Saturday, 13 January 2024

Kalian Sudah Ada 'Promised Land', Bangkit & Majukan Negerimu!

OLEH : SRIKANDI

Anak Melayu kena ingat, setakat ini terdapat dua sumber sahih yang mencatatkan nama semenanjung Tanah Melayu itu berkaitan dengan orang Melayu.
Pertamanya, peta Claudius Ptolemy abad ke-2 Masehi yang mengandungi rekod nama 'Maleu-kolon' (Bahagian dari Melayu).
Keduanya, dalam Tabula Rogeriana karya Muhammad al-Idrisi (1154 Masehi) mengandungi rekod "Gezira al-Kamar wahija Gezira Malai" (semenanjung Khmer-Melayu). Tahun 1154 Masehi, belum wujud apa-apa kerajaan orang rumpun Tai di Indochina. Kerajaan Lanna diasaskan pada 1259 dan Sukhotai pada 1279 manakala Lanxang pada 1353.
Sebab itu nama 'Melayu' itu mahal, dicemburui kawan dan lawan. Kata la apa pun. Pinjamla kata-kata kecaman era kolonial dulu yang ditimpakan pada orang Melayu untuk menyerang Melayu hari ini, sejarah Melayu tetap melawan. Sejarah leluhur kita abadi.
Negara kita dan Filipina pernah berebut nama 'Melayu' ini untuk dijadikan nama negara masing-masing. Bertuahnya negara kita yang dapat.
Sebab menetapkan identiti itu adalah salah satu perkakas ajaib dalam membina kemajuan material manusia. Zionis Israel dengan identiti 'The Promised Land' pun dapat memperkasakan bangsa dia. Bermati-matian dia menipu bagai menafikan wujudnya Palestin sebelum tertubuhnya negara haram dia tu.
Makanya nama Melayu sudah beribu tahun orang letak dalam peta purba, mengapa kamu harus rasa murung dan mundur? Bangkitlah dan majukan negerimu!
Tanah ini 'Promised Land' kamu semalam, hari ini dan sampai bila-bila.
~Srikandi
My History is Immortal

Copy and paste:
13 Januari 2024 > 1 Rejab 1445H: 11.52 am
cOP

No comments: