Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts

Sunday, 30 March 2025

RAMADHAN ADALAH PENANDA SIAPA DIRI KITA

Oleh Abdullah Chek Sahamat
22/5/2019

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa'i dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, yang bermaksud: " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.......".

(2) Secara biasa-biasa kita sering didengarkan dan atau berfikir betapa pada sepanjang Ramadhan para syaitan itu terkurung atau terbelenggu, maka dengan itu manusia terlepas dari segala godaan syaitan. 
Apakah benar manusia bebas dari godaan syaitan di bulan Ramadhan? 
Atau apakah maksud sebenar para syaitah terbelenggu? 
Tulisan secara theologi Islami mengenai perkara ini banyak boleh kita capai di mana-mana. Dari sudut theologi Islami yang pernah saya dengar dan baca, maksud terbelenggu, terikat atau terkurung bukanlah membawa erti secara fizikal para syaitan itu dibelengu, ikat, rantai atau terkurung. Ianya lebih kepada konsep terhalang. Hadangan godaan syaitan pada bulan Ramadhan tidak tertanggung kepada syaitan tetapi lebih kepada keImanan dan keTaqwaan Muslim itu sendiri. Kemampuan para Muslimin dalam menahan nafsu dari apapun adalah pagar atau rantai yang menghadang syaitan dari mendekati mereka. Contoh, para Iblis paling tidak berani dengan Umar Al Khataab. Para Iblis sangat menjauhi Umar, lantaran kental Iman dan Taqwa beliau. Pokok pangkalnya adalah kekuatan Iman dan Taqwa Muslim itu sendiri menjadi rantai atau kurungan buat para syaitan dari menggangu mereka. Secara Islami, kekuatan Iman dan Taqwa di bulan Ramadhan adalah dinding penghadang manusia dari godaan syaitan. Jika itu sebegitu, tidakkah Iman dan Taqwa adalah pelindung bagi manusia pada masa manapun dari godaan syaitan, dan ianya tidak terbatas hanya di bulan Ramadhan?

(3) Allah sengaja menjadikan Ramadhan sebagai bulan di mana Dia mengikat segala syaitan, ada hikmah tersendiri yang semua Muslim harus tahu. Sesungguhnya, di bulan Ramadhan, khasnya di malam Lailatul Qadar adalah malam di mana Allah menurunkan Kalam Al Quran dari Arasyi ke Langit Bawah. Dari langit bawah, kemudian Jibril menyampaikan Ayat-Ayat Al Quran secara berperingkat-peringkat kepada Muhammad SAW selama 23 tahun kemudiannya. Sesungguhnya, mengikut pemahaman saya, rantai kepada para syaitan di bulan Ramadhan dan pada sebilang masa adalah Al Quran. Al Quran yang Allah turunkan kepada manusia, adalah lawan kepada segala kehendak jahat syaitan jika kita mengerti dan mematuhinya.

(4) Kita tangguh dulu prihal tafsiran theologi Islami sebenar akan maksud para syaitan dibelengu di bulan Ramadhan. Dalam tulisan ini, biar saya mengutarakan logika dari maksud dan kesan bahawa di bulan Ramadhan para syaitan terbelenggu, dirantai, diikat atau terkurung. Katalah dari sudut bahasa biasanya, para syaitan benar-benar secara fizikal terikat, terbenggu atau terkurung, maka bolehlah kita berkata Ramadhan = Bulan Bebas Syaitan; Satan Free Month. Allah atas kuasaNya, tiada halangan untuk Dia mengikat atau merantai para syaitan. Maka jika ini benar, manusia di bulan Ramadhan adalah manusia sebenar-benarnya manusia iaitu dia bebas dari pengaruh syaitan. Pada bulan Ramadhan, manusia adalah dirinya sendiri he is himself. Jika ini benar, kesannya sangatlah luas.

(5) Bagi saya, adanya bulan Ramadhan adalah cara Allah hendak menunjukkan kepada diri kita siapa kita sebenarnya. Ramadhan adalah bulan memuhasabah diri, bulan menilai dan mengenal diri sendiri. Kita boleh menentukan siapa diri kita secara sendiri-sendiri, bila bulan Ramadhan itu muncul. Dalam kata lain, bulan Ramadhan adalah kayukuran tentang siapanya diri kita, khasnya dari sudut Iman dan Taqwa. Kita boleh membandingkan di tahap mana Iman dan Taqwa kita dengan melihat darjah kepatuhan kita berbanding manusia-manusia lain di sekeliling kita. Di bulan Ramadhan, banyak pantang larang serta banyak pula perkara-perkara ibadah yang wajib dan harus kita lakukan berbanding dengan bulan-bulan lain. Inilah bulan di mana kita diminta untuk tekun dan rajin beribadah. Inilah bulan bagi mengukur tahap kepatuhan kita kepada suruhan Allah. Di bulan inilah, Allah berikan kesempatan untuk kita menilai tahap keImanan dan keTqwaan diri sendiri. Contohnya, jika ada manusia lain menuding betapa Iman dan Taqwa kita adalah lemah pasti kita akan marah atau sakit hati. Tetapi dengan cara membebaskan manusia dari pengaruh syaitan, khasnya di bulan Ramadhan bermaksud kita adalah kita, kita tersendiri, maka siapa kita bila tidak terpengaruhi syaitan adalah kita yang sebenar. Maka, contohnya jika kita suka berbohong di luar Ramadhan, maka kita boleh mendakwa bahawa sifat pembohong kita itu adalah hasil godaan syaitan. Tetapi jika di bulan Ramadhanpun kita tetap berbohong, maka dapatlah dirumuskan biar tanpa syaitanpun kita tetap pembohong. Dengan itu maka bolehlah dirumuskan bahawa kita adalah sebetul-betulnya kita adalah pembohong tegar. Khasnya bagi orang Melayu yang marah digelar pemalas, cuba lihat apakah kita pemalas di bulan Ramadhan atau tidak? Jika di bulan Ramadhan, di mana Allah memberikan ganjaran berlipat ganda lewat membuka pintu Syurga di atas apapun kebaikan yang kita buat, kita tetap bermalas-malas sehebat malasnya kita di bulan-bulan lain, maka tidak usahlah kita marah atau berkecil hati jika dijenamakan sebagai bangsa pemalas. Di bulan Ramadhan, tiada sebab untuk umat Melayu khasnya untuk berdalih-dalih dalam apapun, lantaran sikap kita seharusnya berebut-rebut mengerjakan kebaikan lantaran kebaikan di bulan Ramadhan nilai ganjarannya adalah sangat tinggi. Ibarat jika dibayar gaji besar, kita harus tidak malas. Saat upah tinggi disediakan, tahap kerja kita mesti lebih tekun, tangkas dan beyond expected. Namun, saya perhatikan, sebilangan besar bangsa Melayu cukup lesu dalam banyak hal bila saat datangnya Ramadhan. Kerja mereka tidak focus. Ketangkasan mereka juga jauh berkurang. Mereka cukup menghidar kerja-kerja berat apa lagi jika perlu keluar menantap matahari. Puasa sering dijadikan alasan. Dari melihat Ramadhan sebagai bulan penuh rahmat, sebilangan Melayu melihat Ramadhan sebagai bulan disandarkan segala alasan untuk "berundur".

(6) Dalam kata mudah, jika kita sama saja (atau mungkin lebih teruk) sepertinya tidak di bulan Ramadhan, maka hakikatnya itulah kita sebenarnya. Perit getir berpuasa di sepanjang Ramadhan sepertinya tidak mendatangkan rasa sedar dan insaf kepada diri kita untuk berubah ke jalan kebaikan. Apa lagi bagi yang seronok berpuasa, itupun tidak mengentalkan kecintaan kita kepada kebaikan yang dituntutkan.

(7) Sebagai gambaran bertapa puasa Ramadhan belum boleh memberikan kesan mendalam kepada banyak umat Melayu akan saya gambarkan dengan mengambil suatu fenomena hebat yang kini sedang melanda Negara. Fenomena tersebut adalah penjajaan Badut MaluApaBossku. Sosok dan watak utamanya, seseorang telah dituduh berlaku onar dalam kerjayanya. Dalam konsep kebertangungjawaban, dia bolehlah dikatakan sebagai telah pecah amanah. Dalam tulisan ini, biar saya ringankan pertuduhan ke atas beliau dari pecah amanah kepada kealpaan. Saya menggunakan kealpaan sebagai gantian pecah amanah lantaran itulah dakwaan pembelaan iaitu beliau mengatakan bahawa dirinya telah didecieved; tertipu = dikelirukan. Seringnya, bila kita alpa, maka kita sering 'tertipu' dan atau dikelirukan. Salahnya adalah kita alpa. Saya terima walau dengan berat hati masalah 'tertipu' yang beliau cuba permainkan. Bagi saya pada kedudukan darjat beliau, masalah decieved adalah mustahil lantaran beliau dikelilingi oleh mereka yang pakar dalam bidang-bidang berkaitan. Sebagai seseorang yang berkuasa penuh serta bertanggungjawab berat, dia dalam keadaan apapun, harus berpunya kumpulan mesyuarah dan atau pemikir yang hebat-hebat bagi meneliti apapun yang harus beliau putuskan khasnya bila melibatkan kepentingan rakyat dan Negara. Sesungguhnya, dia bukan sekadar dituduh, bahkan sedang disiasat hebat bukan sahaja di Negara ini, bahkan di negara-negara lain. Beberapa bukti-bukti sahih telah menunjukkan kealpaan jelas beliau dalam amanahnya. Banyak pihak di luar Negara telah terhukum berkait dengan kealpaan beliau tersebut. Femomenalnya, dari menginsafi kealpaannya, dia malah rela dijadikan simbol betapa malu itu tidak perlu. Beliau sedang bergaya di mana-mana bertopengkan tiada malu. Dengan bertopengkan MaluApaBossKu hakikatnya, lantaran dia adalah Melayu, berada dalam masyarakat majoriti Melayu, sesungguhnya dia sedang dilanda malu besar. Dalam budaya Melayu, sesorang yang tidak tahu malu atau ada malu, sesungguhnya dia sedang dalam kehinaan. Topeng MaluApaBossKu hanyalah penutup kehinaannya. MaluApaBossKu sedang melahirkan fenomenal biar alpa biar terkeliru Melayu harus jangan ada malu. Bibit-bibit Melayu jangan pernah malu sedang tumbuh subur jika tidak dibendung pantas.
(8) Sesungguhnya, malu adalah susila adat Melayu. Susila malu pada Melayu adalah terapan hebat keIslaman yang mereka pegang. Dengan adanya malu, Melayu menjadi santun, luhur, susila dan cukup dihormati. Intipati Kesopanan dan kesulilaan dalam Rukun Negara adalah manifestasi Melayu agar bangsa-bangsa di Negara ini ada pegangan kepada sikap ada malu sebagai personal and communal enforcement element dari berbuat sebarang perkara tidak baik. Bahkan ianya juga sebagai pendorong kepada Melayu harus turut baik-baik, lantaran jika tidak berbuat baik sedang masyarakat berbuat baik, maka itu pasti menimbulkan juga rasa malu. Melayu yang hilang malu, apa lagi Melayu yang tidak tahu malu, sesungguhnya, jatidiri Melayunya telah luntur atau tiada. Sesungguhnya, malu adalah tonggak Melayu. Cuba perhatikan, dalam menuntut hutang, bila berkali-kali tuntutan tidak tertunai, seorang Melayu sejati, biar menuntut hutangpun dia sudah merasa malu. Itu menuntut hutang, bukannya berhutang. Melayu paling malu untuk berhutang. Berhutang sesama Melayu paling memalukan Melayu. Melayu juga rasa malu bila dirinya tertipu. Biar tertipupun Melayu berasa malu, apa lagi untuk menjadi penipu. Makanya, Melayu cukup malu untuk menipu. Bahkan, malu menjadikan Melayu untuk ikut-ikut berbuat amal kebaikan. Cuba lihat di Aidil Fitri dan atau Adha, semua Masjid akan sesak lantaran Melayu malu jika tidak sholat sunat Aidil Fitri dan Adha. Sebegitu juga, biar tidak berpuasa, Melayu pasti malu untuk mengaku tidak berpuasa. Sesungguhnya, jatidiri malu pada Melayu cukup luas maksud dan kesannya dari sudut nilai-nilai keIslaman mereka. Bagi Melayu, malu adalah teras nilai-nilai keIslaman mereka. Dalam Islam, malu adalah benih-benih kesucian diri. Melayu yang tidak tahu malu adalah Melayu yang bibit-bibit kesucian hatinya sedang menuju kegelapan yang pekat.

(9) Fenomenal, bila di bulan Ramadhan, malu yang menjadi asas keIslaman Melayu, sedang dijaja dan disemarakkan sebagai MaluApaBossKu. Dirinya dan para pendokongnya megah menjaja sifat Tidak Perlu Malu. Jika di bulan Ramadhan kita tiada malu, maka sebegitulah sifat sebenar kita secara azalinya. Biar ada atau tiada syaitan, malu yang menjadi dinding perlakuan buruk kita, kita robohkan dan nyahkan nilai-nilai tersebut.

(10) Saya mungkin kelihatan picky dalam pemilihan teladan dalam tulisan ini. Namun, cuba perhatikan Al Quran. Sengaja Firaun, umat Lut, Yahudi bahkan Luqman Al Haqim dan sosok tertentu dijadikan teladan tepat dalam pembicaraannya. Asasnya adalah itulah teladan benar dan itulah yang wajib dihidari dan atau dipatuhi. Saya memilih Badut MaluApaBossKu lantaran sosok-sosok dan watak-watak itu adalah nyata di depan mata.

(11) Maka dalam fenomenal Badut MaluApaBossKu, jika benar dia alpa, maka seharusnya, khasnya di bulan Ramadhan yang penuh keterbukaan pintu Syurga ini dia harus membantu Kerajaan bagi membawa semua mereka yang telah decieving him ke tengah. Jika benar kealpaannya adalah atas khilafnya maka, bantulah Kerajaan untuk membawa pulang khazanah Negara yang telah being decieved. Saya sebel, saya kecewa sebetulnya, bila dia mengaku being decieved tetapi dari berusaha cuba menghukum para pengkhianat berkenaan kini gelagatnya dia tetap tidak bersalah sehingga didapati bersalah. Benar dari hukum duniawi, namun di mana letakknya susila Ramadhan. Dia berpegang bermati-matian kepada tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah namun lupa kepada konsep jika dia sedar, dia harus insaf. Tuntutan insaf ke atasnya mengikut Islam adalah taubat. Taubat bermaksud, kita harus berhenti dari terus melaku dan atau bersekongkol melakukan keburukan. Paling afdal, kita harus berusaha mengembalikan segala-gala kepada jalan baik asalnya. Bagi kita umat Melayu, tuntutan adat sangat mudah; memohon maaf dan bantulah pulihkan keadaan. Dia harus berani untuk berjiwa besar dengan menjadi saksi Negara dalam membawa pulang segala khazanah Negara yang dicuri akibat 'kekeliruan'nya. Membela Negara jauh lebih mulia dari membela diri. Jika itu sikap beliau, In Shaa Allah rahmat Syurga Allah luas terbuka untuknya.

(12) Sesungguhnya, konsep perundangan yang berpegang kepada tidak bersalah selagi tidak dibuktikan salah mengikut gandingannya iaitu the onus is on the occuse to prove he is innocent. Dari apa yang kita sedang lihat, dia lebih rela dijadikan Badut MaluApaBossKu seolah-olah dia benar hanya atas dasar not yet proven wrong, namun apa bukti yang telah dan sedang dia ketengahkan untuk mengesahkan bahawa dia tidak bersalah? Sejak 2013, rakyat mahukan bukti tentang "kebenarnya" namun sehingga kini dia tetap making people as clowns. Sepertinya, dia lebih suka memilih jalan popular dari proses mahkamah, professionalisma apa lagi Islami sebagai jalan pembelaan diri. Sesungguhnya, saat para isteri SAW terfitnah, SAW mengasingkan diri dan diam khalwat. Beliau berjanji akan khalwat selama sebulan penuh. Namun pada hari ke 29 beliau bubar berkhalwat sehingga para sahabat mengingatkan beliau bahawa sebulan bermaksud 30 hari. Namun SAW bertegas, sebulan tidak semestinya 30 hari, boleh saja 29 hari. Dari peristiwa tersebut, maka Hisab Ramadhan boleh 29 dan atau 30 hari, dan ini kini telah diterima sebagai piawaian hitungan hari dalam sebulan bagi seluruh dunia. Namun, saya melihat kesan paling besar atas sikap SAW tersebut adalah pertalian antara Ramadhan, khalwat dan jalan penyelesaian fitnah. Bagi Badut MaluApaBossKu dan para pendokongnya, jika mereka mengerti, bilamana kita yakin tidak bersalah sehingga dibuktikan salah; katakan sedang berdepan dengan "fitnah", maka sikap atau jalan yang ditunjukkan oleh SAW adalah teladan terbaik; diam, khalwat. Ramadhan harus dijadikan bulan untuk diam dan khalwat memuhasabah diri. Bahkan SAW menanganinya secara cukup professional iaitu dengan membiarkan para sahabah melakukan "sisatan". Maka, janganlah biar para syaitan sedang dipasong ie Allah hadangi dari mengaggu kita di bulan Ramadhan, sifat dan sikap kitapun seperti tiada beda dalam keadaan sedang kerasukan syaitan.

(13) Maka harus semua mulai sedar, mahabijaksana Allah dalam mengkhususkan Ramadhan sebagai bulan penuh rahmat dan menghalang Syaitan dari menganggu manusia, benarlah, jika di bulan Ramadhan pun kita jahat maka sahih kita adalah penjahat dan sebegitulah sebaliknya. Kita adalah diri kita di bulan Ramadhan. Mahabijaksana Allah, bulan Ramadhan adalah bulan bagi kita memuhasabah siapa dirinya kita. Ramadhan is the month specially designed by Allah for one to see the truly himself.

(14) Semoga semua cuba mengerti rahsia-rahsia Ramadhan seluas-luas dan sehalus-halusnya dalam waktu kita mengamalkan puasa dan segala ibadah berkait dengannya. Salam Ramadhan.

