Tuesday, 31 December 2019

MANUSKRIP MELAYU LAMA DITEMUI


Dari Post di Facebook Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
Selepas hampir 500 tahun kejatuhan Empayar Melaka,manuskrip pertama yang menyenaraikan lakaran pelbagai jenis keris termasuk keris legenda ‘Taming Sari’ berjaya ditemui.
Manuskrip dipercayai berusia 250 tahun itu ditemui seorang pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 41, di Terengganu kira-kira tiga bulan lalu. Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat kajian dan menterjemah kandungan manuskrip setebal 33 muka surat itu.
“Ada 27 lakaran pamor atau bahagian tepi bilah keris disenaraikan dalam manuskrip itu termasuk Taming Sari dan keris milik Hang Jebat.
“Berdasarkan penelitian dan perbandingan, saya dapati lakaran Taming Sari itu menyamai keris dalam simpanan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, penemuan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud kerana senjata yang mempunyai kaitan dengan pahlawan itu disenaraikan dalam manuskrip yang berkisar keagamaan.
“Manuskrip ini berkisar mengenai pengajaran dan amalan tarekat Syadzilliah yang diasaskan As Sheikh Abu Hassan Al-Shazilli di Mesir pada kurun ke-13.
“Ia juga banyak memfokuskan kepada ilmu hikmat dan amalan perang termasuk zikir Hizbulbahar,” katanya. Pengusaha Galeri Pusaka Moyang itu berkata, pada bahagian bawah lakaran keris itu tertera ayat ‘keris Hang Tuah, sebuah negeri atau sebelah negeri harganya, cerita Taming Sari’ manakala satu lagi lakaran tertera ayat ‘Hang Jebat, sebelah negeri harganya, cerita pengkarang harganya’.
“Berdasarkan kajian, pamor keris diperbuat daripada nikel untuk meresap racun supaya senjata itu lebih berbisa,” katanya. Wan Ahmad berkata, sebelum ini, wujud pelbagai versi mengenai Taming Sari dan ada juga yang menganggap ia sekadar legenda. “Dengan penemuan ini, ia membuktikan secara bertulis bahawa Hang Tuah dan saudaranya memang wujud,” katanya.
Wan Ahmad sebelum ini pernah mendakwa memiliki senaskhah al-Quran milik pahlawan Melayu itu yang berusia lebih 600 tahun yang ditemui dirumah moyangnya di Perak.
Menurutnya, al-Quran itu diperoleh Hang Tuah ketika ke Rom yang diperintah Empayar Uthmaniah bagi mempelajari ilmu bedil (meriam) dan kini disahkan berusia 697 tahun seperti tercatat dalam sijil kesahihannya.
Katanya, pemergian Hang Tuah ke Rom itu atas perintah Sultan Mansor Syah dan semua itu tercatat dalam Sejarah Melayu.
Sumber : Utusan Malayisa dan temubual dengan Pengkaji Wan Ahmad (Galeri Pusaka Moyang) tahun 2007

Copy and paste : 31/12/2019: 10.19 pm

KISAH ASAL MELAYU... DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....

 "Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "

Bukan Melalui Sarjana Barat...

Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman.

Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.

Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :

Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor

Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung

Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.

5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.

Selepas Azan Zohor ke -2
Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)

Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa.

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa.

Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.

Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain.

Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun).

Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.

Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :

Apakah yang Tuan Pakai ?

(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)

Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !

Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !

Apabila ditanya Apa itu Islam? 

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...

Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.

Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.

Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut

هذا قدح دار الأمن

Haza Qodah Darul Aman

بلدة طيبة ورب غفور

Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun

(Surah Sa"ba -15)

Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam..

Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan

Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)

Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu

Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )

Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani

Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat 

Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)

Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah

Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman

Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"

Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)

Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U

" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"

Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.

"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.

"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.

"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."

Sumber Kitab Hadiqatul Azhar

"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"
- Syeikh Ahmad Junaidin

"Islam Melayu Melayu Islam"

Walahualam

Copy and paste: Whatsapp Group Skot 139/80 Lumut
31/12/2019: 9.40 pm

KESILAPAN KETIKA MENUNAIKAN UMRAH & HAJI

FB Post - Suriani Hamdan
KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA DI MADINAH
1. Tidak berniat untuk menziarah Masjidil Nabawi, solat di dalamnya dan menziarahi makan Rasulullah s.a.w.
2. Masuk dan keluar dari Masjidil Nabawi tanpa adap dan doa.
3. Menyapu tiang masjid, dinding pagar makan Rasulullah s.a.w dan berebut-rebut solat fardu di Ar-Raudhah.
4. Tidak berniat iktikaf dan tidak mengambil peluang merebut pahala dengan berselawat, berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya kerana datang ke Masjid lewat atau keluar awal.
5. Meninggikan suara semasa memberi salam ketika menziarahi Makam Rasulullah s.a.w.
6. Berdoa dengan mengadap Makan Rasulullah bukan dengan mengadap Qiblat.
7. Membuat solat Jamak Taqdim di Masjidil Nabawi sedangkan telah melebihi waktu bermukim di Madinah.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA DAN SELEPAS IHRAM
1. Tidak berniat untuk Ihram dengan alasan Haid
2. Memakai minyak wangi pada pakaian ihram
3. Jemaah lelaki menyambung kain ihram dengan menggunakan lencana atau pin.
4. Tidak bertalbiah semasa dalam ihram
5. Beridiba’ terus menerus di dalam ihram dari Madinah atau Tanah Air lagi.
6. Berniat setelah melepasi Miqat dan juga berniat ihram yang berlainan sebelum atau ketika di Miqat.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA MELAKUKAN TAWAF
1. Terkejar-kejar mengikut mutawwif atau suami tawaf sehingga menggugat syarat tawaf.
2. Semasa tawaf menoleh ke belakang kerana mencari suami atau isteri yang tertinggal sehingga bahu kiri tidak mengadap Baitullah.
3. Jemaah wanita tawaf asyik membaca doa tawaf dari buku yang dipegang hingga nampak aurat lengannya dan juga Nampak aurat lengan ketika mengangkat tangan terlalu tinggi semasa berisyarat kepada Hajarul Aswad.
4. Tawaf tidak dimulakan di penjuru Hajarul Aswad.
5. Pada setiap pusingan tawaf, ketika dihadapan Hajarul Aswad melambai tangan dengan keadaan terpesong bahu kiri dan terus berjalan tanpa membetulkan semula.
6. Menyapu gelas balang kaca penutup Makam Ibrahim semasa Tawaf.
7. Bersesak-sesak, bertolak-tolak bercampur gaul lelaki dan perempuan untuk mengucup Hajarul Aswad.
8. Jemaah wanita memakai seluar dan stoking yang jarang dan nampak warna kulit dan kuku.
9. Aurat jemaah wanita tidak ditutup dengan sempurna seperti nampak dagu dan rambut.
10. Memakai kain ihram, telekung, beg galas, tali pinggang, biji tasbih dan seluar dalam tak suci.
11. Membawa benda yang ada najis di dalam beg galas.
12. Menyentuh kain Kaabah dan Hijir Ismail ketika tawaf.
13. Meludah ke tanah semasa tawaf.
14. Bersembahyang sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim yang boleh menggangu jemaah lain yang sedang melakukan tawaf.
15. Berjalan berundur ke belakang selepas Tawaf Wada’.
16. Mengupah orang lain untuk tawaf dan sa’ie untuk dirinya.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA SA'IE
1. Jemaah haji wanita berlari di kawasan lampu hijau
2. Jemaah haji wanita membuka rambut di hadapan lelaki ajnabi (bergunting) selepas sa’ie umrah.
3. Sa’ie dilakukan sebelum Tawaf yang sempurna.
4. Sa’ie dimulai dari Mekah.
5. Bercukur sekali lagi selepas sa’ie haji walaupun sudah bercukur di Mina.
6. Qasad pergi Minum air zamzam semasa saie tanpa berpatah balik pada kedudukan asal.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA WUKUF DI ARAFAH
1. Mengambil khemah lebih dari had yang diperuntukan.
2. Kurang bertasbih, bertakbir, bertahlil, berselawat, membaca Al-Quran, beristigfar, bertaubat, berzikir, berdoa dan lain-lain jenis amalan yang menghampirkan diri kepada Allah S.W.T semasa waktu wukuf kerana keletihan.
3. Jemaahan lelaki yang membuka kain selendang ihramnya dihadapan jemaah wanita.
4. Ada jemaah yang hanya memandai membaca zikir sekali lalu sahaja walaupun masa berzikir dan berdoa masih panjang.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA MELONTAR DAN BERMALAM DI MINA
1. Tidak melontar jamrah tanpa uzur atau perempuan tidak melontar kerana haid atau lontaran jamrah dilakukang oleh orang laindengan ketiadaan akad wakil bagi yang uzur atau akad wakil dibuat sebelum masuk waktu melontar. Ada juga suami melontar untuk isterinpa izinnya.
2. Melontar Jamrah pada hari Tasyriq menyalahi tertib iaitu dimulakan dari Jamratul Aqabah (Al-Kubra) dan berakhir di Jamratuk Ula.
3. Jemaah yang berulang alik dari Mekah ke Mina ada di antara yang mabit dia mina tidak melebihi separuh malam.
4. Melontar 7 biji anak batu dengan sekali gus.
5. Qasad melontar syaitan dan bukan Jamrah.
6. Batu yang di lontar tidak yakin masuk ke dalam Jamrah.
7. Membuat Nafar Awal tanpa cukup syarat-syaratnya
8. Melaksanakan Qurban di Mina tanpa akad yang sempurna.

LAIN-LAIN KESILAPAN
1. Membuat Umrah Sunat untuk ibu bapa atau datuk nenek yang telah meninggal dunia sedangkan mereka telah pun menunaikan Ibadah Haji dan Umrah atau pun telah diupah.
2. Tidak menggunting rambut untuk Tahallul kerana masih dalam haid.
3. Membatalkan Umrah Sunat tanpa bergunting.
4. Membuat Umrah Sunat dengan terlupa bergunting
5. Sembahyang Sunat Ihram pada waktu, Tahrim di Miqat/Tanah Halal.
6. Melakukan niat Ihram Haji di Tanah Halal (Tan’im) dengan alasan tidak kena dam tamattuk.
7. Terlalu banyak melaksanakan umrah sunat sehingga menjejaskan kesihatan serta pelaksanaan ibadat.

Kredit :
Fb MT&Tours.

Copy and paste from FB : 31/12/2019 : 2.15 am

Monday, 30 December 2019

LAPAN NASEHAT MULIA SAIDINA UMAR AL KHATTAB

Salah satu nasehat Saidina Umar bin Al-Khattab diabadikan dalam kitab Nashaihul ‘Ibad. Ada lapan nasehat Umar bin Al-Khattab dalam sebuah atsar beliau oleh Syeikh Nawawi Al Bantany diberi judul "LAPAN NASEHAT UMAR" :-
1. Barangsiapa meninggalkan ucapan yang tidak perlu(sia sia) maka dia akan diberi hikmah.
2. Barangsiapa meninggalkan penglihatan yang tidak perlu(maksiat/haram) maka dia akan diberi kekhusukan dalam Hati.
3. Barangsiapa meninggalkan makan yang berlebihan maka dia diberi kenikmatan beribadah.
4. Barangsiapa meninggalkan tertawa yang berlebihan maka dia akan diberi Kewibawaan
5. Barangsiapa meninggalkan gurau (bergurau berlebihan) maka dia akan diberi Kehormatan.
6. Barangsiapa meninggalkan cinta duniawi maka dia akan diberi kecintaan kepada akhirat.
7. Barangsiapa meninggalkan perhatiannya kepada aib(keburukan) orang maka dia akan diberi kemampuan untuk memperbaiki aibnya sendiri
8. Barangsiapa meninggalkan pembahasan tentang bagaimana wujud Allah maka dia akan terhindar dari Nifaq.
Nasehat-nasehat ini adalah amat luar biasa. Justru itu marilah kita berusaha mengamalkannya.
Meskipun di zaman sekarang, halangannya sangat mencabar lagi lebih besar.
Persekitaran mobility dan teknology sekarang ini membuat kita lebih banyak berucap dlm media yang membawa kita lebih banyak memandang, aneka acara humor yang merangsang kita untuk lebih banyak tertawa, hingga mudahnya mengakses informasi yang membuat kita terjebak menguliti aib sesama sendiri.
Wal 'Iyadzu Billah
Copy and paste: 30/12/2019: 10.15 pm

Thursday, 26 December 2019

KENDERAAN PURBA TERBESAR DUNIA


Kenderaan Purba Terbesar Di Dunia Yang Pernah Direkodkan Dalam Sejarah Peradaban Manusia Iaitu Istana Bergerak Kesultanan Melayu Melaka
Di dalam buku Historia do descobrimento e conquisto India pelos Portuguese yang diterbitkan antara tahun 1551 hingga 1554 masihi oleh Fernao Lopes de Castanheda (1500 hingga 1559 masihi) dan buku The Commentarie of Alfonso Dalboquerque yang diterbitkan pada 1557 masihi. Di dalam kedua-dua buku ini telah mencatitkan semasa kempen pihak penjajah Portugis menakluk Kota Melaka pada 1511.
Tentera penjajah Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuqurque telah berjaya menemui binaan sebuah kenderaan istana bergerak yang sangat besar dibuat dari kayu balak yang keras. Menurut catitan Alfonso de Albuquerque kenderaan istana bergerak tersebut juga turut dihiasi perhiasan bertahtakan emas.
Menurutnya catitan pihak penjajah Portugis lagi. Kenderaan istana bergerak tersebut mempunyai 30 buah roda yang amat besar. Dimana sebiji roda istana bergerak tersebut adalah amat besar saiznya. Kenderaan istana bergerak tersebut telah dibina oleh Sultan Melayu Melaka pada masa tersebut iaitu Sultan Mahmud Shah bagi menyambut kedatangan menantu beliau iaitu Sultan Pahang. Untuk menarik kenderaan istana bergerak ini, ianya memerlukan banyak ekor gajah bagi mengerakkannya.
Pihak tentera Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kemudian telah memusnahkan kenderaan istana bergerak milik Sultan Mahmud Shah itu kemudiannya dengan cara membakar hingga hangus tidak bersisa. Tindakan tersebut dilakukan oleh penjajah Portugis, setelah mereka berjaya menawan Kota Melaka sepenuhnya.
Jika melihat gambaran kenderaan istana bergerak melalui catitan oleh pihak penjajah Portugis sendiri. Kenderaan istana bergerak Sultan Mahmud Shah ini adalah amat besar sekali. Bagi mengerakkan kenderaan yang amat besar seperti istana bergerak ini. Sudah pasti ianya juga memerlukan sebuah jalan raya yang besar, luas, rata dan baik.
Ini jelas menunjukkan Kerajaan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada masa tersebut telah memiliki kemudahan jalan raya atau lebuh raya yang amat baik sekali pada masa tersebut. Ditambah lagi kenderaan istana bergerak dibina untuk menyambut kedatangan menantu beliau iaitu Sultan Pahang. Sudah pastinya terdapat laluan raya atau lebuh raya yang besar dan baik untuk menghubungkan negeri Melaka dan Pahang pada masa tersebut.
Copy and paste: 26/12/2019: 8.31 am

KOTA MELAKA PURBA

Oleh Nur Islam

No photo description available.
Kota Melaka Purba Itu Sebuah Pulau Buatan Terbesar Didunia Dikelilingi Sungai Melaka, Sungai Leleh Dan Sistem Terusan
Jika kita lihat semua peta lama Kota Melaka ketika era penjajahan Portugis dan Belanda. Kita akan dapat lihat bahawa Kota Melaka itu merupakan sebuah pulau yang dikelilingi oleh Sungai Melaka, Sungai Leleh dan sistem terusan. Sebenarnya kedudukan Kota Melaka lama yang kelilingi oleh Sungai Melaka, Sungai Leleh dan sistem terusan ini bukan lah dibina setelah penaklukan penjajah Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque pada 1511.
Kedudukan Kota Melaka yang dibina atas pulau buatan dikelilingi Sungai Melaka, Sungai Leleh dan sistem ini telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi iaitu Sultan Megat Iskandar Shah (1414 hingga 1424 masihi). Dimana ketika era pemerintahan beliau sistem pertahanan Kota Melaka telah diperkukuh.
Dimana dinding Kota Melaka telah dibina dari batu dan empat menara peninjau telah dibina pada Kota Melaka yang baru tersebut. Untuk pengetahuan anda semua Kota Melaka purba telah dibina di antara pertemuan antara Sungai Melaka dan Sungai Leleh. Di sekelilingi Kota Melaka juga dibina sistem terusan. Sistem terusan ini juga bukan hanya berfungsi sebagai sistem pengairan untuk kegunaan sumber minuman dan pertanian. Malah distem terusan ini juga bertindak sebagai tujuan pertahanan.
Dimana kedudukan Kota Melaka lama yang terletak di antara pertembungan Sungai Melaka dan Sungai Leleh . Kemudian dibina sistem terusan yang seterusnya menjadikan Kota Melaka menjadi sebuah pulau buatan terbesar di dunia pada masa tersebut. Malah kedudukan ini menjadikannya ianya strategik dari segi pertahanan.
Pekara ini diperkukuhkan dengan gelaran Kota Melaka dahulu digelar "Venice of the East". Dimana ianya cukup mengambarkan Kota Melaka dikelilingi oleh sungai-sungai atau sistem terusan. Malah ini diperkukuhkan lagi melalui catitan lama Cina mengenai sebuah jambatan yang mempunyai dua puluh pavillion bagi tujuan perdagangan menghubungan dari utara dan selatan Melaka pada masa tersebut.
Selain itu, Kota Melaka lama juga diketahui memiliki sistem kincir air bagi tujuan pengairan pertanian dan sumber minuman. Sistem kincir air ini diletakkan bagi mengairi air dari sungai ke sistem terusan buatan pada masa tersebut. Dalam catitan pihak penjajah Portugis yang menakluk Kota Melaka pada 1511 juga ada mencatitkan bahawa terdapatnya jambatan di Kota Melaka sebagai penghubung ini jelas menunjukkan Kota Melaka purba dahulu adalah kota yang dibina di atas pulau buatan yang dikelilingi oleh Sungai Melaka, Sungai Leleh dan sistem terusan.
Malah diketahui oleh kita bahawa orang Melayu adalah bangsa pertama yang telah membina pulau buatan pertama di dunia melalui kerajaan Srivijaya yang telah membina Pulau Cempaka dan Pulau Nangka yang telah saya ulas dalam artikel sebelum ini. Malah Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara atau nama Islamnya Sultan Iskandar Shah (1344 hingga 1414) adalah pewaris dari keturunan raja Srivijaya. Tidak mustahil ilmu membina pulau buatan yang dikelilingi sungai atau sistem terusan ini diwarisi oleh beliau dan Sultan Melska yang seterusnya.
Penjajah Portugis yang membina Kota A Famosa pada 1511 sebaik Kota Melaka berjaya ditawan. Seperti yang kita ketahui, kota A Famosa ini dibina di atas kedudukan asal Kota Melaka Kesultanan Melayu Melaka dengan membina temboh Kota Melaka yang dibuat dari batu laterit dan nengantikannya dengan dinding kota yang baru.


Melalui pendedahan ini, dapat kita ketahui bahawa orang Melayu zaman dahulu telah mempunyai pengetahuan untuk membina kota yang strategik di kawasan pulau buatan yang dikelilingi sungai dan sistem terusan. Malah kerajaan Srivijaya adalah bukti kehebatan peradaban orang Melayu adalah pembina pulau buatan pertama di dunia sebelum Pulau Tenochtitlan dibina oleh tamadun orang Aztec pada tahun 1325 masihi.

Copy and paste: 26/12/2019: 8.43 am

Rahsia Di Sebalik Kepingan Besi Hitam Sungai Batu


Rahsia Di Sebalik Kepingan Besi Hitam Sungai Batu, Peta Purba Cladius Ptolemy, Maleu-Kolon, Coconagara, Lebuh Raya Purba Yang Menghubungkan Kawasan Pantai Barat (Kedah) Dan Pantai Timur (Patani) Serta Sejarah Asal Usul Nama Sungai Petani Dan Banjaran Titiwangsa.
Di dalam keratan akhbar Berita Harian bertarikh 7 Ogos 2017. Menyatakan bahawa satu kumpulan ekspedisi telah menemui sebuah lebuh raya atau laluan purba orang Melayu zaman Langkasuka yang menghubungkan wilayah Sungai Batu, Kedah dengan wilayah Patani. Malah laluan ini adalah laluan pintas untuk menghubungkan antara dua kawasan tersebut yang pada masa tersebut adalah merupakan wilayah kerajaan Langkasuka iaitu kerajaan Melayu purba yang wujud antara abad ke-2 hingga 15 masihi.
Malah dalam artikel saya sebelum ini pernah mengangkat maklumat mengenai laluan purba tersebut. Kewujudan laluan purba tersebut adalah sebagai fungsi untuk menghubungkan kawasan industri pengeluaran besi dunia pada masa tersebut iaitu Sungai Batu, Kedah dengan pusat pentadbiran kerajaan Langkasuka yang mengawal pengeluaran industri besi dunia pada masa tersebut.
Malah nama Sungai Patani di Kedah juga mendapat nama akibat aktiviti laluan perdagangan dan pentadbiran antara wilayah Kedah dan Patani pada masa tersebut. Malah laluan tersebut juga lah yang menjadi laluan utama penghubung antara kawasan pantai barat dan pantai timur pada masa tersebut.
Malah menurut kenyataan Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Dr Muhammad Pauzi Abdul Latif mengatakan bahawa laluan tersebut juga merupakan laluan selamat bagi mengelakkan aktiviti lanun yang mensasarkan barang dagangan pedagang terutamanya kepingan besi hitam Sungai Batu yang menjadi produk begitu beharga pada masa tersebut kerama kualitinya cukup berlualiti tinggi. Malah kepingan besi hitam Sungai Batu tersebut ibarat mata wang pada masa tersebut.
Malah melalui aktiviti tersebut juga nama Banjaran Titiwangsa juga mendapat namanya dimana apabila barang dagangan sampai di sungai yang terletak di hujung banjaran Titiwangsa maka barangan dagangan tersebut akan ditarik menggunakan gajah untuk dibawa banjaran tersebut. Dimana laluan melalui kawasan banjaran tersebut ibarat menjadi titi atau jambatan. Malah perkataan wangsa adalah bermaksud bangsa dan dan laluan itu menjadi titi bangsa Melayu Langkasuka pada masa tersebut sehinggalah banjaran tersebut dipanggil banjaran Titiwangsa dan kekal hingga kini.
Kemasyuran aktiviti perdagangan besi dan emas di Tanah Melayu yang sebenarnya telah bermula pada sebelum masihi lagi. Malah ianya wujud sebelum kewujudan kerajaan Langkasuka lagi. Kemasyuran tersebut telah tersebar hingga ke luar negara. Malah kemasyurannya telah sampai sehingga ke Greek. Manakan tidak ahli geografi, matematik dan astronomi terkenal dunia iaitu Cladius Ptolemy yang kemudian telah melakar peta dunia purba dan memasukkan peta Tanah Melayu atau dikenali sebagai Golden Chersones atau Semenanjung Emas.
Malah dalam peta Ptolemy tersebut terdapatnya perkataan Maleu-Kolon merujuk kepada orang Melayu. Malah di dalam peta Ptolemy ini juga disebut nama tempat coconagara atau kerajaan Gangga Negara yang terletak di pantai barat semanjung emas tersebut. Hal ini adalah bertepatan dengan kedudukan kerajaan Gangga Negara yang terletak di daerah Bruas, Perak yang merupakan negeri yang terletak di pantai barat Semananjung Tanah Melayu.
Penemuan ini menjadi hujah yang jelas menolak dakwaan jahat sesetengah pihak yang berkepentingan mengatakan bahawa orang Melayu adalah pendatang di Semenanjung Tanah Melayu ini. Fakta ini juga adalah bukti bahawa tamadun Sungai Batu, Lembah Bujang dan Gangga Negara adalah peradaban milik orang Melayu dan bukan milik bangsa lain seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Copy and paste: 26/12/2018: 8.38 am

SENJATA API MELAYU


Sebenarnya saya agak terkejut apabila tiba- tiba sahaja timbul isu senjata api Melayu sejak beberapa tahun lepas. Kononnya hal ini tidak diajar di sekolah sebab disorok British.
Setahu saya hal ini memang diajar di sekolah. Tak disorok pun. Sejak mula pandai membaca, saya selalu membaca buku subjek Sejarah dan Sastera saudara- mara saya yang lebih tua. Memang ada diceritakan perihal senjata api Melayu.
Maksudnya saya telah mengetahui orang Melayu sudah menggunakan senjata api sejak kanak- kanak. Selain itu perkara ini saya tahu melalui pembacaan cerita dongeng atau rakyat.
Bila dah masuk sekolah menengah tahap SPM kebetulan saya tergolong sebagai murid kurang pandai. Jadi saya masuk ke dalam aliran Sastera atau lebih tepatnya Sastera tulen.
Lagi sekali saya berjumpa dengan senjata api bangsa Melayu lama yang digunakan orang Melayu zaman dahulu. Saya jumpanya melalui sumber bacaan yang tersedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran formal di dalam kelas ( Sastera 2001-2002 & Sejarah 1998- 2002). Biasanya ia digelar sebagai bedil, ubat bedil, rentaka, pemuras, istinggar & meriam. Periuk api pun ada! Tak lupa mercun.
Jujurnya saya tak kenal fizikal setiap senjata api atau bahan letupan itu secara spesifik sebab tak pernah jumpa dan tiada atau sangat kurang bahan bergambar. Apa yang pasti kesemuanya tercatit.
Walaupun begitu saya tak takjub langsung sebab saya bukan belajar secara bawah tanah dan berdasarkan sumber bawah tanah. Sebaliknya melalui arus perdana. Dan saya percaya saya bukan satu- satunya manusia yang mengambil mata pelajaran Sejarah dan Sastera. Saya masa tu percaya ramai orang tahu perihal ini.
Tup tup tiba- tiba beberapa tahun lepas (termasuklah tahun lepas) timbul isu ini konon tak diajar di sekolah.
Bukan saya mahu mempersoalkan pengetahuan orang lain; "Pergi sekolah belajar ke tak? " atau "Buat latih tubi soalan ramalan sebab nak lulus periksa je ke?". Bukan itu niat saya. Lagipun nampak macam saya ni poyo pulak: "Macam dia sorang je yang belajar." Padahal saya pun taklah berjaya mana.
Dan saya juga tak cakap cikgu tak tahu mengajar; sekadar ikut silibus mana masuk periksa atau cikgu tu bukan ahlinya.
Namun saya hairan juga; tiadakah individu yang belajar dan mengajar sastera tulen atau paling kurang tahu mengenainya yang cuba membetulkan tanggapan bahawa tiada yang disembunyikan mengenai senjata api Melayu? Mungkin ada cuma tidak menonjol barangkali.
Tidak mengapa kerana ada isu lain yang lebih utama yang ingin saya sentuh.
Tatkala kita heboh dengan senjata api tradisi Melayu kononnya baru dibongkar tetapi pernah terfikir tak faktor lain yang menyokong penggunaan senjata api tersebut?
Ada yang mempersoalkan mengapa Melayu kalah walaupun guna senjata api? Ada yang menjawab disebabkan faktor strategi dan pengkhianatan.
Saya tak tolak faktor- faktor yang dikemukakan itu sebagai jawapan tetapi saya percaya faktor lain tidak kurang penting; penambahbaik teknologi melalui penciptaan berterusan dan pembuatan besar-besaran secara berpiawai dan seragam.
Suka dimaklumkan bahawa saya tiada kelayakan langsung dalam bidang sains tulen dan senjata api tetapi ada sejarah menarik yang ingin saya kongsi secara ringkas.
Telah beratus tahun senjata api tak kira namanya bedil, istinggar atau rentaka tidak mengalami evolusi perkembangan yang ketara; masih menggunakan bahan peledak (ubat bedil) yang sama dan juga sistem peledak yang sama yakni pakai batu api.
Sekitar kurun ke 19 potassium klorat telah dijumpai sebagai komponen ubat bedil yang lebih kuat berbanding potasium nitrat (juga dikenali sebagai saltpetre) yang biasa digunakan selama ini. Kemudian mercury fulminate ditemui sebagai bahan peledak yang hebat.
***terdapat variasi bahan kimia sebagai komposisi ubat bedil yang ditemui kemudiannya.
Masalahnya dengan kedua bahan ini walaupun ianya kuat dan hebat tetapi ianya terlalu berbahaya dan sukar dikawal. Jika penggunaan potasium nitrat lebih berfungsi sebagai bahan pencetus pembakaran dengan membekalkan oksigen kepada campuran serbuk arang dan belerang (sulfur) di dalam ubat bedil, tetapi potassium klorat dan mercury fulminate lebih kepada bahan peledak.
Para pencipta zaman dahulu cuba menyesuaikan formula pemuatan/loading yang sesuai ke dalam senjata api namun kesemuanya gagal.
Sistem pembakaran dan peledak senjata api zaman dahulu terdiri secara asasnya terdiri daripada tiga komponen: bekas bertutup yang dipanggil pan, plat besi untuk diketuk dan penukul batu api untuk mengetuk bagi menghasikan percikan bunga api.
Sebelum penggunaan batu api, sistem cucuhan sumbu digunakan dalam pembakaran untuk meledak ubat bedil. Biasanya sumbu dibuat daripada serat tumbuhan seperti ganja dan sudah siap dinyalakan dengan kadar yang amat perlahan. Kelemahannya tentulah tidak boleh digunakan dalam hujan atau dalam air. Juga kurang sesuai digunakan di kawasan berangin kuat. Selain kepanjangan sumbu perlu diubahsuai bagi memastikan cucuhan sampai pada ubat bedil.
Kemudian sistem yang menggunakan batu api (flint stone) diperkenalkan telah dapat menutupi banyak kelemahan penggunaan sumbu.
Sistem sebegini sememangnya sesuai untuk ubat bedil yang terdiri daripada campuran serbuk arang, belerang dan potasium nitrat. Namun sangat tidak sesuai untuk potassium klorat atau mercuric fulminates. Malah sangat bahaya khususnya penggunaan batu api itu sendiri.
Akhirnya timbullah idea bijaksana tetapi sangat ringkas sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Batu api disingkirkan dan penukul hanyalah terdiri daripada besi semata- mata. Hasilnya sangat menakjubkan; kedua jenis bahan kimia kuat yang bahaya dan sukar dikawal itu berjaya dimanfaatkan begitu baik sekali.
Berikutan penemuan bijak ini, timbul usaha untuk mencipta katrij atau kelongsong memandangkan penemuan ini sesuai untuk perkembangan penciptaan kelongsong.
Suatu ketika dahulu proses pemuatan peluru dan ubat bedil membabitkan prosedur yang rumit, bahaya dan mengambil masa. Penciptaan kelongsong membolehkan peluru dan ubat bedil dimuatkan dengan serentak pada satu masa yang singkat, campuran ubat bedil yang seragam dan selamat.
Pelbagai jenis kelongsong dicipta oleh pelbagai pihak berbeza. Akhirnya kelongsong yang secara asasnya terdiri daripad tiub sebagai badan, buntutnya sebagai tempat untuk menerima ketukan, tengah badan sebagai tempat menyimpan bahan peledak dan muncung hadapan sebagai tempat peluru.
Pembuatan atau produksi memainkan peranan penting dalam menyokong senjata api. Moden macam mana sekalipun, jika pembuatan lemah, tidak ke mana.
Senjata api dibuat besar- besaran dalam jumlah yang banyak di kilang- kilang. Ianya bukan lagi produk dari rumah atau bengkel kecil yang dihasilkan secara terhad.
Pembuatan skala besar- -besaran secara pukal atau "mass production" dijayakan oleh mesin-mesin hasil teknologi dan kejuruteraan yang maju.
Dahulu pembuatan senjata api melibatkan tidak ramai pekerja dan mereka itu adalah tukang mahir yang menghasilkan produk dengan kualiti yang berbeza di antara setiap satunya atau setiap tukang. Ianya lebih kepada kerja seni.
Seiring dengan kemajuan, pembuatan secara pukal melibatkan ramai pekerja atau buruh tidak mahir. Kerja yang dahulunya merupakan kerjaya seni yang memerlukan kepakaran dan ketelitian yang tinggi tetapi kemudian bertukar menjadi satu kerja rutin yang berulangan. Kualiti produk atau senjata api yang dihasilkan adalah seragam.
Peristiwa yang saya sebutkan berlaku sekitar kurun ke 18 dan 19. Temasuk kurun 20. Selari dengan revolusi perindustrian di Eropah. Pada masa yang sama kemuncak negara Eropah sebagai kuasa penjajah. Perkembangan pesat yang selanjutnya membimbing kepada perang dunia pertama dan kedua.
Selari dengan itu juga ilmu pentadbiran perniagaan semakin berkembang pesat dengan kemunculan pelbagai teori dan kaedah pengurusan yang tercetus dan digunapakai dalam revolusi perindustrian serta kancah perang dunia dan selepasnya. Contohnya PERT (Program Evaluation & Revision Technique), CPM (Critical Path Method), Gantt Chart, Linear Programming, Assembly Line, Layout Analysis, Teori Hirarki Keperluan Abraham Maslow dan sebagainya.
Sumber Sejarah;
Sejarah Asia Tenggara, Asia Tengah dan Asia Timur 1800- 1963/Edisi Kedua/Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj Mad Aros & Suffian Mansor/ Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd 2003/ Cetakan pertama 2000

Sumber sastera;
1) Analisis Kritis Pantun dan Puisi Melayu Tradisi STPM/ Moechtar Awang/ Penerbit Elman Sdn. Bhd/ 1992

2) Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu/ Penyelenggara: A. Samad Ahmad/Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur/2003/ Cetakan pertama 1979
Sumber gambar;
Keris And Other Malay Weapon/ G. B. Gardner (Johore Civil Service/ Diedit B. Lumsden Milne/ Progressive Publishing Company/Jalan Killiney, Singapura/1932

Sumber sokongan;
1)Pengajian Perniagaan STPM/ Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa & Abdullah Munsi bin Abdul Rahim/Pustaka Saujana 1999

2)Operation Management/ Roaimah Omar/ Pusat Perkembangan Pendidikan Universiti Teknologi Mara 2002/ Cetakan pertama 1999
Sumber lain;
Wikipedia

Sumber sejarah kartrij;
Laman web Positive Shooting: The History Of The Cartridge

Copy and paste: 26/12/2019: 8.05 am

Kalau roboh kota Melaka


"Kalau roboh kota Melaka,Papan di Jawa saya gantikan"
Begitulah antara petikan pantun lama.
Persoalannya mengapa Jawa? Perlu ke papan di ambil dari Pulau Jawa?
Tiada langsungkah hutan di Semenanjung Tanah Melayu waktu itu untuk dapatkan balak?
Bukankah hutan di Semenanjung Tanah Melayu mengandungi begitu banyak jenis kayu yang bagus-bagus?
Saya sebagai bekas murid aliran Sastera tulen di sekolah ingin membuat sedikit ulasan serta andaian.
Pertama, Kota Melaka serta kawasan penempatan rakyat negeri Melaka di sekelilingnya sangat luas. Oleh itu radius jangkauan untuk sampai ke hutan bertambah jauh. Hutan jauh dari Kota Melaka.
Kedua, kedudukan geografi. Kota Melaka berada di pesisir pantai. Hutan di mana tempat yang mempunyai kayu-kayan berada di pedalaman. Sudahlah mahu mencarinya lagi; belum tentu berada berdekatan terus jumpa, tetapi mungkin perlu merayau jauh terlebih dahulu di dalam hutan banat barulah berjumpa pokok balak yang sesuai diambil kayunya untuk dibuat papan.
Ketiga, pengangkutan. Pengangkutan laut pada waktu itu lebih berkesan berbanding pengangkutan darat. Ditambah pula dengan permukaan bumi yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang serta berhutan tebal menyukarkan pengeluaran kayu balak. Dah siap tebang kena bawak keluar lagi. Bukan kerja senang. Dan bila dah keluar dari hutan, kena angkut lagi bawa ke Kota Melaka yang jauh itu. Walaupun sudah melewati penempatan manusia yang tidak berhutan banat sekalipun, tidaklah mudah mengangkut kayu balak dari hutan di kawasan pedalaman ke kawasan pesisir pantai di mana terletaknya Kota Melaka. Meskipun sudah diproses menjadi papan sekalipun, bukan senang untuk diangkut dalam perjalanan yang jauh.
Keempat. Jumlah atau volum. Pengangkutan yang ada pada waktu itu seperti gajah, kerbau dan kereta lembu sudah pasti tidak dapat membawa banyak jumlah muatan papan bagi membina kota dalam masa yang singkat.
Kelima, pokok jati. Kayu jati merupakan antara kayu yang terbaik di dunia baik dari segi kekerasan, kekuatan, kelenturan dan tahan lama. Salah satu ciri utama kayu jati adalah mengandungi sejenis minyak yang membuatkannya tahan dari serangan anai-anai serta tahan air tidak kiralah air tawar mahupun air laut. Sesuai sekali diguna sebagai asas Kota Melaka yang berada di pesisir pantai yang terdedah kepada air laut.
Keenam, Pulau Jawa adalah pengeluar kayu jati sejak sekian lama hinggalah hari ini. Indonesia merupakan salah satu pengeksport kayu jati dunia. Salah satu keistimewaan pokok jati adalah tumbesarannya yang secara relatifnya lebih cepat berbanding pokok-pokok balak di dalam hutan yang memerlukan saiz boleh tuai dari puluhan tahun hingga ratusan tahun. Sebab itulah pokok jati dijadikan sebagai pokok pertanian. Di Pulau Jawa pada hari ini pokok jati bukan sekadar ditanam di tepi jalan atau pokok hiasan di taman tetapi merupakan komoditi pertanian utama yang sememangnya ditanam oleh para petani khususnya yang mengamalkan gaya pertanian campuran; misalnya pokok jati ditanam di dalam kebun atau ladang pada jarak tertentu dan di celah-celah ruang di antara pokok-pokok tersebut diusahakan tanaman lain seperti sayur-mayur serta tanaman buah-buahan lain.
Ketujuh, iklim. Mengapa tak ditanam sahaja pokok jati di Semenanjung Tanah Melayu pada waktu itu? Pokok jati tidak sesuai ditanam di kawasan beriklim khatulistiwa yang menerima banyak hujan seperti di Semenanjung. Ianya hidup subur di kawasan tropika yang beriklim agak kering dengan taburan hujan yang sedikit. Cuba tengok di kiri-kanan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang ditanam dengan tanaman pokok jati, di bahagian selatan serta tengah Semenanjung pokoknya sangat lambat membesar dan kecil-kecil. Tetapi semakin menuju ke utara seperti Kedah & Perlis pokok-pokok jatinya semakin besar dan subur. Meskipun begitu iklim di kedua negeri tersebut masih tidak 100% sama dengan negara-negara utama pengeluar kayu ini. Dan mengapa pada waktu itu tak ambil sahaja kayu jati dari Kedah, Perlis dan mana-mana negeri Melayu di sekitar Sgenting Kra yang mana pokok jatinya jauh lebih subur? Jawapannya kembali semula kepada point nombor tiga yakni pengangkutan.
Kelapan, kesesuaian iklim dan tanah untuk penanaman pokok jati di sebahagian Pulau Jawa. Di sebahagian pulau Jawa iaitu Jawa Tengah dan Jawa Timur sangat sesuai dengan penanaman pokok jati, khususnya Jawa Timur yang lebih kerap menghadapi kemarau dan lebih panas cuacanya . Malah Jawa mempunyai spesis pokok jatinya sendiri yang berbeza dengan spesis di tanah besar. Ia merupakan pokok jati endemik kepada pulau tersebut dan tidak ada di mana-mana tempat.
Kesembilan, kemahiran pemprosesan kayu untuk dijadikan papan. Hari ini di Jawa, orangnya ramai yang membelah sendiri pohon kayu untuk dibuat papan dengan adanya banyak bengkel atau kilang kayu kecil di kampung-kampung. Setahu saya situasi yang berbeza dengan di Malaysia yang biasanya industri pemprosesan papan hanya dikuasai syarikat besar dan jika dibelah untuk pengeluaran papan skala kecil oleh orang kampung semata-mata menggunakan gergaji berantai. Mungkin pada masa lalu mereka orang Jawa mahir dalam membelah kayu untuk dijadikan papan dalam skala besar. Hal ini disokong dengan peristiwa Betara Majapahit menghantar bingkisan berupa tatal atau reja yang diketam dari kayu dengan sangat nipis dan panjang tanpa putus kepada Sultan Singapura.
####
Kayu tak kuat menahan serangan senjata api seperti terakol, pemuras dan meriam. Mana mungkin Kota Melaka diperbuat daripada kayu.
Setuju! Saya sangat setuju!
Meskipun begitu saya ingin jelaskan beberapa perkara:
Pertama sekali saya bukan pakar senjata api; baik moden mahupun tradisional. Namun saya sangat percaya setiap perkara itu sentiasa berevolusi tidak kiralah apa pun. Contoh mudah adalah teknologi telefon bimbit. Begitulah juga dengan teknologi senjata api.
Kedua, sepengetahuan saya senjata api masih tidak wujud lagi ketika zaman Nabi Adam. Juga masih tidak lagi wujud ketika zaman Nabi Muhammad (SAW) sekitar kurun ke enam dan ke tujuh. Pada zaman kerajaan Melaka pada kurun ke 15 ada penggunaan senjata api dan ketika ini pencetus letupan menggunakan bara dari sumbu. Bukannya sistem picu dengan pelantak dengan ubat bedil yang mudah meletup. Perihal bahan peledak/letupan saya pernah usulkan di pautan ini:
Ketiga, ketika zaman penubuhan, kegemilangan dan kemalapan berlaku sewaktu senjata masih baru lagi dicipta, secara relatifnya. Seterusnya sentiasa berkembang atau berevolusi dengan penambaikan. Selari dengan itu, sistem pertahanan seperti dinding kota juga melalui fasa penambahbaikan contohnya material binaan.
Tinjauan secara kasar di internet mendapati bahan letupan ditemui/dicipta pada kurun ke 11, senjata api berat iaitu meriam mula dicipta pada kurun ke 12 dan senjata api yang lebih ringan mula dicipta pada kurun ke 14. Satu jujukan masa dari kurun 11, 12, 14 hinggalah 15 menunjukkan bahawa tidak terlalu jauh permulaan penemuan bahan peledak serta penciptaan senjata api dengan zaman Melaka. Tambahan lagi, buat permulaannya ia berlaku dengan perlahan, ia tidak berlaku mendadak secara tiba-tiba. Hakikatnya zaman Portugis sebagai kuasa penjajah Barat pertama dan keruntuhan empayar Melaka adalah diperkirakan zaman awal kepesatan perkembangan senjata api serta bahan letupan. Oleh itu, sistem pertahanan pun berkembang seiring untuk beradaptasi atau mungkin lebih sedikit lambat berbanding perkembangan senjata api.
Kesimpulannya saya mengandaikan sistem pertahanan berkembang dari tahan tusukan senjata tajam seperti anak panah dan lembing kepada tahan hentaman berat peluru yang dicetuskan oleh letupan. Sistem pertahanan bukanlah boleh diubah secara serta merta dalam masa yang terdekat untuk beradaptasi dengan serangan. Sebaliknya mengambil masa.
Masa saya mengandaikan Kota Melaka berubah beransur-ansur daripada kayu ke batu. Di mana sistem pertahanan berkembang untuk menghadapi serangan senjata api yang semakin canggih.
####
Kota Melaka Diperbuat Daripada Batu.
Baiklah. Perihal Kota Melaka diperbuat daripada batu itu tidaklah pula saya membantahnya. Disebabkan saya seorang sahaja manusia yang beria-ria menaikkan pasal kayu dalam pembinaan Nusantara (setahu saya, mungkin saya perasan), bukanlah bermaksud saya menafikan bahan binaan berasaskan batu.
Boleh sahaja Kota Melaka dibina daripada batu. Mungkin sahaja diambil batu granit daripada kuari terdekat masa tu. Lagipun Semenanjung Tanah Melayu memang dipenuhi bukit-bukau dan gunung-ganang yang kaya dengan batu granit.
Hakikatnya, binaan batu walaupun ada perkataan batu, tidaklah semestinya diperbuat daripada batu khususnya batu granit. Mungkin boleh jadi menggunakan batu sungai. Atau tidak menggunakan batu langsung, maksudnya batu asli yang wujud secara semula jadi.
Boleh jadi ianya adalah batu buatan, atau mudahnya batu-bata. Bukanlah perkara mustahil malahan lebih logik. Terlampau banyak bahan asas untuk membuat batu-bata serta bahan perekat/motar yang sedia ada wujud secara semulajadi di sekitar Kota & Negeri Melaka. Dan ianya mungkin sangat banyak berikutan sangat ramainya populasi rakyat Melaka. Antaranya:
1)Pasir tak kiralah pasir sungai atau pasir laut. Kedua-dua bahan ini digunakan sebagai campuran batu-bata.
2)Selut, lumpur dan tanah liat yang diperolehi dari muara, sungai, sawah bendang serta kawasan berpaya/berair. Bahan-bahan ini boleh dijadikan bata sama ada sebagai bahan campuran mahupun bahan tunggal (khususnya tanah liat). Selain itu kesemua bahan ini boleh dijadikan perekat/motar.
3)Telur. Tak kiralah telur burung, angsa, itik atau ayam. Semakin ramai rakyat maka semakin banyaklah angsa, ayam dan itik yang dipelihara. Maka semakin banyaklah telur. Telur terutamanya bahagian telur putih boleh digunakan sama ada sebagai bahan buat batu-bata mahupun perekat/motar.
4)Sekam. Semakin ramai rakyat maka semakin banyaklah padi. Maka semakin banyak sekam. Sekam boleh digunakan sebagai bahan asas untuk menguatkan batu-bata mahupun bahan bakar batu-bata untuk mengeraskannya.
5)Karang-karangan dan kerang-kerangan sebagai bahan kapur. Memandangkan Kota Melaka terletak berhampiran dengan pantai, ianya satu rahmat yang cukup besar. Tidak perlu jauh meredah hutan belantara dan bersusah payah memanjat bukit atau gunung kemudian menarahnya untuk mendapatkan kapur daripada batu kapur. Cukup sekadar mengutip sisa batu karang dan kulit kerangan serta kulit siput yang berlambak-lambak untuk mendapatkan kapur. Kesemua bahan-bahan ini dihancurkan sebelum dibakar dalam kebuk pada suhu tertentu untuk mengekstrak kapur tulen. Proses pembuatannya sama seperti membuat kapur sirih. Saya pernah menyelitkan di beberapa kiriman saya sebelum ini perihalnya. Kapur digunakan sama ada sebagai bahan campuran batu-bata atau campuran bahan perekat.
6)Kayu. Kayu sebagai sumber bahan api yang melumpah-ruah untuk menjayakan proses binaan. Contohnya selain mengekstrak kapur, ia juga digunakan untuk membakar batu-bata demi menambahkan kekerasannya.
Kesimpulannya logik sahaja dan mungkin lebih tepat lagi sememangnya Kota Melaka diperbuat daripada batu. Ternyata Kota Melaka diperbuat daripada batu.
Walaupun begitu saya berpendapat mustahil Kota Melaka dibina secara sempurna dalam masa satu hari sahaja. Pastinya pembinaanya mengambil tempoh yang lama. Apatah lagi jika dibuat daripada batu granit pastinya mengambil masa yang lama untuk mengangkutnya sahaja sementelahan pula jika diangkut mengikut jalan darat pada waktu itu. Makanya sebelum batu granit sampai, wajiblah gunakan bahan yang lebih mudah didapati dan dibuat yang sedia ada, seperti kayu, batu sungai dan batu-bata. Ianya jauh lebih baik daripada membiarkan kota lompong terdedah kepada serangan musuh sementara menunggu batu granit sampai.
Lagipun seperti dinyatakan sebelumnya, penggunaan bahan binaan berkolerasi dengan perkembangan senjata api.
Kesimpulan akhir saya adalah sepanjang berdirinya Kota Melaka, ianya menggunakan apa jua bahan binaan untuk mendirikannya selari dengan masa dan keperluan.
Sekadar pendapat peribadi.


Copy and paste from FB 
26/12/2019: 8.02 am

Monday, 23 December 2019

ISU ETNIK UYGHUR

Oleh Ayman Rashdan Wong

Isu Uyghur tengah hangat, ramai minta aku ulas. Aku nak ulas lama dah, cuma asyik tulis padam, tulis padam. Serba salah rasa sebenarnya.
Disebabkan agak panjang (ini mungkin tulisan FB aku yang paling panjang, gila psycho), aku pakai format numbering. First time aku tulis style macam ini. Senang korang nak refer nanti. Kalau nak copy paste tak perlu lah salin penuh, ambil je perenggan yang berkaitan. Kadang aku buat lawak hambar pun korang copy share, aduhai.
Panjang pulak mukadimah. Ini dia:
1. Sedikit sejarah pasal Xinjiang. "Xinjiang" (ejaan Mandarin baharu / Hanyu Pinyin) atau "Sinkiang" (ejaan Mandarin lama / Postal Romanization) bermaksud sempadan baharu dalam Bahasa Cina. "Baharu" sebab hanya sehingga 1759, kawasan ini dimasukkan ke dalam Empayar China (waktu itu diperintah oleh Dinasti Qing yang pemerintahnya terdiri daripada Kaum Manchu).
2. Di bawah Republik Rakyat China (PRC), Xinjiang ialah sebuah wilayah autonomi. Autonomi ini perlu disebabkan majoriti penduduk Xinjiang ialah Kaum Uyghur yang mempunyai agama (Islam) dan bahasa (Uyghur) yang tersendiri. Uyghur ialah etnik terbesar di Xinjiang (46%), diikuti oleh Han (39%), Kazakh (7%), Hui (4.5%) dan Kyrgyz (0.9%). Di peringkat negara, Uyghur ialah etnik ke-5 besar selepas Han, Zhuang, Hui dan Manchu.
3. Uyghur ialah salah satu cabang kelompok rumpun Turkik ("Turkic") yang bertebaran di Asia Tengah, bersama-sama Kazakh (bangsa utama Kazakhstan), Uzbek (bangsa utama Uzbekistan), Turkmen (bangsa utama Turkmenistan), Kyrgyz (bangsa utama Kyrgyzstan), Azeri (bangsa utama Azerbaijan) dan Turk (bangsa utama Turki). Tapi jangan anggap ada nama "-stan" terus jadi Turkik. Tajikistan dan Afghanistan ialah "Iranic".
4. Sebab itu muka selebriti Uyghur seperti Dilraba, Gulnazar dan Hanikezi ada mirip Orang Turki. Tapi jangan pukul rata. Ada juga muka Uyghur yang lebih dekat dengan Cina Han dan Mongol, contoh seperti Abudushalamu Abudurexiti, pemain basketball dan Neghmet Rakhman, pengacara CCTV. Konsep rumpun bangsa yang dipakai dalam bidang "ethnolinguistics" adalah berdasarkan persamaan bahasa, bukan berdasarkan keturunan.
5. Uyghur pada asalnya ialah penganut Manichean dan Buddha, pernah mendirikan Uyghur Khaganate yang menguasai seluruh kawasan Mongolia dan pernah menakluk ibu kota China, Chang'an pada tahun 765. Namun sekitar tahun 840, Uyghur dikalahkan oleh Kyrgyz dan berpecah. Ada yang berpindah ke Gansu dan berkembang menjadi Kaum Yugur (裕固族). Uyghur yang berada di Qocho dan Turpan (di Xinjiang sekarang, tapi waktu itu tak ada konsep Xinjiang) mendirikan negara Qara-Khoja.
6. Pada tahun 1209, Qara-Khoja menyerah kepada Empayar Mongol bawah Genghis Khan. Selepas Empayar Mongol berpecah, Uyghur jadi subject kepada Chagatai Khanate (yang diasaskan oleh anak kedua Genghis Khan). Selepas raja (khan) Chagatai memeluk Islam, Uyghur pun bertukar agama mereka daripada Buddha kepada Islam, mengikuti mazhab Hanafi.
7. Kerajaan Mongol terakhir yang memerintah Uyghur ialah Dzungar Khanate. Dzungar ialah penganut Buddha, jadi Uyghur cuba lawan Dzungar dengan bekerjasama dengan Qing.
8. Pada tahun 1755, Qing menghapuskan Dzungar. Qing melantik Burhanuddin Khoja dan adiknya Jahan Khoja sebagai pemimpin Uyghur di Altishahr.
9. Altishahr merujuk kepada kawasan Tarim Basin. Geografi 101: Xinjiang dipisahkan oleh Banjaran Gunung Tianshan. Bahagian utara dikenali sebagai Dzungaria, kawasan yang dikuasai penuh oleh Dzungar (Mongol). Bahagian selatan dikenali sebagai Kashgaria atau Tarim Basin, atau Altishahr menurut Uyghur. Altishahr (آلتی شهر) bermaksud "6 bandar", merujuk kepada Kashgar, Yarkand, Khotan, Aqsu, Uch Turfan dan Kucha.
10. Burhanuddin dan Jahan Khoja ialah makhdum (مخدوم) atau syeikh tarekat Naqshbandi. Kerajaan Qing menggelarkan mereka sebagai Khoja Besar dan Khoja Kecil (大小和卓 / da xiao he zhuo). Khoja (خوجا) ialah gelaran hormat kepada guru Sufi yang dipakai di kalangan kaum-kaum Turkik. Kalau di Turki panggil "hoca".
11. Tak lama kemudian, Burhanuddin dan Jahan memberontak dan melancarkan jihad terhadap Qing. Qing berjaya mematahkan pemberontakan pada tahun 1759 dan menempatkan Altishahr di bawah pemerintahan langsung, maka bermulalah sejarah Uyghur di bawah China.
12. Tapi keturunan Khoja meneruskan jihad mereka di Kokand Khanate (Uzbekistan hari ini). Kokand menghantar Yaqub Beg (ياقۇب بەگ) untuk membantu Burzug Khan (cicit Burhanuddin) rampas balik Altishahr. Tapi Yaqub Beg menyingkirkan Burzug Khan, sendiri jadi penguasa Altishahr dan mendirikan kerajaan bernama Yettishahar pada tahun 1864. Yettishahar bermaksud "7 bandar", tambah Turfan. [1]
13. Walaupun Yaqub Beg berjaya dipatahkan oleh Qing pada tahun 1877, dia kekal sebagai inspirasi Uyghur yang mahu bebas daripada China. Rebiya Kadeer (pemimpin World Uyghur Congress, lihat Perenggan 26) menggelarkan Yaqub Beg sebagai "our Uyghur hero", walaupun etnisiti Yaqub Beg ialah Tajik. [2]
14. Kesan pemberontakan Yaqub Beg ialah merosotnya autoriti agamawan seperti Khoja di kalangan Uyghur. Dengan itu, "Pan-Turkic nationalism" muncul sebagai "rallying call" baharu. [3]
15. Pan-Turkic Nationalism ialah ideologi yang dibawa oleh Kaum Muda ("Jadid") di kalangan intelektual Uyghur (Kaum Tua digelar sebagai "Qadim"). Golongan ini dipengaruhi oleh ideologi Pan-nasionalisme moden semasa menerima pendidikan di Russia di mana kajian "Turcology" (kajian bahasa dan budaya Turkik) berkembang dengan pesat. [4]
16. Mereka membayangkan Asia Tengah sebagai "Turkestan", tanah tumpah darah rumpun Turkik. Xinjiang berada di sebelah timur, jadi ia adalah "East Turkestan". Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Kyrgyzstan pula adalah "West Turkestan". Matlamat Jadid adalah untuk mendirikan sebuah negara Turkestan yang menyatukan semua bangsa-bangsa Turkik.
17. Percubaan pertama untuk mendirikan negara East Turkestan berlaku pada November 1933. Waktu itu Qing sudah tumbang, diganti dengan Republik China (ROC) yang diperintah oleh Parti Nasionalis (Kuomintang).
18. Islamic Republic of East Turkestan diisytiharkan di Kashgar dengan Khoja Niyaz sebagai Presiden dan Sabit Damulla sebagai Perdana Menteri. Namun akibat serangan tentera Kuomintang (dipimpin oleh Ma Chung-ying, jeneral Muslim Hui) dan konflik dalaman, kerajaan East Turkestan pertama ini tumbang selepas 5 bulan, belum sempat nak menguasai seluruh Xinjiang. Dan disebabkan insiden ini, ramai Uyghur masih berdendam dengan Hui walaupun sama-sama Muslim.
19. Percubaan kedua berlaku pada 1944. East Turkestan Republic didirikan di Ili, dipimpin oleh Elihan Tore dan kemudian Ehmetjan Qasim. Kali ini tiada nama "Islamic" sebab ia disokong oleh USSR yang komunis. Republik kedua bertahan lebih lama (1944-1949) tapi tak dapat sokongan Pan-Turkic Nationalist yang anti-komunis.
