Wednesday 10 January 2024

UFO DI MALAYSIA

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor > 17 August 2021


UFO - Unidentified Flying Object
Alam kita penuh dengan pelbagai kejadian misteri. Banyak misteri yang berlaku sehingga kini tiada yang dapat memberikan jawapan sebenarnya.
Antaranya ialah UFO , objek terbang yang tidak dikenali yang telah banyak dibicarakan khususnya di negara-negara Barat, malah banyak juga movie mengenai UFO telah difilemkan.
Namun tahukah anda bahawa UFO juga pernah dilihat dinegara kita Malaysia. Antara yang pernah direkodkan di Malaysia ialah:
1. Tahun 1951 - laporan terawal di Malaysia mengenai UFO ialah pada 1 Februari 1951 di Perak apabila seorang peladang berbangsa Eropah melihat sebuah objek terbang di Taiping.
2. Tahun 1952 - Beberapa orang penduduk di Pattani Road, Pulau Pinang melihat piring terbang berwarna biru berlegar di udara. Begitu juga berlaku di Seremban dan Batu Pahat pada bulan September 1952 dan juga di Kuching , Sarawak dan di Melaka.
3. Mac 1954 - UFO dilaporkan muncul di Pelabuhan Kelang.
4. Januari 1967 - penduduk di Gombak dan Kg Dato Keramat mendakwa melihat objek bergerak di langit.
5. 8 Oktober 1974 - 3 murid darjah 6 SK TUDM di Kuantan, Pahang mendakwa melihat makhluk asing di sekolah mereka...
6. 10 Oktober 1977 - sebuah objek berwarna kelabu dilihat terbang perlahan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
7. April 1979 - UFO dilihat terbang di Green Lane, P. Pinang.
8. 19 Mei 1979 - beberapa pelajar Sekolah Rendah Jit Sin di Bukit Mertajam, P.Pinang dikejutkan dengan pendaratan UFO di perkarangan sekolah mereka. Seminggu kemudian objek yang sama juga muncul di Kg. Naga Lilit, Kulim, Kedah.
9. 13 Jun 1980 - Kapal UFO dikatakan menjadi punca kebakaran rumah dan kedai di Pelabuhan Klang. Penduduk mendakwa melihat UFO mengeluarkan pancaran api dan memusnahkan beberapa rumah dan kedai di situ.
10. 7 Ogos 1981 - Kemunculan UFO disaksikan oleh 3 orang kanak-kanak di Skudai, Johor.
11. 9 Mei 1985 - UFO dilaporkan di Kg Teluk Lipat, Dungun, Terengganu
11. Disember 1985 - 3 saksi membuat laporan melihat UFO di Lebuhraya Karak
Rujukan :
1. Misteri UFO dan Makhluk Asing dan sejauh Manakah Kebenarannya? oleh Ustaz Ann Wan Seng

Posted on Blog :
10 January 2024 : 29 Jamadilakhir 1445H: 8.38 pm

No comments: