Saturday, 30 September 2017

KEMBARA HAJI 2017 - KEMBALI KE TANAHAIR

Artikel sebelum ini:
Kembara Haji 2017 - Melawat Sekitar Madinah





Setelah berada di Tanah suci selama 39 hari, akhirnya tibalah masanya untuk kami berangkat kembali ke Tanahair yang dirindui. Memang kebiasaan kita manusia apabila berada terlalu di negeri orang, kita pasti akan rindu pada tanahair, rindu pada masakan dan makanan di tanahair. 
Walaupun rasa sedih untuk meninggalkan bumi para anbiyak Mekkah dan Madinah, tapi kami terpaksa pulang juga apabila tiba masanya. 

Kami diarahkan berada di lobby luar Hotel pada jam 4.30 pagi untuk menaiki bas ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah. 










Perjalanan dari Madinah ke Jeddah mengambil masa hampir 4 jam dengan jarak lebih kurang 417 km. 
Kami kemudian singgah di sebuah perhentian rehat yang saya pun tidak tahu dimana letaknya kerana tidak dimaklumkan oleh petugas haji. 




Ini bukan pemandu bas ... sahaja nak bergambar kenangan












LAPANGAN TERBANG KING ABDUL AZIZ, JEDDAH, SAUDI ARABIA







Datin Che Normadiah bersama 2 bekas anggota ATM 


2 bekas anggota ATM wanita dalam Maktab kami


Tuan Haji Mohamad, rakan sebilik saya di Mekkah bersama isteri Hjh Wan Rohaya

Penerbangan Malaysia Airline MH 8359 yang akan membawa kami pulang ke tanahair.











Sebahagian dari sahabat-sahabat yang sama-sama menempuh ranjau dan duri dan pelbagai dugaan sepanjang 39 hari berada di Tanah Suci Mekkah dan Madinah.... semoga silaturrahim antara kita tidak terputus setakat ini... Insya Allah kita akan berjumpa di lain masa... kenangan bersama anda semua ada suatu saat dan masa yang paling manis dalam hidup saya.... 
SEMOGA MENDAPAT HAJI MABRUR ... AAMIIN...

HAJI MABRUR MENURUT PENDAPAT ULAMA
Dari segi bahawa Mabrur berasal daripada kata dasar al-bir yang bermaksud ketelusan dan ketaatan.

“Haji Mabrur ialah haji yang diterima oleh Allah.”
(Ibn Khaluyah)

“Haji Mabrur ialah haji yang tidak ternoda dengan dosa sedikit pun ketika melaksanakannya. “
(Fudhail bin Iyad).

“Haji Mabrur ialah haji yang tidak mengandungi sifat riyak dan sum’ah (menunjuk-menunjuk), tidak juga lucah dan fasik dalamnya. Selain itu ia dibiayai dengan harta yang halal.”
(Al-Hafiz ibn Abdi Bar).

“Haji Mabrur ialah haji yang dilaksanakan dengan sempurna dan bertepatan dengan setiap hokum dan ketentuan yang telah ditetapkan.”
(Imam al-Qurtubi).

TANDA HAJI MABRUR

“Salah satu tanda haji mabrur ialah orang tersebut tidak lagi menyukai maksiat dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.”
(Imam Al-Nawawi)

“Tanda Haji Mabrur ialah ia kembali dalam keadaan zuhud terhadap dunia, penuh berharap terhadap akhirat dan bersiap-siap bertemu dengan pemilik Kaabah.”
(Imam al-Ghazali).

“Tanda Haji seseorang itu diterima Allah, ia kembali daripada haji dengan akhlak Muhamadiah (sesuai dengan Sunnah), sangat menjaga diri daripada dosa, tidak merasa dirinya lebih baik dari orang lain dan tidak berebut sesuatu yang bersifat duniawi.
Tanda Haji tidak diterima pula, ia kembali daripada ibadah haji sama seperti sebelum ia berangkat. Manakala tanda haji seseorang itu dilaknat, ia pulang sambil merasakan ibadahnya lebih diterima Allah daripada ibadah orang lain. “
(Syeikh Ali al-Khawwas). 


Skrin TV dihadapan tempat duduk menunjukkan kedudukan Flight kami dari semasa ke semasa

Alhamdullillah kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 8.07 pagi , lebih awal dari yang dijadualkan. 
Maka berakhirlah perjalanan Kembara Haji 2017 kami hingga setakat ini. In sya Allah jika ada rezeki, kami memohon kepada Allah agar dapat menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci, mungkin ibadah Umrah pula nanti... Aamiin...

Foto Kenangan isteri saya bersama Hjh Azlina Baharom, jemaah yang sangat rapat dengan beliau sepanjang musim Haji di Mekkah dan Madinah...



Tuan Haji Mohamad dan Tuan Haji Jamal Parman, 2 rakan sebilik saya di Mekkah