Saturday, 20 January 2024

MELEU-KOLON

Oleh : Exim Beng
Kisah Sejarah Melayu : 22 January 2023 

Sejarah-sejarah kita ditulis oleh penjajah Eropah yg niatnya hanya memecah-belahkan kita. Yang sadisnya ramai professor kita juga terkena saka penjajah penjajah ini. Sejarah hebat mereka tutup rapat tapi perkara yg jadi kebodohan kita mereka suluh & catat didalam jurnal jurnal mereka.
Peta Semenanjung Emas Tahun 150 MASIHI oleh Claudius Ptolemy. Ditulis dalam bahasa Greek semasa periode Greco-Roman.
Jika anda melihat peta Ptolemy dalam Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis pada bahagian Asia Tenggara,cuba perhatikan pada tanjung yang tertulis Aurea Chersonese. Kemudian pergi ke hujung tanjung itu dan anda akan menjumpai perkataan ‘Meleu-kolon’ yang diterjemah dari teks asal ‘Μαλεου Κώλον’ dalam tulisan Greek Purba.



Perkataan Μαλεου jika diterjemah secara harafiah adalah menjadi ‘Malayu’ dan ini diakui oleh G.E Gerini,yang telah mengkaji peta-peta Ptolemy sekitar Asia Tenggara,dengan menterjemah perkataan ‘Μαλεου Κώλον’ sebagai ‘Malayu’.
Definisi ‘Κώλον’ pula menunjukkan peta-peta Greaco-Roman mengesahkan kewujudan Tanah Melayu pada masa silam,merujuk kepada semenanjung Malaysia.
Jika pada tahun 150 Masehi telah ada catatan tentang ‘Tanah Melayu’ atau ‘wilayah Melayu’ maka sudah tentu entiti bernama Melayu telah wujud lebih lama sebelum Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis dikarang.
Ptolemy juga sebenarnya merakamkan kartografinya di dalam Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis berdasarkan peta-peta purba yang lebih lama wujud,juga dari sumber-sumber pelayaran dan ahli kartografi yang lain.Seperkara yang menarik,di dalam karyanya Ptolemy itu juga mencatatkan ‘jung’ (tanjung) seperti ‘Jung Salang’ (Junkceylon) yang bermaksud ‘Tanjung Salang’ yang kemudiannya menjadi ‘Bukit’ dan kini disebut Phuket oleh orang Thai,dimana ia menjadi sebahagian dari Thailand pada hari ini.
Ini menunjukkan,para pelayar yang mencatatkan nama-nama tempat itu berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang sudah pasti orang-orang Melayu yang berbahasa Melayu dan mereka juga yang menegaskan kepada para pelayar itu bahawa tanah semenanjung yang diduduki oleh mereka itu adalah ‘tanah orang-orang Melayu’ atau Malayu-kolon (Μαλεου Κώλον).
Maleu-Kolon
Coco Nagara
Perimula

Copy and paste:
20 January 2024 > 9 Rejab 1445H: 11.22 pm

No comments: