Sunday, 21 January 2024

TRAVEL INFO : PULAU PANDAN DAN GUNUNG DAIK

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
11 July 2019



Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga....
Yang pastinya rakyat Malaysia tak kira bangsa kenal dan tahu akan pantun ini yang telah berzaman zaman dibaca atau dinyanyikan....
Budi yang baik sentiasa dikenang orang....
Namun apakah kita pernah terfkir tentang pembayang maksud pantun ini....
Pulau Pandan Jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga....
Mungkin ada yang fikir pembayang maksud ini hanya rekaan orang-orang tua dahulu atau ilustrasi pencipta pantun ini......
kerana kalau kita cari dalam peta Malaysia memang kita tidak akan temui Pulau Pandan dan juga Gunung Daik ini....
Namun tak bererti yang kedua-dua nama ini tidak wujud...
Ketika berkhidmat dengan Kapal TLDM dahulu...saya pernah belayar sehingga ke Kepulauan Riau di Indonesia ...dan di situlah pertama kali saya temui Gunung Daik dan Pulau Pandan....teringatlah saya akan pantun Melayu lama ini...rupanya kedua-duanya memang wujud....



Gunung Daik adalah Gunung yang berada di Pulau Lingga, Kepulauan Riau Indonesia dan memang ianya bercabang 3... manakala Pulau Pandan memang terletak jauh ke tengah dan berhampiran Pulau Lingga.....saiznya kecil sahaja dan dianggarkan hanya memuatkan 10 batang pokok sahaja...
ianya kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan herba dan daun pandan...Gunung Daik menjadi penanda kepada pelaut dahulu untuk ke Pulau Lingga...
Mungkin ramai tidak tahu Pulau Lingga dahulu adalah Pusat Pemerintahan bagi Kerajaan Johor - Riau - Lingga (1512 M - 1784M) yang wujud selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511M....
Ini bermakna orang yang mencipta pantun ini dahulu mungkin juga seorang pelaut... kerana beliau tahu akan kewujudan Gunung Daik dan Pulau Pandan ini... maklumlah zaman itu belum ada internet macam sekarang .... boleh petik hujung jari je....

Posted on Blog:
21 January 2024 > 9 Rejab 1445H: 12.01 pm

No comments: