Tuesday, 1 October 1985

KD MUTIARA 1985 - 86

KD MUTIARA
36TH HYDROGRAPHIC SQUADRON
PENGKALAN TLDM, LUMUT , PERAK
26.8.1985 - 1.5.1986

Keratan Akhbar Pelancaran KD Mutiara pada 13.11.1976


Foto ini saya ambil dari Helikopter TUDM yang ikut serta dalam Pelayaran ini. 


 KD Mutiara meredah Lautan Hindi




Saya telah berkhidmat di KD Mutiara dari 26 Ogos 1985 sehingga 1 Mei 1986. Pegawai Memerintah ketika itu ialah Kdr Husaini Bin Abdullah TLDM N/400355. 

KD MUTIARA di bina di Pulau Pinang oleh Syarikat Hong Leong Lurssen Dockyard. Dengan menggunakan kata panggilan antarabangsa 9MNG, kapal ini telah ditauliahkan di dalam perkhidmatan TLDM pada 18 Disember 1977 dengan nombor pennant A 255. Pelancaran kapal in telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Agung ketika itu Tengku Zainab binti Tengku Seri Utama Raja Muhammad Petra. Ianya mengambil sempena nama KD Mutiara lama yang tamat perkhidmatan. KD Mutiara diletakkan dibawah Skuadron ke 36 Hidrografi bersama KD Perantau. Kept Goh Siew Chong TLDM N/400157 adalah Pegawai Memerintah KD Mutiara yang pertama. 


KD MUTIARA berdimensi 71 meter panjang, 13 meter lebar dan berkapasiti 1905 tan. Untuk sistem tujahan, kapal dilengkapi dengan 2 enjin utama jenis Deutz SBA 12M 528 yang digerakkan menggunakan Controllable Pitch Propeller (CPP). Kelajuan maksimum kapal boleh mencapai sehingga 16 batu nautika sejam. Pengoperasian kapal bagi mengoperasikan sistem dan peralatan yang terpasang dijana menggunakan 3 janakuasa utama dan 1 janakuasa kecemasan. Kapal juga dilengkapi dengan 4 buah bot ukur dan 2 buah bot kerja.



Bidang tugas KD MUTIARA adalah melaksanakan pengukuran hidrografi, melaksanakan pemerhatian meteorologi dan melakukan kerja - kerja penyelidikan cerapan oseanografi yang terhad. Carta nautika telah dikeluarkan hasil dari data KD MUTIARA ini telah menyumbang kepada Safe Navigation dan seterusnya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi melalui bidang pengangkutan import dan eksport yang menggunakan jalan laut. Kapal turut memegang rekod pengukuran yang mengagumkan yang mana telah menyumbang kepada penerbitan 50 carta nautika. 


PELAYARAN KE INDIA & REPUBLIC OF MALDIVES, 1985



Meredah Bengal Bay di Lautan Hindi
(kelihatan Helikopter TUDM yang ikut serta dalam Pelayaran ke Republic of Maldives dan India)

Dengan Helikopter TUDM inilah aku mengambil foto KD Mutiara di Lautan di atas




RO ZULHEIMY, RO KATHIGESU, RO KAMARUZAMAN & RO ANUAR
KD MUTIARA
PELAYARAN KE INDIA & REPUBLIC OF MALDIVES, 1985
Sepanjang berkhidmat dengan KD Mutiara, antara pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan ialah belayar meredah Lautan Hindi menuju ke Pelabuhan Madras (Kini Cennai) dan Republic of Maldives. 
Antara anggota komunikasi yang terlibat ketika dalam pelayaran ke India dan Republic of Maldives pada tahun 1985.
Antara Anggota Semboyan yang bertugas di KD Mutiara ketika itu yang aku masih ingat ialah RS Leong Kim Fatt, LTO Kamaruddin, RO Jamal, RO Yahya, RO Kamaruzzaman, RO Mazlan, RO Anuar, RO Khairuddin dan beberapa nama yang aku tak berapa nak ingat....

DI PELABUHAN MADRAS, INDIA
RO Yahya, RO Kamarulzaman, RO Zulheimy, RO Jamal dan RO Anuar

REPUBLIC OF MALDIVES


Republic of Maldives adalah sebuah Negara pulau yang mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi. Ia terletak kira-kira 700 km ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 Terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Hanya 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia.
Kepulauan Maldives pernah dijajah oleh Portugas (1558), Belanda (1654) dan akhir sekali British pada 1887. Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada British pada tahun 1965.
Maldives juga adalah antara negara yang turut terjejas dalam kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004


Masjid ini dinamakan sempena nama seorang Pemerintah dan juga Pahlawan Maldive iaitu Al-Sultan Muhammad Thakurufaanu Al-Azam
Islam di Maldives dinyatakan dalam sejarah bermula apabila Raja Buddha yang terakhir di Maldives bernama Dhovemi memeluk agama Islam pada tahun 1153. 
Sejak dari itu agama Islam mula berkembang di Republik of Maldives sehingga kini majoriti penduduknya adalah beragama Islam. 

INDIA, 1985






Ini ialah gambar Artis Filem Tamil yang popular ketika itu...gambar ini dijual didepan studio ketika melawat Studio Filem Tamil (tak ingat di mana)... Walaupun saya tidak minat dengan Filem Tamil, tapi saya beli juga foto ini untuk buat kenangan...

Destinasi KD Mutiara seterusnya ialah Madras di India (kini dikenali dengan Chennai) terletak di Pantai Coromandel menghadapTeluk Bengal adalah merupakan ibunegeri Tamil Nadu. Ia merupakan bandaraya Metropolitan yang ke 4 terbesar di India.
Nama Madras berasal dari Madraspatnam, tapak yang dipilih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1639. 













Di antara tempat-tempat bersejarah yang sempat kami lawati ialah Mahabalipuram (juga dikenali sebagai Mamallapuram), sebuah bandar terletak di daerah Kancheepuram didalam negeri Tamil Nadu. Pada abad ke 7, ia merupakan bandar pelabuhan Selatan India semasa pemerintahan Dinasti Pallavas.

Bandar ini juga teruk dilanda Tsunami pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan 200,000 nyawa. 

Itu adalah antara kenangan aku semasa berkhidmat di atas kapal Hidrografi KD Mutiara. Walaupun hanya sempat bertugas selama 9 bulan sahaja.... KD Mutiara telah membawa aku menjelajah dan mempelajari adat dan budaya yang berbeza dari kita di Malaysia. Di KD Mutiara ini jugalah aku dinaikkan ke pangkat Pemangku LK KMR. Dalam perjalanan pulang dari India dan Republic of Maldives inilah kami menerima kawat perintah Pertukaran dimana nama aku telah tersenarai untuk di tukarkan ke Department Tentera Laut di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur.... 

                                         SELAMAT TINGGAL KD MUTIARA

TERKINI - KD MUTIARA DILUCUT TAULIAH 20 JULAI 2018





Pegawai Memerintah pertama KD Mutiara, Kept (B) Goh Siew Chong menerima cenderahati dari Panglima Tentera Laut

KD Mutiara mengakhiri perkhidmatannya dengan TLDM setelah 41 tahun menabur bakti. 
Upacara pelucutan tauliah kapal itu disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Tambatan Pangkalan TLDM di sini.
Majlis itu dihadiri lebih 300 anggota dan pegawai TLDM serta 11 bekas pegawai memerintah kapal berkenaan.
Dengan pelucutan tauliah itu, kapal berkenaan dikeluarkan daripada inventori Skuadron Hidrografi Ke-36 TLDM.
KD Mutiara yang dibina pada akhir 1975, dilancarkan pada 13 November 1976 dengan dilengkapi teknologi bagi melaksanakan operasi di kawasan tropika; menjalankan operasi dan pengukuran luar pantai serta kajian oseanografi.
Sepanjang perkhidmatan, kapal hidrografi itu merekodkan pelayaran sejauh 220,000 kilometer (km) bersamaan enam kali mengelilingi dunia dengan 146 Arahan Hidrografi merangkumi keluasan pengukuran seluas 68,598 kilometer persegi perairan negara berjaya dilaksanakan.

Tuesday, 27 August 1985

Saturday, 5 January 1985

KD PENDEKAR 1984

KD PENDEKAR
2ND SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)
MALAYSIAN SHIPYARD AND ENGINEERING
PASIR GUDANG, JOHOR
25.11.1984 - 5.1.1985




KD PENDEKAR sebuah kapal daripada empat kapal yang terdapat dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Ke-2 ‘Spica M’. Kapal ini telah dibina di Limbungan Karlskronadi Sweden pada tahun 1976 dan siap sepenuhnya pada tahun 1979. KD PENDEKAR telah ditauliahkan pada 21 Ogos 79, seterusnya dilancarkan pada 26 Okt 79 di Karskkronavarvet AB, Sweden. Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Ke-2 atau dikenali sebagai FAC (M) II terdiri daripada empat buah kapal kelas Handalan (Spica M) iaitu KD HANDALAN, KD PERKASA, KD PENDEKAR dan KD GEMPITA.
Pegawai Memerintah Pertama KD Pendekar ialah Maj (Laut) Ng Chin Phing TLDM N/400231

Saya berkhidmat di kapal ini hanya sebulan lebih sahaja kerana nama saya telah naik untuk mengikuti Kursus Laskar Kanan KMR di KD Pelandok. Inilah satu satunya kapal dimana saya tak sempat belayar dengannya. Pegawai Memerintah ketika itu ialah Lt Kdr Mazlan bin Ahmad TLDM N/400474.