Monday, 8 January 2024

Jalan Nakhoda Yusof di Cheras KL

Posted by Hj Zulheimy Maamor
29 June 2020


Setiap kali melalu sesuatu jalan itu....saya cukup berminat untuk mengetahui siapakah insan disebalik nama pada sebatang jalan itu....
Dulu masa sekolah bila belajar subjek sejarah, kenapa nama Nakhoda Yusof ini tak pernah timbul...yang timbul nama Yap Ah Loy.....
Sedangkan Nakhoda Yusof adalah orang yang hidup sezaman dengan Yap Ah Loy....
Dia adalah ahli perniagaan Melayu yang hidup di era Yap Ah Loy dan namanya hanya tertulis pada sebatang jalanraya dan tidak pernah tertulis dalam mana mana buku teks sejarah di zaman saya dulu....tak tahulah zaman sekarang....
Nakhoda Yusof, yang juga dikenali dengan nama Che Soh, ialah seorang ahli perniagaan yang berasal dari Losong, Kuala Terengganu, yang dikatakan berniaga rempah ratus.
Beliau dikatakan berdagang menggunakan kapal dan sering berlabuh di tapak Masjid Jamek sekarang, iaitu pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang.
Malah dikatakan oleh waris Nakhoda Yusof , beliau tiba di Kuala Lumpur lebih awal dari Yap Ah Loy....
Sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh sejarah Melayu yang tidak pernah diketengahkan ... ada yang hanya tertulis di sebatang jalan.... nama seperti Abdullah Hukum, Khatib Koyan, Haji Taib (Lorong Hj Taib), Raja Laut , Jalan Maarof di Bangsar dan banyak lagi....
Semoga nama mereka tidak hanya kita lihat di jalan jalan sahaja tanpa kita mengetahui apa sumbangan mereka kepada bangsa dan negara kita....

Copy and paste:
8 Januari 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 9.00 am

No comments: