Monday, 8 January 2024

ANTARA NETHERLANDS, HOLLAND, DUTCH DAN BELANDA

Posted By:
Hj Zulheimy Maamor : 16 October 2021

Mungkin kita biasa dengar Negara Netherlands, Holland, Dutch dan Belanda...
Sebenarnya 4 nama yang berbeza ini merujuk kepada satu Negara iaitu Netherlands....

Sebenarnya ketiga-tiga ini adalah satu negara yang sama....
Netherlands lebih dikenali dengan nama Belanda di sebelah Nusantara (Indonesia dan Malaysia). Kadang kala Netherland juga dikenali dengan nama Holland.
Sebenarnya Holland tu merujuk kepada 2 wilayah di Netherland iaitu North Holland dan South Holland. Nama negara itu yang tepat ialah Netherlands.

Manakala Dutch itu merujuk kepada bangsa Netherlands, sama seperti kita merujuk kepada bangsa Melayu, China dan India.
Netherland (Belanda) pernah menjajah Tanah Melayu (Melaka) malah merupakan yang paling lama iaitu 183 tahun.
Sebab itu banyaklah tinggalan-tinggalan sejarah Belanda di Tanah Melayu antaranya ialah Bangunan Stadhuys di Melaka, Rumah Api Altingsburg di Kota Malawati, Kuala Selangor dan Kota Belanda di Pulau Pangkor, Perak.



Namun ada beberapa lagi tinggalan Belanda yang tidak pernah disebut dalam buku-buku sejarah antaranya ialah paku Belanda, Durian Belanda, Ayam Belanda, monyet Belanda dan paling menarik Belanda meninggalkan wanitanya untuk kita iaitu Dutch Lady...


THE DUTCH LADY





Malah Belanda juga meninggalkan peribahasa untuk orang Melayu seperti "Paku Belanda", "Seperti Belanda Kesiangan", "Bagai Belanda minta tanah" dan beberapa lagi yang tak berapa ingat....
Begitulah hebatnya kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Belanda berbanding Portugis, Inggeris dan Jepun yang juga pernah menjajah Tanah Melayu. Jepun pun ada juga kenangan di Tanah Melayu iaitu Selipar Jepun dan Penampar Jepun.....

Posted on Blor:
8 January 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 9.49 am

No comments: