Copy and paste: 10/9/2022 : 13 Safar 1444H: 11.03 am
Saturday, 10 September 2022
RATU ELIZABETH II : KETURUNAN NABI ATAU KETURUNAN FIRAUN?
Copy and paste: 10/9/2022 : 13 Safar 1444H: 11.03 am
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Wednesday, 12 May 2021
KENAPA KITA HARUS PEDULI DENGAN PALESTINE?
OLEH : RISWANDI
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Sunday, 22 November 2020
Akhirnya Laungan Azan Berkumandang Di Nagorno-Karabakh
SUMBER : HARAKAH DAILY
‘Setelah 28 tahun akhirnya laungan azan berkumandang di Nagorno-Karabakh’, itu antara isi kandungan ucapan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev ketika mengumumkan kemenangan Azerbaijan yang berjaya mengusir tentera Armenia daripada wilayah Nagorno-Karabakh.
Ucapan penuh bersemangat yang disiarkan secara langsung itu disambut dengan perarakan ribuan rakyat Azerbaijan yang keluar ke jalan raya meraikan kemenangan bersejarah ini sambil mengibarkan bendera Azerbaijan dan Turki.
Dalam masa yang sama tersebar di media sosial video seorang tentera Azerbaijan yang lengkap berpakaian tentera melaungkan azan di atas bumbung sebuah masjid diselangi dengan suara meriam yang kedengaran dari jauh.
Sepanjang hampir 30 tahun wilayah ini berada di bawah penguasaan Armenia, banyak masjid-masjid yang diroboh dan ditinggalkan akibat penghijrahan beramai-ramai etnik Azer ke dalam Azerbaijan.
Namun ketika etnik Armenia meninggalkan Nagorno Karabakh baru - baru ini setelah kembali di bawah penguasaan Azerbaijan, mereka telah membakar rumah - rumah kediaman hingga musnah akibat marah akan kekalahan Armenia mahupun gencatan senjata yang dimenterai.
Imbas Kembali Punca konflik
Nagorno-Karabakh adalah sebuah wilayah bergunung yang terletak di selatan Qoqaz yang dahulunya berada di bawah Soviet Union. Nagorno dalam bahasa Rusia memberi maksud gunung-gunung, adapun Karabakh memberi maksud taman-taman hitam.
Wilayah ini terletak di tengah-tengah Azerbaijan dan sangat strategik kerana menjadi titik pertemuan antara Empayar Parsi, Rusia dan Uthmaniyyah satu ketika dahulu. Wilayah ini menpunyai penduduk sekitar 150,000 orang dan 95% penduduknya terdiri daripada etnik Armenia yang berpegang dengan Kristian Armenian Orthodox.
Konflik perebutan wilayah ini bermula seawal 1920an lagi apabila Joseph Stalin menggunakan strategi ‘pecah perintah’ antara etnik yang menghuni di situ bagi mengukuhkan penguasaan Soviet Union ke atas wilayah-wilayah yang berada di bawah takluknya.
Pada tahun 1923, Kerajaan Soviet Union dengan sengaja menempatkan etnik Armenia ke dalam Karabakh yang merupakan sebahagian daripada wilayah Azerbaijan. Dalam masa yang sama, minoriti etnik Azerbaijan dikekalkan dalam wilayah Nakhchivan.
Ketika itu juga, Soviet Union memberikan kuasa autonomi kepada Karabakh yang berada di dalam wilayah Azerbaijan. Ia seolah-olah seperti meletakkan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk membangkitkan konflik antara Azerbaijan dan Armenia.
Di ambang kejatuhan Soviet Union pada tahun 1988, Kerajaan Soviet Union menyarankan supaya Nagorno-Karabakh dimasukkan ke dalam Armenia atas desakan konsil Armenia yang berada dalam kerajaan Soviet Union.
Ianya dibantah oleh konsil Azerbaijan yang akhirnya membawa kepada pertembungan bersenjata pada tahun 1989 yang mengakibatkan korban di kedua-dua belah pihak. Keadaan bertambah tegang apabila konsil Armenia mengisytiharkan wilayah Nagorno-Karabakh sebahagian dari negara Armenia.
Selepas keruntuhan Soviet Union pada Disember 1991, puak pemisah yang disokong oleh Armenia mengisytiharkan pemisahan Nagorno-Karabakh dari Azerbaijan pada awal tahun 1992.
Armenia mengambil peluang di atas ketidakstabilan politik ini dengan sokongan Rusia menakluk sekurang-kurangya 20% bumi Azerbaijan sehingga mengakibatkan kematian dan penghijrahan ratusan ribu etnik Azerbaijan ke bandar Baku dan kawasan-kawasan lain lagi.
Akhirnya pada tahun 1994, satu gencatan senjata dimeteraikan dalam satu perjanjian damai yang diatur oleh Kesatuan Eropah dengan mewakilkan Perancis sebagai orang tengah. Perjanjian ini turut disertai oleh Amerika Syarikat dan Rusia yang dimeteraikan di Minsk, ibu negara Belarus.
Dalam masa yang sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) memutuskan bahawa wilayah Nagorno-Karabakh adalah milik Azerbaijan dan mengarahkan Armenia supaya berundur dan menyerahkannya kepada Azerbaijan. Namun keputusan ini tidak diendahkan oleh Armenia.
Konflik terbaru yang tercetus pada 27 September 2020 yang lalu telah memberikan kemenangan yang sangat besar dan bermakna kepada Azerbaijan.
Dengan bantuan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Turki yang membekalkan peralatan ketenteraan terkini khususnya drone berteknologi tinggi seperti Bayraktar menjadi penentu kepada kemenangan Azerbaijan ke atas tentera Armenia sehingga berjaya mara ke pinggir bandar Stepanakert, ibu negara Nagorno-Karabakh.
Kemaraan ini memaksa Armenia untuk menerima perjanjian gencatan senjata dengan Armenia berserta syarat - syaratnya seperti yang dicadangkan oleh Rusia yang bertindak sebagai orang tengah.
Perang yang berlanjutan selama 44 hari itu telah meragut nyawa tidak kurang daripada 4 ribu orang di kedua-dua belah pihak dan ribuan lagi cedera serta meninggalkan kampung halaman kerana ketakutan. Ianya turut mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta benda yang begitu besar
Tamatnya Konflik Nagorno-Karabakh, Satu Lagi Kemenangan Tahaluf Turki-Rusia.
Kemenangan ini bukan hanya untuk Azerbaijan yang telah lama berjuang mendapatkan haknya yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak sekian lamanya, bahkan juga ia adalah kemenangan tahaluf antara Turki dan Rusia yang terbukti sekali lagi berkesan setelah kejayaan mereka dalam menyelesaikan dan mengurangkan pertembungan serta konflik di Libya dan Syria.
Namun di sebalik semua itu, ia sebenarnya adalah satu tamparan hebat kepada kuasa hegemoni Barat khususnya ke atas Amerika Syarikat dan Perancis yang dilihat terpinggir sekali lagi dalam konflik ini setelah kegagalan mereka dalam konflik di Syria dan Libya.
Kemaraan tentera Azerbaijan dalam membebaskan Nagorno-Karabakh sebenarnya mendapat ‘lampu hijau’ daripada Rusia sebagai satu strategi untuk menekan Armenia bagi menerima syarat-syarat gencatan senjata.
Armenia yang berkiblatkan kepada Barat setelah kejatuhan Soviet Union akhirnya diabaikan oleh ‘tuannya’ kerana sibuk dengan urusan negara masing-masing. Ini terbukti apabila Amerika Syarikat dan Perancis hanya memberikan sokongan moral sahaja kepada Armenia, seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga.
Akhirnya Armenia terpaksa menerima gencatan senjata yang diuruskan oleh Rusia sebagai orang tengah dengan penuh penghinaan. Malah ketika ini, ribuan rakyat Armenia turun ke jalanan menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri dan kabinetnyanya akibat kekalahan memalukan kepada Azerbaijan.
Beberapa hari lalu, Menteri Luar Armenia Zohrab Mnatsakanyan telah meletakkan jawatan akibat tekanan dan desakan yang kuat daripada rakyat Armenia. Malah dijangka akan ada lagi perletakan jawatan menyusul selepas ini.
Ramai penganalisa politik antarabangsa merumuskan sebenarnya pihak yang paling besar mendapat manfaat daripada kemenangan dalam konflik ini ialah Turki kerana sekali lagi ia berjaya menyerlahkan dirinya tanpa mengikut telunjuk Barat yang jelas memberikan sokongan kepada Armenia sebagaimana yang ditunjukkan oleh Perancis.
Kebetulan ketika konflik ini berlaku, ia berturutan dengan konflik-konflik sebelumnya iaitu di Syria, Libya dan Greece yang menunjukkan pertembungan jelas antara Turki dan Perancis.
Keuntungan paling besar kepada Turki ialah kejayaannya menghidupkan kembali jalan sutera lama yang rata-rata penduduknya adalah berketurunan Turki. Salah satu syarat genjatan senjata dalam konflik Nagorno Karabakh ialah Armenia mesti memberikan laluan kepada Azerbaijan bagi menghubungkannya dengan wilayahnya yang terpisah iaitu Nakhchivan, sebuah wilayah autonomi.
Ini sudah tentu akan merancakkan lagi ekonomi Turki dan menyerlahkan lagi penguasaannya di Asia Tengah. Justeru tidak pelik jika terdapat beberapa kenyataan daripada negara-negara seteru Turki yang menuduh Turki cuba mengembalikan semula Empayar Uthmaniyyah kerana bimbang dengan pengaruh Turki yang semakin terserlah.
Rusia juga mendapat keuntungan besar dalam konflik ini apabila sekali lagi berjaya mengukuhkan hubungannya dengan Turki. Ini sudah tentu memberikan tamparan hebat ke atas Barat kerana Turki adalah anggota NATO yang mana salah satu tujuan ianya ditubuhkan adalah untuk mengekang pengaruh Soviet Union ketika penubuhannya dan pada ketika ini adalah Rusia.
Dengan pelbagai konflik yang sedang berlaku, peranan serta kerjasama Turki - Rusia telah mula berjaya mengekang kuasa hegemoni barat khususnya Amerika Syarikat dan Perancis. Namun saat ini semuanya tertumpu kepada bakal Presiden Amerika Syarikat yang baharu iaitu Joe Biden.
Joe Biden sudah tentu akan mengubah polisi luar Amerika Syarikat ketika ini dilihat kucar - kacir dan lemah di bawah Donald Trump dan membuatkan Amerika Syarikat hilang pengaruh sebagai kuasa terbesar geopolitik dunia. Apakah Joe Biden akan berjaya menyekat kemaraan Turki - Rusia ?
Semoga Islam kembali gemilang dan cemerlang serta berjaya menyatukan sekalian umat dan Dunia Islam.
Islam Memperkukuh Perpaduan.
Baca juga di Harakahdaily,
https://harakahdaily.net/…/akhirnya-laungan-azan-berkumand…/
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Tuesday, 13 March 2018
LONDON TUTUP 500 GEREJA, BUKA 423 MASJID BARU
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Tuesday, 14 June 2016
National Geographic' tracks down Afghan girl

A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Saturday, 3 August 2013
Yusuf al-Qardawi isytihar Syiah musuh Islam
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Thursday, 1 August 2013
Amanat Shaikh Muhammad Ali as-Sobuni kpd rakyat MALAYSIA
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah.
1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.
5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.
6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).
7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.
12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.
14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
15.Kain kafan mayat mereka bertulis.
16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.
17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.
18.Suami halal meliwat isteri.
19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.
20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.
21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.
22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.
23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H.
Sejarah Syiah
Pengasas syiah adalah Abdullah bin Saba' iaitu seorang Yahudi daripada Yaman. Beliau telah memasang niat awal bersama dengan orang2nya iaitu dia tidak akan pulang selagi tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Dia telah mewujudkan satu api fitnah yang besar ke seluruh dunia Islam ketika itu. Dia telah mengelilingi dunia Islam dengan memberitahu umat Islam bahawa Nabi SAW sebenarnya melantik Saidina Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah serta memburukkan usman yang menjadi khalifah ketika itu di Madinah. Ketika itu dunia Islam terbuka, umat Islam di merata tempat, sedangkan para sahabat yang tahu cerita sebenar berada di Madinah sahaja. Kekurangan dalam perhubungan, manambahkan lagi api fitnah.
Liciknya beliau dalam menipu sehingga umat Islam termakan dengan fitnah-fitnahnya. Lantas penyokongnya mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Usman kerana merampas jawatan daripada Ali. Rentetan daripada isu ini, mereka telah mengkafirkan para sahabat kerana berbaiah dan redha dengan 3 khalifah yang awal.
Syiah dan ahli sunnah tidak akan boleh bersama.
- tolong sebarkan kesesatan syiah ini —
Copied from Facebook: 1.8.2013: 12.16am
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Saturday, 27 July 2013
TIGA NEGARA DIPERINTAH DAJJAL SUDAH BERGABUNG
Isu sebenar yg berlaku di Syiria..
by Que Achmad
1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun.. Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..
2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. di mana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil Al-Quran..
3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu berbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan segala mklumat, tiada media.. tidak benarkan bantuan masuk pun.
Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid dihina.. orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid. Di Syiria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga.. SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajjal Laknatullah!!!
*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dan bersatu..
*Beliau PESAN LAGI: Pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NAK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. kerana pemimpin yang benar2 kepada Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada membawa kpd Islam yg sebenar..
Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut. Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini. Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup. Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:
Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah. Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.
Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.
Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.
Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:
1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.
2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya
Fakta
Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria. Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja. Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.
Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria
1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.
8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa di akhir zaman.
Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. Ingat yahudi ingat syiah: Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu. Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana? Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?
Copied from Facebook: 27.7.2013: 2.18 pm
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Tuesday, 23 July 2013
[AMERIKA DALANG DISEBALIK RAMPASAN KUASA TENTERA
Oleh : Dr Mahmood Ghazlan
Jurucakap Rasmi Ikhwanul Muslimin
Kata Beliau, Revolusi 25 Jan 2011 telah berlaku di luar jangkaan dan kehendak Amerika dimana ia menyaksikan penggulingan rejim yg tunduk dan taat kepada kuasa politik barat; melalui peranan Mubarak yang menjadi simpanan berharga yang strategik bagi Israel.
Oleh yang demikian pihak Amerika dilihat tidak mengiktiraf Revolusi yg berlaku ketika itu kecuali apabila mereka mendapati tiada lagi jalan keluar bagi Mubarak selain daripada berundur.
Dalam tempoh beberapa bulan selepas berlakunya revolusi 25 Januari, Amerika telah melancarkan beberapa percubaan untuk menggagalkan revolusi dengan menyumbang sejumlah dana yang besar berjumlah 105 juta USD yang diberikan kepada organisasi-organisasi Mesir dan luar Negara untuk mencetuskan huru-hara.
Hal ini telah diperakui oleh ahli kongres Anne Peterson dalam mesyuarat kongres dan salah seorang menteri Mesir, Faizah Abu Naja melihat bahawa dana ini bertujuan untuk menggagalkan revolusi pada awal permulaannya yang telah terbongkar dan dinamakan sebagai ‘Kes Dana Asing’. Malangnya dalang disebalik kes ini telah berjaya dilarikan dari Mesir, sebelum dihakimi di Mahkamah Jenayah Mesir.
Sejurus selepas pemilihan Muhammd Mursi sebagai Presiden Mesir Madani yang sah, Amerika telah mula membuat percaturan agar Mursi tunduk kepada kehendak politik semasa Amerika menjaga kepentingan- kepentingannya di Mesir.
Amerika terus memastikan kebersamaan Mesir bersamanya sebagai sekutu dan menginginkan Mesir agar terus lemah dan bergantung kepada Amerika sebagai pembekal ubat- ubatan, makanan dan senjata.
Mereka juga turut mendesak I.M.F (Tabung Kewangan Antarabangsa) untuk tidak memberikan pinjaman kepada Mesir.
Amerika turut memastikan penerusan keadaan Mesir yang lemah agar tidak mengancam Israel bahkan menjadi pelindung kepada Israel daripada apa-apa perubahan corak politik tanah arab yang boleh menggugat Israel.
Di samping itu, Amerika turut berasa tidak senang akan kenaikan Islamis sebagai kuasa politik baru yang memegang tampuk pemerintahan yang dahulunya dikuasai oleh sekularis barat.
Masalah timbul apabila Amerika mendapati apa yang berlaku adalah sebaliknya. Segala percaturan Amerika terhadap Mesir tidak menjadi hasil daripada tentangan kuat dari tampuk kepimpinan baru yang dikepalai oleh Dr Muhammad Mursi.
Hal ini kerana, Mursi enggan untuk tunduk menjadi sekutu bagi Amerika dan bagi beliau Mesir adalah sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat serta bebas untuk menentukan hala tujunya sendiri. Ini jelas kelihatan melalui kenyataan-kenyataan beliau yang menyentuh tentang kemampuan Mesir untuk menghasilkan produk dan sumber makanan, ubat- ubatan dan kelengkapan senjatanya sendiri.
Selain daripada itu, beliau juga turut meminimakan segala jenis perhubungan dengan Israel dan dalam masa yang sama mengukuhkan hubungan Mesir dengan Palestin serta berusaha utk memenuhi keperluan semasa rakyat Palestin.
Bukan setakat itu sahaja, malah beliau telah berusaha untuk mewujudkan kerjasama dgn negara-negara lain diseluruh dunia. Sebagai contoh, Rusia dan China di timur, Afrika selatan, Brazil, dan dengan beberapa Negara Afrika yang lain agar hubungan luar Mesir tidak hanya terbatas dengan Amerika dan Israel seperti mana yang berlaku sebelum ini.
Beliau juga turut berusaha untuk menghapuskan sistem sekular barat untuk digantikan dengan sistem Islam namun usahanya ini menjadi titik permulaan bagi tercetusnya kemarahan golongan liberalis dan sekularis. Golongan-golongan ini cuba untuk menggagalkan usaha murni beliau dengan pelbagai cara antaranya demonstrasi jalanan yang penuh dengan keganasan yang ditaja oleh dana dari luar, serta disertai oleh samseng-samseng dan penjenayah untuk menggugat ekonomi Negara Mesir.
Kemudian diadakan pula sekatan terhadap ekonomi Mesir dan juga sabotaj-sabotaj melalui krisis-krisis terhadap bekalan keperluan asasi rakyat seperti bahan bakar, elektrik dan banyak lagi yang dijadikan umpan supaya rakyat bangkit menentang pemerintahan Mursi.
Rentetan daripada krisis yang meruncing ini, Amerika Syarikat menunjukkan wajahnya yang sebenar apabila mereka menuntut Dr Mursi agar melantik Dr Muhd El Baradei sebagai Perdana Menteri supaya El Baradei dapat memandu hala tuju politik Mesir seiring dengan pelan yang digaris oleh Amerika namun ianya ditolak mentah-mentah oleh Muhammad Mursi. Hal ini berlaku tatkala Mursi mengajak pihak pembangkang untuk duduk semeja berbincang dan mengadakan pencerahan yang ditolak oleh pembangkang.
Kemudian terzahirnya suara-suara yang datangnya dari pihak pembangkang; yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong demokrasi dan Negara Madani, mengizinkan dan mengalu- alukan campur tangan tentera ke dalam arena politik Mesir untuk menjatuhkan Muhammad Mursi.
El Baradei dan Saad Ad Deen yang kedua-duanya mempunyai hubungan rapat yang telah terbongkar dengan pentadbiran Amerika telah berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan rakan-rakan mereka yang lain dari parti-parti pembangkang untuk berdiri bersama menyokong kudeta.
Lalu, setelah konspirasi telah berjaya disusun, mereka telah mengajak rakyat beramai-ramai untuk turun berdemonstrasi pada 30 Jun 2013 dengan mengeksploitasi rintihan rakyat yang tertekan dengan kos kehidupan semasa yang mencekik. Namun peristiwa ini didahului sebelumnya dengan peristiwa-peristiwa serangan ganas yang mereka lancarkan yang telah menyebabkan banyak pertumpahan darah di masjid-masjid dan terbakarnya Markaz Pusat Ikhwanul Muslimin di setiap negeri.
Dan ketika ini juga Presiden Muhammad Mursi menerima berkali-kali panggilan telefon dari Barrack Obama yang mendesak beliau dan memberi isyarat bahawa sekatan ekonomi ini akan berterusan.
Di samping itu, Negara teluk turut menjanjikan kepada Mursi untuk menghentikan dana yang diberikannya untuk mencetuskan huru-hara di Mesir sekiranya Muhammad Mursi menerima apa yang ditawarkan oleh Obama. Namun Mursi tidak memberi respon selain daripada menolak segala permintaan dan desakan serta memilih untuk memelihara prinsip demokrasi dan legitimasi perlembagaan.
Akhirnya tiada lagi jalan bagi pihak pembangkang melainkan memberi lampu hijau kepada pihak tentera utk melaksanakan rampasan kuasa atau apa yg diistilahkan sebagai "الإنقلاب"; menggulingkan serta menculik Presiden Pertama Mesir yang dipilih melalui sistem pilihanraya yang bebas dan bersih secara demokrasi, serta memansuhkan Perlembagaan dan Dewan Syura.
Walaupun apa yang berlaku di Mesir ini sangat jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia serta hak rakyat mesir untuk menentukan hala tuju negaranya sendiri, namun Amerika Syarikat masih lagi mampu menimbulkan persoalan; Apakah yang berlaku di Mesir itu benar-benar rampasan kuasa atau sebaliknya.
Kemudian pihak tentera pula telah membuat kenyataan melalui ketuanya bahawa tentera akan membuat campur tangan dengan meletakkan pelan tindakan bagi hala tuju Mesir dan akan menyelia perlaksanaannya. Ini bermaksud bahawa tentera akan memansuhkan legitimasi perlembagaan sedia ada, berlawanan dengan kehendak rakyat yang telah pun memilih presiden dan ahli dewan syura mereka serta perlembagaan yang telah dipersetujui bersama. Di sini jelas konspirasi yang telah didalangi oleh dua pihak ini, Tentera dan Amerika Syarikat.
Sesungguhnya inilah topeng kemunafiqan Amerika Syarikat dan pembelotan serta campur tangan secara keganasan terhadap hal ehwal dalaman Negara Mesir .
Oleh itu sebenarnya rampasan kuasa ini dilakukan oleh Amerika Syarikat kerana tanpa persetujuannya nescaya puak-puak kudeta tidak berani untuk melaksanakannya.
Dengan ini Amerika Syarikat sekali lagi telah mengulangi jenayahnya bukan sahaja terhadap Negara kami Mesir malahan terhadap negara-negara lain dan selamanya tidak akan mereka perolehi melainkan murka, kebencian, dan laknat dari kami rakyat Mesir, dari seluruh negara-negara Islam arab, negara-negara dunia ketiga dan individu-individu yang merdeka di seluruh dunia.
Dan selamanya rakyat Mesir tidak akan mengaku kalah apatah lagi menyerah diri kepada si kudeta pembelot, dan akan senantiasa menentang dan yakin akan menghapuskan kudeta demi mengembalikan kebebasan, kemuliaan dan maruah rakyat.
Pada ketika itu, seluruh rakyat akan menghukum setiap pihak dan individu yang bersekongkol dengan kudeta ini. Kerana tiada maaf bagi pembelot-pembelot dan tiada tolak ansur bagi mereka yg mencabuli kehormatan dan hak rakyat.
Dan kami yakin bahawa Allah lah pemberi kemenangan bagi rakyat yang beriman ini, dan kami yakin dengan kewujudan cerdik pandai di Amerika Syarikat yang akan memandu kembali politik semasa Amerika ke jalan yg betul.
Sumber : IkhwanOnline
#mesirkini
Copied from Facebook: 23 July 2013: 12.22am
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Sunday, 21 July 2013
MENGAPA YAHUDI BIJAK?
by: Dr stephen Carr leon
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.
Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?
Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Ringan-ringankan jari anda ( Klik SHARE ♥)
Copied from Facebook: Azman Mokhtar
Date: 21.7.2013 : 6.21 am
A retired Navy personnel, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.




