Tuesday, 16 January 2024

FAKTA MENARIK MENARA CONDONG TELUK INTAN

Sumber:
Utusan Malaysia : 31 Disember 2023



Anda ada pengalaman di menara condong Teluk Intan atau pernah ke sini? Ini antara fakta menarik Menara condong Teluk Intan.
1) Dibina oleh Leong Chon Chong pada 1885 seorang kontraktor tempatan.
2) Tujuan asal untuk menempatkan sebuah tangki air bagi tujuan kemarau atau memadam kebakaran.
3) Berperanan sebagai PENANDA WAKTU & PENUNJUK ARAH laluan kapal ke pelabuhan yang dikenali sebagai TELUK ANSON suatu masa dahulu.
4) Kecondongan menara teluk intan sering dibandingkan dengan Menara Pisa Itali.
5) Menara ini berketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga dan mempunyai seni bina Pagoda.
6) Dari jauh kelihatan seperti bangunan 8 tingkat tetapi jika diperhatikan lebih dekat hanya 3 tingkat sahaja
7) Dibina dari kayu dan batu . Lapisan bawah bangunan berukuran garis pusat 13 meter dan semakin kuncup 8.2 meter.Menara condong kini berperanan sebagai menara jam yang dipasang pada 1984. Jam dari London buatan firma J.W BENSON LUDGATEHIL.
9) Kemungkinan Jun 2024 menara condong akan ditutup untuk kerja kerja menaik taraf.
10) Menara condong pernah terbiar seperti Tunggul kayu buruk namun atas usaha Presiden persatuan karyawan Perak. Zabidin Ahmad belian tekad menjenamakan semula menara ini pada awal 90 an.
11) Menara ini dikatakan condong berpunca dari struktur tanah dan kejadian banjir besar. Juga pernah terkena bom.
12) Individu yang bertugas memastikan Jam di menara condong sentiasa berbunyi ialah Hisham Sahak.
13) Statistik pengunjung direkodkan sehingga September 2023 seramai 48 ribu orang
Sumber : Utusan Malaysia 31 Disember 2023.

Copy and paste:
16 Januari 2024 > 5 Rejab 1445H: 8.23 pm

No comments: