Maamor Bin Sudin - atau yang dipanggil keluarga sebagai Paklang Maamor.
Allahyarham Maamor bin Sudin adalah anak kepada Tok Sudin & Siti Hawa. Dalam keluarga besar Tok Sudin, dia anak yang ke-3.
Adik beradik Tok Sudin ada 7 orang:
- Othman bin Sudin (Paklong Suman) - bekas guru
- Mohd Shah bin Sudin (Pakngah)
- Maamor bin Sudin (Paklang)
- Puteh bt Sudin (Makca/Makteh)
- Che Tom bt Sudin (Acik Tom) - bekas bidan
- Jaharah bt Sudin
- Mohamad Awal bin Sudin (Pak Awal) - anak bongsu
1. Dari seorang Guru kepada Wira Negara
Allahyarham Maamor bin Sudin adalah anggota Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja. Sebelum menceburkan diri dalam ketenteraan, arwah adalah seorang guru sekolah, namun kerana minat dengan tentera, arwah meninggalkan bidang perguruan dan juga meninggalkan kampung halamannya untuk menyertai tentera walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari keluarga.
Dua misi besar yang tercatat sejarah hidupnya:
a) Misi Pengaman PBB di Congo, Afrika 1962 - Beliau antara anggota awal Malaya yang dihantar ke Congo di bawah panji Bangsa-Bangsa Bersatu. Foto hitam putih beliau dalam uniform PBB di Congo masih disimpan sampai hari ini.
b) Zaman Konfrontasi di Tawau - Berpangkat PW2, beliau pernah bertugas di Tawau, Sabah ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Arwah ayah pernah bersama di Tawau pada 1964 dan ada menyimpan koleksi foto bersama anggota KKO Indonesia. Masa tu Tawau adalah frontline, termasuk tragedi berdarah Kalabakan 29 Disember 1963, dimana 8 anggota 3 RAMD gugur diserang hendap KKO Indonesia ketika sedang solat Maghrib.
2. Pegawai Perintis RELA - FP/142
Lepas bersara tentera, beliau menyambung bakti sebagai Pegawai RELA Daerah Hulu Selangor, beribu pejabat di Kuala Kubu Bharu.
Dokumen bersejarah yang masih simpan - Kad Perlantikan Pegawai RELA Daerah milik arwah ayah, MAAMOR BIN SUDIN, FP/142.
FP/142 tu bukan nombor biasa:
Nombor itu bermaksud beliau adalah Pegawai RELA Daerah yang ke-142 dilantik di seluruh Malaysia sejak RELA ditubuhkan 11 Januari 1972. Batch 1-200 adalah kumpulan pertama yang menggerakkan RELA di daerah-daerah selepas Peristiwa 13 Mei.
Tugas dia masa tu berat, sebab Hulu Selangor - Tanjung Malim, Kalumpang, Kerling, Ulu Yam, Genting - adalah kawasan hitam komunis dan laluan gerila. Kerja FP/142 adalah menubuhkan platun-platun RELA di setiap mukim KKB, Rasa, Batang Kali, Ulu Bernam dan menjadi penghubung terus antara PDRM, Tentera dan penduduk kampung.
Pejabat yang dia buka dulu itulah yang hari ini menjadi Pejabat RELA Daerah Hulu Selangor di Bangunan Kerajaan Kuala Kubu Bharu.
3. Keluarga
Arwah Maamor berkahwin dengan Hjh Yang Chik bt Jasin dan dikurniakan 4 orang anak, 2 lelaki 2 perempuan:
- Norajelan Bin Maamor (arwah) / Rohaida bt Ahmad
- Normah bt Maamor / Mohd Sarkam bin Sagiman (arwah)
- Norhayati bt Maamor / Anuar bin Mat
- Zulheimy bin Maamor / Norziah bt Ahmad
Dari salasilah inilah keluarga Tok Sudin berkembang sampai ke reunion besar-besaran pada 12 Oktober 2024 di Teratak Le'Reen, Rasah Kemayan, Seremban, yang dianjurkan oleh anak-anak dan cucu-cucu Tok Sudin.
Darah Wira mengalir ke dalam tubuh anak-anak arwah dimana 3 anak arwah berkhidmat dalam tentera iaitu Normah (Jururawat Tentera), Norhayati (Tentera Darat) dan Zulheimy (Tentera Laut).
Manakala darah Guru mengalir kepada cucu arwah iaitu Cikgu Intan Ernany bt Mohd Sarkam (anak kakak kedua saya).
Susunan:
Hj Zulheimy Maamor
1 Oktober 2026: 2:24 a.m.
.jpg)