Sunday, 21 January 2024

ORANG MELAYU DAN BIJIH TIMAH

Oleh: Ibn Kamal
Kisah Sejarah Melayu : 

Orang Melayu sebenarnya telah lama melombong bijih timah lama sebelum kedatangan pihak kolonial Inggeris lagi. Malah lama sebelum tahun 1600 seperti yang didakwa ketika itu orang Melayu 'tidak berbuat apa-apa.'
Kewujudan aktiviti perlombongan bijih timah sebenarnya telah wujud sekitar abad ke-9 lagi di Tanah Melayu berdasarkan catatan oleh pelayar-pelayar Timur Tengah seperti Abu Dulaf, Abu Zaid, dan Al-Mas'udi.
Contoh catatan Abu Dulaf pada tahun 940 Masehi:
"Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang "qala'I" iaitu pedang Hindi yang tulen…seperti di Negara China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda".
(Kemasukan Islam ke Kedah oleh Dr. Ahmad Jelani Halimi)
Juga,
"...when I arrived at Kalah, I found it very great, with great walls, numerous gardens and abundant springs. I found there a tin-mine such as does not exist in any other parts of the world except in its Qalah (fortress)."
(Southeast Asia in World History oleh Craig Lockard)
Ini bermaksud sekurang-kurang pada tahun 940 Masehi lagi orang Melayu telah pun melombong bijih timah! Beza 1600 dengan 940 ialah 660 maka orang Melayu telah pun melombong bijih timah lebih 6 ABAD sebelum tahun yang didakwa Kitol sebagai 'orang Melayu tidak berbuat apa-apa dengan bijih timah' !
Malah dalam Sulalatus Salatin ada disebutkan penggunaan timah yang biasa di kalangan orang Melayu ketika zaman Kesultanan Melaka:
Adapun akan Sultan Mansur Syah pun pindahlah, tiada mahu diam lagi pada istana tempat Hang Jebat mati itu. Maka baginda memberi titah kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat istana. Maka Bendahara Seri dia mengadap dia, kerana adat Bendahara pegangannya Bintan. Adapun besar istana itu tujuh belas ruang, pada seruang tiga-tiga depa luasnya; besar tiangnya sepemuluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya berkapa-kapa, pada antara kapa-kapa itu diberinya bumbungan melintang dan bergajah­menyusu; sekaliannya bersayap layang-layang, sekaliannya itu diukir dan berscngkuap. Pada antara Serigkuap itu diper­buatnya belalang bersagi; sekaliannya dicat dengan air emas. Kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar matahari, bemyala-nyala rupanya seperti manikam. Akan dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditarupali dengan cermin China yang besar, apabila kena panas matahari bemyala-nyala rupanya, kilau-kilauan tiada nyata benar dipandang orang. Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta lebamya, dan sejengkal tiga jari tebalnya. Akan birai istana itu dua hasta lebamya, dan tebalnya sehasta, diukimya rembatan pintu istana itu empat puluh banyaknya, semuanya bercat dengan air emas. Terlalu indah perbuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada sepertinya pada zaman itu. Istana itulah yang dinamai orang 'Mahligai Hawa Nafsu'; atapnya tembaga dan timah disiripkan.
Juga,
Hatta tidak berapa lamanya, maka dengan takdir Allah Taala mahligai itu pun terbakarlah. Tiba-tiba di atas kemuncaknya api; tiadalah sempat lagi. Maka baginda dengan Raja Perempuan serta dayang-dayang sekaliannya habis turun ke istana lain; suatu pun harta raja tidak terbawa, sekaliannya tinggal dalam istana itu. Maka orang pun datang terlalu banyak hendak berbela api itu, tiada terbela lagi. Maka harta dalam istana itulah yang diperlepas orang; tetapi timah atap istana itu hancur, cucurlah turun seperti hujan yang lebat. Maka seorang pun tiada berani masuk mengambil harta, maka Ben­dahara hadir berdiri menghadapi segala orang berlepas harta raja.
Juga,
Maka pada suatu malam Bendahara turun hendak sem­bahyang subuh, maka dilihat oleh Bendahara betul pada kepala Tun Mutahir bercahaya menerus ke langit. Maka di­hampiri oleh Bcndahara, dilihatnya Tun Mutahir. Maka dengan sekejap juga cahaya itu pun padamlah. Maka kata Bendahara akan Tun Mutahir, “Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Daripada Hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tiada kekal. “Maka oleh Bendahara segala candu peti yang ditinggalkan Seri Nara Diraja akan anaknya itu dituanginya timah, supaya jangan dapat dibuka orang lagi. Maka makan pakai Tun Mutahir Tun Tahir pada Bendahara Paduka Raja. Ada seorang lagi anak Seri Nara Diraja, Tun Abdullah namanya, lain bondanya, terlalu olahan. Jika ia membuang kuku tiga hari maka sudah. Jika berkuda pada baying-bayang panas, berpenanak membaiki diri. Jika pada pakaian, tewas Tun Tahir dan Tun Mutahir oleh Tun Abdullah, kerana bondanya ada.
(Sulalatus Salatin diselenggara A. Samad Ahmad.)
Penggunaan timah yang berleluasa begini sehingga dicatatkan dalam historiografi tempatan adalah bukti bahawa sejak zaman Kesultanan Melaka lagi timah telah dilombong di Tanah Melayu.
DUIT TIMAH
Dalam buku Kearifan Tempatan: Merekayasa Kearifan Tempatan Budaya, Pelancongan Arkeologi dan Sejarah yang diterbitkan oleh Penerbit USM ada menyebutkan tentang duit timah Kesultanan Melaka!
Malah sekitar abad ke-17 itu juga perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sudah begitu rancak sehinggakan yang mula-mula datang bukanlah Syarikat Hindia Timur Inggeris tetapi Syarikat Hindia Timur Belanda!
Pelbagai perjanjian dan polisi dibuat antara Perak dan Belanda berkenaan bijih timah sehinggalah serangan ke atas Kota Belanda pada tahun 1670 oleh Panglima Kulup dan orang-orang Melayu Perak kerana sikap Belanda yang mahu memonopoli perdagangan timah, betullah kata bidalan "seperti Belanda minta tanah".
Kesimpulan
Jadi, adakah orang Melayu pemalas atau tak buat apa-apa ketika itu seperti yang didakwa? Tak tau pasal bijih timah? Adakah dia memikirkan orang Inggeris ni hebat sangat? Boleh 'baca' katanya. Adakah hanya apabila orang Melayu diketahui ada menubuhkan syarikat seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) maka barulah Kitol mengiktiraf aktiviti orang Melayu melombong bijih timah?
Sebenarnya Kitol sudah terkeliru dalam penyakit inferior-nya kepada bangsa Melayu.
Terdapat banyak lagi contoh bahawa orang Melayu aktif menjalankan perlombongan bijih timah lama sebelum tahun 1600 Masehi lagi malah akibat kerancakan perlombongan bijih timah oleh ortang-orang Melayu lah pada abad ke-17 itu menarik perhatian pedagang asing dan kuasa imperialisme ke Tanah Melayu.
Jutaan terima kasih
~SK

Copy and Paste:
21 January 2024 > 9 Rejab 1445H: 12.14 am

No comments: