Saturday, 6 January 2024

AIDILFITRI DI BUMI KENYALANG (1)

Posted by Hj Zulheimy Maamor
20 April 2023

Pernahkah anda merasa menyambut Aidilfitri di Sarawak Bumi Kenyalang, atau di Sabah Negeri di bawah Bayu?


Setiap negeri ada budaya tersendiri, begitulah juga di Sarawak. Yang tentu pernah menyambut Aidilfitri di Bumi Sarawak pastilah anggota Keselamatan terutama Polis dan Tentera, para guru-guru Semenanjung yang pernah ditugaskan disana, para jururawat dan macam perkhidmatan lagi.







Bagi saya anggota Tentera Laut mempunyai pengalaman tersendiri menyambut Aidilfiitri di Bumi Kenyalang. Kalau kita orang baru di sana, pasti kita ditanya "Kitak asal siney?" (Awak berasal dari Mana?)... "Kamek orang Perak"... ternyata di Bumi Sarawaklah saya belajar erti hidup toleransi, pengalaman adalah guru yang terbaik bagi saya ketika itu.... saya melihat orang di Sarawak paling mengamal toleransi kaum, disana kita tidak terasa ada perbezaan kaum.... mereka saling hormat menghormati budaya dan adat masing-masing.... orang orang Iban mereka tidak akan makan atau minum depan kami ketika Ramadan... pernah saya belayar menjalankan tugas rondaan di Sungai Rejang, ada seorang Iban crew boat Lancang kami... sepanjang rondaan di bulan Puasa dia sendikit pun tidak menyentuh makanan ketika kami berpuasa, kecuali minum itupun dia sorok sorok minum... dia akan berbuka puasa sama sama kami.... malah dia yang jadi tukang kejut kami waktu sahur....
Berbalik kepada pengalaman berhari raya di Sarawak, kali pertama saya merasainya adalah ketika saya ditugaskan di KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak pada tahun 1983 - 1984.



Memang pada kali pertama berhari raya di negeri orang terasa sedih dan sayu apabila berjauhan dari keluarga... kalau di Sememanjung boleh jugalah hujung minggu lari sekejap naik bas atau keretapi balik ke kampung walaupun dapat dok semalam je.... tapi ini di Sarawak.... nak balik kena naik bilun (Kapalterbang)....bukan boleh nak balik hari ini, hari ini pergi airport beli tiket kapalterbang macam naik bas ekspres di Puduraya...
Namun bila dah rasa berhari raya di Sarawak, hati jadi terhibur kerana merasai satu pengalaman berharga yang akan kita kenang sepanjang hayat kita....

KEK LAPIS SARAWAK

KUIH KELUPIS

KUIH BONGKOL


Kalau bertugas di Hari Raya, inilah Kuih Raya kami di atas Bot....

MANOK PANSOH



kalau di Sememanjung, ketupat, lemang, nasi himpit memang menjadi pilihan utama. Tapi di Sarawak ada juga hidangan istimewa mereka iaitu kelupis sebagai juadah. Rasanya seakan ketupat tapi lebih lembut dan berkanji serta manis. Dimakan juga dengan rendang atau kuah kari... sebemarnya bukan Orang Melayu Sarawak saja yang menyediakan kelupis pada hari raya, orang Iban turut membuat Kelupis ketika hari Gawai....
Selain Kelupis, Lemang periuk kera juga popular di sana terutama masyarakat Bidayuh. Periuk kera banyak dijual di tebing Sungai di Sarawak.
Dan yang pasti orang Semenanjung pun cukup kenal apa lagi kalau bukan Kek Lapis Sarawak yang sentiasa menjadi pilihan untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Jangan terkejut di sana akan penuh meja dengan perbagai jenis Kek lapis yang berwarna warni kerana di Sarawak warna warni Aidilfitri ialah pada Kek lapisnya. Satu lagi keistimewaan Aidilfitri di sana ialah air lemonade atau soda. Saya tak pastilah kalau sekarang masih dikekalkan sebab dulu mana rumah yang saya pergi beraya pasti ada air lemonade atau soda ini....
Satu lagi keunikan di sini ialah Baju Melayu, disana Baju Melayu amat trendy... malah ada yang memakai baju Melayu sampai seminggu berhari raya... seperti saya katakan awal tadi, masyarakat disana amat bertoleransi, kita akan biasa lihat Pria dan gadis Iban, Bidayuh dll berbaju Melayu dan berbaju kurung ketika mengunjungi rakan rakan mereka....
Sebenarnya banyak lagi kalau nak saya ceritakan satu persatu keunikan berhari raya di Bumi Kenyalang ini seperti bertuntung, sadak dsb.... semua itu menjadi kenangan paling manis sepanjang saya bertugas di bumi bertuah ... bumi Sarawak...Bumi Kenyalang....


LAIN - LAIN BACAAN:

Copy and paste:
6 Januari 2024 > 25 Jamadilakhir 1445H: 8.34 pm

No comments: