Saturday 30 January 2021

Setelah Beribu Tahun Tersembunyi Kini Bahtera Nabi Nuh A.S ditemui di Turki

SUMBER: CARA MOHON.COM

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar.Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu. Ada sesetengah pendakihttp://caramohon.com/bahtera-nabi-nuh-a-s/?fbclid=IwAR3xdK3iFLG_Yy35uLtIuekVfGrMOjWcn3Rt6AUizANuwYSVP9mRP-03_Tk dapat mengambil gambar.

Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? 
Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.
Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.
Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia,
8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat:
Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. 
(Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?
Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina di sebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”.

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok
CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey.
Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut.

Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.

 Copy and paste: 30/1/2021 : 17 Jamadilakhir 1442H: 12.51 pm

Wednesday 27 January 2021

Gobek Api, Konsep Pembakaran Dalaman & Enjin Diesel

SUMBER: SRIKANDI

Suatu hari, di akhir abad ke-19, Carl von Linde - seorang jurutera, baru pulang ke rumahnya di Jerman dari lawatan luarnegara atas urusan kerja. Beliau telah mengembara ke merata tempat, termasuk Semenanjung Tanah Melayu.
Dalam satu sesi kuliah di universiti beliau (Munich Technical University), von Linde telah mengeluarkan satu silinder kecil yang diperbuat dari kayu dan pelocok (piston) dari sakunya untuk menyalakan sebatang rokok.
Perkakas itu, yang disebutnya "ein Feuerkoben" adalah hadiah dari orang-orang yang ditemuinya di Pulau Pinang.
Beliau telah menekan pelocok (omboh) ke bawah dan rabuk (cebisan kayu mudah terbakar) di dalamnya pun menyala. Beliau kemudiannya mengeluarkan batang pelocok tadi yang sudah pun membara lantas menyalakan rokoknya.
Untuk rata-rata hadirin ketika itu, aksi tersebut hanyalah satu cara menakjubkan menyalakan api rokok.
Tetapi bagi Rudolf Diesel, salah seorang pelajar von Linde, yang juga salah seorang yang menyaksikan peristiwa hebat itu, konsep itu nampaknya membuatnya tertanya-tanya apakah prinsip termodinamik yang sama dapat diterapkan untuk benar-benar dapat menyalakan bahan bakar dalam teori enjin pembakaran dalaman.
Kemudian dari peristiwa itu... sejarah telah tercatat.
Dari tahun 1893 hingga 1897, Diesel mengembangkan ideanya di Maschinenfabrik-Augsburg AG (kemudian Maschinenfabrik Augsburg-Nürnber atau MAN SE kini) sebelum beliau memulakan ujian prototaip dan kemudian berjaya menghasilkan enjin diesel yang praktikal dengan kecekapan 26.2 peratus.
"ein Feuerkoben" atau sebenarnya gobek api, telah pun wujud sejak 350 Sebelum Masehi di Alam Melayu.
Perhatikan, teknologi gobek api orang Melayu telah menyumbang kepada penghasilan enjin diesel/pembakaran dalaman (nyalaan mampatan) yang amat bermanfaat kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini.
Bila-bila masa ketika anda memandu, fikirkan tiga perkara ini; gobek api, konsep pembakaran dalaman dan enjin diesel.
~Srikandi
The History of Thy Beloved

Copy and paste:
27/1/2021 @ 15 Jamadilakhir 1442H: 9.42 pm

Monday 25 January 2021

Saintis Buktikan Bumi Akan Berhenti Berputar Jika Umat Islam Berhenti Menunaikan Solat

SUMBER: THE INFORMASI

Sunita Williams, seorang wanita India pertama yang pergi ke bulan pada tanggal 9-07-2011. Sekembalinya dari bulan terus memeluk agama Islam . Dia berkata ”Dari bulan seluruh bumi kelihatan hitam dan gelap kecuali dua tempat yang terang dan bercahaya.

Ketika aku lihat dengan teleskop, ternyata tempat itu adalah Mekah dan Madinah. ”Di bulan semua frekuensi suara tidak berfungsi, Tapi aku masih mendengar suara azan. Sesungguhnya kita telah berhutang besar kepada umat Islam dalam Encyclopedia Americana menulis:

Sekiranya orang-orang Islam berhenti mengerjakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah putaran bumi kita ini, kerana rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajarul Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

Menurut hasil penelitian dari 15 universiti menunjukkan Hajarul Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, iaitu 23,000 kali dari baja yang ada. Beberapa astronot melihat satu sinar yang teramat terang memancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata dari Kaabah.

Super konduktor itu adalah Hajarul Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya mencapai ribuan kilometer jangkauan siarannya. Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:

“Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…”

Para astronot telah menemukan bahawa planet bumi itu mengeluarkan radiasi. Radiasi yang berada di sekitar kaabah ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas berulangkali oleh suatu energi misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Mekah juga merupakan pusat bumi. Mekah adalah pusat dari lapisan-lapisan langit. Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman:

‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan.’ (arRahman:33).

Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajarul Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup memandangnya.

Dalam penelitian lainnya, mereka mengungkapkan bahawa batu Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di dalam air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah ada bersabda: Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Subhanallah,Alhamdulillah,Laa Illaha illallah,Allahu Akbar

Sayyidina Umar al-Khattab r.a. berkata “ini tidak lain hanya batu, jikalah tidak aku melihat Rasulullah s.a.w. mengucupnya, nescaya tidak akan aku sudi melakukannya”. Jika al-Quran diturunkan untuk membaiki akhlak, jika Islam mengatur hidup bahagia berumahtangga, pastilah bukan wujudnya jasad batu itu yang menjadi soal pokok.

Kisah disebalik batu itu yang harus kita pertimbangkan. Itulah dia batu timbangan dalam kehidupan manusia, itulah pedoman bagaimana manusia menetapkan prinsip dan polisi dalam keluarga. Batu timbangan bernama Hajarul Aswad juga begitu. Ia tidak pernah akan kembali jadi putih. Yang hitam ialah imej Islam akibat kita tersalah pertimbangan. Yang akan jadi putih ialah jika Islam mampu merahmatkan keluarga dan seluruh alam semula.

Copy and paste: 25/1/2021 @ 12 Jamadilakhir 1442H: 11.01 am

Sunday 24 January 2021

BAGAIMANA KUANTAN MENDAPAT NAMA DAN SIAPAKAH YANG MEMBUKA DAERAH KUANTAN...?!

SUMBER: FB MALAYSIA KU DULU - DULU

Daerah Kuantan terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian timurnya adalah Laut China Selatan dengan kawasan pesisiran pantai sepanjang 56 kilometer (35 batu). Di sebelah barat adalah daerah Maran dan Jerantut, di utara adalah negeri Terengganu dan di selatan adalah daerah Pekan. Daerah Kuantan terdiri daripada 6 mukim iaitu BESERAH, KUALA KUANTAN, PENOR, SUNGAI KARANG, ULU KUANTAN DAN ULU LEPAR.
Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai sebuah penempatan. Pada peringkat awal Kuantan lebih dikenali sebagai Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan dengan bangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan sekarang.
Ia telah dibuka oleh Haji Senik (seorang tokoh ulama yang berasal dari Patani di Selatan Thailand) serta para pengikutnya iaitu individu yang sama yang membuka perkampungan BESERAH. Nama 'TERUNTUM' ini dikatakan berasal dari pokok teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu. Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan berpaya yang terletak di tapak hospital sekarang di samping menangkap ikan dan berniaga secara kecil²an. Bukti bahawa kawasan tersebut pernah dijadikan penempatan adalah perkuburan Cik Timah berhampiran Taman Esplanade (Benteng) sekarang.
Selain sejarah Kampung Teruntum, diriwayatkan juga bahawa terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang² Melayu dari daerah Sumatera yang diketuai oleh Encik Besar. Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama 'Kampung orang Kuantan' dan lama-kelamaan panggilan ini dipendekkan menjadi ‘Kuantan’ dan terus kekal sehingga ke hari ini.
Sebagai ibu negeri Pahang Darul Makmur, Kuantan telah dibangunkan dengan pelbagai kelengkapan dan infrastruktur yang moden. Namun, masih ada lagi bangunan lama yang dikekalkan dan terpelihara seperti deretan beberapa bangunan era kolonial di Jalan Masjid Negeri berdekatan dengan bandar Kuantan. Kedudukan negeri Pahang yang menghadap Laut China Selatan telah membantu pembentukan pantai² yang indah seperti Pantai Beserah, Pantai Teluk Chempedak, Pantai Sepat, Pantai Balok serta Cherating.
Pantai Teluk Chempedak yang bersebehan dengan Pantai Beserah adalah satu tarikan yang sangat signifikan dengan negeri Pahang kerana kemeriahan serta kemodenan infrastruktur yang dibina di sana, dilengkapi dengan aneka restoran dan kemudahan aktiviti² yang sesuai untuk seisi keluarga.
Pantai Balok serta Pantai Cherating pula seringkali menjadi tuan rumah kepada beberapa pertandingan sukan air seperti ‘parasailing‘ dan papan luncur peringkat antarabangsa.
Selain kawasan pantai²nya, Kuantan juga terkenal dengan sungai. Sungai Pahang yang luas membolehkan aktiviti menaiki bot mengelilingi Sungai Kuantan diadakan. Aktiviti ini dilakukan di Sungai Kuantan yang berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan dan berada di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Kuantan. Pengunjung berpeluang untuk melawat hutan paya dan kilang pembuatan keropok lekor.
Sungai Lembing juga merupakan satu lagi produk pelancongan bertaraf antarabangsa dan wajib dikunjungi apabila berada di Kuantan. Sungai Lembing merupakan bekas tapak perlombongan bijih timah terbesar di Semenanjung Malaysia dan Muzium Sungai Lembing yang bertemakan sejarah perlombongan telah dibina. Mengikut sejarah, bangunan muzium ini merupakan kediaman kepada pengurus² besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing pada satu ketika dahulu dan bangunan ini bercirikan pembinaan vertikular-kolonial.
Sekitar bandar lama Sungai Lembing juga boleh dilihat masih ada bangunan-bangunan lama bercirikan neo-kolonial. Tentu sahaja mereka yang cinta akan sejarah dan lseni bina akan terpukau dengan keunikan bandar ini. Antara tempat menarik lain di daerah Kuantan termasuklah BESERAH, TANJUNG API & TANGJUNG LUMPUR. Ketiga-tiga tempat ini terkenal sebagai perkampungan nelayan serta kedai² makan makanan laut yang segar dan enak. Malah, di Tanjung Api juga terdapat ‘Kuantan Riverfront’ yang sering menjadi tempat menyaksikan matahari terbenam.
#ADMINMKDD @ MALAYSIA KU DULU DULU...
Kredit: Perbadanan Muzium Negeri Pahang

Copy and paste:
24/1/2021 @ 11 Jamadilakhir 1442H: 11,51 an

Bagaimana Pandemik Mengajar Kita Menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad

Oleh : Jijo Hakim

Banyak pengajaran boleh diambil daripada COVID-19 yang melanda dunia, termasuk negara ini, sekali gus ujian buat manusia secara umum tanpa mengira bangsa dan agama, sempadan negara serta usia. Malah, negara maju terlebih dahulu diserang hingga mencatatkan banyak kes dan kematian.

Secanggih mana pun teknologi peperangan dan pertahanan, ia tetap tidak mampu menahan serangan COVID-19. Malah hingga setakat ini, tiada ubat merawatnya, sebaliknya usaha terbaik ialah pencegahan.

Ia bertepatan dengan kaedah pencegahan yang diajar Rasulullah SAW, iaitu menjaga adab kebersihan dan pergaulan.

COVID-19 menyedarkan kita pentingnya menjaga kebersihan baik bersendirian mahupun bersama orang lain. Ia juga mengajar dan mengingatkan kita terhadap adab Islam seperti adab bersin.

Abu Hurairah meriwayatkan apabila Nabi SAW bersin, Baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Hadis ini menunjukkan Baginda mengajar supaya menutup muka dengan tangan atau kain ketika bersin. Hari ini, kita perlu mengamalkan pemakaian pelitup muka dan amalan kesihatan baik.

Nabi SAW juga mengajar kita supaya mengucapkan hamdallah selesai bersin kerana ia turut mengeluarkan kuman dan virus. Baginda juga menunjukkan adab mengelak daripada mengeras atau meninggi suara ketika bersin yang membuatkan seseorang itu dihormati.

Realitinya, ia asas dalam kehidupan harian, meskipun ramai mengabaikan. Oleh itu, kita diajarkan adab batuk dengan menutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin serta membuang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah bertutup.

Kaedah pencegahan lain adalah dengan tidak bersalam dengan tangan atau bersentuhan. Sebenarnya isu larangan bersalaman atau musafahah sudah diajar Rasulullah SAW sendiri.

Rasulullah SAW tidak bersalam dengan orang berpenyakit kusta apabila perwakilan Bani Thaqif berjumpa Baginda dengan antara mereka ada terkena penyakit itu. Baginda hanya menerima janji setia tanpa musafahah seperti biasa.

Imam al-Qurtubi ketika menerangkan peristiwa ini menyatakan Baginda tidak bersalaman kerana dikhuatiri ia akan menyakiti Baginda dan sahabat RA. Islam sebenarnya sudah mengajar umatnya larangan bersalam dan bersentuhan ketika pandemik.

Seruan dan kempen duduk di rumah menjadi ungkapan popular sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Imam Nawawi menyebutkan masalah kuarantin dan hukum seseorang bercampur dengan orang dijangkiti ketika menghadapi penyakit kusta.

Beliau turut menyebutkan pandangan al-Qadi Iyad mengenai larangan seseorang pergi ke masjid ketika menghidapi penyakit itu.

Usamah Ibnu Zaid RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Dan apabila berlaku dalam negeri kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar. (HR Bukhari dan Muslim)

Islam ialah agama praktikal dan tidak mendidik umatnya hanya menyerah urusan pada Allah SWT tanpa berusaha.

Ujian seperti ini akan mematangkan lagi masyarakat, baik orang awam, saintis mahupun ulama. Ulama dan saintis masing-masing mencari sejarah, hukum serta penyelesaian mengatasi masalah ini. Contohnya, pengurusan jenazah dijangkiti COVID-19, pandangan ulama dan saintis digabungkan yang memudahkan semua pihak untuk menguruskan berdasarkan kaedah fiqh realiti dan ulul amri.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan garis panduan adab dan pencegahan berkaitan penjagaan diri, kebersihan dan pergaulan demi maslahat awam dan maqasid syariah.

Adab memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan dan mengelakkan berlaku penyakit berjangkit. Islam agama sempurna mengajar kita amalan kesihatan baik. Itulah indahnya hidup bersyariat.

Jika dilihat daripada situasi ini, kita dapati ujian menimpa umat membuatkan masyarakat berusaha memperbaiki keadaan dihadapi. Banyak ibrah COVID-19 ini mengajar kita mengenali adab amalan harian yang kita tinggalkan.

Kemuliaan adab dan akhlak ialah matlamat utama seperti sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (HR Bukhari)

Kita boleh akur arahan dan etika adab jika kita dalam kesukaran serta perintah undang-undang. Akhlak dan adab sudah pun terbina sejak sekian lama dalam kehidupan manusia sama ada Islam atau bukan Islam.

Cuma kita ada kala terlupa mengenai adab hingga COVID-19 mengajar kita.

Copy and paste: 24/1/2021 @ 11 Jamadilakhir 1442H: 11.14 am

MUKMIN KETIKA HADAPI MUSIBAH

 SUMBER DARI FACEBOOK

□ MUSIBAH adalah perkara tidak boleh diduga oleh manusia. Orang Mukmin itu apabila ditimpa musibah dalam kehidupannya, maka dia mengucapkan :
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
□ Amalan ini selaras dengan maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran:
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” ▪︎(Surah al-Baqarah ayat 155 -157).
□ Musibah adalah perkara yang tidak dapat diduga oleh manusia. Bagaimanapun, musibah juga adalah ujian dan lumrah dalam kehidupan.
□ Ia boleh datang pada bila-bila masa. Oleh itu, kita perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan sekiranya didatangi musibah.
□ Musibah mungkin hadir dalam pelbagai bentuk seperti kehilangan, kematian, kecelakaan, kemalangan, kemusnahan, kesakitan, kesengsaraan, bencana alam atau wabak penyakit.
□ Sewaktu ditimpa musibah, beberapa perkara boleh dilakukan antaranya ialah dengan bersabar dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan.
□ Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” ▪︎ (al-Baqarah: 45-46).
□ Sebagai Mukmin, kita dituntut memperbanyakkan doa agar diberikan kekuatan menghadapi sebarang jenis musibah dan ujian serta berdoa agar musibah yang datang boleh kita hadapi.
□ Beberapa doa yang diajar Rasulullah SAW agar dijauhkan daripada perkara memudaratkan sebagaimana diriwayatkan sebahagian sahabat Nabi SAW.
□ Antaranya: Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh. Dan barang siapa yang membacanya ketika Subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” ▪︎Riwayat Abu Daud (No. 5088).
□ Di samping berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT, kita juga dituntut agar bermuhasabah punca sesuatu musibah itu melanda.
□ Justeru kita disarankan agar memperbanyakkan istighfar dan merenungi dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
□ Musibah juga mungkin berlaku disebabkan perbuatan dan kealpaan manusia sendiri. Oleh itu, kita hendaklah berusaha menjauhkan diri dari melakukan sebarang tindakan yang mengundang kerosakan dan kebinasaan.
□ Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” ▪︎Surah Ar-Rum (ayat 41).
□ Rujukan :
■ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Copy and paste:
24 Januari 2021 @ 11 Jamadilakhir 1442H: 10.50 am

Saturday 23 January 2021

AMRU BIN SABIT - MASUK SYURGA WALAUPUN TAK PERNAH SOLAT

SUMBER DARI FACEBOOK

Walaupun sudah beberapa tahun Rasulullah mengajak beliau untuk memeluk agama Islam, beliau tetap enggan.
Entah mengapa, pada hari Uhud itu, ketika Rasulullah SAW dan para sahabat sedang dalam misi menentang para kuffar, hidayah datang menyapa hati beliau.
Segera diambilnya pedang & tombak, lalu bergegas ke medan tempur Uhud bersama kudanya. Beliau berjuang habis-habisan. Akhirnya beliau terkena serangan yang banyak. 
Namun, para sahabat yang lain masih belum tahu bahawa beliau ini sudah menjadi saudara baru mereka. Mereka sempat bertemu dengannya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Kerana apa kau datang ke sini? Demi kaummu atau kecintaanmu kepada Islam?"
Jawab beliau dengan yakin:
"Kerana kecintaanku kepada Islam. Aku telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan aku telah masuk Islam. Aku mengambil pedangku, lalu aku maju bersama Rasulullah dan aku berperang hingga aku terluka seperti ini."
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau berwasiat:
"Jika aku mati, maka hartaku aku serahkan kepada Muhammad yang dapat digunakannya sesuai dengan kehendaknya".
Apabila Rasulullah mendengar kisah ini, baginda berkata:
"Sesungguhnya beliau benar-benar termasuk penghuni syurga!"
MashaAllah Tabarakallah. Belum pun sempat sehari bergelar Muslim, ternyata beliau sudah menempah tiketnya ke syurga Allah.
Itulah dia kisah seorang pemuda yang belum sempat bersujud walaupun satu kali, tetapi telah dijamin syurga. Beliau kekal bahagia selama-lamanya di sana.
Jika nak dibandingkan, tentulah jumlah solat kita yang lahir-lahir sudah berstatus orang Islam ini jauh lebih banyak daripada beliau. Tapi ternyata, yang dihitung Allah adalah keikhlasan hati & pengorbanan yang sedia beliau lakukan.
Ilmu, umur, tempoh kita masuk Islam, itu semuanya tidak sepenting hati yang ikhlas, mahukan perubahan & sedia berkorban.
Akhirnya yang dihitung Allah adalah penghujung hidup kita. Andai hari ini kita baru mula bertaubat, ketahuilah, kita belum terlambat!
Tercatatlah satu lagi sirah dalam dunia Islam, iaitu perang Uhud. Hari berganti hari, Abu Hurairah RA yang banyak mengetahui kisah-kisah Rasulullah ini sengaja menguji sahabat-sahabatnya yang lain:
"Ceritakan kepadaku mengenai kisah seseorang yang masuk syurga padahal belum pernah solat sekali pun sepanjang hidupnya."
Ternyata para sahabat tidak ada yang mengetahui. Mereka kembali bertanya:
"Siapakah dia?"
Abu Hurairah menjawab:
"Usoirim dari Bani Abdul Asyhal."
رضي الله عنهم
Radhiyallahu anhum.
Semoga Allah meredhai semua jasa & perjuangan beliau & para sahabat yang lain. Semoga kita juga dapat mengikuti jejak langkah beliau.

Usoirim, atau nama sebenarnya Amru bin Tasbit, termasuk 70 muslimin yang syahid ketika peperangan Uhud. Diabadikan jasadnya di kawasan perkuburan Uhud ini.
Bukit-bukit besar di belakang itu adalah Bukit Uhud.

Uwais Madinah
Malaysian in Medina.
Copy and paste:
23 Januari 2021 @ 11 Jamadilakhir 1442H: 11.06 pm

KELEBIHAN SOLAT SUBUH

SUMBER : MAJALAH ILMU

Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat subuh. Waktu tu waktu orang tidur. Saya memang duk fikir soalan ni dari dulu lagi.

Then when i got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan.

Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia.

Tak kira dia jahat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hitler yang jahat tu pun bangun awal pagi.

Kenapa?

Orang yang berjaya bangun awal ni mereka adalah Over achievers.

Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.

No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa pergi kerja awal, elak jam. Bangun pulak kalut-kalut bersiap. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.

Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4am-5am kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.

Ini 5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:

1. MIND OVER MATTERS:

Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.

Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.

2. MORE PRODUCTIVITY:

Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti.

Orang-orang Spartan ada satu pepatah “ He who sweats more in Training, bleeds less in War. ”

Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.

3. STRENGTHEN WILL POWER:

Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.

Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah.

Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.

4. START WITH VICTORY:

Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.

Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.

5. PEACEFUL:

Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.

Robin Sharma kata, “ Achieve more while the world is still sleeping.

Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.

So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai harini.

Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!


The body Achieves what the mind believes.

Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!

Mulai esok pagi bangun awai-awai sebaik saja celik biji mata tu sebut dalam hati (Niat dalam-dalam) ya.

1 – InshaAllah hari ini Allah akan bagi kehidupan lebih elok, lebih baik daripada semalam.
2 – InshaAllah hari ini Allah akan beri kebahagiaan kepada aku dan keluarga aku daripada hari-hari sebelum ini.
3 – InshaAllah hari ini Allah akan beri rezeki perniagaan lebih untung daripada kelmarin.
4 – InshaAllah hari ini Allah akan beri untung untuk akhirat daripada kelmarin.
5 – InshaAllah hari ini Allah akan rezekikan aku satu langkah untuk lebih Kaya, Berjaya dan Bahagia di dunia dan akhirat


p/s : InshaAllah amalkan setiap hari dengan sangkaan yang baik ini kepada Allah. InshaAllah Allah akan permudah. Allah akan makbulkan. Kerana Allah akan berurusan dengan kita berdasarkan sangkaan kita oleh itu jom sangkaan yang baik denganNYA..

Copy and paste: 23 Januari 2021 @ 10 Jamadilakhir 1442H: 10.12 am

Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Oleh Ustaz Ismail Kamus

SUMBER: MAJALAH ILMU

Sebelum kita mengetahui Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Oleh Ustaz Ismail Kamus, Jom kita kenali serba ringkas biodata Dato’ Ustaz Ismail Kamus.

Dato’ Ustaz Ismail Kamus adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sek. Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan N17 Gombak Setia atas tiket PAS. Di dalam parti, beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kini beliau berkhidmat sebagai perunding motivasi dan pendakwah bebas.

Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Oleh Ustaz Ismail Kamus

  1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg) – Mandi dan ambil wuduk
  2. Solat Sunat Wuduk.
  3. Solat Sunat Taubat.
  4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
  5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
  6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
  7. Istighfr ( xأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100
  8. Tahlil ( xلاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300
  9. Baca Doa Nabi Yunus ( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40
  10. Tasbih 40x ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40
  11. Solat Sunat Fajar.
  12. Solat Subuh.
  13. Baca Yaassin lepas subuh.
  14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
  15. Solat Zohor.-Solat sunat sebelum – Solat sunat selepas.
  16. Solat Asar. -Solat sunat sebelum
  17. Solat Maghrib.- Solat sunat selepas
  18. Solat Isya’ – Solat sunat sebelum – Solat sunat selepas.
  19. Sebelum tidur baca : Al-Quran, surah Al-Mulk, surah Sajjadah, surah Al-Waqiah.
  20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”

Ustaz Ismail Kamus 

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
  • Allah akan sibukkan kita dengan harta.
  • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
  • Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
  • Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
  • Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
  • Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
  • Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
  • Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
  • Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
  • Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
  • Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

tazkirah hati

#Share ilmu ini utk peringatan semua.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan lupa Follow first dan Subscribe Saluran Media sosial Majalah Ilmu.

Copy and paste: 23 Januari 2021 @ 10 Jamadilakhir 1442H: 9.57 am

 

Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an

SUMBER: MAJALAH ILMU

Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.

  1. “Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lazatnya berdzikir.”
  2. “Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”
  3. “Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menguruskan jena-zah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu.”
  4. “Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”
  5. “Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.”
  6. “Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.”
  7. “Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi.

Kalimat itu adalah:

  • Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.
  • Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
  • Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.
  • Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
  • Ingatlah Allah selalu.
  • Ingatlah maut yang akan menjemputmu
  • Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

6 Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Puteranya Dalam Surah Luqman.

Pernahkah anda mendengar kisah Luqman Al-Hakim sebelum ini dan siapakah beliau yang sebenarnya ?

Saya pasti ramai di antara kita yang sudah biasa dengan nama Luqman Al-Hakim, dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengarnya.

“Bermacamlah pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman .Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Isa dan Muhammad s.a.w . Ada yang mengatakan kadi pada masa Bani Israil dan lain-lain pendapat. Tapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi allah ‘HIKMAH’ yang hidup pada masa Nabi Daud a.s”.

Menurut Ibnu Kathir, Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang soleh, kuat beribadat, mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dan sangat suka berkongsi nasihat sehinggakan terdapat sebuah surah yang khusus di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kisah beliau beserta nasihat yang disampaikan kepada anaknya.

Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19. Jom kita lihat apakah nasihat disampaikan kepada anaknya.

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) :

Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.

Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandungkannya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): “Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.

Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.

Hai anakku! “Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya allah maha halus lagi maha mengetahui”.

Hai anakku! “Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (allah).

Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

Wallahualam…

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita yang lain…

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.

Copy and paste: 23 Januari 2021 @ 10 Jamadilakhir 1442H: 9.50 am