Wednesday 24 January 2024

MAGNIFICIENT 12 - POLIS DIRAJA MALAYSIA

Posted by Hj Zulheimy Maamor
5 July 2020



Mungkin kita pernah tonton filem barat bertajuk “MAGNIFICIENT 7” samada versi lama atau versi baru. Kisah tentang kehebatan 7 orang yang menyelamatkan sebuah perkampungan dari kekejaman penjenayah.
Namun ramai yang tidak mengetahui di Negara kita tidak kurang mempunyai wira-wira hebat yang tidak pernah didendang…..
Kalau di Barat ada filem MAGNIFICIENT 7 yang hanya wujud di layar filem… namun di negara kita pernah wujud pasukan MAGNIFICIENT 12 yang benar-benar wujud dalam pasukan Polis Di Raja Malaysia…
Pasukan ini jugalah yang Berjaya menumpaskan penjenayah terkenal disuatu ketika dulu iaitu Botak Chin dan kumpulannya pada 16 Februari 1976 disebuah kilang Papan Eng Leong Sawmill di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Dalam Kejadian itu 2 orang kumpulan Botak Chin berjaya di tembak mati iaitu Pangkor Chai dan Sakai Chai, manakala 2 lagi termasuk Botak Chin cedera Parah.

12 orang wira yang tidak didendang itu ialah:
  1. ASP Kenny Woodworth
  2. Inspektor Bahwandi Hiralal (bekas pemain bolasepak Malaysia)
  3. ASP M. Rajalingam
  4. Detektif Konstabel Lee Tet Chong
  5. DSP Gilbert Ang
  6. ASP Lim Meng Aw
  7. ASP Chua Leng Kee
  8. ASP Gui Poh Choon
  9. Inspektor Ong Kim Hock
  10. Detektif Sarjan Chong Kam Hwa
  11. Detektif Koperal Leong See Fok.
  12. Seorang lagi tak dapat dikesan….
Apa yang menariknya ialah kumpulan Magnificient 12 ini terdiri dari bukan Melayu…….. Cuma kita tidak pernah kenali mereka kerana mereka pun tidak mahu dikenali…. Sumbangan bakti mereka pada Negara ini tidak ternilai dengan wang ringgit….
Itulah pengorbanan UNSUNG HERO…. The ONE and ONLY - The Magnificient 12...

Posted on Blog :
24 January 2024 > 13 Rejab 1445H: 8.02 pm

No comments: