Monday, 8 January 2024

MELAKA - VENICE OF THE EAST

Posted by Hj Zulheimy Maamor
8 August 2020

Semasa belajar Sejarah di Sekolah Menengah tahun 1970 an dulu.. saya masih ingat dalam bab Serangan Portugis ke atas Melaka... sebuah lukisan menunjukkan tentera Portugis bersenjata api manakala tentera Melaka hanya memakai keris dan lembing... Nampok benor nipu nyer.......


Catatan Alfonso de Alburqueque dalam "Comentarios do Grande Afonso de Albuquerque" bahawa Portugis telah merampas 3,000 senjata api (ada yang mengatakan 8,000) dari Istana Melaka....Malah Alfonso sendiri mengakui bahawa senjataapi Kerajaan Melaka mempunyai kualiti yang cukup tinggi sehebat senjata buatan Jerman...
(Pelik kenapa Askar Melaka simpan senjata-senjata api yang banyak tu dalam istana kemudian pergi lawan Portugis pakai keris dan lembing..... mungkin sebab orang Melaka dulu kebal-kebal kot... tak perlu senjata api....)

"he who holds Malacca, holds the throat of Venice"
-Tom Pires
Melaka digelar "Venice of the East" oleh negara Barat ketika itu.... kalau Melaka dah umpama Venice zaman itu... logik ke Pelabuhan Melaka dikawal oleh Askar Melayu yang hanya bersenjata keris dan Lembing....
Pernah terbaca komen seorang yang tidak percaya Melaka begitu hebat ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan hanya melihat Negeri Melaka ketika ini... sebabnya..
Ada salah faham tentang Empayar dan negeri ... Negeri Melaka dan Empayar Melayu Melaka banyak perbezaannya (Lihat rajah peta empayar Melaka)...




Prof.Madya Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif, Pengarah Muzium ISTAC pernah membentangkan senjata-senjata api Kerajaan Melayu Melaka seperti yang di catat oleh Alfonso de Albuquerque dan Duarte Barbosa)... antaranya ialah Lela, Rentaka, Istinggar dan banyak lagi...
Malah ada antara senjata-senjata yang dirampas Portugis itu masih ada dipamerkan di Muzium di Lisbon, Portugal.




Namun semua kini hanya tinggal kenangan...
lebih menyedihkan tiada apa yang nak dibanggakan jika kita ke Melaka sekarang kerana kesan-kesan sejarah yang ada di Melaka sekarang kebanyakannya adalah kesan tinggalan Penjajah Portugis, Belanda dan British.... replika kapal yang dipamerkan pun replika kapal yang menyerang Melaka....
(Sepatutnya dibina replika kapal Mendam Berahi)....
Kesemua tinggalan sejarah Melayu Melaka dipadamkan oleh Barat yang menjajah Tanah Melayu...


Update:
8 Januari 2024 : 9.10 am

No comments: