Showing posts with label EHWAL SEMASA. Show all posts
Showing posts with label EHWAL SEMASA. Show all posts

Thursday, 21 May 2026

THE MALAYS ARE NOT RACISTS, THEY ARE FRUSTRATED & FED UP

By Adrian Lim Chee En
21 May 2026

I have said this many times and have received a lot of condemnation from my own Chinese friends for not defending the Chinese. But I will say it again.
The Malays are not racist when the Malays vehemently oppose the recognition of UEC, oppose uncontrolled pig farming or insist the Chinese Indians read-speak-write proper bahasa Melayu.
The Malays have actually reached a boiling point, but many Chinese refuse to acknowledge this reality due to pride, ego & ignorance.
Pride & ego means that these Chinese feel that more money equals smarter, hence the Malays who have less money than the Chinese must be either stupid or lazy.
Ignorance means that these Chinese do not have any friends beyond the Chinese circle. The only time these Chinese actually speak Malay or talk to a Malay is when they talk to the Nepali guard at the condominium, or the Grab driver, or the police officer at the roadblock, or the officer at a government office. Yup. That's about it.
The Malays have been patient for a very long time. But patience does not mean ignorance.
When a small group of "Chinese fighters" try to push for UEC, protest against the closure of uncontrolled pig farming, insist that Chinese and English is more important than bahasa Melayu, you think the Malays are not aware?
The Malays are very fully aware, but sometimes choose to be patient for the sake of peace, harmony and stability.
But patience has its limits. When such limits are pushed too far, it breaks and chaos ensues.
The Chinese should also be always reminded that Malaysia has a Chinese population of less than 30%. The supermajority are the Malays.
So when a small group of people decided to be "Chinese fighters", I dont think that's wisdom. It is plain stupidity.
Even if these "Chinese fighters" are successfully convinced the entire 30% Chinese in the country to support a particular agenda, this particular agenda will never materialise.
Because for every reaction, there is a counter-reaction. It is only a matter of time before the other 70% comes back at the 30% Chinese.
What we are seeing in West Malaysia today is exactly the counter-reaction by the 70%.
Just today, I read a news of a Malay man driving recklessly, resulting in the death of an 18 year old student awaiting a chance to enter university.
I did not see a single Malay supporting the Malay reckless driver, neither did I see any Malays laughing at the Chinese family.
In fact not many Chinese are aware of this horrible accident. The Malays are more aware about it and the Malays chose to symphatise with the Chinese.
So I do not believe the Malays are racists or hate the Chinese. They are just frustrated and fed up seeing the Chinese refusing to assimilate.

C&P
21 May 2026: 7.17 p.m

Thursday, 30 April 2026

Kementerian Pelancongan Buat Pesta Air Untuk Tarik Pelancong? Kenapa Tak Belajar Dari Konsert Chow Kit Road Sudirman?


Oleh : Azizul Farhan
The Patriots : 30 April 2026

Bila Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya beria-ria nak buat Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang, alasan yang diberikan memang biasa kita dengar. Katanya acara macam ini boleh tarik pelancong, hidupkan ekonomi setempat, penuhkan hotel, gerakkan sektor makanan, peruncitan dan hiburan serta menjadikan Malaysia nampak lebih kreatif sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Tapi dalam masa sama, bila bantahan mula muncul, seolah-olah kalau mahu tarik pelancong, kita hanya perlu buat acara besar, bising, moden dan nampak “international” ikut macam Pesta Songkran di Thailand.
Sedangkan pelancongan yang benar-benar meninggalkan kesan ialah apabila orang datang, mereka bawa balik satu cerita. Mereka rasa sesuatu yang tidak boleh mereka dapat di tempat lain. Mereka nampak wajah negara itu sendiri.
Dan dalam sejarah Malaysia, kita sebenarnya pernah ada satu contoh paling kuat tentang bagaimana hiburan boleh jadi alat pelancongan, alat perpaduan dan alat promosi negara tanpa meniru budaya luar.
Konsert Chow Kit Road Sudirman pada 14 April 1986.
Untuk faham kenapa konsert ini begitu besar, kita kena masuk semula ke Malaysia pertengahan 1980-an. Macam-macam benda jadi di tahun 1985 dan 1986. Pada Julai 1985, Proton Saga dilancarkan sebagai kereta nasional pertama. Itu simbol kebanggaan negara. Lima hari sebelum Peristiwa Memali, Jambatan Pulau Pinang pula dirasmikan pada November 1985. Negara nampak sedang bergerak maju, tetapi pada masa sama, bawah permukaan politik dan sosialnya sedang bergolak.
Pada 19 November 1985, berlaku Peristiwa Memali di Baling, Kedah. Tragedi itu mengorbankan nyawa dan meninggalkan kesan besar dalam ingatan politik negara. Beberapa bulan kemudian, pada 16 Mac 1986, Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Politik negara semakin panas. Kurang sebulan selepas Konsert Chow Kit Road, Ghafar Baba dilantik mengisi kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kemudian pada Ogos tahun yang sama, Pilihan Raya Umum 1986 berlangsung.
Konsert Chow Kit Road berlaku ketika rakyat sedang melihat negara berubah, bergolak dan mencari arah. Dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba muncul satu malam di tengah kota. Satu konsert percuma di jalan raya, di kawasan paling hidup di Kuala Lumpur dengan seorang penghibur bernama Sudirman Haji Arshad berdiri di tengah-tengah lautan manusia.
Sudirman pada tahun 1986 memang berada pada tahap yang sukar ditandingi. Beliau sudah menjadi wajah hiburan Malaysia. Beliau boleh menyanyi lagu cinta, lagu rakyat, lagu patriotik, lagu jenaka, lagu bandar, lagu kampung dan semuanya boleh masuk ke telinga rakyat biasa. Beliau bukan artis yang hanya difahami satu kelas sosial. Orang kampung kenal. Orang bandar kenal. Orang Melayu, Cina dan India kenal. Budak kecil kenal. Makcik pasar kenal. Eksekutif pejabat pun kenal.
Sebab itu apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik atau PATA di Kuala Lumpur pada April 1986, nama Sudirman memang sangat sesuai. PATA ketika itu ialah persidangan penting dalam dunia pelancongan rantau Asia Pasifik. Malaysia mahu memperkenalkan dirinya sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja cantik, tetapi hidup, aman, meriah dan berbudaya. Sudirman pula ketika itu menjadi duta Malaysia dengan kempen pelancongan melalui lagu “Kenali Malaysia, Cintai Malaysia”. Malah, konsert tersebut diadakan sempena persidangan PATA itu.
Tetapi idea untuk buat konsert di Chow Kit sebenarnya kedengaran macam kerja gila.
Chow Kit pada tahun 1986 bukan macam kawasan yang boleh ditutup sesuka hati. Itu antara kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur. Jalan Tuanku Abdul Rahman masih menjadi urat nadi bandar. Bas lalu di situ. Teksi masuk keluar. Kedai-kedai hidup sampai malam. Orang berniaga. Orang membeli. Orang turun naik bas. Orang dari Kampung Baru, Jalan Raja Muda, Jalan Pahang, Jalan Ipoh, Masjid India, Batu Road dan kawasan sekitarnya semuanya tahu betapa padatnya kawasan itu.
Dan di tengah-tengah kawasan itulah Sudirman mahu buat konsert.
Di sinilah nama Mike Bernie menjadi sangat penting. Mike Bernie ialah pengurus Sudirman dan antara figura penting dalam pengurusan hiburan moden Malaysia. Beliau faham nilai Sudirman sebagai penghibur besar negara. Beliau faham bahawa Sudirman nak bagi rakyat biasa merasa konsert ini kerana ramai yang tak mampu melihat beliau dalam persembahan di hotel-hotel. Apabila idea konsert terbuka di Chow Kit muncul, Mike Bernie memainkan peranan besar menggerakkan cadangan itu ke pihak-pihak yang perlu diyakinkan.
Antara nama penting yang masuk dalam cerita ini ialah Datuk Abdullah Jonid, Ketua Pengarah Tourism Malaysia ketika itu. Mike Bernie menghubungi Abdullah Jonid untuk membincangkan kemungkinan mengadakan konsert tersebut dan Abdullah sendiri pada awalnya terkejut dengan skala idea itu. Tapi dari sudut pelancongan, idea itu ada logiknya. Malaysia sedang menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa. Kuala Lumpur perlu ditonjolkan melalui denyut kehidupan rakyatnya.
Namun Abdullah Jonid juga tahu satu perkara. Idea itu tidak akan ke mana-mana kalau polis dan DBKL tidak setuju.
Maka di sinilah masuk Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan yang ketika itu Ketua Polis Kuala Lumpur. Beliau kemudian dikenali sebagai antara tokoh polis paling tegas dan disegani dalam sejarah PDRM. Rekod kerjayanya menunjukkan beliau menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur dari 1984 hingga Julai 1987 sebelum kemudian memegang jawatan lebih tinggi dalam Bukit Aman. Jadi pada malam Chow Kit Road itu, keselamatan Kuala Lumpur memang berada dalam wilayah tanggungjawab beliau.
Bagi pihak polis, permohonan ini bukan perkara main-main. Kalau satu konsert dalam stadium, polis boleh kawal pintu masuk dan keluar. Kalau dalam dewan, ruangnya tertutup. Kalau di padang, sekurang-kurangnya ada kawasan lapang. Tapi ini jalan raya. Jalan Tuanku Abdul Rahman inilah juga menjadi laluan bas, laluan kenderaan, laluan orang ramai dan laluan ekonomi bandar.
Sebab itu Zaman Khan dan pasukannya perlu fikir banyak perkara. Jalan mana hendak ditutup. Dari mana kenderaan perlu dilencongkan. Bas hendak dialihkan ke mana. Orang ramai akan datang dari arah mana. Kawasan mana boleh jadi laluan kecemasan. Kalau orang terlalu padat, pasukan perubatan hendak masuk dari mana. Kalau berlaku panik, bagaimana hendak pecahkan arus manusia. Kalau pentas sudah siap tetapi orang terlalu ramai, bagaimana hendak bawa Sudirman masuk. Kalau show habis lewat, berapa cepat pentas boleh dibuka semula sebelum trafik pagi bermula.
Selain Zaman Khan, satu lagi nama yang penting ialah Datuk Dell Akbar Khan yang ketika itu merupakan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur. Dari awal lagi, cadangan itu memang nampak sangat berat dari sudut kawalan trafik. Bukan kerana polis tidak mahu hiburan, tetapi kerana mereka faham apa maknanya menghimpunkan puluhan ribu manusia di jalan utama Kuala Lumpur.
Pihak DBKL pula tidak boleh diketepikan. Ketika itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur ialah Tan Sri Elyas Omar. Beliau antara tokoh besar pembangunan Kuala Lumpur era 1980-an. Kebenaran DBKL amat penting kerana penutupan jalan, penggunaan ruang awam, pembersihan, kerja teknikal serta penyelarasan bandar berada di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan. Tanpa DBKL, konsert ini memang tidak mungkin berjalan.
Pemilihan Chow Kit pula sangat tepat. Sudirman ada lagu “Chow Kit Road”. Lagu itu menangkap suasana Kuala Lumpur yang sebenar. Jadi apabila konsert diadakan di kawasan itu, lagu tersebut tiba-tiba hidup di tempat asal rohnya. Sebab itu pembukaan konsert dengan “Chow Kit Road” menjadi sangat ikonik.
Tetapi sebelum sampai ke malam persembahan, kerja belakang tabirnya memang luar biasa. Pasukan produksi Sudirman di bawah Mike Bernie perlu menyiapkan sesuatu yang sangat sukar dalam masa yang sangat singkat. Antara nama penting di belakang produksi ialah Azmi Mohamad yang dikenali sebagai production manager yang sangat cekap. Dia perlu pastikan lori masuk tepat masa, peralatan turun, pentas naik, lampu dipasang, sound system diuji, generator berfungsi, kru cukup, jadual dipatuhi dan semua boleh dibuka semula selepas konsert tamat.
Masalahnya, jalan tidak boleh ditutup awal. Sebab kalau Jalan Tuanku Abdul Rahman ditutup terlalu awal, Kuala Lumpur boleh sesak teruk. Jadi kerja pemasangan pentas hanya boleh dibuat dalam masa yang singkat. Lori perlu menunggu. Peralatan perlu disusun. Kru perlu bersedia. Sebaik sahaja jalan boleh ditutup, semuanya perlu bergerak laju.
Bayangkan keadaan itu. Bukan pentas moden yang boleh dipasang semudah hari ini. Waktu itu struktur pentas masih banyak bergantung kepada kerja tukang, kayu, besi, papan, riser, lampu dan speaker yang perlu diangkat secara fizikal. Pentas dikatakan sekitar 40 kaki kali 40 kaki. Ada riser untuk pemuzik. Ada backdrop besar. Ada sistem lampu yang perlu digantung. Ada sistem bunyi yang perlu cukup kuat untuk kawasan terbuka, walaupun realitinya mustahil semua orang yang jauh boleh dengar dengan jelas.
Konsert ini berlaku pada tahun 1986. Tiada LED screen gergasi setiap 30 meter. Tiada sistem line array moden yang boleh sebarkan bunyi secara kemas ke kawasan jauh. Tiada walkie-talkie secanggih hari ini untuk semua kru. Tiada aplikasi trafik. Tiada media sosial untuk beritahu orang laluan alternatif. Tiada MRT. Tiada LRT. Orang datang dengan bas mini, bas biasa, teksi, kereta, motosikal atau jalan kaki.
Dan orang tetap datang.
Sementara itu, band Sudirman juga bekerja keras. Sekitar 25 lagu perlu dikuasai. Susunan muzik perlu kemas. Transisi lagu perlu tepat. Sudirman pula terkenal sebagai orang yang sangat teliti dengan persembahan.
Sudirman merancang show seperti seorang pengarah teater. Dia fikir lagu pembukaan. Dia fikir cara muncul. Dia fikir skrip. Dia fikir pakaian. Dia fikir bila mahu buat penonton ketawa. Bila mahu bercakap tentang Malaysia. Bila mahu menyentuh emosi. Bila mahu naikkan semangat. Bila mahu menurunkan tempo.
Pada hari konsert, suasana mula berubah sejak petang. Orang sudah mula datang awal untuk cari tempat. Ada yang habis kerja terus bergerak ke Chow Kit. Ada yang ambil cuti separuh hari. Ada yang datang dari kawasan sekitar Kuala Lumpur. Ada yang datang dari Petaling Jaya, Klang, Kajang, Seremban, mungkin juga tempat lebih jauh. Ada yang memang peminat Sudirman. Ada yang datang sebab mahu tengok apa yang sedang berlaku. Ada yang mungkin sekadar lalu, nampak orang ramai, lalu berhenti.
Lama-kelamaan, jalan itu berubah rupa. Jalan yang biasanya dipenuhi kenderaan bertukar menjadi lautan manusia. Dari kawasan pentas, manusia memenuhi sepanjang laluan. Ada yang berdiri di kaki lima. Ada yang naik pokok. Ada yang menonton dari tingkap bangunan. Ada yang cuba mencari sudut tinggi supaya boleh nampak pentas. Ada yang terlalu jauh sampai mungkin hanya nampak cahaya, bukan Sudirman. Tapi mereka tetap berada di situ.
Di hotel berhampiran, Sudirman sendiri sebenarnya gelisah. Ini sisi beliau yang sangat manusiawi. Walaupun beliau superstar, beliau masih takut. Dia berkata pada sahabatnya yang juga seorang wartawan, Saodah Ismail. Dia risau orang tidak datang. Dia asyik melihat ke luar tingkap. Dia tertanya-tanya sama ada peminat akan memenuhi tempat itu atau tidak, takut yang datang 5-6 orang sahaja, paling ramai pun 10 orang. Pada hari itu pun Sudirman hanya makan telur mentah sahaja, tidak mahu makanan lain. Bayangkan, seorang artis sebesar Sudirman pun masih ada rasa bimbang. Itu menunjukkan betapa pentingnya malam itu bagi dirinya.
Menjelang Maghrib, jumlah manusia makin sukar dikawal. Pihak polis di lapangan mula melihat keadaan semakin padat. Laporan dari kawasan sekitar menunjukkan manusia datang tanpa henti. Kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Jalan Raja Muda, Jalan Ipoh dan jalan-jalan sekitarnya mula dipenuhi orang. Pegawai keselamatan yang pada awalnya sudah bimbang menjadi lebih bimbang apabila melihat sendiri skala kehadiran orang ramai.
Sudirman pula perlu dibawa ke pentas. Ini pun satu masalah. Dalam konsert biasa, artis boleh masuk dari belakang pentas. Tapi bila seluruh kawasan sudah dipenuhi manusia, pergerakan menjadi sangat sukar. Bas yang membawa wartawan, pemuzik dan petugas pun susah bergerak. Suasana terlalu padat sampai kenderaan terasa seperti berada dalam gelombang manusia. Kalau orang ramai menolak, bas pun boleh terasa bergoyang.
Pada masa sama, masalah teknikal pula muncul. Sistem bunyi dan generator tidak berjalan seperti yang dirancang. Ada gangguan bekalan atau sambungan teknikal yang perlu dibaiki. Pemuzik dan kru perlu sampai ke posisi. Pihak polis perlu terus kawal orang ramai. Masa mula konsert semakin lewat. Penonton sudah menunggu. Tekanan makin tinggi.
Dan di sinilah keberanian pasukan itu diuji.
Akhirnya, bila semuanya cukup bersedia, persembahan dimulakan. Sudirman membuat kemunculan dari atas menggunakan skylift. Kemunculan seperti ini memang luar biasa. Dia seperti turun dari langit Kuala Lumpur. Lampu menyuluh tubuh kecilnya. Di bawah, manusia menjerit. Dan dari udara itulah dia memulakan malam yang kemudian menjadi legenda.
Lagu pertama, “Chow Kit Road”.
Pilihan itu genius. Dia hanya perlu menyanyikan nama tempat itu. “Chow Kit Road, Chow Kit Road...” Gegak gempita jadinya apabila semua orang menyanyikan lagu beliau.
Lepas itu, Sudirman membawa lagu yang menyambung terus kepada tema Malaysia. “Kenali Malaysia, Cintai Malaysia” masuk dengan sangat tepat kerana di situlah wakil pelancongan dan tetamu antarabangsa PATA dapat melihat apa yang Malaysia mahu tunjukkan.
Kemudian lagu “Tanggal 31” pula menjadikan suasana lebih patriotik. Backdrop bendera Malaysia berdiri besar di belakang pentas. Tidak perlu skrin LED mahal. Tidak perlu grafik 3D. Tidak perlu visual berlebihan. Bendera itu sudah cukup. Patriotisme Sudirman tiada tolok bandingnya.
Sepanjang persembahan, Sudirman mengawal emosi orang ramai. Dia tahu jumlah manusia terlalu besar. Dia risau orang menolak. Dia pesan supaya penonton bertenang. Dia bergurau, bercakap, menyapa, menyanyi, bergerak dan dalam masa sama menjaga suasana. Ini bukan kerja mudah. Dalam konsert sebesar itu, kalau artis tersilap menaikkan emosi penonton secara berlebihan, keadaan boleh jadi bahaya. Tapi Sudirman tahu membaca manusia.
Di sinilah kita nampak kenapa Sudirman seorang penghibur berbakat yang tiada tolok bandingnya.
Konsert itu juga menarik kerana ia bukan hanya himpunan orang Melayu. Sudirman ialah artis yang merentas kaum. Orang Cina kenal dia. Orang India kenal dia. Orang Melayu memang menjadikan dia sebahagian daripada hidup mereka. Dalam pasukan muziknya pun ada pelbagai bangsa.
Itulah yang membuat Konsert Chow Kit Road begitu mahal nilainya. Malaysia mendapat satu cerita yang terus hidup hampir 40 tahun kemudian.
Angka kehadiran sekitar 100,000 orang dan mengukuhkan namanya dalam Malaysia Book of Records.
Dan kesan Chow Kit Road memang besar. Ia menjadi standard yang orang masih sebut sampai hari ini. Bila ada artis mahu buat konsert jalanan besar, orang akan banding dengan Sudirman. Bila ada acara pelancongan mahu tunjuk Malaysia kepada dunia, orang akan ingat Chow Kit Road. Bila orang bercakap tentang penghibur rakyat, nama Sudirman tetap naik.
Kalau hari ini kita tutup Jalan Tuanku Abdul Rahman, panggil artis popular, buat pentas besar, belum tentu ia jadi seperti Konsert Chow Kit Road ni.
Sebab itulah apabila hari ini kita bercakap tentang festival air di Bukit Bintang, persoalannya yang lebih besar ialah apa sebenarnya cerita Malaysia yang mahu dibawa?
Kalau mahu tarik pelancong, apakah kita hanya mahu mereka datang melihat kita meniru konsep luar? Kalau mahu hidupkan Bukit Bintang, apakah kita hanya mahu jadikan ia tapak acara tanpa akar budaya? Kalau mahu jual Malaysia, mengapa tidak jual Malaysia yang sebenar?
Konsert Chow Kit Road mengajar kita bahawa hiburan boleh menjadi promosi pelancongan yang kuat apabila ia berakar pada tempat, rakyat dan identiti. Sudirman tidak perlu berpura-pura menjadi artis Barat. Dia tidak perlu meniru festival negara jiran. Dia tidak perlu membina imej palsu. Dia hanya membawa dirinya sebagai Sudirman, anak Malaysia yang faham denyut rakyat Malaysia.
Dan dunia boleh datang melihat itu.
___
Banyak kisah luar biasa pasal tokoh-tokoh besar diselit dalam buku HIDDEN GENIUS!
Selami rahsia cara mereka melihat peluang, mengambil risiko dan mencipta sejarah. Ambil inspirasi daripadanya.
Dapatkan sekarang dengan diskaun menarik di webstore kami di sini:
Atau boleh dapatkan seperti biasa di Shopee:

C&P
30 April 2026: 11.40 a.m

Tuesday, 31 March 2026

SEKADAR PERKONGSIAN - ISU ARAK

Oleh: Yuktes Vijay

Saya berharap Hindu Sangam atau mana-mana NGO India akan tampil ke depan dan beri penerangan atau penjelasan. Tetapi setiap kali mereka bernekad untuk buktikan pendapat saya bahawa mereka bodoh adalah benar.
Kalau letak arak sebagai hidangan kepada dewa sendiri, memang secara logik mana-mana orang pun akan menyoal lah. Sebab di dalam mana-mana agama pun minum arak itu memang dilarang.
Tapi ada reason kenapa amalan ini dipraktik.
Saya bukan orang agama tapi saya juga tidak suka buat benda bodoh sejak kecil.
Apa yang saya bakal tulis adalah daripada ilmu yang diperoleh selepas buat bacaan dan kajian sendiri. Sesuatu yang saya pasti 99% india di negara ini tidak pernah buat di dalam hidup mereka.
OK ceritanya macam ini.
Dalam teks Hindu yang diiktiraf secara umum seperti Manusmriti dan beberapa bahagian Atharvaveda, arak (sura atau madya) disenaraikan sebagai benda yang patut dijauhi oleh mereka yang mengejar kesucian rohani.
Manakala amalan rakyat (folk religion) di kalangan komuniti Tamil bawahan sama sekali tidak merujuk teks — mereka mewarisi amalan dari nenek moyang dan ianya kekal sedemikian sehingga ke hari ini.
Bermaksud amalan hidang arak itu bukan desakan scripture tetapi lahir daripada tafsiran manusia sendiri.
Come on lah. Selepas Nabi Musa belah laut pun ada kaum pergi bina patung lembu emas selepas itu. Kaum India tidak pernah diutus satu nabi pun lah ok. Maka, tak perlu hairan ada amalan sebegitu rupa.
Masalah ini wujud kerana kasta Brahmin dan Sanskrit. Kasta brahmin saya percayai adalah orang Yahudi Kazaria yang datang ke India. Tahu tak selain Palestine, apa lagi pilihan yang diberi kepada Rothschild untuk tubuhkan negara haram Yisrel? Kerala di India.
Tapi Yahudi ini kan obses dengan kitab Taurud mereka. Mereka insist nak juga Palestine.
Back to kasta Brahmin dan Sanskrit.
Ini adalah inti pati masalah yang paling jarang dibincangkan secara jujur.
Sanskrit bukan sahaja bahasa — ia adalah sistem kawalan maklumat.
Sepanjang berabad-abad, penguasaan teks-teks Veda, Agama, dan Tantra dikhaskan secara eksklusif kepada golongan Brahmin.
Orang Tamil biasa — walaupun mereka yang taat beribadah sepanjang hayat — tidak pernah diajar membaca Rigveda atau Yajurveda. Mereka menerima arahan ritual daripada priest tanpa keupayaan untuk mengesahkan sama ada mantera yang dibacakan itu betul, salah, atau langsung tidak relevan dengan upacara yang dijalankan.
Ini mewujudkan apa yang boleh disifatkan sebagai asimetri epistemologi agama — satu pihak memegang kunci kepada sumber utama, pihak lain bergantung sepenuhnya kepada perantara.
Dalam konteks ini, kepercayaan orang awam terbina bukan atas pemahaman teks, sebaliknya atas kepercayaan kepada individu yang mendakwa memiliki akses kepada teks tersebut.
Senarionya mudah difahami: apabila priest Brahmin mempersembahkan pongal atau ladoo kepada Tuhan, ia dilihat sebagai tindakan suci kerana priest itu dianggap suci.
Apabila orang dari kasta bawahan meniru logik yang sama tetapi dengan sumber yang mereka ada — arak, daging babi hutan, ayam — tindakan itu membawa logik teologi yang sama iaitu :
Tuhan menerima apa yang kamu ada. Tuhan menghargai keikhlasan, bukan kemewahan persembahan.
Lama-kelamaan, peniruan bertukar menjadi adat. Adat bertukar menjadi tradisi. Tradisi bertukar menjadi sebahagian daripada identiti komuniti.
Apabila identiti komuniti diancam — misalnya oleh usaha pembaharuan agama atau urbanisasi — tradisi itu dipertahankan dengan lebih keras lagi. Sebab yang ajar dia amalan itu adalah bapa atau datuk dia.
Kalau orang soal cara didikan bapa atau datuk kamu, kamu marah bukan. Same thing here lah.
Persembahan arak kepada dewa seperti Muniswarar (yang ada dalam gambar) dalam konteks Tamil bukanlah pujukan untuk minum arak.
Sebaliknya ianya amalan, betul atau salah bukan untuk kita tafsir ya, yang diwarisi.
Apa yang kita panggil “Hinduisme” hari ini sebenarnya adalah pakej yang dihimpunkan — gabungan Vaishnavisme, Shaivisme, Shaktisme, Smarta, amalan folk, dan ratusan tradisi tempatan yang masing-masing mempunyai teologi, ritual, dan teks sendiri.
Veda tidak pernah menjadi kitab suci tunggal seperti Al-Quran atau Bible.
Secara peribadi lah.. Saya tidak percaya Hinduism ada kitab suci.
Sacred text yes but Sacred book? Personally no.
Kalau kata Vedas, habis kenapa kita tak baca vedas di sini maupun di India?
Anyways mereka yang kutuk dan kritik ambil tahu lah amalan orang lain.
Mungkin tak masuk akal bagi mu. Tapi biar lah....
Masalah utama orang India di sini mereka suka claim benda yang entah betul atau tidak dan anggapnya sejarah dan tradisi.
Macam Kaabah ada Sivalingam (this is one big bullshit of hindutva). Chola datang kadaram kondan (kesultanan Melayu wujud hari ini.. Choza ada lagi ke?). Suka claim sebab beri mereka prestij palsu. Bodoh lah wei.
Bila ditegur, kita pula di label anti Hindu walhal I think I'm the only Hindu yang waras di sini.
Agama itu memang perfect. Memang benar.
Penganutnya sahaja problematic selalu.
Sekali lagi, saya tegaskan pemimpin India dan penyokong mereka adalah wasted sperms.
Ditulis dalam rush.
Dan harap kultus di sebelah utara negara sedang jaga dia dengan baik.
Sekian terima kasih.

C&P
31/3/2026: 9.31 p.m

THE BENTLEY'S LAW


Bentley’s Law is a type of legislation in the United States that requires convicted drunk drivers to pay child support if they kill a parent or guardian in a crash. The law's primary goal is to ensure financial stability for surviving minor children by holding the offender accountable for the long-term impact of their actions. [1, 2, 3]

Key Features of Bentley's Law
  • Mandatory Restitution: Courts order the defendant to pay child support (maintenance) to the child's surviving parent or guardian.
  • Payment Duration: Support typically continues until the child turns 18 years old or graduates from high school.
  • Determination of Amount: A judge determines the payment amount based on the child's financial needs, the resources of the surviving guardian, and the child's previous standard of living.
  • Incarcerated Offenders: If the offender is in prison, they are usually given one year after their release to begin making payments under a court-approved plan. [4, 5, 6, 7, 8]
Origin and Adoption
  • Namesake: The law is named after Bentley Williams, a young boy who lost his parents and a sibling in a 2021 drunk driving accident in Missouri. His grandmother, Cecilia Williams, became the driving force behind the legislation.
  • State Enactments: While it originated as a proposal in Missouri, versions of the law have been passed in several states, including:
    • Tennessee: The first state to enact the law in 2022.
    • Texas: Passed House Bill 393 in 2023, requiring mandatory restitution for victims of intoxication manslaughter.
    • Others: Variations have been introduced or passed in states like Kentucky, Hawaii, Maine, and others. [1, 4, 6, 7, 9]
References:


C&P
31 March 2026: 1.45 p.m

Monday, 2 March 2026

URBAN LEGENDS ABOUT MALAY THAT NON-MALAYS BELIEVE...

It seems there are many urban legends about Malays that non-Malays believe. Among them:

  1. Waqf land. Some think the government gives us free land to build mosques, suraus and so on. In reality, waqf land comes from the contributions of Malays themselves, who dedicate their own land and property for public use in the hope of rewards in the hereafter.
  2. Malays are automatically registered for ASB and get RM1000 credited into it at birth. I don’t know where this urban legend came from, but to our non-Malay friends, please know that we ourselves have to encourage our children to invest in ASB. Even then, some still don’t want to invest—so how could there be automatic investment?
  3. The government sends Malays to perform Hajj and Umrah for free through Tabung Haji. No. We deposit our own money into Tabung Haji and have to wait our turn until we have sufficient savings. We’re not wealthy people with tens of thousands ready at hand; we have to save gradually. Do you know that some people wait decades before they finally get their turn to go for Hajj?
  4. Malays can enter UiTM, SBP, and MRSM regardless of their results. No. We must score excellent exam results before we can be admitted. We compete among ourselves. Do you think it’s easy competing with other Malays? The best SPM and STPM schools are national schools, and many of the top students across Malaysia are Malays. It’s tough competing with these high-achieving students.
  5. MARA gives free money to Malays to start businesses. No. The funds are loans from MARA, and we have to repay them. The same goes for MARA education loans—they must be paid back. Nothing is free. The government only facilitates business and education financing, not free handouts.
  6. Zakat is government money given free to all Muslims. No. Zakat is our own money, which we pay to Islamic religious authorities. Not all Muslims receive it. Islam sets strict conditions for recipients, such as the poor, travelers, new converts, and others who meet specific criteria.
  7. So please stop shouting about this non-stop. I don’t know who created these urban legends. Even the “privileges” people think we are fighting over are not offered to all Malays—we have to compete among ourselves for them.
  8. That’s why we encourage you to mix and build friendships with us, instead of isolating yourselves from society and allowing such big misunderstandings to arise.
================================================
Oleh: Helmi Effendy
1 March 2026
Rupa-rupanya memang banyak salah faham tentang orang Melayu yang berlegar sebagai “urban legend”. Jadi elok kita jelaskan satu per satu supaya kita bercakap atas dasar realiti, bukan persepsi.
1. Tanah waqaf kononnya kerajaan beri percuma kepada Melayu
Ada yang menyangka tanah untuk masjid dan surau itu hadiah kerajaan. Sebenarnya, waqaf ialah harta yang diserahkan oleh individu Muslim sendiri, hasil usaha dan simpanan mereka, untuk kegunaan umum demi pahala berterusan. Ia bukan pemberian percuma daripada negara, tetapi sumbangan masyarakat Islam sendiri.
Kenapa kami buat gini? Sebab kami percaya pada passive pahala, macam passive income, selagi mana harta yang kami waqafkan untuk ummah digunakan, makanya pahala akan berterusan sampai kepada kami walau selepas kami mati.
2. Lahir sahaja terus ada ASB dan RM1000
Ini antara cerita yang kerap disebut. Hakikatnya, ASB ialah instrumen pelaburan. Seseorang perlu mendaftar dan memasukkan wang sendiri untuk mempunyai simpanan di dalamnya. Tiada sistem automatik yang mengkreditkan wang kepada setiap bayi Melayu. Malah dalam kalangan Melayu sendiri pun, masih ramai yang perlu digalakkan untuk melabur.
3. Pergi haji dan umrah percuma melalui Tabung Haji
Untuk menunaikan haji, seseorang perlu menyimpan wang sendiri dalam Tabung Haji dan menunggu giliran. Ada yang menunggu belasan atau puluhan tahun sebelum sampai masa. Kos itu datang daripada simpanan individu, bukan tajaan percuma. Tabung Haji mengurus dan menyelaras ibadah, bukan membiayai semua orang tanpa syarat.
4. Masuk UiTM, SBP, MRSM tanpa kira keputusan
Institusi seperti UiTM, SBP dan MRSM tetap meletakkan syarat akademik. Pelajar perlu mencapai keputusan yang cemerlang dan melalui proses saringan. Persaingan berlaku sesama pelajar Melayu sendiri. Hakikatnya, untuk mendapatkan tempat di institusi ini bukan sesuatu yang mudah kerana saingan sangat sengit. Tiada laluan automatik hanya kerana bangsa. Bayangkan pelajar terbaik Malaysia dalam SPM dan STPM majoriti Melayu, begitu juga dengan sekolah-sekolah terbaik kebangsaan, semua sekolah kebangsaan majoriti Melayu. Kawan-kawan bukan Melayu pasti boleh bayangkan bukan bagaimana persaingannya?
5. MARA beri duit percuma untuk berniaga atau belajar
Kebanyakan skim MARA berbentuk pinjaman yang perlu dibayar balik. Ia memudahkan akses pembiayaan, tetapi tetap datang dengan tanggungjawab. Sama ada untuk perniagaan atau pengajian, penerima perlu melunaskan bayaran mengikut perjanjian.
6. Zakat ialah duit kerajaan yang diberi kepada semua orang Islam
Zakat ialah kewajipan agama yang dibayar oleh umat Islam sendiri. Ia dikumpulkan dan diagihkan kepada golongan tertentu yang layak berdasarkan syarat yang jelas seperti fakir, miskin, mualaf dan beberapa kategori lain. Bukan semua orang Islam menerima zakat, dan ia bukan bantuan umum tanpa syarat.
Banyak salah faham timbul kerana kurang interaksi dan kurang pemahaman antara komuniti. Bila kita hanya mendengar dari jauh, mudah untuk membina gambaran yang tidak tepat.
Sebenarnya, banyak perkara yang sering dilabel sebagai “tongkat” itu pun melibatkan usaha, persaingan dan tanggungjawab. Ia bukan kelebihan tanpa syarat seperti yang selalu dibayangkan.
Mungkin yang lebih penting ialah kita lebih banyak bergaul dan berbincang secara terbuka. Bila kita kenal satu sama lain secara dekat, banyak persepsi akan diperbetulkan dengan sendirinya. Benda ni yang politikus cuba halang kita daripada kenal mengenal antara satu sama lain, lantas terjadi dasar pecah dan perintah mereka sehingga kita pun bersangka-sangka.
Jadi, saya harap status saya ni dapat perbetulkan persepsi kawan-kawan bukan Melayu.
---
Di atas merupakan status terakhir di akaun lama aku, jadi aku naikkan semula, bukan nak main isu 3R, tapi nak bantu membantu membetulkan informasi yang banyak salah-faham dan dipegang oleh sahabat bukan Melayu kita.
Sahabat-sahabat yang lain boleh juga bantu saya sebarkan status ni. Sambil sebarkan pembetulan yang dah lama berakar, boleh juga sebarkan akaun baru saya.


C&P:
2/3/2026: 10.37 P.M

ISU PENGHINAAN AL-QURAN

𝙆𝙀𝙉𝙔𝘼𝙏𝘼𝘼𝙉 𝙈𝙀𝘿𝙄𝘼 𝙐𝙎𝙏𝘼𝙕 𝙃𝘼𝙅𝙄 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝘽𝙄𝙉 𝙅𝘼𝙈𝙀𝙎 𝘽𝘼𝙑𝙀𝙉 𝘽𝙄𝙉 𝘼𝘽𝘿𝙐𝙇𝙇𝘼𝙃 𝘼𝙇 𝘼𝙇𝙈𝘼𝙉𝙄𝙔

Firman Allah :

"𝘋𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘤𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘫𝘦𝘬-𝘦𝘫𝘦𝘬 𝘢𝘺𝘢𝘵-𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘒𝘢𝘮𝘪, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘢𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯; 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘭𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘚𝘺𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 (𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢), 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢-𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘶𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮 𝘪𝘵𝘶, 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪" (𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶)
[Al-An'am : 68]
Isu penghinaan terhadap Al-Quran, sehingga kemuncak kepada penghinaan itu dengan memijak Al Quran bukanlah isu kecil dan remeh sehingga menampakkan tatacara tindakan diambil dengan sikap sambil lewa. Ia menyentuh maruah agama Islam sebagai agama Persekutuan serta sensitiviti majoriti rakyat negara ini justeru menyentuh isu 3R yang telah ditegaskan melalui titah Majlis Raja-Raja.
Saya berpandangan tindakan kerajaan melalui pihak berkuasa dalam isu ini dilihat sangat lambat dan tidak cukup tegas. Dalam perkara yang begitu jelas melibatkan penghinaan terhadap kitab suci Al Quran, sepatutnya diberi perhatian lebih pantas dan tindakan lebih keras diambil tanpa perlu tekanan awam.
Kelewatan bertindak hanya akan mengundang kemarahan masyarakat serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang mesti dilaksanakan secara adil, konsisten dan tanpa kompromi — tidak kira siapa yang terlibat.
Saya mendesak agar siasatan disegerakan, tindakan undang-undang diambil dengan tegas, sebagaimana pantasnya tindakan kerajaan melaksanakan pendakwaan dan pertuduhan terhadap kes DJ Radio Era yang secara tidak sengaja menyentuh isu 3R, juga tindakan pantas kerajaan melaksanakan pertuduhan dan pendakwaan terhadap Tamim Dahri serta rakan-rakannya yang mewakili tuan tanah yang tanahnya diceroboh namun diketepikan hukuman oleh mahkamah tinggi perintah reman sebelumnya... Penjelasan rasmi kepada rakyat perlu disegerakan. Kedaulatan undang-undang serta keharmonian negara mesti dipertahankan dengan tindakan, bukan sekadar Kenyataan, di atas prinsip kemuliaan Rukun Negara.
Pesanan Imam Asy-Syafie Rahimahullah yang dirakamkan di dalam kitab Siyar A’lam an-Nubala:
"Barangsiapa yang dibangkitkan kemarahannya (kerana agamanya dihina) namun dia tidak marah, maka dia adalah seekor keldai.
𝘗𝘌𝘙𝘓𝘜 𝘋𝘐𝘐𝘕𝘎𝘈𝘛!!! 𝘐𝘚𝘜 𝘠𝘈𝘕𝘎 𝘋𝘐𝘉𝘈𝘕𝘎𝘒𝘐𝘛𝘒𝘈𝘕 𝘖𝘓𝘌𝘏 𝘙𝘈𝘒𝘠𝘈𝘛 𝘐𝘈𝘓𝘈𝘏 𝘉𝘜𝘒𝘈𝘕 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘑𝘈𝘈𝘕 𝘛𝘐𝘋𝘈𝘒 𝘔𝘌𝘕𝘎𝘈𝘔𝘉𝘐𝘓 𝘛𝘐𝘕𝘋𝘈𝘒𝘈𝘕, 𝘛𝘌𝘛𝘈𝘗𝘐 𝘓𝘈𝘔𝘉𝘈𝘛𝘕𝘠𝘈 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘑𝘈𝘈𝘕 𝘉𝘌𝘙𝘛𝘐𝘕𝘋𝘈𝘒 𝘉𝘌𝘙𝘉𝘈𝘕𝘋𝘐𝘕𝘎 𝘒𝘌𝘚-𝘒𝘌𝘚 3𝘙 𝘠𝘈𝘕𝘎 𝘓𝘈𝘐𝘕 𝘔𝘌𝘓𝘐𝘉𝘈𝘛𝘒𝘈𝘕 𝘗𝘌𝘓𝘈𝘒𝘜 𝘋𝘈𝘙𝘐 𝘒𝘈𝘓𝘈𝘕𝘎𝘈𝘕 𝘖𝘙𝘈𝘕𝘎 𝘐𝘚𝘓𝘈𝘔.
11 Ramadan 1447
01 Mac 2026