Saturday 20 January 2024

KENAPA PISANG EMAS?

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor
24 June 2020

Pisang Emas dibawa belayar
Masak Sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang Budi di bawa mati
Kenapa Pisang Emas? kenapa tak pisang lain... atau buah lain seperti epal, tembikai atau apa saja....
Pengkaji Barat mengkaji pantun orang Melayu... kerana pantun hanya dimiliki oleh orang Melayu... tidak seperti Syair, Sajak dsb....
Mereka dapati orang Melayu memiliki kemahiran berfikir yang tinggi... Pantun berkait rapat dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan dalam Sistem Pendidikan Malaysia.....

Pantun mempunyai 2 bahagian... iaitu pembayang maksud dan maksud....
Kebanyakan kita hari ini hanya mementingkan maksud pantun itu sahaja... kerana bagi kita maksud itu yang penting....
Namun kita tidak pernah terfikir pembayang maksud pantun orang melayu mempunyai maksud tertentu...
Pisang Emas dibawa belayar? Apa uniknya pisang emas itu....
Masak sebiji di atas peti.... Kenapa sebiji yang masak?
Kajian sains mendapati pisang emas mempunyai khasiat yang tinggi dan baik untuk kesihatan antaranya mengurangkan risiko stroke, tekanan darah tinggi, serang jantung dll....
Kenapa para pelaut Melayu dulu jadikan pisang emas sebagai bekalan..... kerana kebanyakan kita tidak tahu pisang emas boleh mengelakkan mabuk laut selain mempunyai khasiat yang tinggi....
Para Pelayar Melayu dahulu belayar berbulan bulan lama di laut.....
Uniknya pisang emas berbeza dengan pisang pisang yang lain... selain dari boleh dimakan dan mengelakkan mabuk laut...pisang ini tidak masak setandan penuh .. tetapi ia masak sebiji sebiji... hari ini sebiji....esok masak lagi sebiji...
kerana itulah ianya sesuai di bawa untuk pelayaran yang lama.... kerana ia mampu bertahan lama ketika atas kapal....
Sebab itu pantun orang orang dahulu cukup hebat .... kerana mereka perlu menggunakan akal fikiran sebelum mencipta sesuatu pantun....
Jangan tak tahu... pantun Melayu popular di Perancis sehingga ada persatuan untuk pantun di sana...


Pantun sudah mula diperkenalkan dalam sastera Eropah sejak abad ke-19 lagi. Ia dapat dikesan menerusi karya-karya penulis seperti Victor Hugo. Di Perancis Pantun dikenali sebagai Pantoun dan diterima menjadi sebahagian genre dalam sastera Perancis.

Posted on Blog:
20 January 2024 > 9 Rejab 1445H: 10.37 pm

No comments: