Friday, 5 January 2024

TRAVEL INFO : JALAN BUKIT PUTUS

POSTED BY: HJ ZULHEIMY BIN MAAMOR > 29 APRIL 2022

Anda pernah lalu Jalan Bukit Putus di Negeri Sembilan?
Bukit Putus sememangnya cukup popular dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan terutamanya bagi pengguna jalan raya yang mahu menuju ke Kuala Pilah dari Seremban.
Penduduk tempatan menggelar laluan itu jalan ular seperti kata pepatah Bak Ular Kena Palu kerana mempunyai 32 liku.
Mungkin ramai tidak tahu Bukit Putus pernah menjadi tempat pertempuran angkatan Yam Tuan Antah dengan tentera Inggeris dalam peperangan yang berlaku pada 25 November 1875.
Saya pernah punyai pengalaman memandu seorang diri melalui jalan Bukit Putus suatu ketika dulu (maaf tahun tak berapa Ingat).


Ketika itu saya bekerja dengan The Institution of Engineers Malaysia di Petaling Jaya. Saya mengendalikan sebuah Committee (Mechanical Engineering Technical Division) yang telah mengadakan mesyuarat di Hotel ERA di Bahau, Negeri Sembilan.
Mesyuarat bermula jam 7 malam di Hotel, dan saya bertolak ke Bahau dari Petaling Jaya selepas solat Asar.
Selesai Meeting ada pula Makan Malam di Hotel tersebut dan berakhir sekitar 12 malam. Kesemua ahli Jawatankuasa METD menginap di hotel tersebut tetapi saya tidak menginap kerana saya ada hal lain keesokan harinya.
Jadi saya bertolak balik ke KL (rumah saya) sekitar jam 12.30 malam...ada seorang AJK mengusik saya katanya kalau memandu tu jangan pandang cermin pandang belakang... takut nanti ada penumpang di belakang.... saya hanya ketawa walaupun dalam hati kecut juga... aduhhh.... kenapalah gurau macam tu....
Tiba-tiba teringat cerita abang sulong saya yang pernah memandu waktu malam di Bukit Putus selesai Audit di sebuah bank di Bahau... dalam perjalanan tiba-tiba pintu belakang kereta terbuka dan kemudian tutup kembali seolah-olah ada orang masuk seat belakang.... abang saya ni jenis Hati Kering juga...dia siap kata kalau nak tumpang.. tumpanglah jangan kacau aku sudah ....hahah...
Aku tekad dan tawakal insya Allah... Allah ada ....
Dalam perjalanan tu aku tersesat entah ke mana di suatu jalan sunyi tak nampak pun ada signboard ke Kuala Lumpur... aku terpaksa patah balik setelah memandu hampir setengah jam... akhirnya baru jumpa signboard ke KL (masa tu belum ada WAZE lagi)... masa tu jam dah pukul 1 pagi... buka radio buat hilang rasa sunyi dan seram sejuk... hingga satu selekoh siaran radio terputus, dan masa tu pula tiba-tiba tengkuk rasa meremang.... aku tak berani tengok cermin pandang belakang (teringat gurauan AJK tadi
😁😁
Masa tu memang tak ada kereta lain selain kereta aku je.... jalan punyalah sunyi.... teringat macam macam cerita yang aku pernah dengar tentang Bukit Putus ini... ada yang pernah nampak nenek kebayanlah.... ada yang pernah nampak sekumpulan manusia menyusung keranda di tengah malam dan di tengah jalan yang sunyi...
Akhirnya aku nampak ada satu lori di hadapan...aku ambil keputusan untuk ikut je belakang lori tu... ada juga peneman.... aku rasa mungkin pemandu lori tu hairan kenapa kereta belakang lori dia tak mahu memotong pada jalan clear je....
Jadi aku ikut je belakang lori tu sampailah ke satu pekan (tak ingat pekan apa) yang ada lampu jalan yang terang baru aku potong lori tu.... sambil memotong aku tekan hon sebagai ucapan terima kasih... pemandu lori tu balas.. rasa dia faham kenapa aku tak potong lori dia....
😁😁
Akhirnya sampai juga ke Lebuhraya...baru rasa lega dan tiba di rumah sekitar jam 3 pagi.....
Itulah kenangan yang aku ingat pernah sekali melalui Bukit Putus seorang diri....
Sekarang ini dah ada jalan baru dan Jalan Bukit Putus dah jarang orang gunakan.....

Copy and paste:
5 Januari 2024 : 23 Jamadilakhir 1445H: 4.24 pm

No comments: