Saturday 6 January 2024

TRAVEL INFO - TAWAU

Posted by Hj Zulheimy Maamor
23 October 2021

Pernah bertugas di Tawau atau pernah tinggal di sana?
Saya tidak pernah bertugas diTawau atau pernah tinggal di sana..tapi ketika berkhidmat dengan kapal-kapal TLDM dulu, Tawau tidak asing bagi saya, setiap kapal yang saya pernah bertugas pasti akan ke Tawau, disana terdapat sebuah pengkalan TLDM iaitu KD Sri Tawau.
Selepas menamatkan perkhidmatan ada sekali dua pernah ke Tawau...


Tawau adalah bandar ke 3 terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.
Banyak tempat menarik di Tawau. Kalau yang tidak pernah ke Tawau pasti jarang dengar nama-nama seperti Kalabakan, Pulau Sebatik, Sapulut, Nabawan dan banyak lagi.
Maliau Basin lebih kurang 190 km dari Tawau adalah "Sabah Lost World" sebuah kawasan khazanah Hutan yang jarang diterokai manusia dan diiktiraf dunia.


Di Tawau juga terdapat 2 Tugu Peringatan Perang iaitu Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua dan satu lagi ialah Tugu Peringatan Kalabakan.


Di Kalabakan pernah berlaku peristiwa berdarah pada 29 Disember 1963 dimana Tentera Nasionalis Indonesia menyerang hendap Pos Kawalan Batalion 3 Rejimen Askar Melayu DiRaja dimana 8 anggota RAMD terkorban dan 18 cedera. Akibat serang hendap itu Operasi Susulan ATM dan Tentera Komanwel berjaya membunuh 20 tentera TNI dan 50 di tawan...
Tawau memang unik bagi saya, kerana arwah Ayah saya Allahyarham 2059 PW2 Maamor bin Sudin ketika berkhidmat dengan Batalion ke 7 RAMD pernah bertugas di Tawau ketika Konfrantasi dan penah menceritakan pengalaman operasi memburu tentera Indonesia kepada saya. Saya pernah ke Kem Kukusan di Tawau dimana disitulah arwah saya bertugas ketika itu.

Arwah Ayah saya (kanan sekali) Allahyarham Maamor bin Sudin di Tawau


Anggota tentera Malaysia bersama anggota KKO Indonesia di Tawau

Allahyarham Tun Abdul Razak mendengar taklimat dari Pegawai Tentera di Tawau

Dan Abang Sulong saya Norazelan Maamor pernah menjadi Pengurus Sime Bank di Tawau sekitar tahun 90an. Jadi Tawau memang banyak kenangan bagi keluarga saya...
Satu lagi keunikan di Tawau ialah Pulau Sebatik dimana ianya adalah sebuah Pulau yang terletak di 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia, pulau ini berkongsi sempadan antara 2 negara...


Dah lama tak ke Sabah... in sya Allah kalau ada rezeki ingin rasanya berkunjung ke Sabah yang suatu ketika dulu negeri yang menjadi rumah kedua saya di samping Sarawak ketika bertugas di Kapal dulu..... Hampir semua pelabuhan di Sabah dan Sarawak telah saya kunjungi sepanjang berkhidmat di kapal.... bekerja sambil makan angin....

Copy and paste:
6 Januari 2024 > 25 Jamadilakhir 1445H: 7.42 pm


No comments: