Monday, 31 August 1981

HARI KEBANGSAAN 1981


Kesemua dalam gambar ini adalah dari Intake 139 kecuali Rahman Arab dari intake 137


Pernahkah anda menyertai Perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Putrajaya atau di peringkat negeri masing-masing...?
Sepanjang hidup saya, hanya sekali saya pernah menyertai kontijen Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 1981.
Saya ketika itu berkhidmat di Kapal KD Raja Jarom, mewakili Kontinjen Zon Selatan TLDM iaitu Kontijen dari Woodlands, Singapura (ketika itu Kapal-Kapal TLDM masih lagi beroperasi di Singapura).
Oleh kerana KD Raja Jarom ketika itu masih dalam pembaikan di Limbungan MSE, Pasir Gudang,kami telah dipilih mewakili zon selatan ke Perbarisan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Zon Selatan ketika itu adalah kontinjen TLDM dari Woodlands, Singapura dan anggota TLDM yang bertugas di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur.
Manakala Zon Utara adalah dari Pengkalan di Lumut, Perak.

Bertolak dari Stesen Keretapi Johor Bahru ke Kuala Lumpur, masing-masing membawa senjata M16. Oleh kerana kami adalah kumpulan pertama yang menggunakan uniform 2B baru menggantikan yang lama (berseluar pendek), jadi kami menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang ketika itu. Semasa tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, ramai mata memandang ke arah kami. Mungkin selama ini mereka biasa nampak Askar berbaju Hijau menggalas senjata... tapi kali ini pasukan yang berbaju biru dan setiap orang menggalas senjata.
Semasa menunggu terak, kami singgah minum di cafeteria di stesen keretapi KL. Seorang Pak Cik kerana ingin tahu... bertanya kepada saya yang kami ini dari mana. Bila saya katakan pada Pakcik tu kami adalah Tentera Laut dari Woodlands, Singapura, dia terkejut dan bertanya kenapa ramai anggota Tentera Laut Singapura berada di Kuala Lumpur dan membawa senjata pula.... kami ketawa dan berkata pada Pakcik tu bahawa kami ialah Anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia yang berpengkalan di Woodlands, Singapura.... baru pakcik tu rasa lega dan katanya tak sangka pula anggota TLDM masih berpengkalan di Singapura walaupun Singapura telah lama keluar dari Malaysia.. saya nyatakan yang TLDM sekarang dalam proses berpindah secara berperingkat dari Singapura ke pengkalan Baru di Lumut, Perak....
(Pengkalan TLDM di Woodlands Singapura sekarang ini ini jadi Singapore West Prison... sedihnya bila kenangkan tempat yang aku tinggal diberek bujang dulu sekarang ni jadi tempat tinggal banduan pula....)


Image may contain: 4 people, including Zulheimy Maamor, people smiling, people standing and outdoor

Semasa di Kuala Lumpur kami menumpang di Kem Transit Jalan Ampang. Bergambar kenangan dengan anggota dari Tentera Darat yang turut serta dalam Perbarisan tersebut.

Thursday, 30 July 1981

KD GANAS, 1981

KD GANAS
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
MALAYSIAN BASE JETTY, WOODLANDS, SINGAPORE
3.2.1981 - 27.7.1981

KD GANAS
1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
SINGAPORE, 1981
Tahun 1981, setelah menamatkan Kursus Asas Komunikasi Radio di KD Pelandok, Lumut, Perak, kami akan ditempatkan di unit masing-masing. Saya bersama 809023 ODCR Roseli Md Zin (American)  telah di tempatkan di atas Kapal Penyerang Laju (Misil) , KD GANAS yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Pegawai Memerintah KD Ganas ketika itu ialah N/400438 Lt Kdr Abdul Rashid Md Isa


KD Ganas adalah merupakan salah sebuah kapal TLDM dari Sekuadron pertama Kapal Pembinasa Laju (Misil). Sekuadron ini terdiri dari 4 buah kapal iaitu KD Ganas, KD Perdana, KD Serang dan KD Ganyang. Ditauliahkan pada 20 Mac 1973 di Limbungan Cherboug, Perancis. Kapal ini adalah dari kelas PERDANA yang dilengkapi dengan Sistem Peluru Berpandu EXOCET MM 38 Missile. 

Pegawai Memerintah pertama kapal ini ialah N/400179 Kdr TLDM Muhammad Yasin bin Hj Salleh






With ODCR Roseli Zin onboard KD Ganas
Singapore, 1981



Kami menaiki keretapi dari Ipoh ke Johor Bahru sebelum dibawa dengan trak ke Woodlands, Singapura. Ini lah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura. Setelah tiba di Malaysian Base Jetty di Woodlands, kami mencari kapal masing-masing... namun kapal KD Ganas tidak kelihatan. Akhirnya kami diberitahu bahawa KD Ganas ketika itu berada di Sabah. Jadi saya dan Roseli akan ditumpangkan sementara di Pejabat Semboyan FOCRMNCCS di KD Malaya sehingga kapal kembali ke Singapura. 3 bulan lamanya kami di FOC RMNCCS (Fleet Operational Command, Royal Malaysian Navy Communication Contigency System). 
FOCRMNCCS kini dikenali sebagai SKTLDM (Stesen Komunikasi TLDM). 

Bangunan FOC RMNCCS (Bangunan Kayu).. Disitulah saya dan Roseli ditumpangkan selama lebih kurang 3 bulan sehingga KD Ganas kembali dari Sabah. 

Pengkalan TLDM di Woodlands kini berubah wajah menjadi SINGAPORE ADMIRALTY WEST PRISON .... HANYA TINGGAL KENANGAN


Ini adalah antara 2 orang senior saya semasa OJT di KD Ganas....RO Fuad dan RO Amir (lebih dikenali dengan Amir Lat) manakala seorang lagi ialah RM Basiran. Anggota Komunikasi KD Ganas yang saya ingat ketika itu selain Amir dan Fuad ialah Osman Desa (Penaga), Adnan (Donan), LRO Chua Eng Chai, LRO Rama, Yeoman Lee Ah Sang dan RS Hassan Mamak... yang lain saya tak berapa ingat...


CRS Hassan (Radio Supervisor KD Ganas)



Satu-satu kenangan yang tak mungkin saya lupakan semasa berkhidmat di KD Ganas ialah latihan Penembakan Peluru Berpandu (Exocet Missile) di Selat Singapura pada July 1981. Kapal yang menjadi target ketika itu ialah bekas KD Ledang yang telah dilucutkan tauliah.  
Setelah 6 bulan menjalani On Job Training di KD Ganas , saya ditukarkan ke KD Raja Jarom