Kuching, Sarawak
22 Mei, 2019


Copy and paste:
30.3.2025 @ 29 Ramadan 1446H: 1.01 p.m

Saturday, 22 March 2025

TADABBUR KALAMULLAH RAMADAN


"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu"
[Surah al-Baqarah 168]
Sikap materialistik telah menguasai diri... Orang Islam mutakhir ini ramai yang ketandusan rohani akibat sikap ini... seolah-olah matlamat menghalalkan cara....tidak lagi peduli dari mana datangnya sumber rezeki mereka...
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis pernah mengatakan setiap daging yang terbina daripada harta haram maka neraka lebih layak untuknya.... Nauzubillah...
Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram akan dibakar oleh api neraka...
Syaitan berusaha agar kita terlibat dengan pekerjaan yang haram, beroleh rezeki yang haram dan memasukkan makanan yang haram ke dalam mulut kita, isteri dan anak-anak kita lalu mengalirlah darah yang haram ke seluruh tubuh badan kita serta nanti akan dihumban bersamanya dalam neraka.
Zaman mutakhir ini seolah-olah yang haram itu Babi sahaja... yang lain semua boleh.... rasuah boleh, pecah amanah boleh.....
Tak percaya? Siapa yang mutakhir ni banyak ditangkap pecah amanah dan rasuah..... mereka adalah orang-orang yang diberi amanah namun pecah amanah dan mengambil rasuah, majoriti mereka Melayu Islam..... sedihkan....
Sebabkan pecah amanah dan rasuahlah pendatang asing bermaharaja lela di negara kita, besar kepala malah semakin berani menghina orang tempatan, berniaga sesuka hati, semakin ramai pendatang bolos masuk ke negara kita... ada yang datang melancong tak balik-balik...
Apa gunanya setiap tahun menyambut kemerdekaan kita begitu bangga nak tunjuk pada dunia dalam perarakan Hari Kebangsaan dengan masing masing Jabatan dan Formasi nak menunjukkan aset aset mereka yang canggih dan anggota-anggota yang sado dan berbadan sasa... tapi pendatang asing tanpa izin makin ramai masuk.... bot bot mereka boleh lolos perairan negara tanpa dikesan.... makin ramai yang berniaga sesuka hati seolah-olah negara kita tidak ada penguatkuasa atau PBT itu hanya untuk rakyat tempatan....
Kalau lihat media sosial banyak yang didedahkan oleh orang awam... tapi akhirnya semua berlalu begitu sahaja....
Bila keluar dalam TIktok atau FB.. bersegera tindakan diambil... lepas tu senyap balik....
Kadang rasa rindu zaman 70 an 80 an dan 90 .... ketika negara tidak dibanjiri warga asing yang semakin melambak dan membimbangkan.....
Yang mampu dibuat sekarang ini ialah berdoa kepada Allah swt... agar negara kita dijauhi dari sebarang musibah akibat kerakusan manusia yang di bahu mereka terpikul amanah yang dijunjung....
Allahuakbar.... nasihat buat diri sendiri dan sahabat semua....
Pastikan makanan dan minuman yang disuap ke dalam mulut kita, isteri kita, anak-anak kita dan seluruh ahli keluarga kita, ketika berbuka puasa dan di sepanjang kehidupan kita datang dari sumber yang halal serta pastikan makanan itu benar-benar halal, baik, berzat dan berkhasiat.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
22 March 2025 : 8.56 p.m


Tuesday, 26 March 2024

Kelebihan membaca Al-Quran sepanjang Ramadhan


Pasti kita semua sudah tahu sabda Rasulullah SAW ini: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” 

Kerana itu Rasulullah SAW memperbolehkan kita untuk iri kepada mereka. “Tidak boleh iri kecuali kepada dua orang, iaitu orang yang dianugerahi Al-Qur’an oleh Allah, lalu ia membacanya ketika menunaikan solat di waktu malam dan siang hari; dan orang yang diberi harta lalu ia menyedekahkannya di waktu malam dan siang hari.” 

Tentu saja rasa iri yang dimaksud Rasulullah SAW bukan dalam bentuk ekspresi negatif, tapi meniru apa yang dilakukan oleh manusia-manusia terbaik itu: belajar dan mengajarkan Al-Qur’an. 

Malah Rasulullah SAW sangat menghargai orang yang berusaha mengikuti jejak orang-orang terbaik itu meski belum sempurna dalam membaca Al-Qur’an. 
Kata Rasulullah SAW, “Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia pandai membacanya, beserta para malaikat pembawa catatan amal, yang suci dan berbakti. Dan orang yang membaca Al-Qur’an dengan gagap dan ia kesulitan dalam membacanya, maka ia mendapatkan dua pahala.” 

Rasulullah SAW juga menimbang seseorang dari dekatnya dengan Al-Qur’an. Beliau membuat perumpamaan, “Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah atrujah, baunya harum dan rasanya enak. Dan perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah kurma, ia tidak beraroma tapi rasanya manis. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti bunga wangi-wangian, baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah hanzalah, ia tidak beraroma dan rasanya pahit.” 

Dikali yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa, “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada sedikit pun Al-Qur’an, maka ia bagaikan rumah yang rosak.” Kerana itu, Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita untuk sentiasa berinteraksi dengan Al-Qur’an baik sendiri mahupun bersama-sama. 

Rasulullah SAW bersabda, “Jika suatu kaum berkumpul di dalam satu rumah Allah dan membaca Al-Qur’an serta mempelajarinya secara bersama-sama, niscaya turun ketenangan kepada mereka. Mereka dilingkupi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut mereka kepada makhluk-makhluk-Nya yang ada di sisi-Nya.” 

Tidak hanya di dunia bekas interaksi kita dengan Al-Qur’an kita rasakan. Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari Kiamat akan didatangkan Al-Qur’an dan para ahlinya yang ketika di dunia mengamalkannya. Mereka didahului oleh surat Al-Baqarah dan Ali Imran, keduanya membela orang-orang yang membaca dan mengamalkannya.” 

Dan, syurga tingkat apa yang akan kita tinggal di akhirat nanti pun ditentukan oleh banyak sedikitnya hafalan Al-Qur’an kita. Rasulullah berkata, “Ketika di syurga dikatakan kepada orang-orang yang hafal Al-Qur’an, ‘Bacalah, naiklah dalam darjat syurga dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya di dunia, sesungguhnya kedudukanmu adalah di akhir ayat yang engkau baca.” 

Kerana itu Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita untuk menjaga hafalan Al-Qur’an. “Selalu jagalah Al-Qur’an ini, demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sungguh Al-Qur’an itu lebih mudah lepas daripada unta yang ada dalam ikatannya.” 

Rasulullah SAW menegaskan bahawa, “Sesungguhnya orang yang hafal Al-Qur’an bagaikan pemilik unta yang terikat. Jika ia selalu menjaganya, maka ia memegangnya. Sedangkan jika membiarkannya, maka unta tersebut akan lepas dan kabur.” 

Pahala membaca Al-Quran di bulan Ramadhan 

Di bulan Ramadhan ini kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa dengan ihtisaban seperti dalam sabdanya, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuhi keimanan dan ihtisaban, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 

Ihtisaban maksudnya penuh perhitungan. Berhitung seperti seorang pedagang menghitung berapa keuntungan yang ingin diperoleh dari dagangannya. Kenapa Rasulullah SAW meminta kita berhitung dalam berpuasa di bulan Ramadhan? Kerana Ramadhan bulan mega bonus! 

Kita tentu sudah tahu bahawa membaca Al-Qur’an satu huruf akan diberi pahala oleh Allah SWT 10 . Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an, maka ia mendapatkan satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” 

Tapi, khusus di bulan Ramadhan pahalanya dilipatgandakan oleh Allah menjadi 70 kaliganda . Setidaknya perkara itu di surat pada hadis cukup panjang ini. 

“Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunat (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan berbuka kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikit pun.” 

Kemudian para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kami memiliki makanan untuk diberikan sebagai berbuka orang yang berpuasa.” 

Rasulullah SAW berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan berbuka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan), dan akhirnya pembebasan dari api neraka.” 

Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Al-Ash-habani dalam At Targhib. Namun, didhaifkan oleh Al-Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib dan Dhiya Al-Maqdisi di Sunan Al-Hakim. Al-Albani dalam Silsilah Adh-Dhaifah mengkategorikan ini hadis munkar. 

Jika kita tidak boleh menggunakan berganda pahala 70 kali atas membaca Al-Quran yang kita kerjakan di bulan Ramadhan, mungkin kita boleh menggunakan hadis shahih yang diriwayatkan Imam Muslim ini: 

"Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.”Kemudian Rasulullah SAW menjelaskan, “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali ganda banyaknya.” 

Jadi, ketika membaca ayat pertama surat Al-Baqarah yang terdiri dari 3 huruf, iaitu alif lam mim, kita punya potensi mendapat puasa antara 3 x 10 = 30 sehingga 3 x 700 = 2.100. 

Menurut penelitian Imam an-Nasafi yang dicatatkan dalam kitab Majmu Al-Ulum Wa Mathli’u An-NujumAl-Futuhuat Al-Ilahiyah, Al-Qur’an terdiri dari 30 juz, 114 surah, 6.236 ayat, dan 1.027.000 huruf. Jadi, jika berjaya mengkhatamkan membaca Al-Qur’an sekali sahaja, kita akan dapat pahala sebanyak 1.027.000 x 700 = 718.900.000. dan dikutip Imam Ibn Arabi dalam mukaddimah. 

Rasulullah SAW memberi batas bawah bagi seorang muslim dalam perkara membaca Al-Quran adalah minima khatam Al-Qur’an sekali dalam sebulan. Tapi, muslim yang cerdas tentu tidak merasa cukup cuma khatam sekali di bulan Ramadhan. Kalau cuma sekali ya rugi kerana tidak berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Jadi, harus boleh khatam lebih dari dua kali. 

Terlebih lagi ketika Lailatul Qadar. Jangan sampai tidak membaca Al-Quran di malam itu. Allah SWT menyatakan bahawa nilai Lailatul Qadar lebih baik daripada 1.000 bulan atau sama dengan 354.000 kali malam biasa. 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.” 

Berapa pahala yang boleh kita peroleh jika membaca 1 juz Al-Quran pada masa Lailatul Qadar? Jika kita campurkan jumlah huruf dalam setiap juz sama, maka angkanya kira-kira 1.027.000 : 30 = 34.233 huruf. Jumlah potensi pahala yang boleh kita dapat di malam itu adalah 34.233 x 700 x 354.000 = 8.482.937.400.000. Subhanallah, angkanya triliun! 

Surah Al-Qadr turun kerana suatu masa Rasulullah SAW menceritakan kepada para sahabat tentang seseorang dari Bani Israil yang berjuang fii sabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Lelaki itu selalu beribadah pada malam hari hingga pagi dan di siang harinya berjihad memerangi musuh. 

Para sahabat kagum sekaligus iri kepada lelaki itu. Allah memberi kesempatan kepada lelaki itu selama 1.000 bulan untuk konsisten beribadah dan berjihad. Sementara, para sahabat banyak yang masuk Islam pada umur tidak muda lagi. Sementara potensi usia hidup umat Nabi Muhammad SAW hanya 60 tahun. Jadi, para sahabat merasa tidak mungkin menyamai ibadah yang dilakukan oleh lelaki dari Bani Israil yang diceritakan Rasulullah SAW. 

Allah Maha Adil. Allah SWT memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW. Jika kita beribadah semasa Lailatul Qadar, Allah SWT menggandakan nilainya menjadi 354.000 kali ganda. Membaca Al-Quran satu juz dapat pahala 8.482.937.400.000. Kalau 3 juz, 25.448.812.200.000! Maka rugilah orang yang tidak memperbanyak membaca Al-Quran semasa Lailatul Qadar.dakwatuna.com

Copy and paste:
26/3/2024  > 15 Ramadan 1445H: 7.23 a.m

Thursday, 21 March 2024

Kurma Makanan Sunnah Terbaik Untuk Berbuka Puasa

SUMBER: KEMBARA SAHABAT HARAMAIN
Posted by : Mohd Faridzul Yop
21.3.2024 > 10 Ramadan 1445H

Pada Bulan Ramadhan, Kurma biasanya banyak diburu masyarakat untuk disajikan pada saat berbuka Puasa atau sahur. Kurma disebut-sebut sebagai makanan terbaik untuk yang berpuasa. Inilah istimewanya kurma.
Dunia medis telah membuktikannya bahwa kurma memiliki banyak khasiat yang bermanfaat bagi tubuh. Khususnya di bulan Ramadhan.
Kurma mengandung unsur-unsur penting berupa vitamin, mineral dan gula alami yang mudah diserap, dan membantu untuk mengurangi rasa lapar dan memberi rasa kenyang dengan cepat, karena itulah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ فَإِنَّهُ بَرَكَةٌ
“Jika salah seorang diantara kalian berbuka puasa maka makanlah buah kurma karena ia mengandung keberkahan”. (HR. Abu Daud).
SubhanAllah!
Ternyata Inilah yang banyak direkomendasikan oleh para ilmuwan Nutrisi hingga Hari ini.
Kurma berfungsi untuk pengobatan, Berdasarkan pengalaman dan penelitian, menegaskan bahwa mengkonsumsi beberapa biji buah kurma rutin setiap hari dapat membantu keseimbangan tubuh dan otak dalam mengatur sekresi hormon yang masuk ke otak manusia, yang akan mengirimkan sinyal kepada pikiran dan merasa selalu kenyang sehingga mengurangi jumlah makanan yang biasa dikonsumsi.
Dari sini kita mengingat sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam:
لاَ يَجُوْعُ أَهْلُ بَيْتٍ عِنْدَهُمْ التَّمْرُ
“Tidak akan kelaparan rumah tangga seseorang yang memiliki kurma di dalamnya”. ( H.R Muslim).
Mengkonsumsi kurma setiap hari dan teratur akan mempengaruhi kondisi mental yang akan membuatnya lebih stabil, dan Subhanallah (Maha suci Allah) yang telah memberikan kepada kita makanan ini dan telah disebutkan dalam firmanNya:
وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنَ الْعُيُونِ (٣٤)لِيَأْكُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلا يَشْكُرُونَ (٣٥)
“Dan Kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, supaya mereka dapat Makan dari buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka Mengapakah mereka tidak bersyukur? (Q.S Yasin:34-35)
Berpuasa yang efektif harus ditopang pada Air dan Gula Alami, dan gula yang terdapat pada kurma merupakan salah satu gula terbaik untuk tubuh Manusia. Dalam penelitian menunjukkan bahwa manusia yang mengkonsumsi air dan kurma untuk periode Tiga puluh hari, maka tubuhnya akan terhindar dari berbagai racun yang terakumulasi dalam tubuh dan vitalitasnya jauh lebih baik dari sebelumnya.
Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam telah menegaskan kaidah ini dan berbicara tentangnya:
إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ فَإِنَّهُ بَرَكَةٌ ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْراً فَالْمَاءُ فَإِنَّهُ طَهُوْرٌ
“Jika salah seorang diantara kalian berbuka puasa maka makanlah buah kurma karena ia mengandung keberkahan dan jika tidak mendapatkan kurma maka dengan air putih karena ia adalah simbol kebersihan”. (H.R Abu Daud).
Selamat Menyambut Datangnya Bulan Suci Ramadhan 1445 H buat @followers Mohd Faridzul Yop Kembara Sahabat Haramain

Copy and paste:
21/3/2024 > 10 Ramadan 1445H: 1.09 p.m

Tuesday, 19 March 2024

Minda PresidenPAS > RAMADAN BULAN TETAMU ALLAH

Oleh: Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Selamat bersama Ramadan menjadi tetamu Allah SWT, dikurniakan kelebihan dengan hidangan makanan jasad yang berkat dan sihat, termasuk hidangan makanan roh dan akal yang kuat. Pada masa yang sama, dikurniakan kelebihan tarbiah untuk membentuk syakhsiah berintegriti yang sejati bagi menghadapi cabaran hidup mencakupi aspek fitrah manusia yang berjasad, bersama akal dan roh, bersendirian, berkeluarga dan bermasyarakat yang sama sekali berbeza dengan makhluk yang lain.
Kesempurnaan Islam itu lengkap dan mencakupi segala aspek kehidupan, tidak seperti agama lain. Jauh sekali sekiranya hendak dibandingkan dengan ideologi dan teori ciptaan manusia.
Orang-orang yang beriman diwajibkan beribadat puasa yang menjadi salah satu rukun Islam, sehinggakan pahalanya tidak terkira dan ia hanyalah di sisi Allah. Oleh itu, meninggalkan puasa tanpa keuzuran syar‘i walau hanya satu hari tidak boleh digantikan pahalanya dengan puasa sepanjang hayat.
Manakala sahur dan iftarnya pula makanan yang berkat berpahala, bukan seperti makan seperti biasa. Melatih diri dengan ikhlas bersyukur dan bersabar, mencipta simpati kepada yang susah berlapar dan dahaga dalam kehidupan bermasyarakat, di samping mencipta syukur dan sabar dalam diri sendiri ketika kenyang dengan rezeki Allah.
Berlatih jihad melawan nafsu dalam diri sendiri terhadap perkara yang halal, ia dilarang pada waktu siang hari sahaja, lebih-lebih lagi melawan perkara yang haram sepanjang masa. Selepasnya menghadapi kehidupan di lapangan yang mencabar bersama sifat taqwa yang menentukan martabat dan darjat manusia di sisi Allah, menyahut seruan Allah SWT dalam firman-Nya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٨٣
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” 
[Surah al-Baqarah: 183]

Sifat taqwa itu menentukan martabat dan darjat manusia di sisi Allah, bukannya ditentukan melalui pangkat, harta, keturunan, bangsa dan warna kulit. 

Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (Hawwa’) serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 
[Surah al-Hujurat: 13]

Bertaqwa dengan mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya secara ikhlas hati bukan untuk menunjuk-nunjuk. Itulah sifat yang lahir dalam diri seseorang, apabila menunaikan ibadat puasa yang sebenarnya.
Dalam bulan Ramadan, ibadat wajib yang biasa dilakukan itu digandakan pahalanya, ditambah pula dengan ibadat sunat yang tidak diwajibkan. Melakukannya dapat pahala, meninggalkannya pula tidak berdosa.
Ibadat itu merangkumi ibadat dari sudut jasad, harta dan roh, melalui pelaksanaan solat, zakat, sedekah, dalam keadaan hatinya ikhlas, syukur, sabar dan lain-lain. Sementara itu, menjalin hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, bermula dengan diri sendiri, keluarga, jiran tetangga dan masyarakat yang besar dan luas dalam kehidupan manusia.

Manusia ditetapkan berada di alam dunia supaya beribadat, berkhilafah (mentadbir) dan menunaikan amanah melaksanakan hukum Allah yang adil terhadap semua. Semua perkara ini dinyatakan dalam ayat-ayat berikut, firman Allah SWT:
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ٥٦ مَآ أُرِيدُ مِنۡهُم مِّن رِّزۡقٖ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ ٥٧ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ ٥٨
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. (56) Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. (57) Sesungguhnya, Allah itu Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. (58)” 
[Surah al-Zariyat: 56-58]

Firman Allah SWT:
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’.” 
[Surah al-Baqarah: 30]

Firman Allah SWT:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 
[Surah al-Nisa’: 58]

Firman Allah SWT:
إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا ٧٢
“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” 
[Surah al-Ahzab: 72]

Menepati bulan Ramadan, Allah memilih berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran sebagai kitab hidayah (diturunkan al-Quran). Hal ini dijelaskan oleh firman-Nya:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ١٨٥
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dengan yang batil). Oleh sebab itu, sesiapa antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” 
[Surah al-Baqarah: 185]

Bulan Ramadan dipilih oleh Allah untuk diturunkan al-Quran ke langit dunia sekali gus menjadi satu kemuliaan kepada bulan yang dimuliakan ini. Setelah itu, ia diturunkan secara beransur-ansur supaya menjadi lebih teratur pelaksanaannya, seterusnya lebih berkesan ilmu dan tarbiahnya. Maka, diturunkan wahyu yang pertama.

Berbeza dengan kitab sebelumnya yang diwahyukan seluruhnya pada satu masa kepada umat yang kecil dan zaman yang tertentu. Adapun al-Quran pula, ia diturunkan untuk seluruh manusia sepanjang zaman. 

Firman Allah SWT:
وَقُرۡءَانٗا فَرَقۡنَٰهُ لِتَقۡرَأَهُۥ عَلَى ٱلنَّاسِ عَلَىٰ مُكۡثٖ وَنَزَّلۡنَٰهُ تَنزِيلٗا ١٠٦
“Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” 
[Surah al-Isra’: 106]

Hanya mereka yang bertaqwa sahaja yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuknya. 

Firman Allah SWT:

الٓمٓ ١ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ٣ وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ ٤ أُوْلَـٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٥
“Alif lam mim. (1) Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (2) (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (3) Dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum kamu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)”
Penerimaan tanpa ragu terhadap al-Quran hanya oleh mereka yang bertaqwa kepada Allah yang tertanam dalam hati mereka dengan keimanan yang ikhlas tanpa kufur dan munafiq kepada perkara yang nyata, ghaib, cerita terdahulu dan akan datang khususnya tentang Hari Kiamat.
Al-Quran tidak mudah diterima oleh manusia, hanya mereka yang layak sahaja mendapat hidayah daripada Allah. Melaksanakannya dengan menunaikan kewajipan jihad menegakkan Islam yang sempurna daripada al-Quran dan Hikmah Rasulullah SAW yang menyampaikan dan melaksanakannya. 

Firman Allah SWT:
... ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ ...٣
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni‘mat-Ku, dan telah Aku redai Islam itu jadi agama bagimu… ” 
[Surah al-Ma’idah: 3]

Selain itu, Allah SWT juga memilih pada bulan Ramadan yang mulia ini berlakunya peristiwa Perang Badar al-Kubra. Perkara ini dinyatakan oleh firman-Nya:

وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ١٢٣
“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Oleh sebab itu, bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.” 
[Surah Ali ‘Imran: 123]

Semua perkara ini menunjukkan al-Quran bukan sahaja wajib dibaca dengan baik bagi mendapatkan pahalanya, perkara yang lebih besar ialah beramal dengan petunjuknya dengan penuh ketaqwaan. Allah memberi amaran kepada kaum Yahudi Ahli Kitab yang hanya membaca kitab Taurat, tetapi tidak beramal dengan petunjuknya. 

Firman Allah SWT:
﴿وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيم١٠٥
“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksaan yang berat.” 
[Surah Ali ‘Imran: 105]

Firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِي بَعَثَ فِي ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ٢ وَءَاخَرِينَ مِنۡهُمۡ لَمَّا يَلۡحَقُواْ بِهِمۡۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٣ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ ٤ مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥
“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka al-Kitab dan Hikmah (al-Sunnah). Dan sesungguhnya, mereka sebelumnya benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata. (2) Dan (juga) kepada kaum yang lain daripada mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (3) Demikianlah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai kurniaan yang besar. (4) Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (5)” 
[Surah al-Jumu‘ah: 2-5]

Rasulullah SAW memberitahu akan lahir daripada kalangan umatnya mereka yang sangat baik bacaan al-Quran, tetapi tidak beriman dan tidak beramal dengan hidayahnya. 

Ia disebutkan melalui sabdanya:

سَيَخْرُجُ ‌قَوْمٌ ‌فِي ‌آخِرِ ‌الزَّمَانِ، ‌أَحْدَاثُ ‌الأَسْنَانِ، ‌سُفَهَاءُ ‌الأَحْلَامِ، يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ البَرِيَّةِ، لَا يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ، كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ، فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ، فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ القِيَامَةِ.
“Akan muncul satu kaum pada akhir zaman yang pandai bercakap, tetapi tidak berilmu, bodoh impiannya, bercakap dengan sebaik-baik ucapan manusia, mereka membaca al-Quran dengan baik namun sekadar kerongkongannya sahaja mereka terkeluar daripada agama laksana anak panah menuju sasarannya. Maka, di mana sahaja kamu menemuinya, maka hadapilah mereka bagi menentang mereka. Sesungguhnya, penentangan terhadap mereka nescaya mendapat pahala yang besar pada Hari Kiamat kelak.” 
[Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Diyat, No. 6930, daripada ‘Ali bin Abi Talib KW]

Demikianlah cabaran besar yang dihadapi oleh umat Islam dari dalam diri umat yang tenggelam dalam kejahilan, kesan daripada serangan pemikiran pada zaman penjajah, di samping menghadapi musuh luar yang mudah dikenali.
Maka, digalakkan untuk bertadarus al-Quran pada bulan Ramadan dengan membacanya dan menghadiri majlis ilmu bagi memahaminya.
Generasi awal dalam kalangan para sahabat ramai yang mati di perantauan yang jauh semata-mata kerana ingin menyebarkan Islam dan menegakkannya daripada al-Quran kepada seluruh manusia.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Ramadan 1445 / 19 Mac 2024
[Bil: 15 / 2024]


Copy and paste:
19 March 2024 > 8 Ramadan 1445H: 4.27 pm




Friday, 14 April 2023

Bayaran Zakat Fitrah Secara Atas Talian Tanpa Akad – Apa Statusnya?

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah bersetuju bahawa kaedah bayaran dalam talian bagi zakat fitrah yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah untuk meringankan beban umat Islam.

Melihat kepada keadaan semasa dan juga kebolehadaptasi kita terhadap norma baru yang ditekankan kerajaan, kita perlu menjaga diri dan mengamalkan penjarakan sosial bagi mengelak daripada jangkitan wabak COVID-19 ini.

Kurangkan berada di tempat awam tanpa sebab yang mendesak. Ini merupakan salah satu usaha untuk memastikan keselamatan dan kesihatan diri terjaga.

Oleh yang demikian, bayaran zakat fitrah secara atas talian merupakan salah satu cara yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan proses pembayaran terutamanya ketika berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.Namun, apabila melihat kepada caranya, tiada akad yang dilakukan seperti kebiasaan kita membayar zakat secara terus di tempat bayaran zakat.

Jadi, apakah status bayaran zakat yang dilakukan itu?

Apa Itu Ijab Qabul

Ijab dan qabul adalah suatu perbuatan untuk menunjukkan suatu keredaan dalam berakad antara dua orang atau lebih.

Lafaz ijab sendiri merupakan lafaz yang dinyatakan dalam ungkapan penyerahan. Lafaz qabul pula merujuk kepada ungkapan penerimaan.

Setelah ijab diucapkan oleh pembayar zakat dan diterima melalui lafaz qabul, ia biasanya akan diakhiri dengan bersalaman antara pembayar zakat dan penerima atau amil zakat.

Lafaz yang biasa disebut ialah – “Saya berzakat fitrah sebanyak … (jumlah bayaran) yang wajib bagi diri saya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Kemudian, ia akan disambut oleh penerima atau amil zakat dengan ungkapan – “Saya terima zakatnya sebanyak … (jumlah diterima) yang wajib bagi diri tuan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Namun, berbalik kepada persoalan di atas, iaitu bayaran zakat secara atas talian – hukumnya adalah sah. Bayaran zakat tanpa ijab dan qabul serta bersalaman antara penerima dan pembayar adalah sah.

Hal ini adalah melihat kepada pendapat Mazhab Imam Syafi’e yang menyebut – “wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata.” (Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)

Menurut Dr. Wahbah Zuhaili, syarat-syarat sah pemberian zakat itu ialah dengan sekadar berniat di hati. Ia cukup untuk menjadikan kewajipannya tertunai. (Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 3/1796)

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail berkata – Menunaikan zakat secara atas talian, ia adalah sah kerana niat sudah berlaku ketika itu dan pemindahan pegangan harta, iaitu wang juga sudah berlaku.

Kesimpulan

Tuntasnya, pembayaran zakat secara atas talian tanpa ijab dan qabul serta bersalaman adalah sah kerana sudah memenuhi syarat sah bayaran zakat, iaitu niat dan pindahan harta.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah

Copy and paste: 14/4/2023 > 23 Ramadan 1444H: 6.43 pm

Thursday, 13 April 2023

21 AMALAN PADA SEPULUH AKHIR RAMADHAN

SUMBER: Zaharuddin.net

Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
APA AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN?
Semua jenis amalan soleh dan ikhlaskan niat sedaya mungkin, antara amalan:-
1. Solat fardhu berjemaah setiap waktu.
2. Solat sunat Rawatib
3. Jangan tinggal solat sunat Fajar ( 2 rakaat sebelum solat Subuh )
4. Iktikaf di masjid bagi yang mampu.
5. Memperbanyak tilawah Al-Quran, sekurang-kurangnya lebih banyak daripada bacaan sebelum 10 akhir Ramadhan
6. Memperbanyakkan Sedeqah, khususnya yang beri impak tinggi.
7. Membantu orang dalam melaksanakan kebaikan dan melepaskan kesukarannya.
8. Banyakkan berdoa dan yakin akan kemaqbulannya.
9. Basahi lidah dengan zikir yang dilafazkan, bukan sekadar dalam hati.
10. Taati dan berkhidmat kepada ibubapa.
11. Taati dan tambahkan khidmat kepada suami dan anak-anak.
12. Tambah khidmat pada isteri dan anak-anak.
13. Menjaga pandangan mata dari yang diharamkan.
14. Hentikan mengadu domba dan mengumpat serta cerca maki.
15. IKHLASKAN DIRI bila laksana semua di atas kerana Allah bukan manusia.
16. Banyakkan taubat dan istighfar SERTA mencari fadhilat Lailatul Qadr.
17. Selesaikan hutang yang tertunggak (yang sudah due date)
18. Mohon maaf atas kesalahan terhadap mangsa (jika ada) dan pulangkan wang dan harta yang diambil tanpa izin dan tanpa
19. Hidupkan akhir malam (1 jam sebelum subuh) dengan ibadah dan solat sunat.
20. Membersihkan harta subhat dan haram dengan salurkan kepada faqir miskin dan kebajikan awam.
21. Mengeluarkan zakat harta dan fitrah.
Hadith Nabi menyebut berkenaan Laylatul Qadr:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
DOA TERPENTING MALAM AL-QADAR
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.. t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di

Copy and paste:
13/4/2023 > 22 Ramadan 1444H: 5.40 pm