Wednesday 24 January 2024

PENGLIBATAN PERTAMA ATM DALAM MISI PENGAMAN PBB DI CONGO 1961-63

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
7 July 2019

Angkatan Tentera Malaysia pertama kali terlibat dengan misi Pengaman PBB ialah pada tahun 1961 - 1963 di Congo, Afrika.



Congo ialah sebuah negara yang terletak di Afrika memperolehi kemerdekaan dari Brussel pada 30 Jun 1960. Bagaimanapun selepas 4 hari mencapai kemerdekaan, satu Pemberontakan tentera yang dipimpin oleh Yusuf Mobutu telah berlaku.
Peristiwa hitam tercetus dengan pembunuhan Perdana Menteri Patrice Lumumba yang memberi tamparan hebat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan kematian Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld dalam nahas kapal terbang semasa dia cuba untuk menjadi pengantara.
Memandangkan keadaan yang semakin serius Presiden Congo ketika itu telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar Tentera PBB bagi memulihkan keamanan di Congo. Terup pertama tentera PBB yang tiba ialah dari Negara Tunisia dan di ikuti dengan negara-negara lain kemudiannya termasuk dari Persekutuan Tanah Melayu.
Penglibatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu bermula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra bermesyuarat di London dengan Perdana Menteri Britain membincangkan penyertaan Tentera Tanah Melayu dalam misi Pengaman PBB di Congo pada Mei 1960.
Malayan Special Forces (MSF) diutuskan ke Congo menyertai tentera tentera dari Negara Ethopia, Ghana, Guinea, Indonesia, Ireland, Liberia, Mali, Morocco, Sudan, Sweden, Tunisia dan Mesir dalam Misi Organisation des Nations au Congo (ONUC) pada 30 Oktober 1960.
Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin adalah merupakan komponen MSF pertama di utuskan ke Congo pada 4 Oktober 1960. 4 RAMD disertai juga oleh Skuadron C, 2 Rejimen Peninjau dibawah Maj. Zain Mahmud Hashim.
Batalion RAMD yang terlibat dalam MSF di Congo adalah 4 RAMD (1.11.60 - 18.7.61), 6 RAMD (13.7.61 - 31.3.62), 7 RAMD (27.2.62-30.12.62), dan 2 RAMD (27.6.62-12.4.63). Manakala Rejimen Peninjau diwakili oleh 1 Rejimen Peninjau dan 2 Rejimen Peninjau.









Dua orang tentera kita telah terkorban sepanjang perkhidmatan di Congo iaitu LKpl Yusof Yaakob terkoban apabila sebuah gudang peluru meletup di Indu pada malam 27 Julai 1961 dan Prebet Sional Jantan telah mati lemas di Tasek Kivu pada 31 Disember 1961.
Perkhidmatan Tentera Tanah Melayu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion ke 2 RAMD ke tanah air pada 28 April 1963. Pasukan MSF telah mendapat kepujian daripada Setiausaha Agong PBB ketika itu iaitu U Thant (nama beliau diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur).
3 orang anggota MSF telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani semasa bertugas di PBB iaitu Kapten Maurice C.S.Lam dan Lt Muda N.H. Siebel dari Sekuadron A 2 Rejimen Peninjau dan Lt. Lee Ah Pow juga dari Rejimen Penindau di atas keberanian mereka dalam tragedi di Kindu.




Congo adalah mukadimah kepada misi pengaman PBB yang melibatkan Negara kita kerana sesudah itu banyak lagi misi pengaman PBB yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pelbagai kawasan konflik sebagai komitmen Negara sebagai anggota PBB di arena antarabangsa yang turut mengharumkan nama Negara dan ATM.
*** Arwah Ayah Ku Allahyarham 2059 PW2 Maamor Bin Sudin dari Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah antara mereka yang terlibat dalam misi pengaman PBB di Congo 1962 - 63... ketika itu usia saya baru setahun.....



Posted on Blog :
24 January 2024 > 13 Rejab 1445H: 9.04 pm

No comments: