Saturday, 20 January 2024

BAHTERA MENDAM BERAHI

Oleh: Ibn Kamal
PERISTIWA N' SEJARAH : 




Mendam berahi…. Ini bukanlah sekadar satu nama biasa tetapi suatu nama yg menjadi kebanggaan Melayu dizaman itu. Melaka terkenal dengan pelabuhannya yg mampu menyaingi Venice, sekaligus meletakkan Melaka sebagai antara pelabuhan terkaya didunia pada zaman itu. Org Melayu pula dikenali sebagai pelayar yg cukup hebat, tidak perlu tengok peta dan mampu membaca bintang utk belayar jauh. Bidang maritim yg kadangkala merupakan sektor yg agak sukar bg sesetengah kerajaan lain, tapi ianya hanya menjadi mainan harian utk bangsa Melayu. Malah mampu membina kapal-kapal besar yg tidak pernah ada di negara lain,belayar menguasai lautan,meneroka dunia baru, mencipta nama dalam sejarah dunia. Begitulah hebatnya nenek moyang kita.
Mendam Berahi merupakan sebuah kapal jenis ‘jong’ milik Kerajaan Melaka yg cukup terkenal seantero dunia. Kapal jenis jong ini ialah kategori yg terbesar dizaman itu. Negara-negara Eropah tidak memilik kapal jenis ini. Mendam Berahi dimiliki oleh Sultan Mansur Syah, dimana era pemerintahannya digelar sebagai ZAMAN KEEMASAN MELAKA. Kapal Mendam Berahi ini diguna sebagai lambang kebesaran Melaka, membuktikan betapa hebatnya kerajaan itu dalam bidang maritim dan seni pembinaan.
Kapal yg gah ini akan dapat dilihat oleh semua pedagang dan utusan luar yg datang ke Melaka. Apabila pulang ke tempat asal mereka, nescaya kisah kehebatan Mendam Berahi ini akan diperkatakan. Hebatnya pelabuhan Melaka ini, ada tercatat menyatakan setiap hari akan ada sebanyak 2000 kapal dan sampan akan singgah dipelabuhannya. 2000 buah SETIAP HARI..! Bayangkanlah sebagai mana besar pelabuhannya, setahap mana terkenalnya Melaka ini. Di kawasan bandarnya sahaja, ada sekitar 100,000 orang penghuni. Bahasa yg dipertuturkan ialah sebanyak 84 bahasa! Bahasa Melayu diguna sebagai bahasa pengantar. Zaman tu, sapa tak reti Bahasa Melayu dianggap kolot dan ketinggalan zaman.
Tak mampu kita bayangkan keagungan Melaka ini. Patutlah Melaka dicemburui oleh kerajaan luar. Antara kapal lain yg terkenal ialah Cenderawasih, Kasawari dan lain2 yg kebanyakannya menggunakan nama burung. Mendam Berahi kemudiannya dihadiahkan kepada Hang Tuah. Maka mulai detik itu, segala pelayaran laksamana ini hanya menggunakan Mendam Berahi seterusnya dikenali sebagai kapal rasmi laksamana. Jika sampai saja ke negara luar, dari jauh lagi mereka dah tahu itu kapal Hang Tuah. Sempat mereka tunggu beramai-ramai dan mempersiapkan menyambut ketibaan beliau. Kalau setakat perang kecil tu, musuh nampak saja kapal laksamana, mesti terus lari. Tak payah susah-susah nak perang. Lanun pun terus hampir pupus selepas kewujudan dan keaktifan kapal ni.
Seni bina kapal Melayu ini memang diakui oleh kerajaan-kerajaan luar. Banyak negara lain disebelah timur dan sekitar Nusantara kemudiannya beralih menggunakan kapal jenis Jong ini. Hebatnya kapal2 Melayu ni hingga ketika putera Rom nak bernikah dgn Puteri China, mereka terus menyewa kapal-kapal org Melayu ini sebab ia lebih besar, lebih laju kerana keseimbangan pembinaan badannya dan tiang layarnya, badan kapal pula lebih tahan dan berkualiti tinggi kerana diperbuat dari kayu bermutu seperti cengal batu yg tak terdapat di negara barat.
Apa yg membezakan Mendam Berahi dengan kapal lain? Apa yg istimewa sangat? Kapal ini dibuat TANPA MENGGUNAKAN SEBATANG PAKU lansung pun. Ini dikira sebagai ciri khas senibina Melayu pada kapal Mendam Berahi. Panjang kapal Mendam Berahi ialah 328 kaki, lebarnya ialah 36 kaki. Lapisannya ada 7 tingkat, 2 berada dibawah paras air dan 5 berada diatas. Tiang layar utamanya ada tiga, layar yg ditengah dan paling tinggi dipanggil sebagai layar agung. Kapal ini juga mempunyai dayung. Ada 100 dayung jumlahnya iaitu 50 dikiri dan 50 dikanan. Tiap satu dayung ini dikendalikan oleh 2 orang. Maksudnya jumlah pendayung sahaja ada 200 orang. Wow! Kapal ini juga ada 2 dek. Dek belakang khas utk raja, dibalut dengan kain baldu berwarna kuning. Pemegang di dek ini diperbuat dari emas padu. Dek depan pulak utk orang biasa, dilengkapi dengan meriam istimewa yg besar sebanyak 5 biji dan puluhan lagi meriam lain termasuk sisi kapal. Juga dilengkapi dgn lela, rentaka, pemuras dan lain2 senjata. Dimuncung kapal ini diperbuat dari kayu yg paling keras, diruncing dan ditajamkan. Jadi apabila bertemu kapal musuh, pendayung akan mendayung laju dan terus merempuh kapal musuh hingga berkecai. Jika kapal musuh masih belum karam, pahlawan akan melompat ke atas kapal dan membunuh musuh. Muatan kapal ini dianggar sekitar 500 ke 700 tan.
Pernah diceritakan ketika Mendam Berahi hendak masuk ke pelabuhan, ia bertembung dgn kapal lain yg sedang keluar dari pelabuhan itu sehingga hancur tapi mereka lansung tak perasan yg mereka ini telah terlanggar kapal itu kerana saiznya yg ketara sangat besar berbeza dgn kapal2 lain. Kesian kapal tu, hihi. Mendam Berahi ini juga digunakan untuk membeli gajah-gajah perang di kawasan yg dikenali sbg Myanmar skrg ni kerana saiznya yg besar dan kukuh. Bukan semua kapal boleh bawa gajah, lagi pun saiz gajah perang ni sgt besar, bukan mcm saiz gajah skrg.
Hang Tuah juga pernah belayar menggunakan Mendam Berahi ke Turki Uthmaniyah atas arahan Sultan, ditemani oleh Maharaja Sura Dewa sbg laksamana kedua. Tujuannya ialah utk memberi baiat taat setia kepada Sultan Turki Uthmaniyah dan mengakui bahawa baginda adalah sebagai Khalifah Dunia Islam. Hang Tuah juga belayar ke China untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Dinasti Ming. Dikatakan kapal Hang Tuah tidak muat utk masuk ke dermaga pelabuhan cina kerana saiznya yang besar, dermaga itu tidak boleh menampung Mendam Berahi. Jadi terpaksalah berlabuh di tengah laut dan mereka dijemput oleh kapal2 china. Menurut Ibnu Batutah yg merupakan tokoh ahli pelayaran terkenal di dunia abad itu, saiz Jong Melayu ialah 14 kali lebih besar berbanding ‘chuan’ milik china. (jadi kiranya mmg tersangatlah besar) Selepas itu, hubungan Melaka-China menjadi sangat akrab sekaligus menjadikan Melaka terlindung dari ancaman musuh.
Kapal Portugis yg terkenal milik Alfonso iaitu Flor De La Mar hanya sebelah mata jika dibandingkan dgn Jong. Kapal ini karam ketika dalam perjalanan pulang ke negara mereka setelah memuat penuh dgn segala emas dan harta kekayaan Melaka yg dirampas. Maka tenggelamlah kapal kebanggaan Portugis itu bersama dgn segala muatan berharga Melaka yg dianggar bernilai 14.3 billion Ringgit. Misi merampas salah satu kekayaan Melaka berakhir dgn kegagalan. Dalam catatan Alfonso sendiri, mereka menggelar Jong Alam Melayu sebagai PENGGEGAR DUNIA. Jika armada laut Melaka ada ketika portugis menyerang Melaka, nescaya hancur lebur kapal mereka dihentam oleh armada laut Melaka.
Itulah serba sedikit berkenaan kehebatan kapal Melayu terutamanya Mendam Berahi. Oleh itu, kita harus berasa bangga dengan kehebatan org Melayu dan nenek moyang kita. Kerana kehebatan inilah, sejarah kita cuba dilenyapkan atau diubah oleh pihak yg tak bertanggung
jawab kerana mereka gerun dengan kebangkitan serta keupayaan kita. Mereka cuba membuang keyakinan diri kita supaya kita akan beranggapan bangsa kita ini lemah dan terus tunduk dibawah mereka. Kerana mereka tahu, jika kita bersatu dan berjaya mengulangi pencapaian nenek moyang kita, maka mereka lah yg akan tersungkur.
SUMBER:

Copy and paste:
20 January 2024 > 9 Rejab 1445H: 11.54 pm

No comments: