Saturday, 29 February 2020

DO'A SELAMAT DARI MATI MENDADAK

*CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP*
*MARI KITA BACA SEKARANG JUGA* *!*
Do'a keselamatan dari kematian mendadak.

Di riwayat kan dari Rasululloh saw, bahwasanya Alloh swt berfirman:
*Wahai (Kekasihku) Muhammad,tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku,*

*Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara* *:*
*1*: Aku akan angkat kefakiran dari nya.
*2*: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir.
*3*: Aku akan tuntun jalan nya di Shirat.
*4*: Aku akan menjaga nya dari kematian mendadak.
*5*: Aku akan haramkan neraka atasnya.
*6*: Aku akan menjaga nya dari himpitan kubur.
*7*: Aku akan melindungi nya dari kemurkaan raja yang jahat dan dzalim.

*BERIKUT INI DO'ANYA* *:*
لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ
*Laa ilaaha illalloohul jaliilul jabbaar,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار
*Laa ilaaha illalloohul waahidul qohhaar,*
ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار
*Laa ilaaha illalloohul kariimus sat taar,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال
*Laa ilaaha illalloohul kabiirul mutta 'aal*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu muslimuun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu 'aabiduun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu koonituun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu shoobiruun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه
*Laa ilaaha illalloohu muhammadan rosuululloh,*
اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری،
، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ.
*Allohumma ilaika fawadh'tu amrii,wa 'alaika tawak kaltu yaa arhamar roohimiin,*
اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ
*Allohumma sholli 'alaa Muhammad wa ali muhammad kamaa shollaita 'alaa ibroohiim wa ali ib'roohiim innaka hamiidum majiid,*
وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ.
*Wa baarik 'alaa muhammad wa ali muhammad kamaa barokta 'alaa ibroohiim wa ali ibroohiim fil 'aalamina innaka hamiidum majiid.*

Kirim ke 10 orang dalam 1 jam anda telah mendapatkan pahala 10 juta sholawat pada *Baginda Muhammad SAW* dalam buku catatan amal anda dengan izin *Allah SWT*, maka sebarkanlah agar bermanfa'at bagi teman,rekan sahabat dan kerabat anda sempatkan juga komentar aamiin.....
*Wassalamu'alaikum wr.wb*...🙏

Yng bilang aamiin semoga diberi rezeki 7 turunan
BAGIKAN SEBANYAK BANYAKNYA.
بسْــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيـــــْــمِ

JAMEL MENGAJAK ANDA UNTUK GABUNG DI TANYA JAWAB ISLAM INSYA ALLAH BERMEMFAAT
Tekan link dibawah ini👇

Ya ALLAH...
 Muliakanlah orang yang membaca dan membagikan status ini
 Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
 Lapangkanlah hatinya
 Bahagiakanlah keluarganya
 Luaskan rezekinya seluas lautan
 Mudahkan segala urusannya
 Kabulkan cita-citanya
 Jauhkan dari segala Musibah
 Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
 Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan membagikan status ini.
Aamiin ya Rabbal'alamin

NB: JIKA ANDA MENDUKUNG PERJUANGAN DAKWAH FANSPAGE INI, KAMI MINTA DO'ANYA & BANTU SHARE POSTINGAN INI BIAR SEMAKIN BANYAK YANG BISA MEMETIK MANFAAT... DAN SEMOGA BEKAL AMAL JARIYAH BAGI ANDA... AAMIIN…!!!

SHARE = DAKWAH = PAHALA

Copy and paste: 29 Februari 2020 / 6 Rejab 1441H : 8.13 pm

10 Manfaat solat tahajjud

Image may contain: text that says "penghapus dosa dan mencegah berbuat dosa tanda taqwanya terlihat di muka melancarkan aliran darah di tubuh- membesarkan rongga paru-paru jaminan masuk syurga- syurga 10 Manfaat solat tahajud fikiran jauh lebih segar mendapat keringanan ketika dihisab di akhirat- memperoleh cinta Allah SWT meningkatkan sistem daya tahan solat yang paling afdal setelah solat 5 waktu"

Kredit : Mohd Ibrahim - Cahaya Makrifat Cinta
1. Penghapus Dosa & Pencegah Berbuat Dosa.
2. Tanda Taqwa Terlihat Di Muka.
3. Melancarkan Aliran Darah Di Tubuh.
4. Membesarkan Rongga Paru-Paru.
5. Jaminan Masuk Syurga.
6. Fikiran Lebih Segar.
7. Mendapat Keringanan Hisab Di Akhirat.
8. Memperoleh Cinta Allah SWT.
9. Mempertingkatkan Sistem Kekebalan Tubuh.
10. Solat Yang Paling Utama Setelah Solat 5 Waktu.
Semoga Allah pemudahkn buat kita semua untuk mampu istiqomah bertahajjud..
Aamiin

SALAM TAHAJJUD
Alhamdulillah
Copy and paste: 29 Februari 2020 / 6 Rejab 1441H : 8.09 pm

Jangan Tinggalkan Ayat Kursi Lepas Solat

1. Pesan pada diri dan anak-anak agar tidak meninggalkan bacaan ayat Kursi setelah selesai menunaikan solat. Perkara ini adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda Nabi ﷺ sendiri. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلا الْمَوْتُ
“Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. (Iaitu hanya kematian sahaja yang menghalangnya, setelah mati, dia akan mudah ke syurga) (HR al-Nasa’i dan al-Tabrani, dinilai Sahih oleh al-Albani)
2. Hadith ini jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah ﷺ mendidik para sahabat agar tidak meninggalkan bacaan ayat Kursi setiap kali selesai dari solat. Malah ayat Kursi turut diiktiraf oleh Rasulullah ﷺ sebagai salah satu ayat yang agung. Perkara ini pernah ditanya kepada Saidina Ubai bin Ka’b. Sabda Rasulullah:
يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ»؟ قَالَ: قُلْتُ: }اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ{ . قَالَ: فَضَرَبَ فِي صَدْرِي وَقَالَ :«وَاللَّهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ
“Wahai Abu al-Munzir (gelaran bagi Ubai), apakah ayat yang paling agung di dalam al-Quran? Ubai lalu membaca permulaan ayat Kursi. Rasulullah lalu memegang dada Ubai dan memujinya: “Bergembiralah (tahniah buatmu) dengan ilmu (yang ada padamu) wahai Abu al-Munzir. (HR Muslim)
3. Apa yang membuatkan ayat Kursi dianggap sebagai ayat yang paling agung di dalam al-Quran? Perkara ini dijelaskan oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi yang mengatakan:
إن آية الكرسي تميزت بكونها خاصة بالثناء على الذات العليا لله عز وجل وتنزيهه ووصفه بكل كمال يليق
“Sesungguhnya ayat Kursi itu mempunyai kelebihan dari aspek struktur ayatnnya yang memuji dan mengagungkan zat Allah yang Maha Tinggi, menyucikanNya serta menyifatkanNya dengan sifat yang layak bagi zat Allah.”
4. al-Qardawi turut menjelaskan bahawa ayat Kursi ini boleh dibahagikan kepada sepuluh bahagian. Kesemua sepuluh bahagian ini mengandungi elemen yang mengagungkan Zat Allah. Kata beliau:
إن آية الكرسي بها عشر جمل كلها ثناء على الله عز وجل، والجملة الأولى «الله لا إله إلا هو» وهي تثبت التوحيد، لا شريك لله
“Sesungguhnya ayat Kursi ini memiliki sepuluh bahagian ayat, kesemua pembahagian ini memuji Allah. Kenyataan pertama dari ayat ini dimulakan dengan nama Allah yang mana ia mengesahkan keesaan Allah dan tiada sekutu bagi Allah.”
5. Atas kehebatan dan keagungan ayat yang mengesakan Allah ini, maka tidak hairanlah syaitan tidak berani mendekati mereka yang membaca ayat Kursi sebelum tidur seperti yang diceritakankan oleh Saidina Abu Hurairah dalam riwayat al-Bukhari. Malah rumah yang dibaca ayat Kursi akan digeruni oleh syaitan seperti yang dinukilkan dalam hadith:
فإنه لا يقرأها أحد إذا دخل بيته إلا خرج الشيطان
“Sesungguhnya, seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali masuk ke rumahnya, maka syaitan akan keluar dari rumah tersebut.” (Tafsir Ibn Kathir)
6. Maka berikanlah pesanan buat diri, anak-anak dan ahli keluarga kita agar tidak lekang dari membaca ayat Kursi. Lazimi diri membacanya samada setiap kali selesai dari solat, sebelum tidur, setiap kali masuk rumah atau di waktu pagi dan petang. Basahi lidah kita dengan ayat agung ini. Mudah-mudahan Allah memelihara hambanya yang sentiasa mengagungkan Tuhannya.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Universiti Sains Islam Malaysia

Copy and paste: 29 Februari 2020 / 5 Rejab 1441H : 1.00 pm

ETIKA PENGGUNA INTERNET MUSLIM

Sumber: Majalah al-Ustaz isu No. 18

Muslim tidak seharusnya memandang serong terhadap internet. Apa juga peluang yang baik, jadikannya ladang pahala kita.
Andaikata pengguna Internet Muslim sedunia mengamalkan etika ini, tidakkah Islam akan tersebar lebih pantas?
Islam tersebar dengan hujung mata pedang tiada lagi kedengaran. Kerana ia sudah tersebar dengan hujung jari. 

UPLOAD
Pastikan:
  1. Hanya yang menutup aurat
  2. Membuka fikiran dan mendidik penonton
  3. Aksi terpelihara dan bermesej kebaikan
  4. Jenaka / hiburan santai tetapi berilmu dan bermakna. 
DOWNLOAD
Visual yang:
  1. Memelihara adad sopan dan beretika baik
  2. Ceramah / kuliah/ program agama bersiri
  3. Mengandungi mesej yang bermanfaat dan memotivasikan.
SHARE
  1. Visual yang sahih isi kandungannya.
  2. Visual yang menyebarkan keindahan Islam
  3. Elakkan menjadi ejen penyebar fitnah atau maklumat palsu.
E-MAIL
1. Account Name : Gunakan nama yang baik dan mudah dikenali.
2. Compose:
  • Penggunaan ayat yang memudahkan pemahaman penerima
  • Adab komunikasi asas seperti memulakan dan mengakhiri dengan salam atau kata-kata hormat. 
  • Biasakan menggunakan signature bagi memudahkan penerima mengenali pengirim. 
3. Sebarkan berita dan maklumat yang berguna sahaja.
4. Elakkan spamming. Ia boleh mengganggu keselesaan penerima sekiranya mereka tidak berkaitan secara lansung dengan maklumat tersebut. 

ACCOUNT
  1. Pengenalan diri yang sebenar, bukan palsu untuk menipu atau mengintip
  2. Tidak mewujudkan pagi/group yang berunsur kebencian dan perpecahan. 
  3. Tidak mewujudkan group yang menyalahi agama dan undang-undang seperti LGBT, group Murtad dan lain-lain.
UPDATE
  1. Sebarkan ajaran Islam
  2. Pastikan kesahihan maklumat
  3. Gambar patuh syariah
  4. Awas Hadis Palsu
  5. Elakkan menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan negara.
  6. Elakkan status membangga-bangga atau memburukkan diri.
LIKE
  1. Status / Page / Group yang membina pemikiran
  2. Yang menggalakkan amalan kebaikan
  3. Yang mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya.
  4. Unlike perkara-perkara yang berunsur kebencian, maksiat dan sia-sia


COMMENT
  1. Niat bersilaturrahim
  2. Hindari perdebatan sia-sia
  3. Tidak mempersendakan sesuatu bangsa atau agama
  4. Elakkan mengancam atau mengugut orang lain
  5. Pujian yang sederhana disertai keikhlasan
  6. Hindari respons berkaitan hukum-hakam agama jika tidak pasti.
SHARE
  1. Gambar-gambar yang pasti kesahihannya
  2. Status yang menambahkan ilmu, iman dan amalan.
  3. Link yang membuka pemikiran tentang ilmu baru
  4. Ayat al-Quran / hadis-hadis yang sahih untuk pengajaran dan amalan. 
  5. Video berunsur pendidikan dan hiburan mendidik jiwa
  6. Informasi terkini tentang umat Islam sedunia. 
Prinsip : Share Kebaikan, Share Saham Akhirat

1 Mac 2020 / 6 Rejab 1441H : 12.53 pm
Lembah Keramat, KL
(Hj Zulheimy Maamor)


KATA-KATA HIKMAH AGAMA & MOTIVASI (1)
































Update: 29/2/2020 : 8.27 am
Hj. Zulheimy Maamor

Perang Larut Di Tanah Melayu

Kredit : Iskandar Hasan Tan (FB Tamadun Melayu Masa Lampau)
Pertubuhan kongsi gelap Cina sebenarnya berasal daripada Pertubuhan Liga Hung atau Thien Te Hui yang telah wujud di Tanah Besar China. Upacara keanggotaan kongsi gelap Cina ini dijalankan di dua tempat iaitu Pulau Pinang dan Singapura. Kongsi gelap ini tidak bermotifkan politik tetapi lebih kepada perebutan kawasan perekonomian.
Justeru kewujudan kongsi gelap ini telah dikesan seawal tahun 1800an. Dalam hal ini, dua kongsi gelap telah berjaya menguasai Tanah Melayu iaitu Ghee Hin dan Hai San. Keahlian kongsi gelap Ghee Hin adalah datang daripada persatuan-persatuan seperti Persatuan Hok-Kien Ghee Hin, Persatuan Hok Hin, Persatuan Tie Kun Ghee Hin, Persatuan Kwong Hok atau Ghee Kee, Persatuan Siong Peh Koan, Persatuan Kwang Hui Siau, Persatuan Ghee Sin, Persatuan Ghee Hok dan Persatuan Hailam Ghee Hin. Manakala kongsi gelap Hai San dianggotai 36 persatuan. Walaupun begitu, kongsi gelap Ghee Hin merupakan kongsi gelap yang terkuat dan kaya jika dibandingkan dengan kongsi gelap Hai San. Upacara keahlian kongsi gelap ini berelemenkan tradisi kepercayaan Cina iaitu kepercayaan berhala seperti Tao Pek Kong dan sebagainya.
Perang Larut
Penglibatan kongsi gelap dalam pempolitikan kaum politik penghijrah etnik Cina amat memberi kesan sehingga hari ini. Kongsi gelap ini sebenarnya berasal daripada Sistem Kangchu iaitu satu kajian yang dilakukan oleh Trocki antara tahun 1784 sehingga 1885. Sistem Kangchu diasaskan oleh Tan Nee Soon yang merupakan ketua kongsi gelap Ngee Heng di Tebrau, Johor. Punca yang menyebabkan kongsi gelap ini wujud adalah apabila seorang pemimpin berjaya menguasai kawasan sungai atau mata air perlombongan. Maka pemimpin tersebut dilantik oleh pembesar Melayu untuk menjadi wakilnya mengutip cukai dan menguruskan kuli-kuli Cina di kawasan perlombongan. Akibatnya, pemimpin ini akan dilantik sebagai Kapitan Cina atau Pemimpin Setempat mewakili komuniti Cina. Majoriti kapitan Cina atau ketua kongsi gelap ini mahir dalam persilatan kung fud an mempunyai kekayaan. Dua kumpulan kongsi gelap yang terkenal iaitu Ghee Hin dan Hai San merupakan pemain utama dalam politik penghijrah etnik Cina selepas tahun 1860an. Kongsi gelap Ghee Hin dibentuk pada tahun 1820 di Singapura dan Pulau Pinang. Ghee Hin bermaksud kebangkitan golongan yang benar untuk menentang penguasaan etnik Hakka yang menguasai kongsi gelap Hai San. Majoriti ahli-ahli Ghee Hin adalah dikuasai etnik Kantonese diikuti beberapa cawangan yang dikuasai oleh etnik Hokkien, Teochew, Hainan, Foo Chow dan juga Hakka. Pengasas kepimpinan Ghee Hin adalah Chin Ah Yam seorang etnik Hakka yang berasal dari Dabu, Guangdong. Pejabat mereka adalah di jalan Lavender Singapura. Kumpulan Ghee Hin ini pernah melakukan kekacauan sehingga membunuh melebihi 500 penganut Cina Kristian Katolik termasuklah memusnahkan pos pengawal British pada tahun 1876 di Singapura.
Sejak dari peristiwa ini berbagai-bagai pengenalan peraturan diperkenalkan oleh pihak British bagi membendung kegiatan kongsi gelap. Manakala kongsi gelap Hai San berasal dari Selatan China yang digunakan untuk menentang Dinasti Manchu. Akhirnya dibawah ke Pulau Pinang pada tahun 1820 dan 1825 yang dipimpin oleh Ho Ah Kow, Low Ah Chong. Pejabat mereka terletak di Jalan Beach atau Ujong Passir, Pulau Pinang. Majoriti yang menyertai kongsi gelap Hai San sebenarnya sudah mempunyai ikatan dengan persatuan-persatuan rahsia kongsi gelap sejak tahun 1799 di Pulau Pinang. Tujuan penubuhan kongsi gelap-kongsi gelap ini adalah melindungi golongan penghijrah daripada penindasan pihak British dan pemimpin-pemimpin tempatan. Seterusnya, penyertaan kongsi gelap-kongsi gelap juga menguatkan ikatan persaudaraan, kekitaan dan kebersamaan golongan etnik penghijrah ini. Kongsi Gelap Hai San dan Kongsi Gelap Ghee Hin pada asasnya akan diketuai oleh seorang kapitan yang dilantik dan dibayar gaji oleh pihak British tanpa pengetahuan British. Kapitan ini dipercayai menguruskan, mengatur sumber manusia dan memimpin golongan penghijrah ini. Persatuan Wah Sang yang menguasai kongsi gelap Hai San pada tahun 1854 merupakan anti Kongsi Gelap Ghee Hin. Persatuan Wah Sang ini mempunyai 11 peraturan antaranya Peraturan Kian Tek (Toh Pek Kong) yang dimulai pada 30 Disember 1844. Kedua-dua kongsi gelap ini akan berebut-rebut tempat perlombongan dan perekonomian di Malaya. Ini disebabkan selain daripada kutipan yuran perlindungan dan tahunan dari ahli-ahli, sindiket jualan timah dan dadah di pasaran gelap juga terlibat. Keadaan ini menyebabkan pihak British kerugian dan mulai campur tangan di negeri-negeri Melayu selepas berlakunya tiga peperangan antara dua kongsi gelap ini.
Perang Larut Pertama (1861-1862)
Perang Pertama Larut berlaku pada Julai 1861 yang disebabkan oleh pertikaian antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San ke atas pengawalan sumber air untuk perlombongan. Ahli-ahli kongsi gelap Hai San ingin mengeluarkan ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin yang menguasai kawasan Klian Baharu (Kamunting). Situasi ini tidak disenangi oleh ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin. Ini disebabkan kawasan perlombongan Klian Baharu adalah diterokai dan diasaskan oleh ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin di atas jemputan pembesar Negeri Perak, Ngah Ibrahim. Walaupun, Perak Utara, Kedah dan Pulau Pinang pada masa itu dikuasai oleh ahli-ahli kongsi gelap Hai San tetapi pekerjaan perlombongan diusahakan oleh kuli-kuli ahli kongsi gelap Ghee Hin. Kapitan kongsi gelap Ghee Hin mengadu permasalahan ini kepada pihak British supaya mencampuri pertikaian ini. Keengganan pihak British mencampuri pertikaian ini pada awalnya disebabkan enggan terlibat dengan isu Perak yang dianggap bukan milik kawasannya. Pada masa yang sama arahan daripada London adalah hanya menumpukan perhatian ke atas Pulau Pinang.
Akibatnya pergaduhan dicetuskan apabila beberapa ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin dibunuh kerana isu perjudian. Situasi ini menyebabkan ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin membalas dendam dengan menyerang penempatan ahli-ahli kongsi gelap Hai San. Keadaan ini menjadi tidak terkawal apabila bantuan daripada ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin dari Selangor dan Singapura mulai tiba membantu ahli-ahlinya yang teranaiya di atas ketidak adilan layanan ahli-ahli kongsi gelap Hai San. Pergaduhan ini menyebabkan bekalan timah kepada pihak British terganggu dan menyebabkan harga timah naik mendadak apabila banyak kawasan perlombongan timah terjejas. Hampir separuh perlombongan timah di Malaya terlibat dalam Perang Larut Pertama kali berlaku dan menjejaskan bekalan timah kepada pihak British. Kedudukan pihak British semakin terganggu apabila berlakunya pergaduhan berlaku di Pulau Pinang dan Singapura yang melibatkan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin. Banyak kerosakan awam berlaku dan serangan ke atas gereja yang melibatkan penganut Cina Katolik juga telibat. Ini menyebabkan pihak British memohon bantuan pembesar Perak iaitu Menteri Larut, Ngah Ibrahim untuk menyelesaikan pertikaian ini. Akibatnya pihak Menteri Larut, Ngah Ibrahim membayar ganti rugi kepada Ghee Hin sebanyak 17447 pound. Manakala Hai San juga perlu membayar ganti rugi kepada pihak British di atas kerosakan awam yang dilakukannya. Tanda tangan perdamaian ini mencerminkan kekalahan Hai San kepada Ghee Hin. Ini disebabkan pihak British menyebelahi Ghee Hin.
Perang Larut Kedua (1865)
Perang Larut kedua berlaku pada Jun 1865 juga melibatkan isu perjudian. Perjudian ini melibatkan pertaruhan antara dua kumpulan kongsi gelap. Ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin kalah dalam perjudian tersebut dan 14 ahlinya ditangkap dan 13 daripadanya dibunuh oleh ahli-ahli kongsi gelap Hai San. Hanya seorang sahaja yang terselamat dan melarikan diri untuk memberitahu keadaan yang sebenar. Ini menyebabkan kepimpinan kongsi gelap Ghee Hin marah dan mula menyerang perkampungan Hai San dan membunuh 40 ahli Hai San. Perkampungan tersebut dibakar dan dimusnahkan. Pembalasan dendam tersebut merebak dari satu kawasan ke satu kawasan sehingga ke Pulau Pinang dan melibatkan banyak persatuan Cina terlibat. Keadaan menjadi tegang sehingga kapitan Cina tidak mampu mengawal keadaan tersebut dan memohon bantuan pihak British. Pergaduhan ini akhirnya menjadi satu peperangan yang mengambil masa dua bulan dan akhirnya kedua-dua kongsi gelap dipaksa berdamai. Kedua-dua kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin dipaksa membayar 5 000 pound kerana menimbulkan kekacauan sehingga merosakkan kemudahan infrastruktur awam di Pulau Pinang. Kedua-dua ketua pemimpin kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin dibuang ke China. Sistem kapitan Cina diperkenalkan di Pulau Pinang bagi mengawal kegiatan kongsi gelap Cina. Tetapi kuasa kapitan Cina di Pulau Pinang hanya terhad di Pulau Pinang sahaja. Pada akhir tahun 1870, seramai 40 ribu etnik Hakka dan Kantonis bekerja di Larut dan penempatan mereka berhampiran antara satu sama lain. Kedua-dua etnik ini mengamalkan budaya yang berlainan dan memasuki kongsi gelap yang berlainan.
Perang Larut Ketiga (1871-1872)
Dalam perang ketiga ini sebenarnya melibatkan kes perzinaan antara ketua Ghee Hin dengan isteri saudara sepupu ketua Hai San iaitu Chung Keng Quee. Kedua-dua mereka disiksa dan diletakkan ke dalam bakul khinzir sebelum dilemaskan sehingga mati. Hukuman ini adalah hukuman undang-undang adat Cina. Kes ini berlaku pada tahun 1871. Hukuman kes ini dilihat berat sebelah kerana hukuman ini dijalankan tanpa adanya saksi dan bukti yang kukuh. Ini disebabkan hukuman ini dilaksanakan oleh ketua kongsi gelap Hai San ke atas ketua kongsi gelap Ghee Hin. Akibatnya ramai pengikut-pengikut kongsi gelap Ghee Hin ingin membalas dendam. Seramai 4000 tentera upahan dari Tanah Besar China yang dibiayai oleh kongsi gelap Ghee Hin tiba di penghujung tahun 1871 melalui pelabuhan Pulau Pinang. Akibatnya pengikut-pengikut kongsi gelap Ghee Hin bersama 4000 tentera upahan mula menyerang penempatan ahli-ahli kongsi gelap Hai San di Larut dan Matang. Ratusan pengikut kongsi gelap Hai San dibunuh dan seramai 10 000 pengikut-pengikut kongsi gelap Hai San melarikan diri ke Pulau Pinang. Mereka memohon bantuan British untuk perlindungan daripada dibunuh dan diburu oleh tentera upahan kongsi gelap Ghee Hin.
Situasi peperangan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin memakan masa selama berbulan sehingga akhirnya pengikut-pengikut kongsi gelap Hai San berundur dari semua kawasan perlombongan di Larut dan Matang. Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim menyebelahi kongsi gelap Ghee Hin untuk menentang penguasaan kongsi gelap Hai San yang disokong oleh Sultan Perak dan pembesar-pembesarnya.
Peperangan ini berhenti seketika apabila British memberi amaran akan mencampuri pertelingkahan ini dengan menyebelahi kongsi gelap Hai San. Maka, gencatan senjata dimeterai untuk memenuhi kehendak British pada pertengahan tahun 1872.
-Iskandar Hasan Tan
Copy and paste: 29 Februari 2020 / 5 Rejab 1441H : 5.06 am

Kisah Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara

Kredit: Subhan Mustaghfirin
FB Tamadun Melayu Masa Lampau

--Lima Ksatria Bugis Penakluk Lautan--
Ketika Belanda berhasil menaklukan Makassar pada tanggal 18 November 1667 dan memonopoli perdagangan, banyak orang Makassar dan Bugis yang keluar meninggalkan negerinya dan berhijrah ke Negeri-negeri Melayu.
Belanda membuat perjanjian dengan Raja-raja Melayu supaya mengantar hasil bijih timah ke Malaka dan akan membelinya dengan harga yang murah sehingga Belanda mendapat keuntungan yanf berlimpah.
Dasar inilah menjadi alasan orang2 Bugis di anggap sebagai lanun/ perompak karena mereka sering menyerang kapal-kapal Belanda dan Inggris dan merampas barang2 tersebut yg dibeli dg harga murah.
Orang-orang Sulawesi yang berhijrah ke tanah Melayu terdiri dari gabungan suku to’Ugi (Bugis) dan to Mangkasara (Makassar). Mereka mempunyai nilai budaya yang sangat tinggi dikenali “siri” yang terbagi menjadi tiga yaitu;
1. Siri Emmi Ri Onroang Ri Lino – bermaksud sesorang itu akan berarti hidupnya jika dia mempunyai harga diri.
2. Mate ri sirina – Jika seseorang itu mati dalam menegakkan martabat diri maka ia dianggap sutu hal yang terpuji
3. Mate siri – iaitu orang yang telah hilang martabat atau harga diri dianggap sebagai mayat hidup
Mereka juga mengamalkan tiga prinsip ‘hujung’ yaitu : hujung keris, hujung lidah dan hujung anu (kemaluan).
Dalam hal ini Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara telah memainkan peranan penting dalam pergolakan politik di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-18.
Negeri-negeri melayu yang menerima secara langsung kehadiran Opu Bugis Lima Bersaudara ialah Kalimantan, Johor, Selangor, Kedah, Linggi dan Perak.
Opu Bugis Lima Bersaudara adalah putera Daeng Opu Tendribureng Rilaga Relakkek (Ayah) yang menikah dengan Puteri We Tenrilallo Arung Liu (Ibu). Merupakan keturunan Raja Bugis pertama yang memeluk Islam, merupakan kerabat raja Bugis-Luwu di Sulawesi Selatan.
Lima Bersaudara terdiri daripada
1. Daeng Parani,
2. Daeng Menambun,
3. Daeng Marewah,
4. Daeng Chelak dan
5. Daeng Kemasi.

Mereka bersama ayahnya Daeng Rilakkek berlayar ke seluruh Kepulauan Nusantara dari To Pammana ke Bone di Sulawasi hingga ke Pulau Jawa di Batavia.
Persinggahan ini dengan maksud untuk menemui adik kandung ayahnya yang bernama Opu Daeng Biasa yang ketika itu merupakan pemimpin bagi orang-orang Bugis disana. Daeng Biyasa memberikan bantuan modal, perahu dan segala perlengkapan untuk berniaga.
Maka berangkatlah Opu Daeng Ri Lakkek beserta lima Opu Daeng, ke Negeri Segantang Lada di Pulau Siantan di tengah laut China Selatan guna menjalankan perdagangan bersama Nakhoda Alang.
Disini mereka menemui seorang penguasa Pulau Siantan yang bernama Karaeng Abdul Fattah yang juga berasal dari tanah Bugis. Mereka sering diserang lanun/ perompak namun mereka dapat mengalahkannya.
Kehebatan mereka akhirnya tersebar luas di seluruh Semenanjung Melayu, Sumatera dan Kalimantan. Daeng Parani anak yang sulung telah menikah dengan anak Nahkoda Alang dan dikurniakan anak Daeng Kamboja (Yang Dipertuan Muda 3).
Mereka kemudian belayar ke Kamboja (Kampuchea atau Champa). Semasa di Kamboja mereka telah memenangi laga Ayam dengan anak Raja Minangkabau (Raja Chulan) dan dihadiahi satu Keci (kapal besar).
Kemudian mereka belayar kembali ke Siantan dan Daeng Rilakkek wafat dalam perlayaran. Saat ke kepulauan Siantan (disebelah timur Johor), Keci dipecahkan dan kayunya dijadikan 6 buah kapal perang dilengkapi meriam dan boleh di muati 40 orang.
Selama berada di Siantan, Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara telah menerima undangan dari Sultan Sulaiman di Johor yang sedang bergolak merebut tahta kerajaan. Tetapi sebelum ke Johor Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara telah menerima jemputan Kerajaan Matan di Kalimantan (Indapura).
Kerajaan Matan (Indapura) sedang menghadapi konflik perebutan tahta antara Sultan Muhammad Zainuddin dengan adiknya sendiri Pengiran Agong.
Sultan Zainuddin lari ke Banjar dan merancang serangan dengan Sultan Tahmidullah, Sultan Banjar untuk menyerang balik adiknya Pengiran Agong.
Sultan Zainuddin juga telah mengutus surat memohon pertolongan kepada Opu Daeng Menambun (putra ke 2) yang pada masa itu berada di Siantan.
Sultan Zainuddin melakukan serangan terhadap Pangiran Agong dan gagal
menyebabkan pasukannya terdesak mundur dan dia lari berlindung ke dalam Masjid dan dikurung di dalam masjid selama lebih kurang 5 bulan.

Beliau berhasil dilepaskan dengan pertolongan Opu Daeng Menambun beserta adik beradiknya. Sultan Zainuddin di bawa semula ke Banjar bertemu Sultan Tahmidullah yang juga dalam usaha untuk menyelamatkan Sultan Zainuddin.
Akhirnya Sultan Zainuddin dan keluarga dan pengikut-pengikutnyanya kembali menuju ke Matan diikut sama Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara.
Ketika sampai Kuala Kandang Kerbau, salah satu daerah di bawah kerajaan Matan, Sultan Zainuddin ingin membalas jasa Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara dengan menawarkan anaknya Puteri Kesumba untuk dinikahkan dengan salah satu dari Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara. Akhirnya Daeng Menambun dinikahkan dengan puteri Puteri Kasumba.
Dengan bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara akhirnya Pangiran Agong berhasil dikalahkan dan ditahan dalam kurungan yang bersama sama tiga puluh orang perempuan.
Sultan Zainuddin ingin membalas lagi jasa Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara dengan menawarkan wilayah jajahannya tetapi ditolak oleh karena mereka ingin segera ke Kerajaan Johor. Tengku Sulaiman Sultan Johor juga memerlukan bantuan Mereka
Kemudian Sultan Umar Aqamuddin 1 Sultan Kerajaan Sambas menjemput mereka, terutama Daeng Menambun untuk dinikahkan dengan Puterinya Raden Tengah.
Bagaimana pun Daeng Menambun menolak karena telah beristeri dan menawarkan adik bungsunya Daeng Kamasi dan disepakatilah pernikahan itu.
Mengingat usia Sultan Zainuddin yang sudah semakin tua, diputuskanlah untuk segera mencari siapa penerusnya dan diputuskanlah bahwa yang menjadi raja selanjutnya adalah Pangeran Mangkurat yang merupakan putra dari Sultan Zainuddin.
Sedangkan Opu Daeng Menambon di anjurkan untuk berlayar ke Senggaok (hulu Sungai Mempawah), tempat asal mula istri Sultan Zainuddin, Mas Indrawati.
Berangkatlah Opu Daeng Menambon beserta istrinya, mertua, nenek dan pengikutnya menuju ke Mempawah dengan menggunakan 40 buah perahu.
Akhirnya pada tahun 1737 Daeng Menambun dinobatkan oleh Sultan Zainuddin (Matan) sebagai Raja di Mempawah yang dipusatkan di Sebukit Rama dengan gelaran Pangiran Emas Seri Negara.
Dimasa kepemimpinan beliau juga lah datang seorang guru agama Islam terkenal bernama Syayid Habib Husein Al Qadry yang membuat agama Islam semakin berkembang di Mempawah.
Opu Daeng Kemasi adik yang paling bungsu dinikahkan dengan putri Dultan Umar Aqamudin 1 yaitu Raden Tengah dan dilantik sebagai Pembesar Kerajaan Sambas dengan gelaran Pangeran Mangkubumi.
Adapun Sultan Sulaiman telah menjemput Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara ke Johor Riau untuk membantunya menyingkirkan Raja Kechil yang mengambil alih tampuk kekuasaan.
Dikisahkan setelah wafatnya Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang dibunuh oleh Megat Seri Rama pada 3 Sept 1699, tanpa pewaris terdekat menyebabkan pembesar Kesultanan Johor melantik Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor (1699-1718).
Pasca pelantikan, Johor bergolak dan muncul suasana saling curiga-mencurigai. Pada kesempatan ini Raja Kechil dari negeri Pagaruyung yang mengaku sebagai Putera Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah mengambil alih pemerentahan Johor (1718-1722) setelah membunuh Bendahara Tun Abdul Jalil.
Oleh itu anak2 Sultan Abd Jalil, Tungku Sulaiman dan kakaknya Tengku Tengah meminta bantuan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara.
Akhirnya terjadilah pertarungan antara Raja Kechil dengan Opu Daeng bersaudara Setelah bertempur sehari semalam, Raja Kecil terdesak dan mundur hingga berpangkalan di Pulau Bayan. Sementara itu, orang Bugis menyerang terus sambil berpangkalan di Tanjung Pinang.
Lima Opu Daeng berhasil merebut Pulau Bayan setelah bertempur lagi dua hari dua malam dan Raja Kecil melarikan diri ke Linggi dengan membawa serta keseluruhan Alat Kebesaran Kesultanan Melayu Johor seperti bedil Lela Majnun, Kendaga Emas, Periuk Emas, dan semua barang-barang berharga.
Dalam usaha untuk mengambil semula Alat Kebesaran dan memerangi Raja Kechil, Satu perjanjian dicapai di antara Tengku Sulaiman dengan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara.
Diantara perjanjian itu adalah jika Raja Kechil dikalahkan dan keseluruhan alat kebesaran dan lain lain dapat dibawa kembali ke Johor maka
“Sebelah Tengku Sulaiman menjadi Sultan Johor sampailah kepada turun temurunnya dan sebelah Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara akan dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda sampailah kepada turun temurunnya dan tiada boleh yang lain. Dan lagi Sultan menjadi seperti perempuan sahaja, jika diberi makan maka baru makan ia. Dan Yang Dipertuan muda jadi seperti lelaki, dan jika datang satu hal atau apa2 jua bicara melainkan apa kata Yangtuan Muda”.
Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak. Setelah berhasil merebut alat kebesaran tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, dan Linggi pada 4 Oktober 1722.
Setelah penobatan Sultan Sulaiman sebagai Sultan Johor-Riau, dilakukan jugalah pelantikan terhadap Opu Daeng Marewah sebagai Yang Dipertuankan Muda I. Dalam penobatan tersebut juga dilakukan sumpah setia antara Melayu dan Bugis.
Opu Daeng merewa memiliki gelar Kelana Jaya Putera dan memiliki seorang istri bernama Tun Cik Ayu. Masa jabatan Opu Daeng Marewah sebagai Yang Dipertuankan Muda I Johor-Riau dimulai 1721 M hingga 1728 Masehi.
Setelah Opu Daeng Marewah wafat, Opu Daeng Celak diangkat menjadi Yang Dipertuankan Muda II Johor-Riau. Opu Daeng Celak merupakan panglima perang yang berani dan pandai dalam mengatur strategi sehingga disaat pemerintahan beliau daerah Johor-Riau semakin disegani.
Adapun awal mula penguasaan Bugis di Selangor ialah ketika Johor melalui wakilnya di Klang yaitu Tok Engku Klang, kerabat Sultan Abdul Jalil Riayat Shah Johor, memberi izin kepada Yang Tuan Muda Bugis untuk bergerak bebas di Selangor terutama nya di kawasan Kuala Selangor (1700).
Semenjak dari itu, Selangor kemudiannya dijadikan pusat penggemblengan tenaga hulubalang Bugis serta menjadi tempat pertahanan kuat orang Bugis.
Dalam usaha Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara untuk menewaskan Raja Kechik, mereka singgah ke Selangor untuk mengumpulkan orang Bugis dengan tiga puluh buah perahu perang untuk menyerang Riau.
Salah satu keturunan Opu Daeng Bersaudara yaitu putra Daeng Chelak, yaitu Raja Lumu telah mendirikan Kesultanan Selangor dan beliau sendirilah yang menjadi Sultan Selangor dengan gelar Sultan Salehuddin. Sebelum itu beliau hanyalah Yang Dipertuan Selangor.
Semasa Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara berada di Selangor, Raja Kechil telah berhasil menguasai kembali Riau. Daeng Menambun dan adik-beradiknya segera mengatur strategi untuk mengalahkan Raja Kechil.
Mereka mengawali peperangan di Linggi salah satu daetah di bawah kekuasaan Raja Kechil. Linggi dikalahkan oleh pasukan Daeng Menambun.
Akibatnya, penghulu Linggi mengirim surat kepada Raja Kechil “Jika tiada lekas duli tuanku berangkat ke Linggi membantu akan patik-patik semua nescaya adalah negeri Linggi ini dan patik semua pun bertuankan Bugislah”
Selepas Raja Kechil menerima surat tersebut, baginda bersama sama angkatan tentera belayar dan menuju ke Linggi. Selepas pasukan tersebut sampai di Linggi, mereka membangun pertahanan untuk melawan pasukan Daeng Menambun.
Akhirnya, peperangan di antara pasukan Daeng Menambun dan Raja Kechil terjadi pada keesokkan harinya, peperangan tersebut berlangsung seperti biasa.
Pasukan Daeng Menambun dan adik-beradiknya menjalankan strategi yang dirancang yaitu mengundurkan dua puluh buah perahu perang ke kuala secara perlahan-Iahan.
Pasukan yang menjalankan strategi tersebut adalah pasukan Daeng Parani, Daeng Marewah dan Daeng Chelak. Adapun pasukan Daeng Menambun dan Daeng Kemasi diberi arahan oleh Daeng Parani untuk menyerang pasukan Raja Kechil dari arah sini.
Selepas Raja Kechil melihat keadaan tersebut, baginda menyatakan bahawa “Hendak tewas Bugis itu. Ikut olehmu perlahan-Iahan biar ia lari sekali berambus daripada pihak sebelah Johor ini”.
Peperangan tersebut berlangsung sehingga malam dan strategi tersebut berhasil dilaksanakan. Keadaan tersebut menyebabkan Raja Kechil dan angkatan tentera baginda bersorak.
Raja Kechil menyatakan bahawa “Pada kira kira aku, esok hari kita berperang, pada rasa-rasa aku segala Bugis-Bugis yang tinggal di dalam perahu yang sepuluh buah dan di dalam kubu itu pun tentu dia hendak tunduk kepada kita jua kerana apa sebab jikalau ia bersama-sama dengan upu-upu itu, tentulah ia hilir bersama-sama tadi. Jikalau begitu janganlah kita apa-apakan dahulu mana yang tinggal”.
Pada keesokkan harinya, kemenangan tidak berpihak kepada pasukan Raja Kechil kerana dikalahkan oleh Daeng Menambun dan Daeng Kemasi bersama-sama angkatan tentera Bugis.
Ini disebabkan Raja Kechil ditipu oleh strategi Daeng Parani, Daeng Menambun dan adik-beradiknya. Pasukan Raja Kechil dikalahkan dan mengundur diri ke kerajaan Siak.
Sementara Raja Kechil mengundurkan diri, penghulu Linggi menyatakan kepada anak buahnya “Pasanglah oleh kamu semua bendera putih tanda kita tunduk kepada Bugis bagi mengelakkan peperangan yang akan membawa kerusakan harta benda dan keluarga”.
Penghulu Linggi berjumpa dengan Daeng Menambun dan Daeng Kamasi bahawa mereka akan taat setia kepada Opu Bugis Lima Bersaudara.
Ketika Opu Daeng Parani berada di Selangor, sepucuk surat dikirimkan kepadanya daripada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II (1710 -1778 M),
Sultan Kedah tua di mana takhta baginda dirampas oleh adindanya, Raja Nambang Sultan Kedah Muda. Opu Daeng Parani setelah berbincang dan bermusyawarah dengan adik beradiknya serta mendapat kebenaran dari Sultan Sulaiman, akhirnya bergerak menuju ke Kedah diiringi oleh semua adik beradiknya.
Selepas tiba di Kedah, satu perjanjian diadakan yaitu, jikalau menang dengan pertolongan Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara, Sultan Muhammad Jiwa menjanjikan hadiah “Lima Belas Bahara ringgit”.
Pihak Sultan Muhammad Jiwa II dan orang Bugis akhirnya berhasil memenangi pertempuran melawan Raja Nambang pada tahun 1723 tersebut dan dalam perang saudara pertama ini, Opu Daeng Parani dinikahkan dengan Tunku Aishah, saudara Sultan Muhammad Jiwa II sendiri.
Namun pada tahun 1724 M, perang saudara tercetus sekali lagi antara Sultan Muhammad Jiwa II dengan Raja Nambang di Kedah.
Dalam perang kali kedua ini, Raja Nambang meminta bantuan dari Raja Kechil dari Siak manakala Sultan meminta bantuan daripada opu-opu Bugis lima beradik tersebut.
Peperangan kali ini berlaku dengan sangat sengit sekali di mana pada siangnya, kubu Raja Kechil dapat ditawan oleh Opu Daeng Parani sehingga Raja Kechil sendiri terjun ke dalam parit pertahanan lawan untuk menyelamatkan diri.
Pada malam harinya, Raja Kechil dan tenteranya berhasil menguasai kubu pertahanan lawan tersebut.
Pihak Bugis menggunakan kapal ghurab untuk menyerang kedudukan Raja Kechil maka menurut Tuhfat al Nafis, ketika dalam pengepungan tersebut, Opu Daeng Parani sedang berada di atas beranda kapal ghurab tersebut dan mengarahkan tenteranya untuk membedil kubu Raja Kechil dengan meriam.
Maka dalam ketika itu dengan takdir Allah, pihak musuh dengan meriam mereka berhasil menembak Opu Daeng Parani dan bola meriam tersebut tepat kena pada dadanya.
Opu Daeng Parani terkorban akibat tembakan meriam tersebut. Jenazah Opu Daeng Parani akhirnya dimakamkan di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Sungai Petani di Kedah Darul Aman.
Sementara sepucuk surat daripada Raja Muda Perak yang bernama Raja Inu diutuskan kepada Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Marewah untuk meminta bantuan supaya dapat menggulingkan pemerintahan Sultan Alauddin Mughayat Shah (1720 -1728).
Pada tahun 1728 itulah, Opu Daeng Marewah dan tenteranya dari Selangor bergerak menuju ke Bernam untuk menyerang pusat pemerintahan Sultan Perak pada masa itu di Geronggong (berhampiran Kampung Gajah kini).
Walaupun Geronggong berhasil ditawan oleh Opu Daeng Marewah, perjanjian damai telah dibuat di antara kedua pihak dan pada tahun sama juga, baginda Sultan Alauddin Mughayat Shah mangkat.
Raja Inu ditabalkan sebagai Sultan Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah III. Baginda Sultan Muzaffar Shah III ini kelak ditentang oleh Raja Mudanya sendiri yang mendapatkan bantuan Bugis, seperti apa yang baginda lakukan
terhadap sultan sebelumnya.

Pada 7 September 1740 Masihi, Opu Daeng Chelak berada di Selangor dan mendapat sepucuk surat yang diutus daripada Raja Muhammad Shah (Raja Muda Perak) yang meminta Yang Dipertuan Muda berketurunan Bugis tersebut menolong pihaknya merampas takhta daripada Sultan Muzaffar Shah III (Raja Inu).
Opu Daeng Chelak kemudian mengumpulkan serta membawa angkatan tentera Bugisnya dari Selangor menuju ke Perak untuk membantu Raja Muda tersebut serta menyambung kembali peranan Opu Daeng Marewah yang pernah terlibat dalam Perang Saudara Perak sebelum itu.
Peperangan terjadi di antara pihak Sultan Muzaffar III dan Raja Muda Muhammad Shah dan setelah beberapa lama, pihak Raja Muda menang dalam pertempuran tersebut dan Sultan Muzaffar III berundur ke Sayong.
Opu Daeng Chelak bersama para pembesar Perak lainnya menyokong dan menabalkan Raja Muda Muhammad sebagai Sultan Perak keempat belas,dengan gelaran Sultan Muhammad Shah (1744 – 1750).
Kesultanan Perak pada masa tersebut berpecah kepada dua. Namun Sultan Muhammad Shah kemudiannya berbaik semula serta menyerahkan kedudukan baginda kepada Sultan Muzaffar III selepas Opu Daeng Chelak pulang ke Riau pada tahun 1745.
Rujukan rujukan;
1. Kitab Tuhfat an-nafis
2. Salasilah Melayu dan Bugis Raja Ali Haji
3. Winstedt R.O (1934), A History of Selangor, JMBRAS. Vol.XII, Pt, III, h. 3
5. Jelaskan Pengaruh Bugis Di Negeri Negeri Melayu Pada Abad ke 15 – Amirah Hamzah
6. Lima OPU Daenghttp://blog.unm.ac.id/diancahyadi/tulisan-saya/lima-opu-daeng/

Copy and paste: 29 Februari 2020 / 5 Rejab 1441H : 4.51 am

Hikmah Mengapa Solat Dijadikan Sebanyak Lima Waktu

Kredit: Ustaz Zulkarnain Dollah
FB Panduan Hidup Beragama

SUBUH menandakan permulaan waktu siang dan waktu permulaan bagi aktiviti mencari rezeki. Sebelum manusia memulakan aktiviti mencari rezeki hari tersebut manusia terlebih dahulu mengadap Allah. Subuh menandakan pembukaan bagi kerja-kerja menunaikan kewajipan dan tanggungjawab pada hari tersebut. Sebelum subuh, manusia tidur. Dlm waktu tidur itu sebarang kemungkinan malapetaka atau bencana boleh berlaku. Apabila manusia sedar dari tidur dan mendapati dirinya masih dlm keadaan sihat wal afiat, solat SUBUH ditunaikan bagi menunjukkan kesyukuran kpd ilahi di atas nikmat kesihatan dan keselamatan dari sebarang gangguan pada mlmnya sehingga masuk waktu pagi.
ZOHOR pula sbg tanda kesyukuran kpd ilahi setelah bekerja keras mencari rezeki mulai pagi hari hinggalah masuk waktu tengahari. Sejak subuh manusia keluar mencari rezeki kurniaan ilahi selama 6-7 jam, maka rezeki yg diperolehi sejak dari pagi tadi hinggalah tengahari disyukuri dgn ditunaikan solat ZOHOR.
ASAR pula sbg tanda kesyukuran di atas sempurnanya pencarian rezeki bermula dari pagi hinggalah ke waktu petang. Setelah zohor, manusia menyambung lagi urusan dan kerja hingga ke petang dlm mencari kurniaan ilahi, lalu sbg tanda kesyukuran di atas pencarian rezeki tersebut yg berjaya disempurnakan hingga waktu petang, solat ASAR ditunaikan.
MAGHRIB pula menandakan sempurnanya pencarian rezeki kurniaan ilahi spjg satu hari penuh, bermula dari awal pagi ke awal malam. Maghrib menandakan manusia telah memperoleh hasil rezeki yg dicari selama sehari penuh bagi hari tersebut. Solat MAGHRIB ditunaikan sbg menandakan kesyukuran di atas kurniaan rezeki pd hari tersebut sepenuhnya.
ISYAK pula sbg tanda kesyukuran di atas kurniaan kesihatan yg diberi spjg tempoh hari tersebut sehingga manusia berjaya menyempurnakan pencarian rezeki kurniaan ilahi mulai pagi hingga ke malam. Selepas maghrib, manusia mula berehat dari mencari rezeki utk hari itu, maka solat ISYAK ditunaikan sbg tanda kesyukuran di atas nikmat kesenangan dan kesihatan pada hari itu sehingga dpt menyempurnakan pencarian rezeki pada hari itu mulai dari awal pagi hinggalah berehat dari kepenatan mencari rezeki pada hari tersebut.
Copy and paste: 29 Februari 2020 / 5 Rejab 1441H : 4.36 am

UJUB TANPA KITA SEDARI

Kredit: Ustaz Zulkarnain Dollah
FB Panduan Hidup Beragama

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
UJUB lain, RIAK lain.
Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada.
Contoh:
Kita solat tahajjud diam², takda siapa tahu, dan kita tak cerita orang, dgn harapan tiada riak, sbb kerana Allah.
Tetapi, dalam hati berkata², "hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajjud, org lain tidurrr je..."
👆🏽itulah ujub, walaupun org lain tak tahu, & tidak riak...

Penyakit UJUB ni antara penyakit hati yg paling tersembunyi.
Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.

• Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
• Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
•. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
•. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan:
"UJUB adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat"

Muthrif rahimahullah telah berkata:
“Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi Imam. Setelah selesai beliau berkata:
“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:
"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

"Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu KEDEKUT yang ditaati, hawa NAFSU yang diikuti dan UJUB (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata:
"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit UJUB. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya."
(Syarh Arba’in)

Hanya tanpa sifat Ujub, barulah ikhlas 100%. Sifat ujub boleh dikurangkan dengan:
1. Byk² istighfar memohon ampun kpd Allah, setiap kali terdetik kehebatan diri,
2. Mengganggap semuanya dr Allah jua, dan
3. Berdoa mohon bantuan Allah.

Mari kita sama2 muhasabah diri, dan cuba yg terbaik. Semoga Allah bantu kita mengikis penyakit ujub. In Shaa Allah. Alhamdulillah
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا
Copy and paste: 29 Februari 2020 / 5 Rejab 1441H: 4.32 am

Friday, 28 February 2020

12 Kaum Yang Telah Dibinasakan Oleh Allah SWT

Editor Iskandar 

Kisah 12 kaum yang telah dibinasakan oleh Allah SWT perlu dijadikan iktibar kepada kita semua. Kisah-kisah umat-umat terdahulu yang kebanyakannya ingkar dengan suruhan Allah telah menerima azab yang dahsyat dan pedih. Itulah antara sebab kenapa kaum terdahulu dibinasakan, jadi kita wajib taat dan patuh serta beriman kepada Allah SWT.

Ikuti perkongsian ini bagaimana ia menceritakan tentang sejarah kaum yang dimusnahkan dan dibinasakan oleh Allah SWT. Kita sebagai manusia wajib dan perlu bersyukur di atas kurniaanNya kepada sehingga ke hari ini. Semoga kita terhindar daripada menjadi golongan yang dilaknat oleh Allah SWT.

12 Kaum Yang Telah Dibinasakan Allah SWT


Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh a.s. adalah rasul Allah yang merupakan keturunan ke sepuluh dari nabi Adam a.s. Diutus oleh Allah SWT di negeri Armenia. Beliau mengajarkan kaumnya untuk menyembah kepada Allah dan melarang kaumnya memperhambakan diri kepada selain Allah.
Mulai usia Nabi Nuh a.s 40 tahun hingga 950 tahun beliau mengembangkan ajaran-ajaran agama Allah SWT akan tetapi manusia di waktu itu tidak mempedulikan seruan dan ajaran agama Allah tersebut. Bahkan sebaliknya mereka memperolok dan membenci Nabi Nuh a.s. sehinggakan hanya sedikit sekali yang ingin beriman kepada Allah SWT.
Untuk hal itu Nabi Nuh a.s. menangis kerana sedihnya di atas keingkaran kaumnya itu. Selama ratusan tahun beliau menjalankan tugas kerasulan, hanya sedikit saja yang mahu beriman kepada Allah SWT. Kerana itulah Allah menyuruh Nabi Nuh a.s. untuk membuat perahu, kerana Allah bermaksud untuk menenggelamkan kaum yang derhaka itu.

Tidak lama setelah selesainya kapal kayu besar Nabi Nuh a.s. Berhembuslah angin taufan yang sangat dahsyat. Hujan turun dengan lebat, mata air bersemburan dari mana-mana yang terus menerus tak henti-hentinya selama berhari-hari. Air pun bertambah tinggi dan bumi berubah menjadi lautan yang sangat luas.

Nabi Nuh a.s. melaksanakan perintah Tuhan, naiklah beliau dengan orang-orang yang beriman ke atas bahtera sehingga selamatlah mereka dari banjir yang sangat dahsyat. Di tengah kapal sedang berlayar, tampaklah oleh Nabi Nuh a.s. anaknya yang hampir tenggelam. Maka berserulah Nabi Nuh a.s.

"Hai anakku! naiklah ke kapal bersama kami dan janganlah engkau menjadi manusia yang ingkar terhadap Allah!".

Akan tetapi anak Nabi Nuh a.s. menolak seruan bapanya dan berusaha berenang ke arah gunung. Namun air bah segera menenggelamkannya. Menyaksikan hal itu Nabi Nuh a.s. sangat sedih, begitu sedihnya sehingga Nabi Nuh a.s. menyeru kepada Allah SWT.

"Oh, Tuhanku! anakku telah mati tenggelam, sedangkan ia termasuk keluarga ku, padahal Tuhan telah berjanji akan menyelamatkan kami!"

Allah berfirman: "Hai Nuh! sesungguhnya orang-orang yang derhaka itu bukanlah termasuk keluarga mu!"

Menerima firman Tuhan tersebut, Nabi Nuh a.s. dengan sangat takutnya meminta ampun kepada Allah kerana telah berkata dengan tak tahu apa yang dilarang oleh Allah, iaitu meminta agar anaknya diselamatkan, padahal anaknya termasuk golongan orang yang derhaka. Setelah orang kafir ditelan oleh air, tinggallah orang-orang yang beriman yang mulai menempuh hidup baru di bawah bimbingan Nabi Nuh a.s.
Nabi Nuh a.s. wafat pada usia 950 tahun, akan tetapi selama beliau melaksanakan tugas kerasulannya hanya sedikit sekali yang mahu beriman. (QS Al-Ankabut : 14).

Kaum Nabi Hud
Nabi Hud a.s. adalah keturunan dari nabi Nuh a.s. yang diutus oleh Allah s.w.t. kepada kaumnya 'Ad namanya. Kaum 'Ad adalah umat yang hidup pada zaman itu yang memiliki sifat sangat sombong dan takabur kerana mereka merasa kuat dan pandai membuat bangunan-bangunan yang kukuh. Walau bagaimanpun mereka tetap menyembah berhala.
Adapun kaum 'Ad tersebut telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang. Yang mana Allah SWT menimpakan angin tersebut kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari secara terus menerus.
Kerana hal tersebut maka kaum 'Ad mati bergelimpangan seakan-akan mereka adalah batang pohon yang telah tumbang dan hancur, mereka musnah kerana azab dari Allah SWT yang sangat dahsyat dan hal itu terjadi kerana derhakanya mereka kepada Allah SWT.

"Setelah datang siksaan Kami, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat Kami, dan Kami selamatkan pula mereka di akhirat dari azab yang berat." (s. Hud ayat 58)

Setelah terjadi malapetaka yang hebat itu kemudian Nabi Hud a.s. berpindah tempat tinggal di negeri Hadralmaut sampai akhir hayatnya kerana negeri 'Ad sudah hancur rosak dan binasa. (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh a.s. (صالح) merupakan salah seorang nabi dan rasul dalam Islam dan telah diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang dikeluarkan dari celah batu dengan izin Allah yakni bagi menunjukkan kebesaran Allah S.W.T kepada kaum Thamud.
Malangnya kaum Thamud masih mengingkari ajaran Nabi Saleh a.s. malah mereka membunuh unta betina tersebut. Akhirnya kaum Thamud dibalas dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai. (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

Kaum Nabi Luth
Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel-Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.
Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.
Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.
Allah mendatangkan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah dan kediaman mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah-rumah mereka sendiri. (QS Alsyuaraa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini telah dihancurkan oleh Allah kerana sikap mereka yang suka melakukan penipuan dan tidak jujur dalam perniagaan. Apabila membeli, mereka meminta dilebihkan dan apabila menjual sentiasa mahu dikurangkan.
Allah mendatangkan azab kepada mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walau bagaimanapun, mereka cuba untuk berlindung di tempat yang teduh, perkara tersebut tidak mampu menghilangkan rasa panas. Akhirnya, mereka juga binasa. (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah atau padang yang pokok-pokoknya sangat rimbun kehijauan. Kaum ini mengikut sebahagian ahli tafsir disebut pula dengan menyembah hutan tebal. (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyuaraa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutuskan Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Sehingga sekarang dikatakan jasad Firaun masih boleh dilihat di muzium mumia di Mesir. (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt
Mereka adalah satu golongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah iaitu untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah akhirnya telah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina. (QS Al-Araaf: 163).

Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Kononnya, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang mengatakan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya mengatakan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang mengatakan bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang mengatakan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam telaga sehingga mereka dibinasakan Allah. (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

Ashab Al-Ukhdud
Ashab Al-Ukhdud adalah satu kaum yang menggali parit dan menolak untuk beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dihumbankan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).

Ashab Al-Qaryah
Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (satu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan satu suara yang sangat keras. (QS Yaasiin: 13).

Kaum Tubba’
Tubaa adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah sehingga melampaui batas. Maka, Allah mendatangkan azab kepada mereka sehingga binasa. Kehidupan mereka juga sangat maju salah satunya daripadanya adalah pembendungan air. (QS Addukhan: 37).

Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan dan rezeki berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pokok yang subur untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Saba. Disebabkan mereka enggan beribadah kepada Allah walaupun sudah diingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah telah menghancurkan bendungan Marib dengan banjir yang sangat besar. (Al-Arim) (QS Saba: 15-19) - Facebook

Semoga perkongsian 12 kaum atau umat manusia yang terdahulu dibinasakan oleh Allah SWT ini dapat kita jadikan iktibar dan peringatan agar kita terus bertakwa kepada Allah SWT. Jauhilah kemaksiatan dan seumpamanya agar hidup kita memperoleh keberkatan dariNya. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Copy and paste: 28 Februari 2020 / 4 Rejab 1441H : 5.43 pm