20. Pan-Turkic Nationalist yang anti-USSR seperti Muhammad Amin Bughra, Isa Alptekin, Masud Sabri dan Burhan Shahidi mula mengubah pendirian. Mereka tidak lagi menaruh harapan terhadap idea East Turkestan dan sebaliknya memilih untuk pertahankan kepentingan Uyghur di bawah kerangka China. Hasil daripada perundingan dengan Kuomintang, Masud dilantik sebagai gabenor Xinjiang pada tahun 1947. Buat kali pertama dalam sejarah, pemimpin Uyghur sendiri mentadbir Xinjiang.
21. Namun malangnya, Kuomintang tewas dalam perang dengan Parti Komunis China. Keluar mulut komunis Russia, masuk mulut komunis China. Untuk elakkan tumpahan darah, Burhan (pengganti Masud) mengumumkan penyerahan kepada Parti Komunis China pada 26 September 1949. Burhan dilantik sebagai pengerusi Xinjiang Provincial People's Government.
22. Muhammad Amin dan Isa lari ke Turki dan meneruskan perjuangan Pan-Turkik mereka. Dengan itu, Turki menjadi markas Pan-Turkic Nationalist dan idea East Turkestan ("Doğu Türkistan" dalam Bahasa Turki) disebar.
23. Burhan kemudian diganti oleh Saifuddin Azizi yang pernah jadi Menteri Pendidikan di bawah East Turkestan Republic kedua. Pada tahun 1955, Saifuddin berjaya mendapatkan status autonomi kepada Xinjiang dan Xinjiang dinamakan semula sebagai Xinjiang Uyghur Autonomous Region.
24. Pemerintahan PRC di Xinjiang mula-mula tak ada masalah, malah Uyghur dipandang sebagai aset penting. Burhan jadi duta ke negara-negara Arab sosialis seperti Mesir dan Syria dan menjadi jambatan antara PRC dan dunia Muslim.
25. Tapi gelombang fenomena "Kebangkitan Islam" pada 1980-an turut melanda Xinjiang. Tambahan kedudukan geografi Xinjiang yang dekat dengan Afghanistan, ramai bekas "mujahideen" yang menyertai jihad lawan USSR mula menubuhkan kumpulan militan untuk membebaskan Xinjiang. Gerakan-gerakan ini juga guna nama East Turkestan. Antaranya East Turkestan Islamic Movement (ETIM) yang ada hubungan dengan Al-Qaeda didakwa China sebagai dalang serangan pengganas di Xinjiang yang makin menjadi-jadi memasuki 1990-an. [5]
26. Ada juga gerakan separatis bukan militan seperti World Uyghur Congress yang diasaskan oleh Rebiya Kadeer, dan East Turkestan Government-in-Exile yang diasaskan oleh Anwar Yusuf Turani. Kedua-dua diasaskan pada tahun 2004. Yang menariknya Rebiya dan Anwar saling menuduh sesama mereka sebagai "pemecah-belah bangsa".
27. Namun semua gerakan East Turkestan ini menggugat keabsahan pemerintahan China di Xinjiang. Untuk mengatasi masalah ini, China melancarkan Program Pembangunan Barat atau Xibu Dakaifa (西部大開發) untuk membangunkan kawasan Barat termasuk Xinjiang, dengan harapan pembangunan akan mengurangkan jurang kekayaan antara Uyghur dan Han di Xinjiang yang dianggap sebagai penyumbang kepada semangat separatisme.
28. Tapi masalahnya, pembangunan menggalakkan lagi migrasi Cina Han ke Xinjiang. Pada tahun 1953, peratusan Uyghur dan Han ialah 75% dan 6%, peratusan berubah jadi 46% dan 39% pada tahun 2015.
29. Takut jadi minoriti di tanah sendiri, rusuhan tercetus seperti rusuhan di Urumqi pada Julai 2009 yang mengorbankan hampir 200 nyawa. Kerajaan China macam biasa, mendakwa semua ini sebagai kerja ETIM dan sewaktunya.
30. Xi Jinping yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2012 mahu mengambil pendekatan yang lebih keras untuk membanteras kegiatan ETIM. Terutamanya selepas berlaku kejadian serangan di stesen keretapi di Kunming, Yunnan yang mengorbankan 31 orang awam pada tahun 2014.
31. Atas alasan membanteras "Islam radikal", Xi memperkenalkan "re-education camp" (再教育营 / zai jiao yu ying). Ini bukan sekolah pendidikan vokasional, tapi lebih kepada "corrective camp" yang digunakan untuk "de-radicalize" tahanan Uyghur yang disyaki terlibat dalam ETIM. Macam Gulag di USSR lah.
32. Ada juga beberapa langkah "de-radicalization" Xi yang kontroversial seperti "Kempen Anti-Halal" sebab Kerajaan Xi melihat "halal" ini sebagai tanda Islam radikal. Undang-Undang De-Radicalization yang dikeluarkan pada tahun 2017 ada sebut "泛化清真" (fan hua qing zhen) iaitu mengaplikasikan konsep halal selain untuk tujuan makanan adalah dilarang (Artikel 2.6). Muslimah dilarang pakai burqa kerana itu tanda radikal (Artikel 2.7). Lelaki dilarang menyimpan janggut di "luar kebiasaan" (非正常蓄须 / fei zheng chang xu xu - Artikel 2.8). Ini People’s Daily eh, bukan kelentong. [6]
33. Like seriously? Tapi kan, kalau kita sendiri pun ada yang anggap Jawi sebagai Arabisasi takkan nak expect Komunis China faham konsep halal atau sunnah.
34. Hui yang tak ada kena mengena dengan separatisme Uyghur pun menerima kesan. Selain Muslim, kebebasan beragama penganut Kristian, Buddha dan Tao pun semakin tergugat di bawah Xi. Jadi orang mula pertikai Xi. "De-radicalization" hanyalah alasan, Xi sebenarnya anti-agama, takut agama mengalihkan kesetiaan rakyat terhadap Parti Komunis China.
35. Tapi yang betul-betul membuat isu re-educational camp ini menarik perhatian dunia ialah kenyataan Gay McDougall di sidang Jawatankuasa Penghapusan Diskrimasi Kaum (CERD, ye betul, ICERD itu lah), PBB pada 13 Ogos 2018 yang kata ada 1 juta Uyghur ditahan bawah re-education camp. [7]
36. Susulan daripada, pelbagai cerita horror tentang kekejaman yang berlaku di dalam re-education camp mula memenuhi media antarabangsa. Ada yang sahih, ada yang boleh diragui. Ada yang pakai gambar ahli Falun Gong kena seksa, tapi letak tajuk kesengsaraan Uyghur.
37. Berdasarkan laporan PBB ini, 23 negara termasuk US, UK, Jepun dan Australia telah mengemukakan kenyataan bersama yang mengecam China dan menggesa re-education ditutup serta merta.
38. Di kalangan negara ini, tak ada satu pun negara anggota OIC (negara-negara Islam). Malah negara-negara seperti Saudi, Iran, Pakistan, Bangladesh even Turkmenistan (saudara serumpun) siap keluarkan kenyataan bersama menyokong tindakan China.
39. Jadi ramai marah mana suara umat Islam membela nasib Uyghur, termasuk Mesut Özil yang bikin panas baru-baru ini.
40. Namun idola Özil sendiri, Erdoğan pun tak nyatakan pendirian. Sikap Erdoğan dikecam oleh media Turki dan juga gerakan-gerakan East Turkestan yang selama ini memandang Turki sebagai "abang besar" yang sentiasa bersedia untuk membela nasib negara Turkik yang lain. [8]
41. Mereka syak Erdoğan desperate nak berbaik dengan China selepas bergaduh dengan US. Buktinya Turki telah menyenaraikan ETIM sebagai pengganas pada tahun 2017, walaupun selama ini Turki enggan berbuat demikian.
42. Rata-rata negara Islam juga dituduh senyap kerana takut nak confront China. Kalau bahasa kasaq sikit, tak ada teloq. Teloq kena pegang oleh China. Saudi dan Pakistan menerima berpuluh bilion pelaburan oleh China, confirm kena beli lah orang kata.
43. Tapi tak adil sebenarnya nak kata mereka pengecut. Mereka sebenarnya ada masalah dengan dakwaan "sejuta tahanan". Dakwaan tersebut bukan dibuat oleh siasatan tapi berdasarkan dakwaan McDougall sendiri tanpa menyatakan sebarang sumber.
44. Negara-negara Islam ini tak sokong kecaman US dan sekutunya yang berdasarkan dakwaan McDougall, tapi bukan bermaksud mereka tak prihatin dengan isu Uyghur. Kena ada siasatan impartial dari pihak PBB. "Pendedahan" di Oh Bintang atau Nangka Cheese, walaupun ada sejuta share, tak cukup untuk negara-negara ini mencabar China.
45. Suka atau tidak, isu ini intertwine dengan geopolitik. Aku cakap macam ini sebab dah agak mesti ada yang akan kecam aku "eh, orang cerita pasal hak asasi manusia lah, kau lagi nak sibuk dengan geopolitik!"
46. Menyokong gerakan pemisah untuk menyahstabil sesebuah negara bukan benda yang baru. Contoh klasik macam campur tangan NATO di Kosovo dan Negara-Negara Teluk di Syria untuk tumbangkan Bashar al-Assad. Semua bermula dengan "krisis kemanusiaan".
47. Bukan bermaksud tak berlaku kezaliman dalam kem, atau cerita-cerita penderitaan hanya rekaan/propaganda semata-mata. Tahanan berprofil tinggi seperti Muhammad Salih Halim (ulama), Rahile Dawut (profesor) dan Ablajan Ayup (penyanyi) yang jauh sekali nak dikaitkan dengan "radikal" merupakan isyarat bahawa something is wrong dengan re-education camp.
48. Cuma isu diperalatkan untuk agenda geopolitik. Negara perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dalam usaha untuk mengabsahkan gerakan kemerdekaan.
49. Dalam isu Uyghur ini kita kena bezakan bersolidariti atas kemanusiaan dan menyokong gerakan East Turkestan.
50. Isu pertama melibatkan kemanusiaan, hak asasi untuk dapat fair trial dan tidak diseksa. Benda ini universal, terpakai untuk Uyghur, terpakai untuk Tibet, terpakai untuk Cina Han. Kisah kena electric shock dan tuai organ sudah lama dilaporkan di kalangan penganut Falun Gong yang diharamkan pada tahun 1999. Pengikut Falun Gong kebanyakan ialah Orang Han. Benda ini juga berlaku kepada separatis Tibet. Malah laporan McDougall juga ada sebut Mongol dan Tibet.
51. Isu kedua melibatkan kedaulatan ("sovereignty") China ke atas Xinjiang. Naratif yang cuba diwujudkan oleh sesetengah pihak sekarang ialah bahawa East Turkestan ialah sebuah negara merdeka sehingga China datang menjajah. Macam Aydin Anwar (aktivis Uyghur warga US) yang videonya ramai orang share.
52. Aydin menyeru ramai untuk gantikan nama Xinjiang dengan East Turkestan, dan buat perbandingan antara isu Israel-Palestin dan China-Xinjiang. Katanya Xinjiang ialah "Occupied East Turkestan". Ramai (walhal ahli akademik) sokong dakwaan demikian. Tapi cuba bandingkan klaim dia dengan kronologi sejarah dari Perenggan 7-23 (kalau tak yakin dengan aku, boleh kaji sendiri). Xinjiang ini Palestin, atau Catalonia?
53. Perasan tak selepas isu 1 juta tahanan Uyghur timbul, simbol kemerdekaan East Turkestan tetiba pop up sini sana? Poster "Save Uyghur" letak budak muka yang dicat dengan "gök bayrak" (lambang separatis Uyghur yang diadaptasi daripada bendera East Turkestan Republic). Manga Jepun pasal Mihrigul Tursun yang viral baru-baru ini pun letak gök bayrak di muka depan. Motif?
54. Ramai yang sekadar bersolidariti dengan Uyghur pun secara tidak langsung memandang simbol-simbol tersebut sebagai lambang Kaum Uyghur.
55. Tindakan Özil yang mengiktiraf East Turkestan dalam tweet yang sebenarnya dikecam oleh warganet China, bukan kenyataannya tentang Uyghur. Tapi hampir semua media tak highlight aspek itu. Motif?
56. Selain Turki, markas utama separatis Uyghur ialah US dan Jepun. Jepun menyokong gerakan East Turkestan sejak 1930-an lagi, dengan cita-cita menjadikan East Turkestan sebagai "Manchukuo" di Asia Tengah (Manchukuo ialah negara boneka Jepun di Manchuria yang digunakan untuk memperluaskan kepentingan Jepun). Rebiya Kadeer ada kabel kuat di Jepun. Uyghur menjadi satu bidak penting dalam percaturan US-Jepun terhadap China.
57. Kita boleh tekan China untuk memperbaiki layanannya terhadap Uyghur, tapi kalau kita nak kata "Free Uyghur" "Free East Turkestan" itu dah kira mencabar kedaulatan China. China tak akan lepaskan Xinjiang atas kepentingan dari segi "energy security" dan "strategic depth" (akan diulas lebih lanjut dalam DTT3).
58. Bukan bermaksud aku setuju dengan perbuatan China, tapi mencampur adukkan isu kemanusiaan dengan kedaulatan, diapi-apikan lagi dengan dakwaan ada konspirasi Cina terhadap Muslim hanya merumitkan isu.
59. Walaupun layanan China terhadap Uyghur teruk, tapi China ialah penyokong teguh Palestin dan Muslim di Kashmir. Aku percaya negara-negara yang berdiam bukan kerana takut, tapi sebenarnya nak cari jalan tengah, tak nak ikut rentak negara-negara Barat yang ada agenda tersendiri. Bukan semudah "berdiam itu tanda lemahnya iman". Islam juga ajar bertindak dengan hikmah, kena lihat big picture.
60. China juga patut bertindak dengan hikmah dan come clean. Sikap China yang sorok-sorok dan tak telus dalam isu re-education camp dan layanan ke atas Uyghur hanya akan backfire. ISIS tunggu masa je nak venture masuk Xinjiang, isu Uyghur yang semakin disensasikan akan memudahkan lagi mereka rekrut pejuang.
61. Apa yang patut kita buat sebagai orang awam? Doakan kesejahteraan saudara seagama. Nak boikot pun boikot lah. Tapi hindari daripada mensensasikan sentimen agama dan perkauman.
62. Secara peribadi aku rasa tak wajar promote simbol East Turkestan dalam masa bersolidariti. Tapi itu kebebasan korang, aku tak berhak untuk halang. Cuma kalau kita tak suka orang buat kat kita, kita jangan buat kat orang.
63. Aku ambil jalan tengah: tak percaya bulat-bulat propaganda pro-China yang "whitewash" China seolah-olah keadaan di Xinjiang semua baik-baik sahaja, tapi juga sangsi dengan cerita sensasi berkaitan Xinjiang yang mengandungi agenda tertentu.
64. Akhir kalam, kalau ada point yang tak setuju, sila berdiskusi secara tenang. Aku tak ada kepentingan dalam isu ni, cuma menulis atas dasar penuntut ilmu dan juga permintaan ramai. Janganlah kecam-mengecam.
Versi TL;DR: Dalam mengecam tindakan China di Xinjiang yang melanggari hak asasi manusia, kita juga harus berhati-hati untuk tidak ikut rentak pihak berkepentingan yang cuba legitimize gerakan pemisah dan mengapi-apikan sentimen agama dan perkauman. Jangan beremosi dan berdoa baik-baik saja.
Sekian, Salam Hormat.
Rujukan (tak semua benda aku letak rujukan, hanya untuk point spesifik sahaja)
[1] "Mais Mohammed Yacoub ne pouvait longtemps se résoudre à laisser un Chodjajouir des fruits de sa victoire; il renversa le prince Burzug-Khan qu'il avait rétabli au pouvoir, le jeta en prison et finalement l'expulsa du pays" (Bulletin de la Société de géographie, Juillet à Décembre 1877)
[2] Rebiya Kadeer & Alexandra Cavelius, Dragon Fighter: One Woman's Epic Struggle for Peace With China (Kales Press, 2009)
[3] Nabijan Tursun, "Factors and Challenges of Uyghur Nationalism in the Early Twentieth Century" dalam Güljanat Kurmangaliyeva & Konuralp Ercilasun, The Uyghur Community: Diaspora, Identity and Geopolitics (Palgrave Macmillan, 2018)
[4] Arne Haugen, The Establishment of National Republics in Soviet Central Asia (Palgrave Macmillan, 2003)
[5] J. Todd Reed & Diana Raschke, The ETIM: China's Islamic Militants and the Global Terrorist Threat (Praeger, 2010)
Copy and paste: 23 December 2019: 4.21 pm