Thursday, 30 August 2018

KISAH PENUH IBRAH

Berakhirnya Musim Haji 

Musim haji berakhir sudah. Para tetamu Allah berduyun-duyun pulang meninggalkan kota suci dengan membawa seribu kenangan  manis sepanjang mengerjakan ibadah haji, rukun Islam yang ke 5.

Apa yang paling penting ialah perasaan gembira dengan janji syurga serta diampunkan dosa.

Saya menerima sepucuk surat melalui email yang diutus oleh seorang sahabat dari Negara Arab mengisahkan pengalaman seorang tetamu Allah yang sungguh mencuit hati.

Justeru saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat semua kisah tersebut.

Begini ceritanya:
Setelah berakhirnya musim haji, lapangan terbang Jedah penuh sesak dengan para jamaah yang menunggu pesawat untuk pulang ke tanah air masing-masing. 
Antara mereka ialah Haji Sa’eid yang mengambil tempat duduk di sebuah kerusi. Di sebelahnya jamaah lain yang kelihatannya berasal dari negara yang sama dengannya.

Kedua-duanya bersalaman, berkenalan dan berbual mesra walaupun baru pertama kali berjumpa. Lelaki yang baru berkenalan dengan Haji Sa’eid itu (kita panggil dia Haji Abdul Ghani atau ringkasnya HAG) bercerita mengenai dirinya:

Saya seorang konteraktor yang Berjaya, Alhamdulillah. Tahun ini Allah telah menganugerahkan rezeki di mana saya berjaya mendapat satu tender yang saya kira cukup untuk membiayai keperluan sepanjang hayat saya. Dengan rezeki yang melimpah ruah itu, saya berikrar perkara pertama yang mesti saya lakukan ialah menunaikan haji kali ke 10 sebagai tanda syukur kepada Allah di atas nikmat-Nya yang begitu banyak.

Dan sebelum berangkat, saya tidak lupa mengeluarkan zakat, memberi sedekah agar haji saya diterima di sisi Allah. Syukur kepada Allah, sekarang saya telah dapat menyelesaikan haji saya yang ke-10.

Haji Sa’eid (HS) mengangangguk-anggukkan kepalanya sambil berkata:

Haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa diampuni insya Allah.
HAG tersenyum sambil mengaminkan doa HS. Kemudian dia bertanya:

-Anda bagaimana ya akhi? Adakah anda juga mempunyai cerita tertentu di sebalik haji anda?

HS menjawab dengan teragak-agak:

Demi Allah ya akhi. Ceritanya sangat panjang dan saya tidak mahu memeningkan kepala anda mendengarnya.
HAG tertawa pendek. Dengan nada mesra dia berkata:

Tak mengapa ya akhi. Kita di sinipun bukan buat apa selain menunggu saja. Ceritakanlah kisahmu itu!

HS turut ketawa seraya berkata penuh makna mengenangkan hari-hari yang dilalui sebelum dijemput oleh Allah menjadi tetamu-Nya yang dimuliakan.

Ya, menunggu. Sebenarnya itulah permulaan cerita saya. Sesungguhnya saya telah menunggu saat untuk menunaikan haji beberapa tahun lamanya. Saya telah bekerja sebagai perawat fisioterapy sejak 30 tahun yang lalu, iaitu sejurus selepas menamatkan pengajian. Tak lama lagi saya akan bersara. Anak-anak semuanya telah berumahtangga dan telah terlepas dari tanggungan saya.

Maka saya membuat keputusan menggunakan simpanan yang ada untuk menunai ibadah haji yang telah sekian lama saya impikan pada tahun ini. Maklumlah umur kita tiada siapa yang tahu bila akan habis?

Saya mengeluarkan semua wang simpanan dan berazam untuk pergi mendaftarkan diri di jabatan pengurusan haji selepas tugas saya selesai pada hari itu. Sebelum meninggalkan hospital tempat saya bekerja, saya terserempak dengan seorang ibu yang selalu membawa anaknya yang lumpuh untuk mendapatkan rawatan.

Wajahnya sugul, muram dan kusam. Dia menghampiri saya seraya berkata:

Selamat tinggal akhi Sa’eid. Ini merupakan kunjungan saya yang terakhir ke hospital ini.
Saya hairan mendengar kata-katanya itu. Saya terfikir, mungkin dia tidak berpuas hati dengan rawatan yang saya berikan dan telah memilih pusat rawatan lain untuk merawat anaknya. Setelah saya luahkan kehairanan saya itu, dia menjawab dengan suara yang sebak:

Akhi Sa’eid, sesungguhnya Allah menjadi saksi bahawa anda seperti mengasihi anak saya lebih daripada ayahnya dan rawatan yang anda berikan telah banyak membantu memulihkan penyakitnya sedikit demi sedikit meskipun sebelumnya kami rasakan tidak ada harapan untuk dia sembuh.

HAG tidak dapat membendung perasaan hairannya terhadap keputusan ibu mahu menghentikan rawatan anaknya, lalu bertanya:

Aneh, kalau dia berpuas hati dengan rawatan yang anda  beri, dan anaknya semakin sembuh, kenapa dia mahu mengehentikan rawatan?

Itu jugalah yang menghairankan saya. Saya segera ke bahagian pentadbiran, bertemu dengan pegawai di situ untuk mengetahui sebabnya. Saya amat terkilan seandainya keputusan yang dibuat oleh ibu itu berpunca daripada kecuaian saya.

Pegawai menjelaskan bahawa keputusan itu tidak ada kena mengena dengan saya. Sebenarnya suami wanita itu telah kehilangan pekerjaan, jadi mereka tidak mampu lagi menanggung kos rawatan. Justeru mereka membuat keputusan untuk mengehentikan rawatan anak mereka.

Tak terkata sedihnya hati HAG mendengar penjelasan HS itu membuat dia mengeluh panjang:

La hawla wa la quwwata illa billah. Kasihan wanita itu. Bukan sedikit manusia yang terpaksa berhenti atau diberhentikan kerja pada zaman ini. Jadi apa yang anda lakukan ya akhi?

Saya pergi bertemu dengan Pengarah, merayu supaya rawatan anak itu diteruskan dan kosnya ditanggung oleh pihak hospital. Namun pengarah tidak setuju sama sekali. Dia berkata, hospital ini bukan badan kebajikan untuk golongan fakir dan miskin. Kalau tidak mampu, mereka tidak perlu datang ke sini!

Saya keluar dari biliknya dengan hampa. Saya tidak dapat membayangkan nasib anak itu jika rawatan dihentikan? Tiba-tiba tanpa saya sedari tangan saya meraba-raba wang yang ada di dalam saku saya, wang yang saya keluarkan untuk membayar kos menunaikan haji.

Buat seketika saya terpaku di tempat saya berdiri. Kemudian saya mengangkat muka ke langit sambil meluahkan isi hati kepada Allah swt:

Ya Allah, Engkau Maha Tahu apa yang ada di dalam hatiku. Engkau Maha Tahu bahawa tidak ada yang labih aku cintai selain daripada menunaikan haji di Rumah-Mu dan menziarahi Masjid Nabi-Mu. Aku telah berusaha sepanjang hayatku.

Setiap detik, setiap waktu aku menghitung saat yang ditunggu-tunggu. Tetapi kini aku terpaksa membatalkan janjiku dengan-Mu. Maka ampunilah aku ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Saya pergi bertemu dengan kerani kewangan, dan saya berikannya semua wang yang ada pada saya sebagai pendahuluan kos rawatan anak itu selama 6 bulan. Saya meminta kerani memberitahu ibu itu, anaknya boleh meneruskan rawatan kerana pihak hospital mempunyai tabungan khas untuk kes-kes separtinya.

Air mata HAG berguguran mendengar penjelasa HS. Dia berkata:

Semoga Allah memberkatimu dan membanyakkan lagi orang-orang sepertimu. Tetapi sekiranya anda telah mensedekahkan semua wang yang anda miliki, bagaimana anda dapat menunaikan haji tahun ini?

Nampaknya anda tidak sabar untuk mendengar kesudahan cerita saya. Adakah anda telah jemu? Begini sambungannya...

Selepas menyerahkan wang itu saya pulang ke rumah dengan perasaan bercampur-campur; sedih kerana terlepas peluang untuk menunaikan haji yang merupakan satu-satunya peluang sepanjang hidup saya selama ini dan gembira kerana dapat melepaskan ibu dan anaknya daripada kesusahan yang ditanggung mereka.

Saya tidak dapat membendung dua perasaan yang bercampur-campur itu sehingga akhirnya saya tertidur dalam linangan air mata...

Di dalam tidur saya bermimpi, mimpi yang sungguh membahagiakan. Saya sedang bertawaf di sekeliling Kaabah, orang ramai berpusu-pusu mengucapkan tahniah kepada saya, haji mabrur wahai Haji Sa’eid! Sesungguhnya anda telah menunaikan haji di langit sebelum menunaikan haji di bumi. Doakan untuk kami wahai Haji Sa’eid!

Kemudian saya terjaga. Demi Allah, saya rasa sungguh bahagia. Kebahagiaan yang luar biasa sekalipun saya sudah hampir pasti tidak akan berpeluang mengerjakan haji untuk tempoh yang terdekat.

Saya memuji Allah swt sebanyak-banyaknya, bersyukur atas segala-galanya serta menerima dengan redha segala ketentuan-Nya. Sejurus terbangun dari tidur, telefon saya berdering. Panggilan daripada tuan pengarah hospital. Beliau berkata:

Wahai Tuan, saya perlukan bantuan kamu. Salah seorang ahli lembaga pengarah hospital ini hendak menunaikan haji pada tahun ini. Dia perlukan seorang pengiring yang bertindak sebagai perawat peribadi untuk menjaga kesihatannya dan memenuhi apa-apa keperluannya. Perawat peribadinya tidak dapat pergi kerana isterinya yang sedang sarat mengandung, menunggu saat hendak bersalin pada bila-bila masa sahaja. Jadi dia tidak seanggup meninggalkannya.

Bolehkah Tuan menolong saya, menjadi pengiring kepada ahli lembaga pengarah itu sebagai ganti perawat peribadinya? Tolonglah! Saya takut akan kehilangan jawatan kalau kehendaknya tidak dipenuhi. Beliau adalah pemilik terbesar saham hospital ini.

Seperti tidak sabar, saya bertanya tuan pengarah:

Sebagai pengiring, adakah dia akan membenarkan saya menunaikan haji sekali?
- Tentu boleh!

Tanpa berlengah saya terus menyatakan persetujuan untuk menjadi pengiring ahli lembaga pengarah itu tanpa apa-apa bayaran. Inilah saya telah dapat menunaikan haji saya pada tahun ini tanpa mengeluarkan belanja sedikitpun.

Meskipun saya tidak meminta apa-apa bayaran, dia tetap membayar juga kerana berpuas hati dengan khidmat yang saya beri sepanjang menunaikan haji. Saya mengambil kesempatan menceritakan nasib ibu yang miskin itu. Dia bersetuju menanggung semua kos rawatan anak wanita itu dan akan mencadangkan supaya diwujudkan tabung di hospital untuk membantu pesakit yang miskin dan fakir. Dan dia juga berjanji akan memberikan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang ada pada suami wanita itu di salah sebuah syarikatnya.

HAG bangun daripada kerusinya lalu mengucup dahi HS dan berkata:

Demi Allah, saya tidak pernah rasa malu seperti yang saya rasai ketika ini.

Wahai akhi, sesungguhnya saya telah menunaikan haji berkali-kali. Saya menyangka bahawa saya telah melakukan sesuatu yang hebat dan kedudukan saya di sisi Allah kian terangkat setiap kali saya selesai menunaikan haji. Kini saya sedar bahawa satu kali haji yang Tuan lakukan adalah menyamai 1000 kali haji saya dan orang-orang seperti saya.

Saya telah pergi sendiri ke rumah Allah sedangkan anda dipanggil oleh Allah datang ke rumah-Nya!

HAG berlalu meninggalkan HS sambil mulutnya tidak henti-henti memohon ampun daripada Allah ‘Azza wa Jalla.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

(Kredit: Ustazah Maznah Daud zaadut taqwa.blogspot.com) 

kenanganhajidanumrah#

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
30 Ogos 2018 : 11.44 am

Tuesday, 28 August 2018

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI

Mintak maaf semua. Untuk sama-sama ulangkaji. Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah di saat solat tanpa toma'ninah, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.” 

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. 

Rasakanlah jawaban   dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW; 

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(Hadis Riwayat Muslim)

Copy and paste: Whatsapp Group Skot 139/80 Lumut
28 Ogos 2018 : 10.31 am

Tuesday, 21 August 2018

2018 - GM KLANG

PROGRAM : MINI HEARTWEEK 2018
TEMPAT : GM KLANG, SELANGOR
TARIKH : 17 - 19 OGOS 2018

Pada 17 Ogos 2018, kami dari Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia bertolak ke GM Klang yang terletak di Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanaic Capital, Klang untuk program Kesihatan Jantung yang akan berlansung dari 17 - 19 Ogos 2018. 


Perjalanan dari Pejabat Yayasan Jantung Malaysia di Jalan Semarak ke GM Klang adalah sejauh 48 km dan mengambil masa perjalanan hanya 46 minit. 

GM Klang adalah sebuah kompleks Perniagaan Borong yang terbesar di Malaysia yang terletak di Bandar Botanic, sebuah bandar perniagaan terbaru di Selatan Klang. 
Disini ia menawarkan pelbagai produk seperti hiasan rumah dan perkahwinan, fesyen, tekstil, aksesori IT, mainan kanak-kanak dan pelbagai makanan ringan yang dibungkus dan dijual secara borong. 
GM Klang dibuka pada tahun 2009 menjadi pilihan utama rakyat Malaysia mendapatkan produk pembelian secara borong. 
Terdapat 3 blok perniagaan di GM Klang iaitu Blok A, B dan C.
GM Klang adalah dibawah pengurusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd









Klang (dahulunya dikenali sebagai Kelang) adalah Bandar DiRaja Selangor. Bandar Klang pernah menjadi ibu Negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di Barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor. 




Sepanjang program dijalankan kami turut dibantu oleh jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Klang. 








Saya menginap di Ezi Hotel yang terletak hanya dihadapan Kompleks GM Klang. 



EZIHotel
4, Jalan Kasuarina 1
Bandar Botanik
41200 Klang
Selangor
Tel: 03-3325 2200



Monday, 20 August 2018

PERBEZAAN HARI RAYA HAJI IKUT MATHLA' RUKYAH SETEMPAT

Wukuf Arafah hari Isnin 20 Ogos 2018 Raya Aidiladha Selasa 21 Ogos
Di saudi.

Assalamualaikum ustaz.. Pertanyaan saya.. Bila agaknya sunat kita puasa arafah ? memulakan takbir muqayyad di malaysia..
Nak ikut waktu mekah atau Malaysia?
JAWAPAN :
PENETAPAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN DZULHIJJAH BERDASARKAN RU'YAH SETEMPAT INI DAPAT DIFAHAMI DARI HADIS BERIKUT :
، عَنْ كُرَيْبٍ، أَنَّ أُمَّ الْفَضْلِ بِنْتَ الْحَارِثِ، بَعَثَتْهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بِالشَّامِ، قَالَ: فَقَدِمْتُ الشَّامَ، فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا، وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ رَمَضَانُ وَأَنَا بِالشَّامِ، فَرَأَيْتُ الْهِلَالَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، ثُمَّ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرِ، فَسَأَلَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، ثُمَّ ذَكَرَ الْهِلَالَ فَقَالَ: مَتَى رَأَيْتُمُ الْهِلَالَ؟ فَقُلْتُ: رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، فَقَالَ: أَنْتَ رَأَيْتَهُ؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ، وَرَآهُ النَّاسُ، وَصَامُوا وَصَامَ مُعَاوِيَةُ، فَقَالَ: " لَكِنَّا رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ، فَلَا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ، أَوْ نَرَاهُ، فَقُلْتُ: أَوَ لَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ؟ فَقَالَ: لَا، هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " وَشَكَّ يَحْيَى بْنُ يَحْيَى فِي نَكْتَفِي أَوْ تَكْتَفِي
Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham. Kuraib berkata, ‘Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan.’ Katanya, ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’ Aku menjawab, ‘Kami melihat pada malam Jumaat!’ Ibn Abbas bertanya lagi katanya, ‘Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?’ Aku menjawab, ‘Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa.’ Ibn Abbas berkata, ‘Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal.’ Aku bertanya, ‘Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?’ Ibn Abbas menjawab, ‘Tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami…’.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1087)
Pencerahan :
Hadis ini menyebutkan bahwa sesuai petunjuk Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Ibnu Abbas (di Madinah) tidak mengambil ru’yah Muawiyah (di Syam, kini syiria), padahal kedua-duanya sangat dekat dari segi jarak dan waktu.
Maka atas dasar ini fuqaha mengatakan setiap negara mengambil ru’yah negaranya sendiri, bukan ru’yah Negara lainnya”. (Lihat al-Mufhim al-Qurthubi 3/142, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an al-Qurthubi 2/295,Nailul Author asy-Syaukani 4/230)
*Jadi Puasa Arafah bagi kita semua mengikut ru'yah tempatan. Iaitu jatuh pada hari Selasa 9 dzulhijjah.*
PUASA ARAFAH TELAH BERLAKU SEBELUM ADANYA WUQUF ARAFAH
Ketika Nabi SAW puasa pada 9 dzulhijjah belum ada umat Islam yg wuquf di Arafah. Sebab ibadah haji baru terlaksana di tahun ke-10 hijriyah (baca : Zaadul maad II : 101, Manarul qari III : 64).
Sedangkan puasa 9 dzulhijjah sudah disyariatkan sejak tahun ke-2 hijriyah jauh sebelum wukuf haji disyariatkan (baca : shubhul a'sya II : 444, Bulughul Amani Juz VI : 119, Subulus salam I : 60).
Jelas, penamaan nama Arafah bukan karena fi'lun (wukuf di Arafah dalam ibadah haji). Bahkan ibadah korban dan idul Adha sudah disambut sejak tahun kedua hijrah..
Kecanggihan teknologi maklumat yg menghubungkan kita dengan mekah tidak sama sekali boleh dijadikan alasan untuk terus ikut waktu di sana.. Jelas sekali kita solat ikut waktu solat tempatan bukan waktu solat mekah. Begitu juga waktu solat hari raya mestilah sesuai waktu tempatan..
Mohd Hazri Al-Bindany
Copy and paste from Facebook
20 August 2018: 2.00 pm

Sunday, 19 August 2018

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. 
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti. 
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga. 
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga. 

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau." 
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua? 

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung
😊😊😊
Copy and paste
Whatsapp Group Haji 2/2017 
19 Ogos 2018 : 10.02 pm

Wednesday, 15 August 2018

DEGIL

"Kami datang ni bukan nak mengadu masalah kami suami isteri, tapi tentang ANAK-ANAK"

"Kami ada 3 orang anak, yang pertama tingkatan 4, yang bongsu darjah 3. Tak tahu mana silap kami, tapi boleh dikatakan semuanya DEGIL (tak elok guna perkataan ni), contohnya kalau kami panggil 2,3 kali pun belum tentu menyahut, kadang menyahut tapi tak datang-datang, sibuk dan leka dengan gajet, dan macam-macam lagi la perangainya, apa nak buat tu ustazah ?
........

"Maaf tanya, boleh saya tahu SOLAT puan dan suami bagaimana? maksud saya penuh ke tidak, dan jika penuh, awal waktu atau selalu lambat?"

Si isteri menyiku suami, "awaklah jawab, awakkan bapak budak-budak tu"

"Hmm, kadang-kadang adalah tinggal jugak ustazah, lambat tu biasalah, tapi tetap solat.. kami dua-dua agak sibuk, penat, kelam kabut, berkejar-kejar kami ni"
.......

"Maaf ya tuan puan, kita harus sedar satu perkara, masalah sebenar bukan ANAK yang DEGIL, tapi KITA yang DEGIL ! Sebelum anak degil kita degil dulu, malah kita lagi degil daripada anak-anak" 

"Apa maksud ustazah ?"

"Allah panggil, حي علي الصلاة, datanglah solat, datang menuju kejayaan, diulang dan didengar dari kecil sampai kita dah tua, namun kita masih dan sentiasa menangguhkan panggilan itu, kadang sejam, kadang 2 jam baru menyahut, lebih sedih jika tak menyahut langsung"

"Jangan mengharap anak isteri atau suami segera menyahut panggilan kita, jika panggilan Allah kita selalu tangguh-tangguhkan"

"Jangan mengharap ketaatan atau kehormatan daripada manusia jika kita sendiri tidak benar-benar taat dan hormat pada Allah"

"Jangan mengharap untuk tundukkan hati manusia jika diri sendiri tidak tunduk sujud dengan sebenar pada Allah"
.......

"kita selalu sebut selesai semua urusan baru lah boleh fokus pada SOLAT, hakikatnya itulah sebenarnya permulaan tidak khusyuk, bila meletakkan Allah dihujung pekerjaan, seolah urusan kita jauh lebih penting"

Namun.... SubhanAllah, maha baik Allah... 😢

Walau bagaimana pun perangai kita dengan Allah, sentiasa meremehkan panggilannya dll, Allah tetap melimpahkan kasih sayang dan rezekinya untuk kita tanpa syarat"
........

Tanpa sedar dalam kita mengadu dan mengeluhkan hal anak, kita sebenarnya sedang mengadukan tentang diri kita. Anak adalah acuan Ibu Bapa. 

Pengalaman daripada isu di atas, insyaAllah selepas ibu bapa mula menjaga solat di awal waktu, SubhanAllah.. Perubahan demi perubahan yang baik berlaku pada anak. 

HATI anak bukan ibu bapa yang pegang, iya milik Allah, hatta hati sendiri kita tidak memilikinya. Nak ubah manusia usaha dengan penciptaNya. 
.......

Siapa yang sedang membetulkan SOLAT,
ALLAH akan membetulkan hidupnya.

Siapa yang sedang menyempurnakan SOLAT,
ALLAH akan menyempurnakan hidupnya.

SOLAT adalah simpulan KASIH antara manusia dengan ALLAH.

Silakan share pd group2 yg lain

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
15 Ogos 2018: 11.32 pm

PERBEZAAN ‘HARI WUQUF’ ARAB SAUDI DAN MALAYSIA

Sekadar berkongsi🌷

Ramai orang mengajukan soalan mengenai perbezaan ‘hari wuquf’ Arab Saudi dan Malaysia. Perbezaan ini turut menimbulkan keresahan lain, seperti isu bolehkah puasa 9 Zulhijjah sedangkan Arab Saudi sedang berhari raya Aidul Adha, dan juga bolehkah menyembelih korban pada hari terakhir tasyriq sedangkan di Arab Saudi telah tamat hari tasyriq.

Jawapan kepada persoalan ini, ialah kembali kepada perbahasan ilmu falak. Secara ringkasnya, umat Islam adalah tertakluk kepada ru’yah hilal di negeri masing-masing. Umat Islam di Malaysia tidak perlu untuk mengikuti tarikh Arab Saudi, kerana matla’ hilal kita dan Arab Saudi adalah berbeza. Oleh yang demikian, tidak perlu risau, hanya ikut sahaja tarikh di Malaysia. Allah, pemilik dan pengurus masa, lebih mengetahui. Sebagai tambahan, tiada istilah ‘hari wuquf’ di Malaysia. 

Dalam konteks tahun 1439H (2018), hari melihat anak bulan ialah pada Sabtu 11 Ogos 2018/29 Zulqaedah 1439H. Di Malaysia, anak bulan tidak kelihatan, justeru 1 Zulhijjah jatuh pada hari Isnin 13 Ogos. Sementara di Arab Saudi pula, anak bulan telah kelihatan, justeru 1 Zulhijjah di negara mereka jatuh pada Ahad 12 Ogos. 

Isu ini disentuh dalam hadith Sahih Muslim, seperti berikut:

أَخْبَرَنِي كُرَيْبٌ، أَنَّ أُمَّ الفَضْلِ بِنْتَ الحَارِثِ، بَعَثَتْهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بِالشَّامِ قَالَ: فَقَدِمْتُ الشَّامَ، فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا، وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ هِلَالُ رَمَضَانَ وَأَنَا بِالشَّامِ، فَرَأَيْنَا الهِلَالَ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ، ثُمَّ قَدِمْتُ المَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرِ، فَسَأَلَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ، ثُمَّ ذَكَرَ الهِلَالَ، فَقَالَ: مَتَى رَأَيْتُمُ الهِلَالَ، فَقُلْتُ رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ، فَقَالَ: أَأَنْتَ رَأَيْتَهُ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ؟ فَقُلْتُ: رَآهُ النَّاسُ، وَصَامُوا، وَصَامَ مُعَاوِيَةُ، قَالَ: لَكِنْ رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ، فَلَا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ يَوْمًا، أَوْ نَرَاهُ، فَقُلْتُ: أَلَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ، قَالَ: لَا، هَكَذَا «أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

“Daripada Kuraib : Sesungguhnya Ummu Fadl binti Al-Harith telah mengutusnya menemui Mu’awiyah di Sham. Berkata Kuraib : Lalu aku datang ke Sham, untuk aku selesaikan semua keperluannya. Dan nampaklah olehku (anak bulan) Ramadhan, sedang aku masih di Syam, dan aku melihat hilal (Ramadhan) pada malam Jumaat. 

Kemudian aku datang ke Madinah pada akhir bulan (Ramadhan), lalu Abdullah bin Abbas bertanya ke padaku (tentang beberapa hal), kemudian ia menyebutkan tentang hilal, lalu dia bertanya ; “Bilakah kamu melihat hilal (Ramadlan)?

Jawabku : “Kami melihatnya pada malam Jumaat”.

Dia bertanya lagi : “Adakah engkau melihatnya (sendiri) ?”

Jawabku : “Ya ! Dan orang banyak juga melihatnya, lalu mereka puasa dan Mu’awiyah juga berpuasa”.

Ia berkata : “Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu, maka kami berpuasa sampai kami sempurnakan tiga puluh hari, atau sampai kami melihat hilal (bulan Syawal) “. Aku bertanya : “Apakah tidak cukup bagimu ru’yah (penglihatan) dan puasanya Mu’awiyah ?

Jawabnya : “Tidak ! Begitulah Rasulullah SAW, telah memerintahkan kepada kami”.

Hadith ini diperbahaskan dengan panjang lebar dalam ilmu falak.

 Kesimpulannya, Ibnu Abbas, berdasarkan kepada apa yang diajar oleh nabi Muhammad SAW, menyatakan bahawa setiap negeri tertakluk kepada rukyah masing-masing, dan tidak perlu untuk mengikut rukyah di Makkah atau Madinah. 

Imam al-Tirmidhi turut meriwayatkan hadith ini. Menurut beliau, setiap negeri ada rukyah masing-masing.

Begitu juga Imam al-Nasa’i, turut memberikan komen yang sama. 

Isu ini juga berbangkit apabila wujud perbezaan antara tarikh mula Ramadhan antara Malaysia dan Arab Saudi. Ramai yang pula memikirkan bagaimana puasa mereka, bagaimana lailatul qadar mereka. Ketahuilah, kita adalah manusia, makhluk yang lemah, yang terbatas dengan masa dan ruang yang Allah ciptakan. Sedangkan Allah itu Maha Berkuasa, yang mencipta dan mengatur masa dan ruang dan tidak pula tertakluk kepada masa dan ruang. Oleh yang demikian, tidak perlu khuatir akan perbezaan ini. Sebaliknya, patuhilah kalendar di negeri kita berada. 

Allahua’lam.

Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham,
Pensyarah UMP & AJK Falak Negeri Pahang
Copy and paste: Whatsapp Group SRJKG1+2
15 Ogos 2018 : 8.22 pm

MENJAWAB POLEMIK PENDEKATAN KE ATAS GOLONGAN LGBT

1. Kepincangan isu yang membabitkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin ketara dan dilihat sebagai satu ancaman yang merunsingkan. Tidak hanya tekanan yang dikenakan ke atas seorang doktor iaitu Nur Ilyani susulan surat terbuka beliau yang menyanggah Marina Mahathir kerana menuntut hak sama rata ke atas LGBT. Malah begitu juga dengan pendekatan Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusuf yang mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan aktivis LGBT iaitu Nisha Ayub baru-baru ini. Hal ini menjadi polemik apabila wujudnya suasana keraian ke atas golongan berkenaan.

2. Secara dasarnya, perlu difahami bahawa kelakuan golongan LGBT ini merupakan perkara yang dilarang dalam Islam. Ini kerana ia bercanggah dengan fitrah sehinggakan ada yang sanggup mengubah ciptaan Allah. Walhal dalam Islam, dengan hanya berkelakuan seperti jantina yang berlainan dari sudut gerak geri termasuk memakai pakaian yang berlawanan jantina pun akan dilaknat oleh Allah apatah lagi jika melakukan seks songsang serta mengubah kelamin dengan pembedahan. Ancaman ke atas perkara tersebut dapat difahami menerusi kemurkaan Rasulullah SAW menerusi hadis riwayat Ibnu Abbas R.A : 

لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ، وَقَالَ: «أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ» 

Maksudnya: “Nabi SAW melaknat golongan pondan kalangan lelaki dan daripada golongan perempuan yang menyerupai lelaki. Baginda SAW bersabda: Usir mereka dari rumah-rumah kamu.” [Riwayat al-Bukhari]

3. Kecelaruan kefahaman yang menyamakan antara khunsa dengan golongan transgender adalah satu kedangkalan. Ini kerana khunsa yang memiliki dua kelamin sejak lahir merupakan asal kejadian yang berlaku ke atas diri mereka. Ia berbeza dengan transgender yang mengubah fitrah asal sehingga ada yang sanggup melakukan pembedahan untuk mengubah kelamin. Malah dalam permasalahan khunsa, Islam meletakkan batasan agar mesti ditetapkan satu jantina sahaja sama ada menerusi kecenderungan fitrah perilaku atau juga berdasarkan fungsi daripada salah satu alat kelaminnya sebagaimana perbahasan oleh para ulama terdahulu. 

Larangan mengubah ciptaan Allah ini ditegaskan melalui hadis riwayat Ibnu Mas'ud R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

«لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ»

Maksudnya: “Allah melaknat pembuat tatu, orang yang meminta supaya dibuatkan tatu kepadanya, orang yang mencukur kening, orang yang menjarangkan gigi dengan tujuan untuk kecantikan dan golongan yang mengubah ciptaan Allah.” [Riwayat al-Bukhari]

4. Oleh itu, pendekatan yang dilakukan mesti diperhalusi dengan baik agar tidak terlalu longgar sebagaimana tindakan kepimpinan kerajaan persekutuan yang dilihat memberikan keuntungan dan promosi serta pengiktirafan kepada pergerakan LGBT yang lebih selesa sekarang. Secara tidak langsung, ia telah membuka pintu fitnah dengan memberi ruang kepada mereka mendapat tempat seolah-olah tindakan mereka adalah benar. Inilah kerugian ummah apabila pemimpin umat Islam sendiri secara sedar telah membawa masuk virus jahiliah dalam kelompok Islam sendiri yang akhirnya merugikan Islam. Keadaan ini sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab R.A: 

تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية

Maksudnya : “Terungkai ikatan-ikatan Islam satu persatu apabila lahir dalam kelompok Islam mereka yang tidak mengenali jahiliah.”

5. Jika diteliti kepada perundangan di Malaysia, kelakuan golongan LGBT ini merupakan satu kesalahan jenayah Syariah yang boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah. Semua negeri di Malaysia mempunyai beberapa peruntukan khusus melibatkan transeksual. Contohnya Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah - Wilayah Persekutuan 1997 (AKJSWP 1997) yang memperuntukkan berkaitan dengan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan (pondan) [Seksyen 28], liwat [Seksyen 25] dan musahaqah (persetubuhan antara perempuan dengan perempuan) [Seksyen 26]. Malah, umat Islam di setiap negeri terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan (sekiranya digazetkan di negeri). Dalam hal ini, pada tahun 1983 telah diputuskan bahawa pembedahan pertukaran jantina adalah haram pada pandangan syarak. Oleh yang demikian, maka dengan sendirinya jika seseorang itu cuba untuk melakukan pertukaran jantina, perbuatan tersebut adalah haram dan boleh dikenakan tindakan kerana melanggar fatwa yang telah diwartakan. [Seksyen 12 AKJSWP 1997].

6. Dalam hal ini, golongan LGBT boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu aktivis dan ahli biasa. Aktivis ialah mereka yang bertindak secara terang-terangan dan mempromosikan kelakuan ini di samping memperjuangkan tuntutan LGBT yang mereka mahukan. Adapun ahli biasa adalah mereka yang berada dalam dunia mereka sahaja tanpa ekstrim mempromosi aktiviti songsang mereka. Pembahagian ini sebagaimana juga diambil dari perbahasan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya جريمة الردة وعقوبتها yang membahagikan golongan murtad kepada ردة مجردة (yang melibatkan dirinya sahaja) dan ردة مغلظة (yang menjadi aktivis dalam menyebarkan agenda riddah kepada masyarakat awam).

7. Dalam pembahagian tersebut menunjukkan perbezaan sikap pemimpin dan masyarakat dalam berhadapan dengan mereka, iaitu sekiranya: 

i. Aktivis - hendaklah tegas dengan tindakan perundangan agar membendung tindakan mereka yang boleh merosakkan masyarakat awam.

ii. Non aktivis - berhemah dalam pendekatan bagi mengubati dan mendidik mereka kembali kepada fitrah asal.

8. Sehubungan itu, memberi ruang kepada aktivis LGBT adalah satu tindakan yang tidak tepat malah merugikan Islam. Sedangkan dalam hal ehwal agama Islam, apabila ada golongan yang mempermainkan serta memperlekehkan agama, umat Islam dilarang berada dengan kelompok mereka. Kelompok LGBT yang bergerak secara organisasi dan membuat promosi murahan di media sosial adalah bercanggah dengan Syariat Islam. Pemimpin dan umat Islam mesti bertegas dalam hal ini sebagaimana pendekatan yang diambil oleh Khalifah Umar Abdul Aziz ke atas seorang yang turut serta dalam majlis maksiat yang dihidangi arak tanpa dia melakukan apa-apa pencegahan kemungkaran, dengan mengenakan hukuman ke atasnya berhujahkan firman Allah SWT: 

{وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا}

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Al-Quran, iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.” [An-Nisaa':140]

9. Berdasarkan kepada penghujahan di atas, Dewan Ulamak PAS Pusat berpandangan dalam polemik pendekatan ke atas golongan LGBT ialah melalui penyelesaian berikut: 

i. LGBT dilihat sebagai pergerakan yang tersusun dan ianya merupakan satu ancaman ke atas masyarakat dan sosial yang mesti dicegah dan dihentikan. Semua pihak mesti bertegas dalam kesepakatan ini bahawa perbuatan mereka adalah dilarang oleh agama.

ii. Dengan perundangan yang sedia ada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, tindakan tegas wajib diambil ke atas aktivis LGBT yang terang-terangan mempromosi kelakuan songsang mereka bagi mengelakkan ianya mempengaruhi masyarakat umum.

iii. Bagi mereka yang terjebak dengan LGBT tanpa menjadi aktivis dinasihatkan untuk tampil mendapatkan khidmat kaunseling dan nasihat agama dalam menyelesaikan kekeliruan yang menyebabkan mereka mengalami masalah kecelaruan identiti. Pihak yang berwajib dan para pendakwah juga hendaklah meneruskan kerja-kerja dakwah menyeru golongan ini agar kembali kepada fitrah asal.

iv. Tidak wajar sebarang ruang diberikan kepada aktivis LGBT ini dalam semua perkara yang diperjuangkan oleh mereka. Pihak kerajaan mesti menutup ruang perjuangan mereka dan mengambil tidakan yang tegas bagi mempastikan agenda jahiliah ini tidak menular dan mendapat sambutan pihak yang berkepentingan.


Sejahtera Bersama Islam

Membina Negara Sejahtera


USTAZ MOHD ASRI BIN MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

2 Zulhijjah 1439 / 14 Ogos 2018
Copy and paste : Whatsapp Group Haji 2/2017
15 Ogos 2018 : 4.59 pm