Saturday, 6 January 2024

AIDILFITRI DI BUMI KENYALANG (2)

Posted by Hj Zulheimy Maamor
10 May 2021



Sesiapa yang pernah ada pengalaman berhari raya di rantauan atau lebih tepat berhari raya di negeri orang, pasti banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan....
Saya pernah berkhidmat di Sibu iaitu di bahagian ke 3 Sarawak pada tahun 1983 - 1984. Sebagai 'Orang Malaya' yang bertugas di bumi Kenyalang, pasti tergamit memori Aidilfitri di Bumi Kenyalang.

KD Sri Rejang ketika itu adalah satu satunya pengkalan hadapan Tentera Laut DiRaja Malaysia dalam gerakan menentang komunis di Sarawak dan merupakan sebahagian daripada struktur organisasi RASCOM Hq Mil..
Saya ketika itu bertugas di Bot Lancang sering melakukan tugas rondaan di sepanjang Sungai Rejang termasuk ketika Ramadhan dan Aidilfitri...
Saya masih ingat di pagi raya kami sama-sama bersolat Sunat Aidilfitri di Surau dan selepas solat akan bersama-sama menjamu selera di dewan makan KDSR. Hari ini makanan istimewa disediakan oleh tukang Masak TLDM disamping sumbangan Hari Raya daripada BAKAT TLDM iaitu badan Kebajikan Keluarga ATM.
Yang paling sedih selepas majlis Hari raya terus tukar uniform, terus naik bot untuk meneruskan tugas rondaan di Sungai Rejang sebelum komunis pula keluar berhari raya nanti....hihi....













Berhari raya di Sarawak tak banyak beza dengan di Semenanjung. Dan memandangkan ianya dah lama berlalu, saya masih ingat sikit-sikit bagaimana berhariraya disana...
Jika di Semenanjung terkenal dengan Ketupat dan lemang, di Sarawak terkenal dengan Kelupis yang seakan ketupat pulut dimakan dengan rendang dan kari.. lemang periuk kera juga popular di sana tapi ia bukan juadah semasa perayaan.
Dan yang pasti paling special ialah Kek lapis Sarawak, penuh meja dengan kek lapis yang berwarna warni dan berbagai nama, sekarang saya dengar kek Lapis Neelofa pun ada, masa saya disana dulu Neelofa mungkin masih budak lagi kot, atau pun belum lahir lagi. Sana biskut raya kurang popular...

Mee Kolok yang cukup popular di Sarawak

Kek Lapis Sarawak...yang ini kalau tak ada tak sah Hari Raya di Bumi Kenyalang

Kuih Kelupis


Kegemaran saya...Laksa Sarawak

Yang ini kalau kat Semenanjung susah sikit nak dapat... sebab nak buatnya macam lemang juga


Inilah kuih Raya kami bila bertugas di atas Bot menjalankan tugas rondaan di Sungai Rejang

Disana hari raya berbaju Melayu bukan sehari je macam kita di Semenanjung ni… hari raya pertama je orang berbaju Melayu. Kat sana sampai seminggu mereka berbaju melayu…. So siapa nak beraya di Sarawak siaplah baju Melayu 7 pasang….haha gurau je….




Kalau dulu kita di Semenanjung tahun 70 an dan 80 masih banyak rumah yang memasang panjut atau pelita di kampong dan Bandar, tapi sekaran budaya tu dah semakin pupus terutama di Bandar, tak ada lagi rumah yang pasang pelita sebelum hari raya….
Di Sarawak di kampong kampong melayu ada yang pasang mandong atau bertuntong, nama je beza tapi konsepnya sama juga guna pelita minyak…
Itulah secebis kenangan berhari raya di Bumi Kenyalang.. berhari raya di Sabah pun pernah juga, tapi atas kapal … sebab saya tak pernah bertugas dengan mana pengkalan TLDM di Sabah… Cuma datang ke sana dengan kapal je…. Paling kerap di WP Labuan dan Terumbu Layang Layang….
SELAMAT HARI RAYA


Lain-lain bacaan:

Copy and paste
6 Januari 2024 > 25 Jamadilakhir 1445H: 8.46 pm

No comments: