Wednesday, 4 December 1991

KD LEKIR : 7 AUG 1989 - 4 DEC 1991

KD LEKIR
22nd Corvette Squadron
Pengkalan TLDM, Lumut, Perak
7.8.1989 - 4.12.1991


1st Crew KD Lekir @ Kiel, Germany 1984













Kapal Diraja Lekir dinamakan bersama nama pahlawan Melayu Hang Lekir di mana beliau adalah salah seorang daripada 5 pahlawan Melayu bersaudara  di zaman Kesultanan Melayu Melaka pada pertengahan abad ke 15. Kapal yang berat 1580 tan ini dengan kepanjangan 97.3 meter merupakan kapal korvet yang berupaya untuk menangkis sebarang ancaman udara, permukaan dan bawah permukaan.


Skuadron Korvet ke-22 terdiri daripada KD KASTURI dan KD LEKIR. Kedua-duanya dinamakan, bersempena dengan lagenda ulung kepahlawanan Melayu dahulu kala, HANG KASTURI dan HANG LEKIR ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka pada kurun ke 15.


KD LEKIR dibina oleh Blohm Voss (HDW) Shipyard di Kiel, Jerman Barat pada 14 Mei 1983. Kapal ini dilengkapi dengan Meriam 100m/55 DP sebagai senjata utama turut dilengkapi dengan MM40 Exocet Surface to Surface Missile
Kapal ini kemudiannya melalui beberapa siri ujian laut, pengintegrasian dan penilaian terakhir sistem tempur sebelum ditauliahkan pada 15 Ogos 1984 oleh Panglima Tentera Laut kedua Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh.

Pegawai Memerintah pertama KD Lekir ialah Kdr Ramly Bin Abu Bakar N/400228.


Saya berkhidmat di KD Lekir dari 7 Ogos 1989 sehingga 4 Disember 1991. KD Lekir berpengkalan di Lumut, Perak. Sebagai anggota TLDM adalah suatu kebanggaan jika dihantar bertugas disebuah kapal yang serba canggih, kerana KD Lekir adalah merupakan kapal TLDM yang tercanggih ketika itu. Pegawai Memerintah KD Lekir ketika itu ialah KDR Noor Azman Hj Othman TLDM N/400404.

Pegawai Memerintah KD Lekir, Kdr. Noor Azman bin Hj Othman (kiri) dan 
LK1 KMT Rosman di White Island, New Zealand, 1991. 


LRO Mohd Nor, LRO Pathma, LTO Roslan & LRO Zulheimy


Kali terakhir bertemu dengan Arwah Mohd Nor yang pernah bersama di KD Lekir







Sepanjang 2 tahun lebih berkhidmat dengan KD Lekir, kapal banyak terlibat dengan tugas-tugas rondaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di samping terlibat dalam beberapa siri latihan dalam negeri dan juga luar negeri. Kapal juga terlibat dalam lawatan operasi ke Surabaya, Hong Kong dan Korea Selatan dan juga Australia dan New Zealand.

http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-surabaya-19891990-1991.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-hong-kong-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-south-korea-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-penang-irfr-1990.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-australia-1991.html
http://zulheimymaamor.blogspot.com/2012/09/kd-lekir-new-zealand-irfr-1991.html




 D Lekir juga terlibat dalam tugas pengawasan di kawasan pelantar Minyak di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak seperti di Miri dan juga Bintulu.








Antara latihan yang sering disertai KD Lekir ialah Ex-Starfisih, iaitu latihan bersama negara-negara FPDA (Five Power Defence Agreements) yang melibatkan kapal-kapal tentera laut dari Malaysia, Singapore, British, Australia dan juga New Zealand.


 EX STARFISH 10/90

 EX STARFISH 11/91










KD Lekir adalah merupakan kapal terakhir aku bertugas dalam TLDM sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 1996 setelah 16 tahun berkhidmat dengan TLDM.... Selepas KD Lekir aku dihantar bertugas di SKTLDM Kuantan dari 1991 hingga 1995 dan tamat Perkhidmatan pada Januari 1996.

Thursday, 31 October 1991

KD LEKIR : NEW ZEALAND IRFR 1991


Sambungan dari :
http://zulheimymaamor.blogspot.my/2012/09/kd-lekir-australia-1991.html

Dari Sydney, New South Wales, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland, New Zealand untuk menyertai RNZN International Royal Fleet Review dan juga Perbarisan menyambut Ulangtahun ke 50 Tentera Laut DiRaja New Zealand. 


AUCKLAND, NEW ZEALAND







Devonport Naval Base terletak di Devonport,pantai Utara Auckland, New Zealand. Ditubuhkan seawal tahun 1841, pengkalan ini terdiri daripada HMNZS Philomel (pusat pentadbiran pengkalan), Fleet Support Organisation and juga Fleet Personnel and Training. 


N.ZEALAND INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW
Perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa di Auckland, New Zealand disertai oleh 35 buah kapal perang daripada 9 negara iaitu Malaysia, Australia, Canada, Kepulauan Cook, Singapura, Tonga, Vanuatu, Samoa Barat dan New Zealand. 
Upacara dirasmikan oleh Gabenor Jeneral, Puan Dame Catherine Tizard. 

Menyertai perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa bukanlah sesuatu yang dapat dirasai oleh semua anggota Tentera laut. Menjadi satu kebanggaan bagi seorang anggota Tentera Laut terpilih menjadi duta kecil negara di peringkat antarabangsa. Begitulah yang dirasai oleh 70 pegawai dan anggota TLDM dari KD Lekir dan KD Mahawangsa yang menyertai perbarisan di Bandaraya Auckland,New Zealand. 

Diantara negara-negara yang turut terlibat dalam perbarisan armada Antarabangsa di bandaraya Auckland, NZ. 


KAPAL-KAPAL TERLIBAT DALAM NZ IRFR - 1991

New Zealand
HMNZS Canterbury, HMNZS Wellington, HMNZS Southlands, HMNZS Endeavour, HMNZS Waikato, HMNZS Manawanui, HMNZS Monowai, HMNZS Tui, HMNZS Tarapunga, HMNZS Takapu, HMNZS Hinau, HMNZS Wakakura, HMNZS Kiwi, HMNZS Moa dan HMNZS Kahu

Australia
HMAS Perth, HMAS Hobart, HMAS Ipswich dan HMAS Dubba

Canada
HMCS Yukon, HMCS Saskatchewan, HMCS Mackenzie dan HMCS Provider

Cook Island
MV Te Kukupa

Malaysia
KD Lekir dan KD Mahawangsa

Singapore
RSS Endurance, RSS Vigour dan RSS Valour

Tonga
HMS Savea

Vanuatu
RVS Tukoro

Western Samoa
MV Nafanua










Gambar di Sekitar Queenstreet, Auckland semasa NZ IRFR

HMNZS TAMAKI 



Pusat latihan bagi anggota - anggota Tentera Laut Di Raja New Zealand. 

Nota:
HMNZS Tamaki telah dilucutkan tauliah pada tahun 2000.


HMNZS PHILOMEL


HMNZS Philomel adalah sebuah pengkalan utama bagi Pentadbiran Tentera Laut Di Raja New Zealand. HMNZS Philomel adalah sebahagian daripada Devonport Naval Base, North Shore City, Auckland, New Zealand.
Pengkalan ini dibina pada tahun 1921 apabila division Tentera Laut New Zealand mula-mula ditubuhkan. Pengkalan ini ditauliahkan semula sebagai pusat latihan pada tahun 1941. 


Gambar Kenangan bersama Laskarnita Royal New Zealand Navy



RPC di HMNZS Philomel, NZ



3 Sahabat dari RNZN yang sentiasa membantu kami semasa di New Zealand




Setelah beberapa hari berada di Auckland, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan destinasi seterusnya iaitu Port of Wellington di New Zealand. Semasa dalam pelayaran ke Wellington, kapal-kapal telah mengadakan latihan bersama di perairan New Zealand. 

Pegawai Memerintah KD Lekir, Kdr Noor Azman Hj Othman (Tengah) bersama anggota-anggota Komunikasi KD Lekir ketika kapal melalui White Island, N. Zealand.


Sesuatu yang jarang atau tidak ada di negara kita pasti akan menarik minat anak-anak kapal seperti contoh Gunung Berapi yang memang tidak ada di negara kita Malaysia. Semasa pelayaran ke Wellington, kapal telah melalui sebuah Gunung Berapi di New Zealand. Kami difahamkan bahawa terdapat beberapa gunung berapi di New Zealand dan kebanyakannya masih aktif. 

PORT OF WELLINGTON,NZ



Wellington adalah ibu negeri dan bandar kedua mempunyai ramai penduduk selepas Auckland. Ia terletak antara Selat Cookd an Rimutaka Range dan mempunyai penduduk berjumlah 393,400 orang. 
Nama Bandar Wellington adalah mengambil sempena nama Arthur Wellesley, Duke of Wellington yang pertama dan juga merupakan panglima Tentera Laut British semasa Battle of Waterloo.
Bandar Wellington pernah mengalami beberapa kejadian gempa bumi yang agak teruk pada tahun 1848 dan 1855.  Gempa bumi yang paling kuat pernah direkodkan di New Zealand ialah Gempa Bumi Wairarapa pada tahun 1855. 








HMCS Yukon dari Canada yang turut serta dalam IRFR New Zealand 1991

Setelah beberapa hari berada di Wellington, kapal meneruskan pelayaran dan singgah di beberapa pelabuhan sebelum pulang ke Malaysia. Di antara pelabuhan itu ialah Adelaide, Perth dan Surabaya
Kapal selamat tiba di Pelabuhan Lumut Perak (Jangka Masa tiba - tidak ingat).

Selepas pulang dari Pelayaran ke Australia dan New Zealand, aku telah ditukarkan ke Stesen Komunikasi TLDM Kuantan (SKTLDM Kuantan) di Tanjung Gelang, Kuantan dan berkhidmat di sana sehingga aku menamatkan perkhidmatan pada Januari 1996. 

Sesungguhnya kenangan bersama KD Lekir tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat ku..... 


Zulheimy Maamor
25 September 2012 - 12.43 pm