuma ada "gangguan" yang menyebabkannya sakit.

Jika benar sekalipun mereka melihat jin, maka itu bukanlah rupa yang asli kerana kita tahu jin boleh menyamar dan muncul di hadapan manusia sama ada di hadapan seorang individu atau sekumpulan manusia.

Allahu a'lam bissawab.

C&P: 7/5/2021 @ 25 RAMADAN 1442H: 2.09 PM

Sunday, 10 January 2021

TANDA-TANDA WANITA DIROGOL JIN

Oleh: Mohd Syahrizan Wahab

Dapat di kesan Tanda2 peringkat awal :
1) Tidur terasa dihimpit sesuatu benda.
2) Terasa seperti ada sesuatu baring atau tidur disebelah.
3) Ternampak kelibat sesuatu spt bayangan putih atau hitam.
Makhluk jin ini sentiasa memerhatikan mangsanya tidur seperti :
1) Suka tidur keadaan seksi.
2) Suka tidur terkangkang.
3) Tidur seorang diri.
4) Tidur tapak tangan tebuka.
5) Tidur suka telentang.
Oleh sebab itu dilarang wanita tidur telentang dan lelaki tidur meniarap. Sunnah Nabi SAW sendiri mengajar agar kita tidur secara mengiring dengan mengepit kaki.
BAGAIMANA MENGESANNYA:
1) Bangun tidur badan rasa letih teramat sangat.
2) Ada kesan lebam biru, merah, kehitaman di paha atas celah peha dan di tubuh badan.
3) Mendengar bunyi main Guli atas bumbung rumah.
4) Mendengar bunyi berbisik di telinga.
5) Antara lain di kaki ada seperti corak batik
Biasanya perkara ini berlaku pada peringkat 26-30 tahun , terjadi kpd wanita yg berkerja. dan malas untuk memikirkan soal kahwin.
PERINGKAT AKHIR:
Apabila berlaku kes di rogol jin begini, wanita akan membiarkan ini berlaku kerana merasakan tidak mampu melawan lagi kerana sudah terlalu lama dan akhirnya mereka biarkan sahaja. Pengalaman ini akan menjadi wanita merasai:
1) Khayal dan lazat.
2) Tidak mahu bercumbuan dan bersetubuh dgn suami.
3) Tidak pernah dan terniat mahu berkahwin.
4) Klimaks atau basah dgn mencapai nikmat jimak.
5) Ada kes tertentu wanita merasakan seperti mengandung 5 bulan di dalam mimpi atau waktu sedar dan melahirkan anak dalam mimpi serta menyusukan bayi @ dipanggil SAKA(jin jaga keturunan)yg diturunkan dari anak Jin itu.
6) Ada juga kes anak yg dikandung itu hilang tiba-tiba bila kandungan mencecah 9 bulan. Tanpa diduga. Menurut Al Marhum Dato Dr. Harun Din antara lain kemungkinan besar benih jin itu lebih besar dari benih manusia dan menyebabkan jin itu mengambil anaknya kembali hasil bersetubuh dgn jin.
Tanda-tanda wanita mengandung anak jin.
1.Emosi tidak stabil.
2.Panas baran secara tiba-tiba.
3.Sering bersendirian dan takut dengan orang.
4.Sering bermimpi berjimak.
5.Tidak memikirkan tentang jodoh.
6.Perut membesar seperti halnya orang mengandung(apabila cukup bulan isi kandungan hilang).
Jika anda, anak anda atau Isteri anda mengalami masalah seperti yang saya sebutkan di atas..usaha perubatan Ruqyah Syar'iyyah..pasti ada jalan penyelesaiannya
Wallahu a'lam..
Ruqyah Al-Ikhlas Kuching
Belakang Shell Jalan Astana
013-8204546

Copy and paste:
1-/1/2021: 26 Jamadilawal 1442H: 10.16 am