Wednesday, 17 January 2024

DOWN MEMORY LANE : KAMPUNG LIFE & SUASANA BILA PULANG KE KAMPUNG

Attached herewith the 2 of my posting on Facebook about "Kampung Life", one in English and one in Malay language.... 

KAMPUNG LIFE
Posted on 18 September 2022








I miss seeing the beautiful Kampong House in those days during the 70's...
I grew up in Kuala Lumpur, a city full of challenges... I may have travelled the world by sea and land, but today it's still the simple kampung life that gets my heart sailing....
Do the modern days children today missing out on joys of kampung life....because today they are in the world of social media and online surfing that they become obvious of their surrounding...so different during the 60s, 70s and 80s....
In those days, going back to my hometown or "Balik Kampung" at Kg.Sungai Siput, Lubok China Melaka (my Mom), Kg.Nerambai, Lubok China, NS (my Father) and Kg.Semin, Lubok China,NS (my wife) has a different meaning to me... its a wonderful getaway from the bustling city lifestyle, fresh air and less traffic...
For those who have a “kampung” to go back to, don’t take it for granted but make the best of it. For me the Kampong life is still the best...those were the days...

Suasana bila pulang ke kampung...
Posted on 23 September 2021

Melihat foto ini.. teringat arwah Nenek saya dulu (kami panggil Wan)...
Seawal 3 pagi lagi Arwah Wan dah jerang air dan masak buat bekal arwah Atok nak pergi menoreh... Subuh gelap arwah atok dah keluar dengan basikal tuanya ke kebun getah...kami masih lena dibuai mimpi... tapi terjaga juga bila dengan arwah nenek sibuk di dapur... dapur masa tu guna kayu untuk memasak... nak hidupkan api pun bukan secepat sekarang ....petik je dah menyala.... begitulah gigihnya arwah Wan dulu...



Kami bangun pagi je lepas mandi... arwah Wan dah siap dengan Nasi Goreng dan kopi panas... aku masih terbayang betapa sedapnya nasi goreng arwah Wan dulu.... guna cili yang digiling bukan blender....
Selesai Sarapan arwah wan dah ke Perigi membasuh baju dan kemudian balik sidai baju... Arwah Atok lepas balik menoreh dan bersarapan akan ke Sawah pula, arwah Nenek sapu laman kemudian bagi Itik, Ayam dan Kambing makan....
Kemudian dah bersiap untuk persediaan masak untuk makan tengahari... sebelum tu jenguk pisang di kebun...
Dah masak makan tengahari beramai-ramai.... seronoknya masa tu...
Lepas Zohor, Arwah atok dah siap untuk memesin getah yang sudah dikutip ... saya masa tu masih kecil lagi bersekolah rendah jadi tukang sibuk kutip sekerap getah buat main...
Bila petang arwah Wan dah siap dengan Kopi dan goreng pisang panas atau apa saja untuk minum petang ... paling tidak pun biskut Lutut (Orang Nismilan taulah biskut ni...)...
Dari Subuh gelap hinggalah menjelang malam...ada saja aktiviti arwah Atok dan Arwah Wan buat.... aku tak pernah nampak mereka tidor di waktu siang.... (tu pun orang putih kata orang Melayu malas)....cuma disebelah malam mereka tidor awal ...pukul 9 mlm dah tutup lampu.. masa tu kami tak ada TV lagi....
Begitulah seronoknya bila pulang ke Kampung di Kg Sungai Siput, Lubok Cina , Melaka dizaman 70 an dulu.... zaman sebelum adanya gadget....




RIndunya zaman itu....
*** Walaupun kampung saya Kg Sungai Siput, Lubok China terletak dalam jajahan Melaka, tapi kami lebih rapat kepada N.Sembilan kerna kampung kami bersempadan dgn NS.... malah kami penduduk di Kampung ini bertutur Loghat NS bukan Melaka...dan mengamalkan adat Perpatih...


Posted on Blog:
17 January 2024 > 5 Rejab 1445H: 12.25 am

No comments: