Friday, 16 August 2019

NAMA YANG PERNAH TERUKIR DALAM SEJARAH MALAYSIA.

  1. A.K. Moosdeen - Arkitek Bangunan Chow Kit Kuala Lumpur pada tahun 1905. 
  2. A.M. Azahari - pemimpin Pemberontak di Brunei yang menentang penubuhan Malaysia pada 1963. 
  3. Abang Apong - ketua orang Iban dalam pertempuran dengan Inggeris di Beting Maru, Sarawak pada Julai 1849 bersama Linggir Mali Lebu.
  4. Abang Haji Abdillah (Datu Patinggi) - menentang penyerahan Sarawak kepada Inggeris. 
  5. Abang Haji Mustapha (Datu Bandar) : pengasas Parti Negara Sarawak (PANAS) pada 9 April 1960. 
  6. Abas Bin Mohd Taha (Haji) - Tokoh Gerakan Islam yang menerbitkan akhbar "Al-Iman" dan "Neraca" pada 1906. 
  7. Abdul Aziz bin Abdul Majid (Dr.) - menjadi tawanan banduan Jimmy Chuah di Penjara Pudu pada 1985. 
  8. Abdul Aziz bin Majid - wakil Raja Melayu dalam Rombongan Merdeka ke London pada tahun 1956. 
  9. Abdul Gapur (Datu Patinggi) - Pemimpin Melayu Sarawak yang mengetuai serangan ke atas Kubu James Brooke di Kanowit bersama Sharif Masahor. 
  10. Abdul Ghani bin Minhat - bekas pemain & jurulatih skuad bolasepak Malaya / Malaysia. 
  11. Abdul Kadir bin Adabi - Pemimpin Kelab Putra, Kelantan yang menerbitkan majalah "Putera". 
  12. Abdul Kadir bin Setia Raja (Haji) - Pengarang akhbar Melayu "Sri Perak" di Taiping pada 1893. 
  13. Abdul Majid bin Tun Mat Ali : Bendahara Kerajaan Johor Lama. 
  14. Abdul Malek bin Mohd Nor - won 2 gold medal in Asian Body Builder (1985/86), placed 11th (light Heavy-Weight) in the World Body Building Championship. 
  15. Abdul Malek Bin Yusuf - Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Menyelaras Pertandingan mencorak bendera Tanah Melayu pada Mei 1948. 
  16. Abdul Malik bin Abdullah @ Tok Pulau Manis - pendakwah di Terengganu pada kurun ke 16. 
  17. Abdul Malik bin Mydin > Rakyat Malaysia pertama merenangi Selat Inggeris sepanjang 33 km pada Ogos 2003
  18. Abdul Rahim bin Hj Salim @ Abdul Rahim Kajai  - Bapa Kewartawanan Melayu, Pengarang Utusan Melayu dan majalah Mustika (Mastika).
  19. Abdul Rahman bin Andak (Dato') - Setiausaha Kerajaan Johor dari 1893 - 1909, perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888. 
  20. Abdul Rahman bin Hashim (Tan Sri) - Ketua Polis Negara yang ditembak ditembak mati oleh komunis di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974. 
  21. Abdul Rahman Limbong (Haji) - Pemimpin utama dalam kebangkitan menentang Inggeri di Terengganu. 
  22. Abdul Rahman bin Talib - Menteri Pelajaran Tanah Melayu yang menyediakan Laporan Rahman Talib 1961. 
  23. Abdul Rauf Singkel - Tokoh ilmuan Melayu yang terkenal pada abad ke 16. 
  24. Abdul Razak bin Abdul Hamid - Pelajar Malaya yang menuntut di University Hiroshima, Jepun ketika Bom Atom digugurkan di Hiroshima pada 1945. 
  25. Abdul Razak bin Hussein (Tun) - Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
  26. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi - Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. 
  27. Abdullah bin Hj.Dahalan - Undak Luak Rembau yang mengasaskan Syarikat Perbankan Hidup di Negeri Sembilan pada 1920'an. 
  28. Abdullah bin Nordin - Kapten Skuad Bolasepak Malaysia 1969. 
  29. Adi Putra Abdul Ghani - pelajar termuda Universiti Selangor (UNISEL). 
  30. Adriaan Koek - Acting Dutch Governor of Melaka (1823). 
  31. Ahmad Bin Ibrahim - peguambela Natrah daripada Syarikat Peguam S.C. Goha & Co. 
  32. Ahmad bin Mohd Arshad @ Mat Komando - ketua geng kumpulan 13 yang ditembak mati oleh Polis pada 12 September 2002 di Pendang, Kedah. 
  33. Ahmad Boestaman - Pemimpin Angkatan Pemuda Insaf (API) - menentang Perlembagaan Persekutaun 1948. 
  34. Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor (Tun) - Yang Di Pertua Negeri Sarawak yang ke 5. 
  35. Albert Kwok : mengetuai Gerila Kinabalu menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua di Sabah. 
  36. Ali bin Hj Ahmad (Dato') - Menteri Pertanian yang terkorban dalam Nahas Malaysian Airline di Tg. Kupang, Johor pada 4 Disember 1977
  37. Alfred Chin (Datuk) - Affluent Malaysian Bussinessman, detained by Taiwanese Police on 26 March 1996 for an illegal supply of firearms to the secret society in Taiwan. 
  38. Allan Hoon - Bowling Asian Masters title twice in 1971 & 1972. 
  39. Amalina Bt Bakri (Dr.) : Pelajar Terbaik SPM tahun 2004 mendapat 17 A dalam Peperiksaan SPM. 
  40. Antanum - Ketua kaum Murut di Sabah yang menentang Kompeni Berpiagam Inggeris pada 1915. Beliau terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit Sabah. 
  41. Arthur Koh - Penyerang Pasukan Bolasepak Selangor, 1952-61. 
  42. Asun - Ketua kaum Dayak Sarawak yang menentang Inggeris di Sungai Kanowit pada tahun 1920. 
  43. Awang Hamat Mat Lazim - Rakyat Malaysia yang pernah menjadi Pengadil Bolasepak World Cup Tournament 1997 - 99. 
  44. Awang Ramli Amit Mohd Deli - Ahli Kumpulan Sulit Rukun 13 yang menentang Inggeris di Sarawak. Beliau dihukum gantung pada 13 Disember 1949 bersama Rosli Dhoby. 
  45. Azahari bin Husin > rakyat Malaysia yang terlibat dalam pengeboman Bali pada 2002, beliau terbunuh dalam satu serang hendap di Jawa, Indonesia pada 10 November 2005. 
  46. Azman bin Hashim (Tan Sri) - One of the two Asian Banker of The Year 1985 and Asean Businessman of the Year 1993. 
  47. B. Malik - Reid Commission Committee, 1957. 
  48. B.N. Rao - Famous Director of Malay Film during the golden era. 
  49. Baba Teck Cheng : memberi bantuan kewangan kepada Raja Mahdi dalam perang Saudara di Selangor, 1866. 
  50. Bahaman (Dato') - Orang kaya Semantan yang menentang Inggeris di Pahang. 
  51. Baharuddin bin Abu Kassim - Arkitek Utama Pembinaan Masjid Negara Kuala Lumpur. 
  52. Banting - Penghulu kaum Iban di Sungai Batang Lupar, Sarawak yang menentang Inggeris di Sarawak. 
  53. Bendahara Tepuk - Bendahara Kerajaan Melayu Melaka yang terakhir pada 1511. 
  54. Bong Kee Chock - Pemimpin Biro Pertama Parti Komunis Kalimantan Utara di Sarawak. 
  55. Bujang Suntong - Ahli kumpulan sulit Rukun 13 di Sarawak yang digantung pada 3 Disember 1949 kerana terlibat dalam pembunuhan Gabenor Sarawak,  Sir Duncan Stewart.
  56. Burhanuddin Al-Helmi (Dr.) : Pemimpin PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) yang menentang Perlembagaan Persekutuan 1948. Beliau juga adalah pengasas Homeopathi di Tanah Melayu. 
  57. Canny Ong Li Kian > ditemui mati dalam keadaan rentung di Tapak Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Baru, KL pada 17 Jun 2003. Suspek Ahmad Najid Aris. 
  58. Cauder Mohideen - Saudagar India Muslim yang membina Masjid Kapitan Kling di Pulau Pinang. 
  59. Chan Sai Soo - Chief Civil, Structural and Project Engineer for the Merdeka Stadium in 1956. 
  60. Chan Tuck Choy - Captain of the Malayan Soccer team which won the Merdeka Anniversary Five -Nation Soccer Carnival in September 7, 1958. 
  61. Chan Wai Chang @ Rose Chan - a cabaret dancer who became something of a legend in Malaya. 
  62. Chan Wing - a millionaire who once was the owner of the Istana Negara in Kuala Lumpur. 
  63. Chan Yao Ban - Rakyat Malaysia yang memegang PhD termuda di University of Melbourne. 
  64. Chao Ju-Kua - Chinese tracker who had described on Terengganu and Kelantan in the year 1225. 
  65. Che Aminah Mohamad - ibu angkat kepada Natrah @ Maria Hertogh (Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950). 
  66. Cheah Chen Eok - jutawan yang telah menghadiahkan Menara Jam di Pulau Pinang pada 1897. 
  67. Cheng Ho (Laksamana) - Ketua Armada Di Raja China yang melawat Melaka pada tahun 1409. 
  68. Cheong Fatt Tze - Qing Dynasty Government Vice Consul in Penang - one of the richest merchang in Asia. 
  69. Chiang Jin Choon - National Sportsman 1973 (Swimming). 
  70. Chiang Ti Ming - Rakyat Malaysia yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology. Meninggal dunia pada tahun 2007 di Seremban kerana tekanan perasaan yang kritikal. 
  71. Chiew Swee Peow (Dato') - former Chairman of China Press and founder of The Charity Home of China Press on 1 August 1990. 
  72. Chin Ah Yam - Ketua Puak Ghee Hin yang melancarkan serangan besar-besaran ke atas puak Hai San di Klian Pauh, Perak semasa Perang Larut ke 3 (1871-74). 
  73. Chin Fung Kee (Ir. Tan Sri) - a legendary Engineer who rose from Queen's Scholar to Professor of Engineering to consultant of the first Penang Bridge Project. 
  74. Chin Peng, Chen Tien & Rashid Maidin - wakil Parti Komunis Malaya (PKM) dalam Rundingan Baling 1955. 
  75. Chong Tin Sam - National Sportsman 1995 (Snooker / Billiard). 
  76. Chong Tahin Vun (Datuk) - Menteri Perhubungan dan KerjaRaya Sabah yang terkorban dalam nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976 bersama Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephen. 
  77. Choo Kia Peng - Ahli Royal Selangor Golf Club pada 1906. Salah seorang dari pengasas Rotary Club of Kuala Lumpur dan juga naib Presiden yang pertama. Namanya diabadikan disebatang jalan di Kuala Lumpur iaitu Jalan Kia Peng dimana disana juga adalah rumah Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj beralamat di No. 1 Jalan Kia Peng. 
  78. Chow Ah Yoke - Tin Miner Towkay who built the Loke Yew Mansion in 1860's. 
  79. Chow Kwai Lam - Jurulatih Bolasepak Selangor, 1978. 
  80. Chua Koon Eng - Fisherman working for Force 136 during World War 2, arrested by the Japanese at Perak. 
  81. Chung Ah Kwee - Ketua kumpulan Hai San di Perak, menyelesaikan pergaduhan di Larut, Perak. 
  82. Chung Keng Kwee - Pelombong & Ketua Kumpulan Hai San di Perak (1829-1901). 
  83. Chung Thye Pin - Kapitan China yang terakhir di Perak. 
  84. Chye Kooi Loong - Author of "The History of the British Battalion - Malayan Campaign 1941-42".
  85. Cik Siti Aminah : Legendary Malay noble woman di Johor. 
  86. Cik Siti Wan Kembang : Anak Sultan Hussein, pemerintah Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan. 
  87. D.A. Selladurai - conductor of an estate in Pahang, killed by the Communist Terrorist on October 8, 1950. 
  88. D.N. Aidit - Pemimpin Parti Komunis Indonesia yang menentang penubuhan Malaysia pada 1963. 
  89. Daeng Kemboja - mengetuai Angkatan Bugis menyerang Melaka pada 1756. 
  90. Daeng Perani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi - Lima Bugis Bersaudara yang membantu Raja Sulaiman mengusir Raja Kecil dari Johor dan melantik Raja Sulaiman menjadi Sultan Johor pada 1722. 
  91. Dali bin Omar - Legenda bolasepak Kelantan 1962. Penjaring terbanyak dalam Kejohanan Remaja Asia di Saigon pada 1963. Pemain Malaysia pertama beraksi di Luar Negara, bermain untuk kelab Azzuri, Australia pada 1972. 
  92. Darius Binion - Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah yang turut terkorban dalam tragedi nahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang turut mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephen. 
  93. Dato Bahaman - Orang Kaya Semantan yang menentang Inggeris di Pahang. 
  94. Dato Sagor - Penentang Inggeris di Perak. Beliau dijatuhkan hukuman gantung kerana terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch pada 1875. 
  95. Datuk Patinggi Ali - ketua kaum Melayu Sarawak yang menentang Pemerintahan James Brooke. 
  96. Daud bin Ibrahim - National Sportsman 1971 (Cycling). 
  97. Daud bin Ishak - Director General of Telecoms Department, 1983. 
  98. David Marshall - Antara wakil Kerajaan dalam Rundingan Baling 1955. 
  99. David Watherston (Sir) - Ahli Suruhanjaya Cobbold, 1962. 
  100. Dol Said - Penghulu Naning yang menentang Inggeris dalam Perang Naning (1831-32). 
  101. Donald Stephen - Pemimpin Parti UNKO di Sabah yang menyokong penubuhan Gagasan Malaysia. 
  102. Duan Ma Mi > diutuskan oleh Sultan Melaka ke China pada 1477. 
  103. E.E.C. Thuraisingham (Dato') - Potfolio Pelajaran , Sistem Ahli 1954. 
  104. E.W. Tallala & M. Rajagopal : the first 2 technical operators to take charge of Marconi Radio Terminal in Kuala Lumpur in 1936, a public radio telephone service. 
  105. Edwin Dutton - pemain penyerang Selangor (Bolasepak) 1948-1957.
  106. Eileen Sta Maria - Miss Golden Voice Telecom Department, 1954. 
  107. Eleena Bt Sultan Azlan Muhibuddin Shah (YAM Raja Dato' Seri) : wanita Melayu terkaya di Malaysia selepas Puan Sri Lee Kim Hua (Balu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong). 
  108. Elizabeth Choy - A singaporean who helped smuggle money, food , medicine and radio parts into a prison that held 75,000 Allied prisoners of War during World War 2. 
  109. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad - Pembesar Kelantan yang menyokong perjuangan Tok Janggut menentang Inggeris di Kelantan. 
  110. Esther Chuah - National Bowler, bags the women's World Championship title in 2003. 
  111. Faiznur Miskin - Won 5 gold medals in gymnastic 1989 SEA Games in Kuala Lumpur. 
  112. Fong Ying Leong - Arkitek pembinaan semula Bangunan Kelab Selangor pada 1978. 
  113. Foo Kok Keong - National Sportsman 1989 (Badminton).
  114. Fredrik Bergenstrahle : Pegawai Kedutaan Sweden yang menjadi tebusan JRA di Bangunan AIA Jalan Ampang, KL pada 4 Ogos 1975.
  115. G. Leo - Technical Assistant 1st Grade, assighed the task of organising the curriculum for the Technical College in High Street, Kuala Lumpur in February 1947. 
  116. G. Ramasamy - a British citizen, a Deputy Resident Engineer for Federal Highway in Kuala Lumpur from 1974 - 1977. 
  117. G.K Ganjoor (Captain) - Pilot MH 653 Malaysia Airline yang terhempas di Tg. Kupang, Johor pada 4.12.1977. 
  118. G.S. Sundang - Pemimpin Parti Pasok Momogun Sabah yang menyokong penubuhan Malaysia. 
  119. Gandhi J. Nathan - Juruterbang pesawat yang terhempas di Sabah pada 6 Jun 1976 yang turut mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephen. 
  120. Gean Kartar Singh - Prison Department Officer, awarded the Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SPGB) for his attempt to prevent the break-out at the Penang Prison in 1970. 
  121. George Tan - Malaysian businessman involved in BMF Scandal case in Hong Kong, 1983 which led to the murder of Jalil Ibrahim, BBMB Assistant General Manager. 
  122. Ghazali bin Abdullah (Datuk Seri Utama DiRaja Datuk) - Mufti Selangor (1968 - 1973) dan Mufti Perak (1977 - 1981), satu-satunya mufti yang pernah dilantik bagi 2 buah negeri. 
  123. Ghulam Kadar - Pengarang Akhbar "Fajahan Melayu" di Perak pada kurun ke 19. 
  124. Gladys Chai - National Sportswoman 1973 (Athletics). 
  125. Goh Khoon Gee - National Sportswoman 1968 (Basketball). 
  126. Gurchan Singh - a.k.a "Lion of Malaya" - resisted the Japanese takeover in World War II. He wrote and secretly distributed a newspaper to Malayan people. 
  127. H.S. Ong (Tan Sri) - Presiden Royal Selangor Club 1977. 
  128. Hamid Jumat - Rundingan Baling, 1955. 
  129. Hamzah bin Alang - menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 
  130. Hamzah bin Hussein - antara pengasas ASAS 50 pada 26 Ogos 1950. 
  131. Hamzah Fansuri - Ilmuan Islam terkenal di Kepulauan Melayu abad ke 16. 
  132. Hang Li Poh - Puteri Maharaja China yang berkahwin dengan Sultan Mansor Shah Melaka. 
  133. Hang Nadim (Laksamana) - tokoh yang banyak menyumbang kepada kemakmuran Negeri Johor pada abad ke 16. 
  134. Harbak Singh - among the early wireless operators at Air Raid Warning Systems at Kuala Lumpur before Japanese invasion. 
  135. Harun bin Hashim (Datuk) : Timbalan Presiden The Royal Selangor Club, 1977. 
  136. Harun bin Mohd Amin @ Harun Aminurrashid - nasionalis Melayu lepasan SITC Tg. Malim, antara pengasas ASAS 50 pada 26 Ogos 1950. Pengarang Buku "Chatatan ke Tanah Suci" , 1960.
  137. Hashim Mat Idris (Datuk) - mengemukakan cadangan menamakan bendera Malaysia kepada "Jalur Gemilang" pada 11 Julai 1995. 
  138. Hassan bin Manan - Pemimpin KMM yang menjadi tahanan British pada 1940. 
  139. Hassan bin Omar (Datuk Seri Utama DiRaja) - Mufti Selangor 1976-1985. 
  140. Hazwan Noor : Pelajar Politeknik Merlimau memegang rekod Selfie paling banyak di dunia (613 Selfie) memecahkan rekod terdahulu  iaitu 421 Selfie yang dipegang oleh aktres Kanada, Melinda Shankar pada 2014. 
  141. Helen Chow - National Sportswoman 1981 (Swimming). 
  142. Henry H.S. Lee (Tun) - Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama (1957 - 1959). Namanya diabadikan disebatang jalan di Kuala Lumpur iaitu Jalan H.S. Lee. 
  143. Henry Lee (Tun Sir) - Founder of China Press, January 1, 1996. 
  144. Hijjas Kasturi - Arkitek Bangunan Tabung Haji, Bangunan Dayabumi, Menara Telekom dll. 
  145. Ho Ah Loke - tokoh bukan Melayu yang memberikan sumbangan besar kepada perkembangan industri Filem Melayu dizaman kegemilangannya.
  146. Ho Ah Thow - Technical Assistant of the Telecom Department during the Baling Talk, 1955.  
  147. Ho Eng Hui : Guru Kung Fu, memecah rekod dunia dengan menebuk 4 biji kelapa dengan hanya menggunakan jari tengahnya dengan masa 12.15 saat di Milan, Itali pada 21 April 2011. 
  148. Hor Lung - Commander of the Communist South Malaya who surrender to the Government. 
  149. Hussein Onn (Tun) - Ketua Perikatan Pemuda UMNO 1949 dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.
  150. Irma Nurzahrah binti Juniah - Pemidato terbaik Dunia dalam Kejuaraan Debat Universiti Dunia pada tahun 2004. 
  151. Ishak bin Hj Baharom (Datuk Seri Utama DiRaja Datuk) - Mufti Selangor dari 1985 - 1997. 
  152. Ishak bin Hj Muhammad @ Pak Sako - Tokoh Kesatuan Melayu Muda. 
  153. Ismail bin Hj Ishak - Pengarang buku "Ke Mekah mengikut Jalan Darat", 1975. 
  154. Ismail b. Md Piah - abang Ipar kepada Mat Komando Ketua Kumpulan 13. Ditembak mati dalam serangan polis pada 1 Januari 2002. 
  155. Istiaq Mubarak - atlet acara lari berpagar 100 m. Melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Sukan Olimpik 1976 di Montreal, Kanada. 
  156. Izyan bt Alirahman @ Zee Avi : anak kelahiran Sarawak yang mencipta nama dalam bidang nyanyian di Amerika Syarikat. 
  157. Jaafar bin Ismail : Tukang kebun sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan keperluan makan dan minum untuk Chin Peng ketika Rundingan Baling, 1955.
  158. Jaafar Jusoh Ali : Pengarang Buku "Perihal Pemergian ke Mekah & Madinah" diterbitkan pada 1937.  
  159. Jalil Che Din : Jurulatih pasukan Bolasepak Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik di Munich pada 1972. 
  160. James Anthony Tan : Rakyat Malaysia - juruterbang termuda membuat penerbangan mengelilingi dunia secara solo pada 2013. Beliau berusia 21 tahun ketika itu dan berjaya membuat penerbangan ke 21 buah negara menamatkan 40,000 km  dalam 50 hari menggunakan pesawat Cessna 201 Eagle. 
  161. Jeffrey Ong : Olahragawan Kebangsaan 1988 (Renang). 
  162. Jimmy Asmara - Antara pengasas Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 26 Ogos 1950. 
  163. Jimmy Chuah : mengetuai 6 orang banduan reman di Penjara Pudu dengan menahan 2 orang doktor sebagai tebusan pada tahun 1985. 
  164. Joe Rajaratnam (Ir. Datuk) : responsible for infrastructure of Telecom. Department in the 60's. 
  165. Junaidah bt Aman : Olahragawati Wanita Kebangsaan 1971 & 1972 (Olahraga). 
  166. K. Ramanathan : Presiden MIC yang ke 3 (1950 - 1951). 
  167. K. Ratnam : Technical Assistant with Telecom Department - credited for the construction of Radio-Telegraph link with Haadyai, Thailand in 1962. 
  168. K.Shanmugam : Technical Assistant of Telecom Department - became second resident instructor of Telecom Training School at Jalan Ipoh, KL known as "Gracelyn". 
  169. K.Thambusamy Pillai - salah salah seorang pengasas Victoria Institution di Kuala Lumpur dan orang yang menemui Batu Caves di Kuala Lumpur. 
  170. K. Vettivelu : pemandu keretapi yang terkorban dalam serang hendap komunis semasa keretapi melalui Tebong, berhampiran Tampin, NS pada 14 November 1951. 
  171. K.L. Devaser : Presiden MIC yang ke 4 (1951 - 1955). 
  172. K.P. Ramanathan Menon  : Deputy Director of Telelcom Department of Malaya,he was involved in developing & establishing the hill sites from 1948 to provide VHF Communication. 
  173. Kamaludin bin Ahmad @ Keris Mas : antara pengasas Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 26 Ogos 1950. 
  174. Kamunta : meneruskan perjuangan Mat Saleh & Mat Sator menentang di Sabah, beliau dihukum mati pada Julai 1902. 
  175. Kassim bin Omar : Ahli UMNO yang telah dibunuh oleh beberapa orang pemuda Cina di Pulau Pinang pada 24 April 1969. Jenazah beliau telah disimbah dengan cat berwarna merah. Ini telah mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 
  176. Katerina Ong : Olahragawati Kebangsaan 1980 (Renang). 
  177. Khawaja Hassan : Pahlawan Melaka dizaman Sultan Mahmud Shah. 
  178. Khoo Boon Jin : Olahragawan Kebangsaan 1979 (Bowling). 
  179. Khoo Chong Beng : Olahragawan Kebangsaan 1975 (Olahraga). 
  180. Khoo Siak Chew : Pemimpin Parti Bersatu & Parti Cina Sabah yang menyokong penubuhan Malaysia, 1963. 
  181. Kiyai Salleh : nama penuh Hj Mohd Salleh bin Abdul Karim, menyerang kubu Bintang 3 di Kangkar Senanga, Parit Sulong, Johor semasa zaman Darurat. 
  182. Koh Ah Seng : Controller of Telecommunication - introduce crossbar system of exchange in Telecommunication in the 1950's and developed Malaysian own Satellite System. 
  183. Koh Eng Tong : 1950 British Empire Weightlifting Gold Medalist in the Feather Weight Division. 
  184. Kulup Ali (Panglima) : mengetuai serangan ke atas Kota Belanda di Pulau Pangkor pada tahun 1690. 
  185. Kulup Riau : Orang yang sebenarnya menemui Cameron Highland. 
  186. Kulup Tunggal (Dato' Bandar) : Pemaju perlombongan bijih di Sungai Ujong, N.Sembilan . 
  187. Lai Tek : Ketua Setiausaha Parti Komunis Malaya sebelum Chin Peng. 
  188. Lam Swee : Malaysian Communist who control the Pan Malayan Federation of Trade Unions, 1947. 
  189. Lam Woh Kwai : Ketua Biro kedua Parti Komunis Kalimantan Utara di Sarawak. 
  190. Lau Yew : One of the top 3 in the MPAJA during the Japanese Occupation. He attended the Victory Parade in London in 1946. Killed by the Security Forces in 1948. 
  191. Law Ah San : dilantik oleh Long Jaafar sebagai ejennya untuk mengendalikan lombong bijih di Klian Pauh, Perak.
  192. Lee Ah Kun : Ketua puak Ghee Hin di Larut, Perak yang telah dibunuh oleh Puak Hai San. 
  193. Lee Kwok Thye : Structural Designer & Site Supervisor, Stadium Merdeka Project, 1956.
  194. Lee Quat Leong : Air Condition Technician. Found dead & naked in his detention cell in the Police Station on 12 May 1995. He was one of the suspect of the burglary of Mayban Finance in Taman Cheras on March 1995. 
  195. Lee San Choon  (Tan Sri) :Presiden MCA (1974 - 1983). 
  196. Lee Tiang Keng (Dr.) : Potfolio Kesihatan, Sistem Ahli 1954. 
  197. Lee Wei King, Kapten : membina Tokong Cheng Hoon Teng di Melaka pada 1645. 
  198. Leong Choon Choong : kontraktor yang membina Menara Condong di Teluk Intan, Perak pada 1885. 
  199. Leong Fee @ Liong Pi Joo : Vice Consul of the Chinese Government in Penang (1901 -1907). 
  200. Li Han Kwang : anggota Force 136 ketika perang Dunia Kedua. 
  201. Li Kup : Kapitan Cina yang membina Tokong Cheng Hoon Teng di Melaka pada 1645. 
  202. Lim Ah San : membuka perlombongan di Sungai Lembing, Pahang pada 1868. 
  203. Lim Ai Lian : Olahragawati Kebangsaan 1992 (Golf). 
  204. Lim Bo Seng : Ahli perniagaan Singapura yang menyertai Force 136 ketika Perang dunia Kedua. Beliau telah ditawan oleh Jepun pada Mac 1944, diseksa dan mati didalam penjara. 
  205. Lim Chong Eu (Dr.) : antara pengasas Parti Gerakan Malaysia, 1968.
  206. Lim Eng Huat (Kapitan) : Kapitan China Town yang ke 2 di Terengganu. 
  207. Lim Fung Kee : Penjaga Gol Malaysia dalam Skuad Olimpik di Munich, Germany , 1972. 
  208. Lim Kah Ngam : Kontraktor Rumah Persekutuan KL , 1952. 
  209. Lim Tiong Kim : pemain bolasepak Malaysia yang bertaraf Professional. Beliau bermain untuk Hertha Berlin, Germany. 
  210. Linggir : ketua kaum Iban Saribas di Sarawak yang mengetuai serangan ke atas kapal "Memesis" di Beting Maru, Sarawak pada 1849. 
  211. Ling Liong Sik (Tun Dr.) :Presiden MCA (1986 - 2003), Menteri Pengangkutan (1986 - 2003).
  212. Lisa Kwan : Olahragawati Kebangsaan 1991 / 1993 (Bowling). 
  213. Liu Ngim Kong : Kapitan Cina yang kedua di Kuala Lumpur. 
  214. Loh Teh Kong, Peter : Pembantu Jurutera , Projek Stadium Merdeka, 1956. 
  215. Loke Chow Kit - first local owner of a department Store in Kuala Lumpur, the Chow Kit & Co. the largest in KL at that time. 
  216. Loke Yew - Ahli perniagaan China di awal perkembangan Kuala Lumpur, sezaman dengan Loke Chow Kit. Beliau membina Jalan Sungai Besi di Kuala Lumpur.
  217. Low Chin Hon : Clerk of Work, Stadium Merdeka Project, 1956. 
  218. Low Yat : Ahli Perniagaan dan Kontraktor berjaya di Malaysia sekitar 50'an. 
  219. Low Yee Ming : Rakyat Malaysia yang menjadi manusia terpantas berlari sejauh 1.6 km sambil mengimbangi bola di atas kepalanya. 
  220. Lui Tong Tai : pengganas komunis yang telah membunuh 3 orang peladang British di Sungai Siput,Perak pada 1948. 
  221. Lum Yun Foo (Dr.) : Controller of Telecom, Head of the Project called "Teletek" designed & constructed tracking antennae and dishes in 1965. 
  222. Lydia Kwah Poh Ling : Olahragawati Kebangsaan 1990 (Bowling). 
  223. M. Chandran (Datuk) : Kapten Skuad Bolasepak Malaysia (1970 - 1974) . Beliau beraksi di Sukan Olimpik Munich di Jerman pada 1972. Beliau juga memimpin Skuad Negara memenangi pingat Gangsa di Sukan Asia di Tehran, Iran pada 1974. 
  224. M. Kumaresan : Olahraga Kebangsaan 1987 (Lumba Basikal). 
  225. M. Kuppan : Jurulatih Skuad Bolasepak Malaysia, 1973. 
  226. M. Mahendran : Olahragawan Kebangsaan 1972 (Hoki). 
  227. M. Rajamani : Olahragawati Kebangsaan 1966 (Olahraga). 
  228. Ma Huan & Fei Hsin : 2 pegawai Kerajaan China yang melawat Melaka di awal penubuhan Kerajaan Melayu Melaka. 
  229. Maharaja Derbar Raja II > Raja Kedah yang pertama telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad. 
  230. Maharaja Kumar : pemerintah kelantan pada 1411. 
  231. Maharaja Lela (Dato') : penentang Inggeris di Perak. Beliau telah dihukum gantung oleh British kerana terlibat dalam pembunuhan residen British J.W.W. Birch di Pasir Salak, Perak pada 1875. '
  232. Mahfuz Khalid (Dato') : Pengarah JKR yang terkorban dalam tragedi Nahas pesawat MH 653 di Tg. Kupang, Johor pada 4 Disember 1977. 
  233. Mahmud Mat (Datuk) : Menteri Besar Pahang. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan Mencorak Bendera Tanah Melayu, Mei 1948. 
  234. Mak Foon Than : Dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Hong Kong kerana terbabit dalam kes Pembunuhan Jalil Ibrahim Penolong Pengurus Besar Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong pada Julai 1983. 
  235. Malik Al Mansur : Raja Acheh yang mengasaskan Kerajaan Melayu Bruas di Perak pada kurun ke 15. 
  236. Mansor bin Yassin : Bermula sebagai Pekerja Buruh di Jabatan Telekom pada 1949, kemudian menjadi ketua Jurulatih di Jalan Gurney Kuala Lumpur pada 1970. 
  237. Maria Huberdina Hertogh @ Natrah : wanita keturunan Belanda yang menyebabkan rusuhan Natrah di Singapura pada 1950. Beliau berkahwin dengan pemuda melayu Mansor Abadi dan telah memeluk agama Islam. 
  238. Marina Chin : Olahragawati Kebangsaan 1976 / 1977 (Olahraga). 
  239. Masuri S.N (Masuri Salikun) : antara pengasas Angkata Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 26 Ogos 1950. 
  240. Mat Kilau : membantu perjuangan Dato' Bahaman menentang Inggeris di Pahang. Beliau pernah muncul semula pada tahun 1971 dan meninggal dunia tidak lama kemudian. 
  241. Mat Sator : meneruskan perjuangan Mat Salleh menentang Inggeris di Sabah. Beliau terkorban dalam pertempuran pada April 1900. 
  242. Matthew ak Medan (Trooper) . Anggota Rejimen Gerak Khas yang dibunuh oleh anggota Al-Ma'umah di Sauk, Perak pada 6 Julai 2000. 
  243. Maznah bt Ismail @ Mona Fandey : Penjenayah kejam wanita. Beliau bersama suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah membunuh dengan kejam ADUN Batu Talam, Pahang,Datuk Mazlan Idris di Ulu Dong Pahang pada 13 Julai 1993. Mereka bertiga telah di hukum gantung pada 2 Novembr 2001 di Penjara Kajang. 
  244. Md Salleh Hassan (Datuk Seri Utama Di Raja Datuk) : Mufti Selangor (1974 - 1976). 
  245. Megat Seri Rama : Laksamana Bentan yang menikam mati Sultan Mahmud Shah II (Johor) pada 1699. 
  246. Michael Chuah : Olahragawan Kebangsaan 1984 (Bowling). 
  247. Misbun Sidek : Olahragawan Kebangsaan 1981 / 1983 (Badminton). 
  248. Mohamad Hassan bin Abdul Wahab : First Resident Instructor of Gracelyn Telecom Training School at Jalan Ipoh, KL. 
  249. Mohamad Salleh bin Datu Balu (Datu) @ Mat Salleh : penentang Inggeris di Sabah. Terkorban dalam serangan Inggeris pada 31 Januari 1900. 
  250. Mohamed Amin b. Mohamed Razali > ketua Kumpulan Militan Al-Ma'unah dalam tragedi di Sauk, Perak, digantung di Penjara Sg.Buloh pada 4 Ogos 2006. 
  251. Mohamed Nadzim (Dato') : Ketua Pengarah Jabatan Telekom (1978 - 1983). 
  252. Mohd Darus (Haji) : Bermula sebagai Kerani di Jabatan Telekom pada 1951. Akhirnya menjadi Pengarah Telekom, Trafik dan Perhubungan Awam. Beliau bertugas di Bangunan AIA jalan Ampang Kuala Lumpur ketiak bangunan itu ditawan oleh Tentera Merah Jepun pada Ogos 1975. 
  253. Mohd Fuad Stephen (Tun) : Ketua Menteri Sabah yang terkorban dalam nahasa pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976 dikenali sebagai Tragedi Double Six.
  254. Mohd Nor bin Khalid @ LAT : kartunis terkenal di Malaysia, pernah menghasilkan buku komik terkenal dan terlaris iaitu "The Kampong Boy". 
  255. Mohd Omar bin Haji Bakar : Pengarang akhbar "Farjahan Melayu" pada 1896 di Taiping, Perak. 
  256. Mohd Rakawi bin Yusof : Pengarang akhbar "Fajar Sarawak", 1930. 
  257. Mohd Seth bin Mohd Said (Datuk) : Bekas Menteri Besar Johor. Wakil Raja Melayu dalam Rombongan Merdeka ke London, 1957. 
  258. Mohd Taha bin Talib (Datuk) : ADUN kawasan Tampin yang dijumpai mati dibunuh pada April 1982. Kes melibatkan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim. 
  259. Mokhtar Dahari : Pemain bolasepak lagenda Malaysia. Olahragawan Kebangsaan 1976. 
  260. Morshidi Sidek : salah seorang Ahli kumpulan Sulit Rukun 13 di Sarawak. Beliau dihukum gantung pada 3 Disember 1949 bersama Rosli Dhoby kerana terlibat dalam pembunuhan Gabenor Sarawak Sir Duncan Stewart
  261. Muhammad Amin bin Hj Mohd Yusof : Pemilik "Selangor Press" yang menerbitkan akhbar "Majlis" pada 17 Disember 1931 di K. Lumpur. 
  262. Muhammad Arif (Tuan Haji) : pereka bentuk Masjid Abu Bakar Johor Bahru. 
  263. Muhammad Arshad (O.K.K. Haji) : Ketua Anak Negeri (Sabah) yang menganggotai Pentadbiran Syarikat Borneo Utara British. 
  264. Muhammad Ghazali bin Shafie (Tun)  : Ahli Suruhanjaya Cobbold, 1962. Menteri Dalam Negeri (1973 - 1981) dan Menteri Luar Malaysia 1981 - 1984). 
  265. Muhammad Ibrahim Munsyi : Penterjemah isi kandungan Perjanjian Pangkor, 1974 ke dalam bahasa Melayu. 
  266. Muhammad Salleh bin Perang (Dato') : Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur & Ketua Jabatan Tanah Negeri Johor. Beliau telah melukis peta Pembangunan negeri Johor. 
  267. Muhammad Yusuf bin Ahmad @ Tok Kenali: ulama terkenal di Kelantan pada abad ke 19. 
  268. Munsyi Abdullah Bin Abdul Kadir : pengarang terkenal dan guru kepada Sir Stamford Raffles. 
  269. Musa bin Haji Abdul Ghani @ Haji Musa Minangkabau : Tokoh ulama Terengganu yang menentang undang-undang British di Terengganu. 
  270. Mustaffa Albakri Hassan : Potfolio Perhubungan dan Masyarakat, Sistem Ahli 1954. 
  271. Najmil Faiz Mohammad Aris : anak Melayu yang memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect" di United Kingdom pada 2005. 
  272. Namat Abdullah : Kapten Skuad Bolasepak Malaysia , 1974. 
  273. Ng Boon Bee : Olahragawan Kebangsaan 1968 (Badminton). 
  274. Ng Joo Ngan : Olahragawan Kebangsaan 1971 (Lumba Basikal). 
  275. Ngah Ibrahim : Menteri Larut di Perak. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles kerana terbabit dalam pembunuhan Residen British di Perak, J.W.W. Birch pada 1875. 
  276. Ngah Jabor : antara pembesar Perak yang dijatuhkan penjara seumur hidup kerana terbabit dengan pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British di Perak pada 1875. 
  277. Nicol Ann David > rakyat Malaysia pertama dan juga Asia meraih Juara Squash Dunia sekaligus menjadi pemain Nombor satu Dunia pada 2005
  278. Nik Ahmad Kamil (Dato') : Wakil Raja Melayu dalam rombongan Merdeka ke London 1957. 
  279. Noor Neelofa Bt Mohd Noor @ Neelofa : Pelakon, pengacara, model dan juga usahawan, tersenarai dalam “30 Under 30 Asia” bersama dengan Datin Vivy.
  280. Noor Suzaily bt Mokhtar > Jurutera Komputer yang telah dirogol, diliwat dan dibunuh di Taman Bukit Tinggi, Klang oleh Pemandu Bas, Hanafi Mat Hassan pada 7 Oktober 2000. 
  281. Nooryah bt Md Anwar > wanita pertama dilantik ketua Polis Bahagian Trafik Persekutuan
  282. Nor Azieta bt Kamarudin > wanita pertama membuat penerjunan paraglide dari Gunung Kinabalu pada 18 Disember 2004.
  283. Norhisham bin Wahab (Dr.) : Pengasas kepada rawatan Hideroterapi "Colour Vibration Theraphy", merawat penyakit dengan menggunakan air. 
  284. Noritta bt Samsuddin > ditemui mati dibunuh di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2003. 
  285. Norsham Yon : Olahragawati Kebangsaan 1983 (Olahraga). 
  286. Norsiah bt Harun (Datin Paduka) > wanita pertama dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 10 Januari 2006
  287. Nur Hamidah Najib : bayi perempuan berusia 18 bulan yang terselamat dalam tragedi Runtuhan Highland Tower pada 11.12.1993. 
  288. Nurheman Majid : Olahragawan Kebangsaan 1994 (Olahraga). 
  289. Nurin Jazlin Jazimin > Kanak-kanak berusia 8 tahun dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang ditemui mati dibunuh di Petaling Jaya, Selangor pada 20 Ogos 2007. 
  290. Nurul Huda Abdullah : Olahragawati Kebangsaan 1985 - 1989 (Renang). 
  291. Nurshahila binti Amir Hamzah @ Shila Amzah : penyanyi Melayu-Muslim dari Malaysia yang berjaya memecahkan pasaran muzik di Negara China. 
  292. Ong Boon Hwa @  Chin Peng  : Pemimpin Parti Komunis Malaya. Rundingan Baling 1955. 
  293. Ong Mei Lin : Olahragawati Kebangsaan 1969 (Renang). 
  294. Ong Yoke Lin : Menteri Pengangkutan Persekutuan Tanah Melayu, 1957. 
  295. Ooi Chean See (Datuk) > wanita Malaysia pertama menerima "The Federal Cross of Merit" daripada Republik Persekutuan Jerman pada April 2003
  296. Osman Samsudin Cassim (Tan Sri) : Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan yang bersetuju untuk ditukar ganti dengan tebusan Tentera Merah Jepun yang menawan bangunan AIA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 1975
  297. P. Kalimuthu @ Bentong Kali : penjenayah paling berbahaya sekitar tahun 90'an. Ditembak mati oleh Polis pada 29 Jun 1993. 
  298. P. Siva Subramaniam : Telecom stafff based in Ipoh during the Baling Talk, 1955. He installed the first Gas Pressure Alarm System in Kuala Lumpur to detects faults in communication lines. 
  299. P.S. Nathan (Dr.) : Pemenang pingat Emas acara Bowling di sukan SEAP 1975. 
  300. Pandak Endut : dijatuhi hukuman gantung oleh British kerana terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak, Perak pada 1 November 1875. 
  301. Pangeran Dipati Anum : mengetuai angkatan Jambi menyerang Johor pada 1673. 
  302. Pangeran Muda Hasyim : mematahkan pemberontakan penduduk Sarawak pada 1835. 
  303. Pangeran Nipa : penentang Inggeris di Daerah Mukah, Sarawak. 
  304. Pangeran Samah : Ketua Kaum Bajau yang menentang Inggeris di Sabah pada tahun 1884.
  305. Pangeran Shahbandar Hassan : mengetuai pertempuran dengan Inggeris di Sabah pada Disember 1888. 
  306. Panglima Muda Jempol : menyokong dan membantu perjuangan Dato' Bahaman menentang Inggeris di Pahang. 
  307. Panglima Perang Semaun : Penentang Inggeris di Perak. 
  308. Panjang Bur : antara yang terlibat dalam pembunuhan J.W.W.Birch di Pasir Salak pada 1875. 
  309. Patih Unus: Pahlawan Jawa yang menyerang Melaka pada tahun 1513M.
  310. Penghulu Mat Al : penentang Inggeris di Perak. 
  311. Peter Mojuntin (Datuk) : Menteri Kerajaan Tempatan Sabah yang turut terkorban dalam nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976 yang turut mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephen
  312. Pra Ong Mahawangsa : Raja Kedah yang memeluk agama Islam dan bergelar Sultan Muzafar Shah. 
  313. Punch Gunalan (Datuk ) : Olahragawan Kebangsaan 1969 / 1974 (Badminton).
  314. R. Arumugam : Penjaga gol Malaysia era 70'an, sezaman dengan Allahyarham Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun. Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya pada 18.12.1988. 
  315. R. Ramani : Wakil tetap Malaysia ke PBB. Pengerusi Majlis Keselamatan PBB, Mei 1965. 
  316. Rabuan Pit : Olahragawan Kebangsaan 1980 / 1982 (olahraga). 
  317. Radhika Menon : Olahragawati Kebangsaan 1970 (Tennis). 
  318. Radzi bin Jaafar (Dr.) : menjadi tawanan banduan Jimmy Chuah di Penjara Pudu pada 1985. 
  319. Rafidah bt Salim (Datuk) > wanita pertama Malaysia menyandang jawatan Naib Canselor University Malaya pada Mei 2006
  320. Raja Abdullah bin Jaafar : saudara lelaki kepada Raja Jumaat di Lukut. Beliau telah memindahkan 89 kuli Cina untuk bekerja mencari bijih di Sungai Gombak. 
  321. Raja Abdullah bin Syed Salim : pelombong bijih di Perak yang juga pengarang "Warta Kinta". 
  322. Raja Ali Haji : penulis Bugis yang terkenal abad ke 19. Karyanya yang termasyur ialah "Tuhfat -al-Nafis".
  323. Raja Azmi Raja Ambiah @ R. Azmi : penyanyi terkenal era 50' an menjadi saingan hebat kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 
  324. Raja Busu : kerabat di Raja Selangor yang membuka lombong bijih timah di Lukut, NS. 
  325. Raja Chulan ibni Sultan Abdullah : Ahli Majlis Undangan Tempatan. 
  326. Raja Haji bin Upu Daeng Chelak : tokoh dunia yang terkorban sebagai syuhada ketika menentang Penjajahan Belanda di Melaka. 
  327. Raja Kamarulzaman Ibni Raja Mansur @ Raja Ngah Mansur : ADC kepada Sultan Idris Perak , 1888. Beliau adalah orang yang menulis lirik lagu kebangsaan negeri Perak, yang kemudiannya menjadi lagi kebangsaan Malaysia. 
  328. Raja Kecil @ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah : putera dari Siak yang telah menawan Riau pada 1718. Beliau telah merampas takhta Kerajaan Johor dan menjadi Sultan Johor dari 1718 - 1722. 
  329. Raja Laut : Ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada a
  330. Raja Mahdi : Pembesar Jajahan Kelang yang menentang Inggeris di Selangor. 
  331. Raja Mudaliar : Saudara India yang kaya yang telah memfitnah Bendahara Tun Mutahir sehingga Tun Mutahir dan keluarga dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah, Melaka. 
  332. Raja Nadia Sabrina : Seorang Peguam yang mencipta nama dalam bidang fesyen di peringkat Antarabangsa.
  333. Raja Ong Maha Perita Deria : Raja Bersiong di Kedah, amat ditakuti oleh rakyat kerana kegemarannya makan hati manusia dan darah. 
  334. Raja Sir Chulan - Raja Di Hilir Perak, orang Melayu pertama menduduki kerusi Majlis Persekutuan (1924 - 1933). 
  335. Raja Syed Alwi : Menyerahkan Perlis kepada Inggeris pada tahun 1930. 
  336. Raja Temagi : Raja Temasek (Singapura) yang menyambut baik ketibaan Parameswara sebelum pembukaan Melaka. 
  337. Raja Zainal B. Raja Suleiman (Ir. Tan Sri)  : Naib Presiden pertama Institusi Jurutera-Jurutera Malaysia. 
  338. Ramli Omar (Dato') : Timbalan Menteri Pengangkutan yang bersetuju untuk menjadi tukar ganti dengan Tebusan Tentera Merah Jepun yang merampas bangunan AIA di Jalan Ampang, KL pada 4 Ogos 1975. 
  339. Rani Kaur : Olahragawati Kebangsaan 1974 (Hoki). 
  340. Rashid Maidin : pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau memimpin Rejimen ke 10 PKM di Bentong, Pahang. Meninggal dunia pada 1.9.2006. 
  341. Rashid Sidek : Olahragawan Kebangsaan 1990 - 1992 (Badminton). 
  342. Rentap : ketua kaum Iban yang menentang Inggeris di Sungai Skrang, Sarawak. 
  343. Robert Choe : Kapten Pasukan Bolasepak Malaya, Piala Merdeka . 
  344. Robert Kuok Hock Nien : Ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. 
  345. Rosli Dhoby : Pejuang Saranwak yang menentang Inggeris. Beliau dihukum gantung kerana terlibat dalam pembunuhan Sir Duncan Stewart , Gabenor British di Sarawak pada 1949. 
  346. Rosman Alwi : Olahragawan Kebangsaan 1985 (Lumba Basikal). 
  347. Sabariah bt Hussein : terkenal dengan panggila "Sister Sabria" di Kanada. Mengharumkan nama negara di Kanada dengan membuat kerja-kerja amal membantu golongan miskin di Kanada. 
  348. Sagadevan a/l Rajoo (Detektif PDRM) > dibunuh oleh anggota Al-Ma'unah di Sauk, Perak pada 6 Julai 2000. 
  349. Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari : ahli perniagaan yang menemui Batu Bersurat di Kg. Buloh, Terengganu pada 1902. 
  350. Salleh Sulong (Datuk) : Menteri Kewangan Sabah yang turut terkorban dalam tragedi nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976. 
  351. Salleh Talib & Jamil Ahmad > 2 banduan yang menjalani hukuman penjara paling lama di Malaysia sejak 1972 dan dibebaskan dari Penjara Taiping,Perak pada 3 Oktober 2006. 
  352. Santokh Singh : Pemain Bolasepak Malaysia 1972 - 1985. 
  353. Sardhar Budh Singh : Presiden MIC yang kedua (1947 - 1950). 
  354. Sarimah Adzrina (Datin) : pereka fesyen yang mencipta nama di Kota London
  355. Sawing dan Salakai : mengetuai kaum Melanau Sarawak menyerang Kubu James Brooke di Kanowit, Sarawak. 
  356. Sayyid Abdul Aziz : ulama dari Jeddah yang telah mengislamkan Sultan Muhammad Shah, Melaka. 
  357. Seng Meng Lee : Kapitan Cina di Sg Ujong yang telah dibunuh oleh musuhnya pada 1862. Sze Ya Temple di Lebuh Pudu, KL yang dibina pada 1883 oleh Yap Ah Loy adalah untuk memperingati beliau. 
  358. Seputum : orang yang dikatakan telah menikam J.W.W. Birch (Residen British di Perak) di Pasir Salak pada 1875. Beliau telah dihukum gantung oleh British.  
  359. Shafie Abdullah (Tan Sri) : setiausaha peribadi Tunku Abdul Rahman yang turut serta dalam Rundingan Baling, 1955. 
  360. Shahbandar Uda Mahamor : dibuang daerah ke Pulau Seychelles kerana terlibat dalam komplot membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak, Perak pada 1875. 
  361. Shalin Zulkifli : Olahragawati Kebangsaan 1995 (Bowling). 
  362. Shamsiah Pakeh : Pemimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS), menentang Perlembagaan Persekutuan, 1948. Menyertai Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya dan kemudian membawa diri ke Republik Rakyat China. Beliau kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994 dan meninggal dunia pada 20 Oktober 2008. 
  363. Shamsudin Mat Udin : Operator Talipon ketika Rundingan Baling, 1955. 
  364. Sharon Low / Su Lin : Olahragawati Kebangsaan 1995 (Bowling). 
  365. Sharifah Mazlina bt Syed Abdul Kadir (Datin Paduka) > wanita pertama merentasi Antartika secara solo pada Disember 2004
  366. Sheikh Abdullah bin Abdul Kadir @ Tok Ku Pauh : ulama terkenal di Terengganu. 
  367. Sheikh Abdul Malek Bin Abdullah @ Tok Pulau Manis : ulama Terengganu sekitar tahun 60'an. 
  368. Sheikh Muszaphar Shukor (Datuk Dr.) > Angkasawan Malaysia pertama berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007
  369. Shirley Chow : Olahragawati Kebangsaan 1979 (Bowling). 
  370. Shukor Salleh : Olahragawan Kebangsaan 1977 (Bolasepak). 
  371. Siti Norma Yaakob (Tan Sri) > wanita pertama dan Rakyat Malaysia pertama menjadi Hakim di Amiriyah Arab Bersatu
  372. So Ah Chiang : Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Ghee Hin di Klian Bahru (Kamunting) di Perak. 
  373. Soh Chin Aun (Datuk) : ketua pasukan Bolasepak Malaysia di Sukan Olimpik Munich , 1972. 
  374. Soong Siew Hoong (Tan Sri Dato') : Secretary General of the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia, 1987. 
  375. Stan Gabriel : pemain bolasepak Selangor yang mencipta sejarah menjaringkan 106 gol dalam 15 perlawanan pada 1963. 
  376. Sui Mah : Ketua Komunis dari Rejimen ke 11 MRLA yang mengetuai serangan dan membunuh Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951. 
  377. Sultan Abdul Samad : Sultan Selangor yang menerima Perlantikan Residen British di Selangor. 
  378. Sultan Abdullah Mukarram Syah : Sultan Kedah yang menyerahkan Pulau Pinang kepada Capt. Francis Light. 
  379. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim : Sultan Johor (1862 - 1895). Bapa Permodenan Johor yang menamakan bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. 
  380. Sultan Ahmad Tajuddin : Sultan Kedah - Perjanjian Burney 1826. 
  381. Sultan Ahmad Tajuddin II : Pengarang "Syair Sultan Ahmad Tajuddin". 
  382. Sultan Husin Muhamad Shah : Menyerahkan Singapura kepada Inggeris pada 1819. 
  383. Sultan Mahmud Syah : Sultan Melaka yang terakhir (1511 Masehi). 
  384. Sultan Mahmud Syah II : "Sultan Mahmud Mangkat di Julang", sultan Johor yang dibunuh oleh Megat Seri Rama pada 1699. 
  385. Sultan Muzafar Shah (Melaka) : Sultan Melaka yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Melaka. 
  386. Sultan Omar Ali Saifuddin : Sultan Brunei yang telah mengiktirafkan James Brooke sebagai Rajah Sarawak. 
  387. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah : dilantik oleh Bugis sebagai Sultan Johor. 
  388. Sultan Zainal Abidin III : Sultan Terengganu yang menentang Perjanjian Inggeris - Siam pada 1902. 
  389. Syarif Masahor : Gabenor Sarikei yang menentang Inggeris di Sarawak. Beliau telah menyerang kubu Inggeris di Daerah Kanowit. 
  390. Syarif Muhammad Al-Baghdad : pendakwah Islam yang awal di daerah Hulu Terengganu. 
  391. Sybil Medan Daly @ Sybil Kathigasu : Wanita pejuang di Tanah Melayu, seorang jururawat yang telah merawat beratus-ratus orang Cina ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Beliau diseksa oleh Jepun ketika dalam tawanan dan meninggal dunia pada 4 Jun 1948 akibat dari kerosakan terus bahagian dalaman tubuhnya. Beliau adalah rakyat Malaysia pertama menerima pingat King George dari Kerajaan British. 
  392. Syed Abdul Rahman @ Datuk Kelana : membawa Inggeris campurtangan di Sungai Ujong,N. Sembilan. 
  393. Syed Abdul Rahman Al Idrus @ Tok Ku Paloh : ulama yang menentang Inggeris di Terengganu. 
  394. Syed Hussein Ali Al-Sagoff : pemilik Anglo - Asiatic Press yang menerbitkan akhbar "Warta Malaya" pada 1 Januari 1930. 
  395. Syed Hussein Wafa : Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah yang turut terkorban dalam nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976. 
  396. Syed Hussin al-Atas : Pedagang Arab di Pulau Pinang. Pengasas Masjid di Lebuh Acheh Pulau Pinang. 
  397. Syed Muhamad Al-Atas : Ahli perniagaan senjata di Pulau Pinang. Ketua Kongsi Gelap Melayu "Bendera Merah". 
  398. Syed Sheikh Al Hadi : Tokoh gerakan Islah, menerbitkan "Al Iman" (1906) dan "Al- Ikhwan" (1925). 
  399. Syeikh Junid Tola : pelopor institusi pondok di Perak. Penggerak utama kepada pembinaan masjid Kg. Lalang, Padang Rengas, pada 1947. 
  400. Syeikh Syamsuddin s-Sumatra-i : ulama sufi yang bermukim di Melaka , gugur sebagai Syuhada semasa menentang Portugis. 
  401. Sylvia Ng : Olahragawati Kebangsaan 1975 / 1978 (Badminton).
  402. Tan Aik Huang : Olahragawan Kebangsaan 1967 (Badminton). 
  403. Tan Boon Heng : Pemain Badminton Malaysia yang telah memecahkan rekod dunia dengan rekod kelajuan smash 421 km/jam menggunakan "Yonex Arcsaber Z-Slash" di Tokyo pada 26 September 2009. 
  404. Tan Chee Koon : antara pengasas Parti Gerakan Malaysia, 1968. 
  405. Tan Cheng Lock - Presiden MCA yang pertama. 
  406. Tan Cheng Tee : Anggota Force 136 ketika perang Dunia Kedua. 
  407. Tan Hiok Nee : Teochew Towkeys , aided Sultan Abu Bakar of Johor in gambier cultivation. 
  408. Tan Hooi Ling : Wanita Malaysia yang mengembangkan perkhidmatan "E-hailing" di Asia Tenggara. Pengasas Grabtaxi bersama Anthony Tan kini beroperasi dalam 60 bandar dalam 7 Negara. 
  409. Tan Kee Boo : Pembantu Teknicakl dari Jabatan Telekom ketika Rundingan Baling, 1955. 
  410. Tan Kim Seng : Ahli perniagaan di Melaka, membina Jambatan Kim Seng dan Menara Jam Kim Seng di Melaka. 
  411. Tan Koon Swan (Tan Sri Dr.) : Presiden MCA yang ke 5 (1985 - 1986).
  412. Tan Kuah Seah @ Raja Laut : ketua kumpulan Lanun di Perak sekitar tahun 1970 ' an. 
  413. Tan Poh Keat : Director of Telecom Department, incharge of Telecom Turnkeys Projects in early 80's. 
  414. Tan Siew Sin (Tun ) - Menteri Kewangan Malaysia selama 15 tahun dari 1959 - 1974 dan anak kepada Tan Cheng Lock, Pengasas MCA.
  415. Tan Sze Meng : Computer Engineer, created the first personal homepage hosted locally in Malaysia. 
  416. Tawi Sli (Penghulu) : Ketua Menteri Sarawak, 1966. 
  417. Tengku Ampuan Mariam : Permaisuri Sultan Badrul Alam Shah, mengarang "Syair Dahulukala". 
  418. Tengku Kudin @ Tengku Dhiauddin : Menantu Sultan Abdul Samad Selangor. Menentang Raja Mahdi dalam perang Saudara di Selangor. 
  419. Tengku Mahmud Mohyiddeen : putera raja Pattani yang mengetuai pasukan Melayu menentang Tentera Jepun. 
  420. Tengku Yacob Sultan Hamid : AJK Pertandingan mencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu, 1948. 
  421. Thambusamy Pillai : Ketua komuniti kaum India di Kuala Lumpur (1875 - 1902).  
  422. Tin Song Sheng : kanak-kanak berusia 7 tahun dari Taman Rashna Kelang yang diculik pada 12 Januari 1996, sehingga kini dia tidak ditemui. 
  423. Tok Belian Mahmud : pembesar dan pahlawan di Terengganu. 
  424. Tok Gajah @ Imam Rasu bin Shahrum : Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang, menentang Inggeris di Pahang (1893-95).
  425. Tok Janggut @ Haji Mat Hassan bin Munas : penentang Inggeris di Kelantan, terkorban dalam serangan di Pasir Puteh pada 1915. 
  426. Tok Raja Ri : pendahwah dan pembesar Istana Terengganu yang datang bersama pengisytiharan Batu Bersurat. 
  427. Tok Tun Indera : pahlawan Terengganu di zaman Sultan Zainal Abidin 1. 
  428. Tony Fonseka : Pemimpin pasukan Koir Merdeka pada 1957. 
  429. Tony Hiew : setup the "Whizzboard" , one of Malaysia's two first Bulletin Board Systems (BBS). 
  430. Too Joon Hing : Timbalan Menteri Pelajaran yang turut serta dalam Rundingan Baling, 1955. 
  431. Tun Abdul Jamil ibni Tun Muhammad (Laksamana) -pahlawan Melayu dari zaman Kesultanan Melayu Johor. Beliau memainkan peranan merebut kembali Melaka dari tangan Portugis. 
  432. Tu Lung Shan : Anggota Parti Komunis Malaya yang ditugaskan mencari ahli-ahli baru pada 1939. 
  433. Tua Pui Lek : Ketua kumpulan kongsi gelap "5 Finger Mountain Gang" yang dibunuh oleh Penjenayah Botak Chin dalam pertempuran antara kongsi-kongsi gelap dalam tahun 70'an. 
  434. Tun Abdul Majid bin Tun Mat Ali - Bendahara Kerajaan Johor Lama. 
  435. Tun Besar : anak Tun Perak yang telah dibunuh oleh Raja Muhammad, putera Sultan Mansur Shah semasa bermain sepak raga. 
  436. Tun Fatimah : Anak Bendahara Tun Mutahir. Diambil menjadi Permaisuri Sultan Mahmud Shah selepas baginda membunuh bapanya. 
  437. Tun Habib Abdul Majid : Bendahara Johor. 
  438. Tun Jana Khatib : seorang ulama yang dibunuh oleh Paduka Seri Maharaja dalam versi Sejarah Melayu. Dikatakan beribu-ribu ikan Todak melanda Singapura selepas berlakunya pembunuhan itu. 
  439. Tun Kerutup : Pembesar Melaka ang telah dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana menentang perlantikan baginda sebagai Sultan Melaka. 
  440. Tun Mutahir : Bendaraha Melaka selepas kematian Tun Perak. Dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah berserta keluarganya kerana fitnah. 
  441. Tun Perak : Bendahara Melaka (1456 - 1498).
  442. Tun Perpatih Puteh : dihantar oleh Sultan Mansor Shah Melaka ke negeri China untuk mengiringi Puteri Hang Li Poh di Melaka. 
  443. Tun Seri Lanang : Pengarang "Sulalatus Salatin" atau "Sejarah Melayu" pada abad ke 16.
  444. Ulla Odqvist : Setiausaha Kedutaan Sweden di Kuala Lumpur yang menjadi tebusan IRA di bangunan AIA, Jalan Ampang KL pada 4 Ogos 1975. 
  445. Umi Rashidah Khoruman : pembantu rumah Indonesia yang terselamat dalam Tragedi Runtuhan Highland Towers pada 11/12/1993. 
  446. V. Manickavasagam (Tan Sri Dato' Seri ) : Presiden MIC yang ke 6 (1973 - 1979).  
  447. V. Subramaniam : Olahragawan Kebangsaan 1979 (Olahraga). Beliau memenangi pingat Emas pertama Malaysia dalam acara 10 km jalan Kaki di Sukan SEA 1978 di Manila. 
  448. V.M.N. Menon : Potfolio Pos & Telekom dalam Sistem Ahli, 1955. 
  449. V.T. Sambanthan (Tun) - Menteri Buruh Persekutuan Tanah Melayu (1955 - 1957), Menteri Tenaga, Pos dan Telekomunikasi (1956 - 1971). 
  450. Vergis Chacko : Pembantu Juruterbang yang terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas di hutan Janda Baik pada 10 Januari 1982.  Turut berada dalam pesawat tersebut ialah Tan Sri Ghazali Shafie, namun beliau terselama dalam nahas tersebut. 
  451. Vinder Balbir Kaur : Rakyat Malaysia yang kini menjadi selebriti Chef terkenal di Bangkon, Thailand. Kedua ibu bapanya terbunuh dalam peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. 
  452. Vivy Sofina Yusuf (Datin): usahawan wanita dan personaliti TV di Malaysia yang menempa nama di peringkat Antarabangsa dalam bidang perniagaan. Dia telah disenaraikan di Forbes sebagai salah satu usahawan dalam senarai “30 Under 30 Asia” pada tahun 2017. 
  453. Wahid Andu : Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, antara yang terkorban dalam nahas pesawat di Sabah pada 6 Jun 1976. 
  454. Wan Mat Saman bin Wan Ismail : Perdana Menteri Kedah, 1870. Membina Terusan Wan Mat Saman pada 1885. 
  455. Wan Muhammad Amin (Laksamana) : penentang Inggeris di Perak yang dibuang daerah di Pulau Seychelles kerana terlibat dalam pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak pada 1875. 
  456. William Tan : pengasas Persatuan Cina Sarawak Julai 1962. 
  457. William Thuraippiah (Dr.) : re-erected the Telecom Training School in Jalan Ipoh, KL in 1953 and called it "Gracelyn". 
  458. Wong Ah Fook : A banker and entrepreneur of the early 20th century. He help to built the Istana Besar Johor. 
  459. Wong Choon Wah : pemain bolasepak Malaysia, 1968 - 1978. 
  460. Wong Nai Song : Ketua kaut Foo Chow di Sibu, Sarawak. Beliau telah petani Cina meneroka Lembah Rejang pada 1901. 
  461. Wong Pow Nee (Datuk) : Ketua Menteri Pulau Pinang. Ahli Suruhanjaya Cobbold 1963. 
  462. Wong Swee Chin @ Botak Chin : penjenayah terkenal di KL sekitar tahun 1970' an. Beliau dihukum gantung pada tahun 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, KL. 
  463. Wong Ting Sang : Pelukis Pelan Highland Tower Property Sdn Bhd, pihak utama dalam tragedi runtuhan Highland Tower pada 11.12. 1993. 
  464. Wong Yuen Kean : Jurutera Struktur Highland Towers yang bertanggungjawab terhadap runtuhan Highland Towers pada 11.12.1993. 
  465. Y.T Lee : Arkitek Bangunan UMNO Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL pada 1921. 
  466. Yaacob Latif : Rundingan Baling, 1955. 
  467. Yahya Awal (Dato') : menyelaraskan pembinaan Masjid Abu Bakar di Johor Bahru. 
  468. Yam Tuan Antah : menewaskan Angkatan Perang British di Paroi, N.S. 
  469. Yap Ah Loy - Kapitan Cina yang ke 3 di Kuala Lumpur (1869 - 1885). Nama nya kini diabadikan di Sebatang Jalan di Kuala Lumpur . 
  470. Yap Ah Shak : Kapitan Cina selepas Yap Ah Loy (1885 - 1889). 
  471. Yap Kwan Seng - Kapitan Cina yang ke 5 dan terakhir di Kuala Lumpur (1889 - 1902). Orang Cina pertama berkhidmat dengan Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur. Pengasas Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur dan juga pengasas bersama Tai Wah ward of the Pauper's Hospital (Sekarang Hospital Kuala Lumpur) dan pengasas bersama Victoria Institution di Kuala Lumpur. 
  472. Yee Heng Chuan : mangsa yang ditelan ular sawa di Segamat, Johor pada 5.9.1995. Berita ini telah menjadi fokus utama di peringkat luar negara. 
  473. Yeoh Choo Kheng @ Michelle Yeoh (Tan Sri Dato' Seri ) : Miss Malaysia Pageant 1983. Beliau terkenal setelah berlakon dalam filem antarabangsa 'Crouching Tiger, Hidden Dragon'. Beliau juga pernah berlakon dalam filem James Bond,'Tomorrow Never Dies' (1997).
  474. Yeoh Teck Chye : Salah seorang pengasas Parti Gerakan Malaysia yang juga bekas pemain Badminton Malaya yang memenangi Piala Thomas pada 1948. 
  475. Yin Ching (Laksamana) : Laksamana Negara China yang telah melawat Melaka pada tahun 1403 Masehi. 
  476. Yong Shook Lin : Ahli Selangor State Council, 1940. Namanya diabadikan pada sebatang jalan di Petaling Jaya, Selangor iaitu Jalan Yong Shook Lin. 
  477. Yunalis bt Mat Zara'ai @Yuna : penyanyi, penulis lagu dan juga usahawan yang menempa nama di Amerika Syarikat. 
  478. Zainal Abidin bin Abbas : AJK Pertandingan Mencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. 
  479. Zainal Abidin bin Ahmad @ Zaaba : Nasionalis Melayu, Sasterawan dan Ahli Bahasa. 
  480. Zaiton bt Othman : Olahragawati Kebangsaan 1982 (Olahraga). 
  481. Zakri bin Abdul Hamid (Professor) : Pengarah Institut Kajian Lanjutan bagi Universiti di PBB, 2001. 
  482. Zarinah bt Anwar (Dato') > wanita pertama menjadi Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti pada April 2006.
Artikel Berkaitan: 

** Segala maklumat dalam dokumen ini saya kumpulkan dengan usaha mencari dan mengkaji dari buku-buku dan jurnal-jurnal sejarah serta dalam talian. Saya tidak menghalalkan sebarang Salinan atau Copy paste tanpa memberi sebarang kredit kepada saya... hargai penat lelah dan usaha seseorang dalam berkongsi ilmu... **


Last update: 15 August 2019

No comments: