Thursday, 25 January 2024

Kalau Melayu tak pandai buat kapal, macam mana Parameswara keluar dari Palembang menuju Singapure seterusnya ke Melaka?

Posted By:
Muhd Redha > Malaysian Heritage and History Club
23/1/2024

oleh Helmy Effendy
Pertama, tentang teguran Serge Jardin itu, sebenarnya teguran dia ada asas. Mendam Berahi dalam Hikayat Hang Tuah memang tidak ada bukti kukuh. Pertama kerana Hikayat Hang Tuah ditulis pada abad ke-17, Beratus tahun selepas kejatuhan Melaka. Kita tak jumpa lagi bukti sezaman dengan Melaka yang bercerita pengangkutan Melaka yang ditulis dalam Hikayat Hang Tuah.
Kedua, penggunaan perkataan Gali dalam HHT yang berbunyi "ghali kenaikan raja". Barangkali Serge Jadrin mempertikaikan tentang kewujudan Gali dalam tamadun Melayu atau Alam Melayu ketika zaman Melaka, kerana hanya selepas 1530 bahawa kita dapat melihat penggunaan Gali.
Perkataan Gali yang dipinjam ke dalam Bahasa Melayu, adalah berasal dari bahasa Portugis. Jadi, pada zaman Hang Tuah, tidak mungkin wujud pinjaman kata Gali ini kerana kapal jenis Gali yang memang berasal dari Eropah dan Mediterrenean belum digunapakai lagi di Alam Melayu. Jadi, tegurannya bahawa Mendam Berahi yang wujud dalam HHT adalah anachronism sebenarnya tepat.
TETAPI... tetapi... bukan bermaksud tiada kapal atau perahu ala-ala Gali dalam Tamadun Melayu. Sebab tu kita ada lihat Portugis mencatat, terutama Alfonso Albuquerque bahawa ketika pertempuran 1511 dahulu, dikatakan bahawa armada perang Melayu lebih suka menggunakan kapal panjang yang cetek dan digerakkan dengan dayung, serupa dengan gali, seperti lancaran, penjajap, dan kelulus.
Barangkali kerana HHT ditulis pada abad ke-17 Masihi, maka terdapat percampuran garis masa pada penulis yang tidak cakna tentang belum wujud kapal Galley, maka berlaku pencampuran ini. Atau barangkali kapal yang dirujuk dalam HHT, bukanlah jenis Gali Eropah, tetapi bentuk lain lancaran, penjajap dan kelulus, yang juga memiliki ciri-ciri Gali, maka untuk memudahkan pemahaman, kosa kata "gali kenaikan raja" digunakan. Soal ini, saya serahkan kepada ahli sejarah yang mahir tentang kapal laut rumuskan. Saya sekadar melahirkan tafisran amatur saya sahaja.
Tetapi lelaki dalam tangkap layar ni pun kira bangsat jugak. Orang Melayu tidak pernah mencipta apa-apa pun dakwaan yang tiada lebih kurang fatal dengan pengkaji UPM tersebut lakukan. Barangkali kita tidak membina kapal Gali yang menjadi identiti Eropah, lagi-lagi dari Iberia. Tetapi catatan sejarah memberitahu bahawa ilmu maritim bangsa Melayu pun boleh tahan hebat, sama ada penciptaan kapal atau perlayaran.
Seperti mana yang dipetik oleh Lynda Shaffer pada tahun 1996, dalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500, yang memetik lebih tulisan daripada Pierre-Yves Manguin seorang ahli arkeologi terkenal, Shafflers dipetik berkata:
"On average, the jong could carry four to five hundred metric tons, but at least one was large enough to carry a thousand tons. The planks of the ships were joined with dowels; no metal was used in their construction. On some of the smaller vessels, parts might be lashed together with vegetable fibres, but this was not typical of larger ships. The jong usually had from two to four masts plus a bowsprit, as well as two rudders mounted on its sides. Outrigger devices, designed to stabilise a vessel, wereused on many ships but probably were not characteristic of ships that sailed in rough oceans."
Terjemahannya dalam Bahasa Melayu Malaysia:
"Secara purata, jong boleh membawa empat hingga lima ratus tan metrik, tetapi sekurang-kurangnya satu daripadanya cukup besar untuk membawa seribu tan. Papan kapal disambung menggunakan pasak; tiada logam digunakan dalam pembinaannya. Pada beberapa kapal yang lebih kecil, bahagian mungkin diikat bersama dengan serat tumbuhan, tetapi ini bukan ciri khas kapal yang lebih besar. Jong biasanya mempunyai dari dua hingga empat tiang layar ditambah dengan bowsprit, serta dua kemudi yang dipasang di sisinya. Peranti outrigger, yang direka untuk menstabilkan kapal, digunakan pada banyak kapal tetapi mungkin bukan ciri khas kapal yang belayar di lautan bergelora."
Catatan ini senada dengan catatan dari China. Wan Chen (萬震) pada abad ke-3 dalam karyanya 'Strange Things of the South' (南州異物志), mencatat tentang kapal besar dari K'un-lun, yang merujuk kepada negara Selatan atau kepulauan dibawah angin, yang mampu memuatkan 700 orang dan muatan hingga 1000 tan.
Kapal tersebut, yang dikenali sebagai K'un-lun po, memiliki panjang 50 meter. Dalam catatan yang berbeza pada tahun 260M, Kang Tai (康泰) menyebut tentang jong Melayu dengan 7 tiang layar, juga dinamakan K'un-lun po (kapal negeri Selatan), yang diketahui telah berlayar hingga ke Syria. Istilah "po" disebut-sebut berasal dari kata Melayu "perahu".
Menurut Lynda Shaffer, yang memetik kajian Johnstone seperti dibawah dalam bukunya Maritime Of Southeast Asia:
"The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails."
Atau terjemahannya:
"Orang Cina juga mengenali penduduk pulau ini sebagai pembina dan sebagai anak kapal pada kapal-kapal yang melakukan pelayaran jarak jauh di lautan untuk perdagangan antarabangsa. Sebenarnya, orang Cina kelihatannya telah belajar banyak dari para pelaut ini. Orang Melayu telah mencipta layar secara bebas, yang dibuat dari tikar tenunan diperkuat dengan bambu, sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum Masihi, dan pada masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 M), orang Cina telah menggunakan layar seperti itu."
Jadi, mengatakan bahawa orang Melayu hanya sekadar mencedok budaya, meniru inovasi dan teknologi orang lain juga tiada asasnya. Dalam kita nak menegur kesilapan ahli akademik kita, juga kita harus berhati-hati dalam memberikan naratif lain merendah-rendahkan tamadun bangsa kita sendiri.

Copy and paste:
25 January 2024 > 14 Rejab 1445H: 10.28 pm