Wednesday, 10 September 2025

TLDM - Navy People (Malaya / Malaysia)

  1. A.Brown (Lt.RNR): Pegawai Memerintah HMS Circe, Malaya WW2.
  2. A.D.Thompson (Cdr RN) - Pegawai Memerintah HMS Shu Kwang, Malaya WW2.
  3. A.J.P Henton (Lt.Cdr RN) - Pejabat Rekod Pasukan Simpanan Tentera Laut, Beach Road, Singapore, 1947. 
  4. A.M. Synnot (Commodore RAN) : Chief of the Royal Malayan Navy yang ketiga dari 1962 - 1965)
  5. A.N. Dollard (Commodore RAN) : Chief of the Royal Malayan Navy yang ke-4 dari 1965-1967.
  6. A.W. Townsend (Lt. RN) : Pegawai Memerintah KD Sri Kedah > berjaya menangkap 10 Komando Indonesia di Selat Melaka pada 1965. 
  7. A.Woodley (Lt RNR) - Pegawai Memerintah HMS Siang Wo , Malaya WW2.
  8. Abd Rahman bin Ayob (Laksamana Tan Sri Datuk) : Panglima Tentera Laut (2023 - 2024)
  9. Abdul Aziz bin Hj Jaafar (Laksamana Tan Sri) : Panglima Tentera Laut yang ke 15 (2008 - 2015)
  10. Abdul Kadir bin Said (CPOSM) - Malay Navy (HMS Kudat)  - anak Melayu pertama menerima pingat Distinguished Service Medal (DSM) dari Kerajaan British kerana keberaniannya semasa Perang Menentang Tentera Jepun di Malaya semasa Perang Dunia Kedua.
  11. Abdul Malek Muhammed (LRME) - anggota KD Sri Rejang yang cedera dalam letupan lebih kurang 100 ela dari Base pada 20 Februari 1970. 
  12. Abdul Samad bin Ali (ABSM)  - anggota Malay Navy semasa Perang Dunia Kedua, bertugas di HMS Vyner Brooke yang diserang oleh Pesawat Tentera Jepun pada 12 Januari 1942 di Pulau Bangka. Kesemua anggota Malay Navy terkorban dalam pertempuran tersebut kecuali ABSM Abd Samad. Beliau telah berjaya menyelamatkan 22 orang Jururawat Australia namun pengorbanan beliau tidak pernah diberi perhatian oleh British.
  13. Abdul Samad bin Sulaiman (ABSM) – Anak kapal KD Sri Selangor yang terkorban dalam serangan anggota KKO Indonesia semasa konfrantasi pada 24 Julai 1964. Nama beliau telah diabadikan di Pengkalan TLDM Lumut, Perak (Lapangsasar Abdul Samad).
  14. Abdul Wahab b. Hj Nawi (Laksamana Madya Tan Sri ) – Panglima Tentera Laut 1986 – 1990.
  15. Abdul Wahid bin Anang (Lt Kol (Laut)  – Pegawai Memerintah KD Raja Jarom yang pertama, 1977.
  16. Abjalil bin Saat (LK1 PPP) : anggota KD Sri Sarawak yang yang ditolak ke dalam laut oleh nelayan Thailand dan terapung di laut selama 29 jam sebelum diselamatkan. 
  17. Abu Bakar bin Abdul Jamal (Laksamana Tan Sri Dato’Seri ) – Panglima Tentera Laut 1998 – 2002.
  18. Adnan Raji - (Sjn Major - kemudian CPOSM) - Jurulatih Kawad yang pertama bagi SSRNVR pada 27 April 1934.
  19. Ahmad bin Saidi (ODSM) – anggota Malay Navy yang terkorban dalam pertempuran pada 9 Disember 1941. Beliau adalah adik kepada Lt Adnan bin Saidi dari Rejimen Askar Melayu.
  20. Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad Badaruddin (Laksamana Tan Sri Dato Seri): Panglima Tentera Laut (2015 - 1018). 
  21. Ahmad Ramli bin Hj Mohd Nor (Laksamana Madya Tan Sri Dato' Seri ) - Panglima Tentera Laut (15 Okt 1995 - 14 Okt 1998). 
  22. Ainin bt Abdul Rahman Lt Madya TLDM – Antara 3 pegawai Wanita pertama PSSTLDM yang dikerah sepenuh masa pada Oktober 1977.
  23. Al-Haimi bin Alip (LK PPP) : second Buffer KD Sri Sarawak yang telah ditawan oleh nelayan Thailand dalam 'Ops Cabut' pada 10 April 1993. - nasibnya tidak diketahui hingga kini, hilang tanpa dikesan. Sebuah dewan di Markas Wilayah Laut 1 dinamakan Dewan Al-Haimi sempena nama beliau. 
  24. Ali bin Ibrahim (S/Lt) -  Anggota Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang ditauliahkan sebagai pegawai pada tahun 1946.
  25. Anuar bin Alias (Lt.Kdr) - dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 2 Jun 2000, merupakan satu-satunya anggota TLDM yang menerima anugerah tersebut. 
  26. Anuwi bin Hassan (Laksamana Madya Dato) : Timbalan Panglima Tentera Laut, meninggal dunia pada 14 Julai 2018 ketika masih dalam perkhidmatan. 
  27. Anwar bin Mohammad Noor (Laksamana Tan Sri Dato Seri) : Panglima Tentera Laut (2003 - 2005). Pegawai Tentera Laut pertama dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (2005 - 2009). Pernah mewakili Negara dalam sukan Hoki dalam sukan Asia di Tehran, Iran. 
  28. Awang bin Salleh (ABRG) – Anggota Malay yang menyertai OSS 404 (US Army) dan menjadi jurulatih Komunikasi Wireless di Pusat Latihan OSS 404 di Trincomalee.
  29. Amewa bt Ahmad (PW1 KNA) – Wanita pertama TLDM  dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren 1 pada Mac  1999.
  30. Aminuddin bin Abdullah (Lt.Kdr TLDM) – Pegawai Memerintah KD Ganyang yang pertama, 1973.
  31. Arthur Palliser (Rear Admiral) - Timbalan Komander 'Z' Force, Malaya WW2.
  32. B. Cormack (Lt.RN) : Pegawai Memerintah KD Ledang > bertempur dengan KKO Indonesia di Pulau St John pada 1965. 
  33. B.Hyde-Smith (Lt.Cdr) :Pegawai Memerintah KD Sri Perak yang pertama pada 1963. 
  34. Balagopal Pillai (Lt.TLDM) – Pegawai Memerintah KD Sri Rejang yang pertama pada 1965.
  35. C.B.Carlson (Rear Admiral RN) : Flag Officer Malayan Area, 1949. 
  36. C.E Cleaver (Captain RNR) : Pegawai Memerintah HMS Larut yang diserang oleh Tentera Udara Jepun di Pulau Sabang pada 20 Januari 1942. 
  37. C.J. Windsor (Lieutenant) : Pegawai Memerintah HMS Kelana > ditenggelamkan oleh Jepun di Kawasan Endau, Pahang pada 8 Disember 1941.
  38. Carmen Rosemary Edmonds (Lt.TLDM) – pegawai wanita TLDM yang pertama bertugas di Kapal KLD Tunas Samudera pada tahun 1989.
  39. Chandran a/l Mathavan (Lt.TLDM) : Pegawai Memerintah KD Sri Perak yang tenggelam di Laut China Selatan pada 8 Januari 1984
  40. Charles Thong Yin Sin (Cadet) : dipilih di bawah Skim Benbow ke Kolej Tentera Laut Darmouth pada 17 September 1954.
  41. Cheah Leong Voon (Captain RMN) - Commander Naval East pada 1973. 
  42. Cheah Phee Cheng (Lieutenant) - Pegawai Memerintah KD Sri Sarawak yang pertama (1963). 
  43. Chiah Cheng Lock (Cadet) : Pegawai Kadet Tentera Laut yang pertama dari anak tempatan pada tahun 1953. 
  44. Chitharanjan Kuttan (Lieutenant) - Pegawai Memerintah KD Sri Negri Sembilan yang pertama (1963). 
  45. D.G. Freeman (Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Rahman, Malaya WW2.
  46. Daud bin Nawawi (Komander) : Commander Naval East 1970an . 
  47. E.D. Norman (Commodore RN) : Chief of the Royal Malayan Navy yang pertama (1957 - 1960). 
  48. Estino Taniyu (LK1 PPP) : anggota TLDM pertama berjaya merenangi Selat Inggeris dengan masa 13 jam 41 minit 45 saat. 
  49. F.Hodgson (Lt.Cdr RN) : Pegawai Tentera Laut British yang diserapkan ke Tentera Laut Malaya pada 1949. 
  50. F.D.S. Mann (Lt.SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Penghambat, Malaya WW2.
  51. F.H.George (Lieutenant) : Pegawai Memerintah HMS Kuala, Malaya WW2.
  52. Fathinah Nusrah Yusra binti Mohd Nasri (Lt Madya TLDM) : mewakili Malaysia di Kejohanan Asian Cricket Counsil (ACC) di Chiang Mai, Thailand pada 31 Januari 2013. 
  53. Fatimah Bee bt Mohd Hashim (Kdr.TLDM) – pegawai wanita TLDM yang pertama menyandang pangkat Komander TLDM pada tahun 2002.
  54. Fazilah bt Makun (Lt.TLDM) – pegawai wanita TLDM yang pertama mengikuti pelayaran operasi (KD Mahawangsa) ke Somalia pada 7 September 2008.
  55. Fuad Bin Ithnin (Lt.Dya TLDM): Pegawai Laksana KD Sri Perak yang hilang dalam tragedi tenggelamnya KD Sri Perak pada 8 Januari 1984
  56. G.Riggs (Sub.Lt RNVR) : Terkorban dalam 'Ops Rimau' ketika Perang Dunia kedua. Mayatnya hanya ditemui pada tahun 1994.  
  57. G.A. Brignall (Lt.RNR) : Pegawai Memerintah HMS Matahari, Malaya WW2.
  58. G.D. Inns (Lt. RNVR) : Pegawai Memerintah HMS Rohda, Malaya WW2.
  59. G.E.I Issac (Lieutenant) : Pegawai Memerintah KD Lembing > pada 25 Mei 1968 memintas sebuah bot yang bergerak laju 7 batu ke arah barat Pulau Pisang.
  60. G.E.W.W. Bayly (Cdr.SSRNVR): Pegawai Memerintah HMS Tapah, Malaya WW2.
  61. G.M.Christie (Lt. RNR) : Pegawai Memerintah HMS Ban Hong Liong, Malaya WW2.
  62. Goh Siew Chong (Kepten TLDM) – Pegawai Memerintah KD Mutiara (Survey Ship) yang pertama pada 1977.
  63. H.C Butcher (Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Jerak, Malaya WW2.
  64. H.E.H. Nichols (Captain RN) : Pegawai Memerintah terakhir Royal Navy (Malay Section) dan Pegawai Memerintah Pertama Malayan Naval Force pada 1948
  65. H.F Biles (Sub.Lt) : Pegawai Bahagian anggota Royal Navy Malay Sectiondi Colombo, Malaya WW2.
  66. H.G.G.G Riches (Lt.RN) : Pegawai Memerintah HMS Panglima, Malaya WW2.
  67. H.N. Smyth (Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Kilas, Malaya WW2.
  68. H.T. Rigden (Lt. RNVR) : Pegawai Memerintah HMS Trang, Malaya WW2.
  69. H.W. Richardson (Captain) : Pegawai Memerintah HMS Kelantan  - kapal pertama yang meninggalkan Tanah Melayu menuju ke Colombo pada 13 Disember 1941. 
  70. Hairozali bin Hamzah (LK1 TMK) : anggota KD Sri Sarawak yang telah ditawan oleh Nelayan Thailand pada 10 April 1993. Beliau bagaimana pun telah dilepaskan di Daerah Pattani di Thailand.  
  71. Horace Vickers (Lt.Cdr) : Pegawai Memerintah KD Pelandok ketika Perang Dunia Kedua. 
  72. Ilyas bin Din (Laksamana Tan Sri) : Panglima Tentera Laut yang ke 13 (2005 - 2006). Meninggal dunia pada 6 Julai 2018. 
  73. Ismail bin Hassan (LRSM) – Anggota Malay Navy yang menganggotai Force 136 semasa Perang Dunia kedua. Beliau juga adalah antara 2 anggota Tentera Laut yang pertama yang dianugerahkan Pegawai Tugas Khas (SD) pada 1953. Beliau juga adalah anak tempatan pertama menjadi Pegawai Memerintah Kapal iaitu KD Mutiara pada 1961. 
  74. J. Buchanan (Lt. RAN): Pegawai Memerintah KD Sri Kelantan pada 1965 > bertempur dengan KKO Indonesia dan berjaya membunuh 2 orang. 
  75. J.B.W McKelvie (Lieutenant) : Pegawai Memerintah KD Sri Sabah yang pertama pada 1963. 
  76. J.Fant (Lt. RNVR) : Pegawai Memerintah HMS Ping Wo, Malaya WW2.
  77. J. Rennie (Lt.RNVR) : Pegawai Memerintah HMS Scott Harley, Malaya WW2.
  78. J. Robinson (Lt. RNR) : Pegawai MemerintahHMS Wo Kwang, Malaya WW2.
  79. J.H. Evans (Lt.RNVR) : Pegawai Memerintah HMS Jeram, Malaya WW2.
  80. J.M.Brander (Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Sin Aik Lee, Malaya WW2.
  81. J.P. Upton (Lt.RNVR) : Pegawai Memerintah HMS Jerantut, Malaya WW2.
  82. J.W. Dovers (Captain RAN) : Captain of the Navy, Malaya 1960.
  83. J.W. Hoskins (Lt. MRNVR) : Pemerintah RMNVR di Pulau Pinang, 1958. 
  84. J.W. Morphett (Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Malacca, Malaya WW2.
  85. Horace Vickers (Lt.Cdr) : Pegawai Memerintah KD Pelandok ketika Perang Dunia Kedua. 
  86. Johari bin Abdul Samad – salah seorang dari 3 anggota TLDM yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
  87. Johari bin Mohd Amin (CPOSM) -  Anggota Malay Navy yang menganggotai OSS 404 (US Army) semasa Perang Dunia Kedua.
  88. Johari bin Ramzan (Lt TLDM) : mengetuai 10 anggota PASKAL mendarat di Terumbu Layang-Layang melalui KD Mutiara pada 3 Mei 1983. 
  89. John C. Leach (Captain RN) : Pegawai Memerintah HMS Prince of Wales yang tenggelam di Perairan Kuantan pada 10 Disember 1941
  90. John Lancaster (Captain RN) : Pegawai Memerintah KD Mahamiru pada 1960an. 
  91. K. Thanabalasingam (Laksamana Muda Datuk) – Rakyat Malaysia pertama dilantik Ketua Turus Tentera Laut (Panglima Tentera Laut). Juga Pegawai Memerintah KD Sri Kelantan yang pertama (1963). 
  92. K.H. Marshall (Lieutenant) : Pegawai British yang dipinjamkan ke Malayan Naval Force pada 1949. 
  93. K.R.Tohmie (Sub. Lt. RN) : Pegawai Bekalan SSNVR di Singapura pada 1938.
  94. Karu Selvaratnam (Lt.Kdr TLDM) - memecah rekod kebangsaan dalam acara 400 meter lompat pagar pada sukan SEAP 1960. Mewakili negara dalam Sukan Komanwel 1962 di Perth, Australia dan Sukan Olimpik di Tokyo pada 1964. 
  95. Khatijah bt Abdul Rahman -  Antara Rekrut wanita pertama TLDM pada 1 Mei 1978 yang memakai nombor tentera 5500001.
  96. Kweh Onn Cheong (LRRG) – Anak kapal KD Sri Selangor yang tercedera dalam serangan anggota KKO Indonesia pada 24 Julai 1964 ketika konfrantasi Malaysia – Indonesia.
  97. L.C. Jago (Sub.Lt SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Pengawal, Malaya WW2.
  98. L.H.Bell (Captain RN) : Captain in Fleet HMS Repulse, tenggelam di perairan Kuantan pada 10 Disember 1941.
  99. L.H. Morrison (Lieutenant) : Pegawai British yang dipinjamkan kepada Malayan Naval Force, 1949. 
  100. L.W. Johnson (Commander R.N) : Pegawai Memerintah pertama The Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) pada 27 April 1934. 
  101. M.W. Alvisse (Lt.Kdr TLDM) – nama penuh Malcolm William Alvisse > Pegawai Memerintah KD Mahamiru yang menerima dokumen “Rondaan Rasmi” dari Kerajaan British pada 4 September 1966. Juga Pegawai Memerintah KD Sri Pahang yang pertama (Lieutenant 1963) dan Pegawai Memerintah KD Rahmat yang pertama pada 1972 ketika berpangkat Kdr. TLDM. 
  102. Maimunah bt Arshad (Lt.Muda TLDM) -  Antara 3 pegawai Wanita PSSTLDM pertama yang dikerah sepenuh masa pada Oktober 1977.
  103. Mat Rabi bin Abu Samah (Kdr. TLDM N400372) : Pegawai Memeringah KD Marikh yang pertama pada 9 April 1987. 
  104. Membar bin Itam (ABSM) – Anggota Malay Navy yang menyertai latihan Kader Force 136 di Johor semasa perang Dunia Kedua.
  105. Mohamed Sidek bin Shabudin (Komodor) : Commander Naval West, Ketua Projek Pengkalan TLDM Lumut, Perak. Beliau meninggal dunia pada 28 April 1979 ketika masih dalam perkhidmatan. Nama beliau diabadikan pada Dewan Sidek Shabudin, Pengkalan TLDM Lumut, Perak. 
  106. Mohd Aminuddin bin Abdullah (Leftenan TLDM) - Pegawai Memerintah KD Serampang yang berjaya menyelamatkan sebuah bot nelayan yang telah ditahan oleh lanun di Tg. Piai, Johor pada 31.5.1969. 
  107. Mohd Anwar bin Mohd Nor (Laksamana Tan Sri) -  Panglima Tentera Laut ke 12. Mewakili Negara dalam Sukan Hoki di Sukan Asia Tehran pada 1974
  108. Mohd bin Din (Lt TLDM): Pegawai Memerintah BTD Kepah yang pertama paa 1 Mac 1980. 
  109. Mohd Nor bin Rani (ABSM) – Anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 semasa Perang Dunia Kedua.
  110. Mohd Ramly bin Abu Bakar (Laksamana Datuk) : Panglima Tentera Laut yang ke-11 (2002 - 2003). Beliau juga adalah juara dalam Pertandingan Pelayaran Panglima Tentera Laut Asia pada 5 Julai 2003. 
  111. Mohd Shariff bin Ishak (Laksamana Madya Tan Sri ) – Panglima Tentera Laut 1990 – 95. Meninggal dunia pada 14 April 2000. 
  112. Mohd Shariff bin Kalam (Lt.Kdr TLDM) – Pegawai Memerintah SKTLDM Kuantan yang pertama pada tahun 1983. Beliau juga adalah salah seorang dari 3 anggota TLDM yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
  113. Mohd Zain bin Hussain (Sub/Lt) – Anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 semasa Perang Dunia Kedua. Beliau juga adalah anggota Malay Navy yang pertama ditauliahkan pegawai.
  114. Mohd Zain bin Mohd Salleh (Laksamana Madya Dato’) – Panglima Tentera Laut (1976 – 1986). Anak Melayu pertama menjadi Panglima Tentera Laut. Beliau juga adalah Pegawai Memerintah KD Sri Trengganu yang pertama pada tahun 1964, dan Pegawai Memerintah KD Tahan yang pertama pada 18 April 1966.  Beliau meninggal dunia pada 25 November 2000. 
  115. Mokhtar bin Amir (Pegawai Kadet Kanan): hilang dalam tragedi tenggelamnya KD Sri Perak pada 8 Januari 1984.
  116. Montaza Hj Amin (LK1 PPP) : anggota bot lancang KD Sri Rejang yang cedera dalam letupan gas di sebuah Bot Lancang  pada 2 November 1983. 
  117. Mostafa bin Abdul Rahman (Lt.TLDM) - Pegawai Memerintah KD Sri Johor yang berjaya menahan sebuah bot Lanun dari Indonesia pada 12 Sept. 1970. 
  118. Muhamad Yasin bin Hj Salleh (Kdr TLDM) – Pegawai Memerintah KD Ganas yang pertama pada 1973.
  119. Muhammad Redza bin Mohd Sany (Laksamana Tan Sri): Panglima Tentera Laut (2018 - 2023).
  120. Musa Bin Jabar (PKK TLDM) – Pegawai Kadet Kanan KD Sri Selangor yang cedera dalam pertempuran dengan anggota KKO Indonesia pada 24 Julai 1964.
  121. Ng Chin Phing (Major Laut) – Pegawai Memerintah KD Pendekar yang pertama pada tahun 1979.
  122. Ng Teng Hin (Leftenan TLDM) - Pegawai Memerintah KD Sri Perlis yang berjaya menahan bot penyeludup Indonesia di Tg. Tohor Light pada 26.5.1969. 
  123. Noraini bt Sheikh Ahmad (Lt.Kdr TLDM) – Pegawai wanita TLDM yang pertama dilantik menjadi Pegawai Memerintah (SKTLDM Sitiawan 12.11.1996).
  124. O.G. Jones (Lt.RNR) : Pegawai Memerintah HMS Hua Tong, Malaya WW2.
  125. O.R.T Henman (Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Shun An, Malaya WW2.
  126. Oliver Cuthbert Samuel – Salah seorang dari 3 anggota TLDM yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, KL.
  127. Omar bin Yahaya (ABSM) -  anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 semasa Perang Dunia Kedua.
  128. Ong Kian Lam (Lt TLDM) - Pegawai Memerintah KD Panglima semasa konfrantasi 1965. Beliau dan krew the menangkap 4 tentera Indonesia yang menyusup masuk ke Kukup pada 1965. 
  129. P.Wilson (Lieutenant) : Pegawai British yang dipinjamkan kpd Malayan Naval Force, 1949.
  130. P.B. Bruce (Lt. RNR) : Pegawai Memerintah HMS Medusa, Malaya WW2.
  131. P.K. Nettur (Lt.TLDM) – Nama Penuh Pavinthran Krishnan Nettur > Pegawai Memerintah KD Sri Selangor yang terlibat dalam pertempuran dengan anggota KKO Indonesia semasa konfrantasi pada 24 Julai 1964. Ketika menjawat jawatn Panglima Wilayah Laut II (Labuan) pada 1976, beliau menemui timbunan karang yang dipanggil Swallow Reef yang merintis kepada pembinaan Terumbu Layang-Layang. 
  132. P R S O Spicer (Lieutenant) : Pegawai Memerintah HMS Chengteh, Malaya WW2.
  133. Philip Dorian (Sub.Lt) : Pegawai Memerintah HMS Pahlawan, Malaya WW2.
  134. Quah Hoe Yeang (Lt.TLDM) - Pegawai Memerintah KD Renchong yang berjaya menahan sebuah bot Lanun di Tg Piai Johor pada 10 Feb. 1970. 
  135. R.A Lee (Lt.Cdr MRNVR) : Pegawai Memerintah RMNVR di Kuala Lumpur, 1958.
  136. R.E. Borton (Captain RNR) : Pegawai di HMS Vyner Brooke - tenggelam akibat serangan Tentera Jepun di Pulau Banka pada 1942. 
  137. R.G Banks (Captain): dilantik Pegawai Memerintah MRNVR Division Singapura pada 1 November 1960. 
  138. R.J. Draycott (Lieutenant) : Pegawai Memeringah HMS Pengail, Malaya WW2.
  139. R.S.Tuffnell (Captain) : Pemerintah pasukan MRNVR pada 1958. 
  140. R.W. Heale (Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Tien Kwang, Malaya WW2.
  141. Ramlan Mohamed Ali (Laksamana Tan Sri) : Panglima Tentera Laut yang ke 14 (2006 - 2008). 
  142. Ramly bin Abu Bakar (Kdr TLDM) – Pegawai Memerintah KD Lekir yang pertama pada tahun 1984. Bersara Laksamana TLDM.
  143. Ridzwan bin Saheran (Sub/Lt): mengetuai kontinjen Tentera Laut Di Raja Malaya pada perbarisan Hari Kemerdekaan yang pertama pada 31 Ogos 1958.
  144. Rohana bt Jupri (Laksamana Madya TLDM) : Pegawai wanita TLDM pertama dinaikkan ke pangkat Laksamana Madya pada tahun 2022.
  145. Rohayu bt Hussin (Lt Kdr TLDM) – Pegawai wanita TLDM yang pertama menyertai cawangan Hidrografi TLDM pada tahun 1999.
  146. S.G.Campbell (Lt.Cdr RN) : Pegawai Memerintah HMS Dartington yang menyerahkan Dokumen Rasmi kepada TLDM pada 4 September 1966 bahawa Kapal Perang Komanwel tidak lagi akan melakukan tugas rondaan di peraiaran Sabah dan Sarawak. 
  147. S.K. Rayner (Sub.Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Giang Bee, Malaya WW2.
  148. Sarkawi bin Bujang (POWG) -  Anggota Malayan Naval Force yang pertama melapor diri pada tahun 1949 dengan nombor Tentera MNF 800001.
  149. Shariff bin Mahmud (ABSM) -  anggota Malay Navy yang menyertai OSS 404 (US Army) semasa Perang Dunia Kedua.
  150. Sharuddin bin Sharani (LKII PWP) : anggota KD Sri Perak yang hilang ketika kapalnya tenggelam di Laut China Selatan pada 8 Januari 1984
  151. Siew Koi Seng (Lt Kdr TLDM N/400242) - Pegawai Memerintah KD Todak yang pertama pada 16 Jun 1976. 
  152. Siti Hanisah Sharudin (LK1 Kom): berjaya tiba ke puncak Gunung Everest pada 21 Mei 2013 dan Gunung Kilimanjaro di Afrika pada 15 Oktober 2014. 
  153. Siti Norhajar bt Megat Ahmad Roslan (Lt.TLDM) – pegawai wanita TLDM yang pertama berkhidmat di bawah payung PBB di Lubnan.
  154. Siti Nur Masitah (Lt.Muda TLDM) : memenangi pingat Perak dalam acara Pistol Individu 25 Meter di Sukan SEA Myanmar pada 2013. 
  155. Sivarajah a/l Khatiravel (Lt. TLDM) - Pegawai Memerintah Station Lima (Terumbu Layang-Layang) yang pertama pada 6 Mei 1985.
  156. Sulaiman bin Dol (ABSM) – Anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 semasa Perang Dunia Kedua.
  157. Sumathi Pillai (Lt Muda TLDM) -  Antara 3 pegawai Wanita PSSTLDM pertama yang dikerah sepenuh masa pada Oktober 1977.
  158. Syed Halim bin Syed Abu Hassan (CPO) - antara 2 anggota Malayan Naval Force yang pertama dianugerahkan Pegawai Tugas Khas (SD) pada 1953. 
  159. T. Sutherland (Captain RNR) : Pegawai Memerintah HMS Pangkor, Malaya WW2.
  160. T.A. Scully (Lt.Kdr TLDM) : Pegawai Kejuruteraan "Naval Study Team" Pengkalan TLDM Lumut pada tahun 70 an. 
  161. Thomas Spencer Vaughan Phillips (Admiral Sir RN) : Pemerintah 'Z' Force yang terkorban dalam serangan Tentera Jepun di atas kapal HMS Prince of Wales di perairan Kuantan pada 10 Disember 1941. 
  162. V. Ramachandran (Lieutenant RMN) - Pegawai Memerintah KD Sri Melaka yang pertama (1963).  Beliau juga adalah ketua Operasi dan Perancangan "Naval Study Team" Pengkalan TLDM Lumut, Perak pada 1970 an. 
  163. W.A. Busby (Lt RNR) : Pegawai Memerintah HMS Bulan, Malaya WW2.
  164. W.A. Wilcocks (Lieutenant) : Pegawai British yang dipinjamkan kpd Malayan Naval Force, 1949. 
  165. W.A. Woolay (Lieutenant) : Pegawai British yang dipinjamkan kpd Malayan Naval Force, 1949. 
  166. W.G Tenant (Captain RN) : Pegawai Memerintah HMS Repulse - tenggelam di perairan Kuantan pada 10 Disember 1941. 
  167. W.J. Dovers (Captain RAN) : Chief of the Royal Malayan Navy yang kedua dari 1960 - 1962. 
  168. W.W.Quirke (Lt. SSRNVR) : Pegawai Memerintah HMS Gemas, Malaya WW2. 
  169. V.E. Ward (Cdr RNVR) : Pegawai Memerintah SSNVR di Singapura, 1938. 
  170. Yaacob bin Daud (Lieutenant RMN): Pegawai TLDM yang menerima panji-panji DiRaja daripada YDP Agong ke 4 pada 12 Mac 1966. 
  171. Yang Keng Nam (Lt. TLDM) : Pegawai Memerintah KD Handalan - menyelamatkan bot Nelayan Malaysia yang telah ditahan oleh Bot Nelayan Asing pada tahun 1974. 
  172. Zainal bin Dali (Kdr TLDM) : Pegawai Memerintah KD Raja Jarom yang terlibat dalam kemalangan dengan kapal Tanker Jepun Syoru Maru di Selat Singapura pada 20 Disember 1982. 
  173. Zulhelmy bin Ithnain (Laksamana Datuk) : Panglima Tentera Laut (2023 -     )

Pegawai dan Jurulatih HMS Pelandok (Sebelum Perang)
  1. Lt Kdr H. Vickers – Pegawai Memerintah
  2. Lt. Spillman
  3. CPOSM Nasron
  4. CPOSM Hashim
  5. CPOSM Johari
  6. POSM DOllah
  7. ABSM Hussein bin Othman
  8. ABSM Peddy @ Khamis bin Ahmad
  9. LRSM Melan bin Suradi
  10. LRSM Ismail bin Hassan
Anggota Malay Navy yang menyertai FORCE 136 semasa Perang Dunia Kedua
  1. Allahyarham S/Lt Mohd Zain Bin Hussein
  2. LRSM Ismail bin Hassan (Bersara Kapten TLDM)
  3. ABSM Omar bin Yahya
  4. ABSM Sulaiman bin Dol
  5. Allahyarham ABSM Md Nor bin Rani
  6. ABSM Membar bin Itam
Anggota Malay Navy yang menyertai OSS 404 (US Army) – Perang Dunia Kedua
  1. CPOSM Johari bin Md Amin
  2. ABSM Shariff bin Mahmud
  3. ABSM Awang bin Salleh
  4. Ismail bin Hassan – menyertai 2 misi OSS 404 di Burma
8 anggota MRNVR yang bertugas di Mombasa, Afrika Timur di bawah Chief of Intelligent Staff Eastern Fleet mulai Mei 1943 hingga Ogos 1944.
  1. Yasir bin Endut
  2. Bansir bin Salim
  3. Ramli bin Hadi
  4. Ahmad bin Sulaiman
  5. Hashim bin Mohd Nor
  6. Mustafa Sheikh Ismail
  7. Abdullah Dakan
  8. Omar bin Abdul Rahman
Anggota Malay Navy / MRNVR yang menyertai Perbarisan Kemenangan di London selepas Perang:
  1. S/Lt Mohd Zain bin Hussein
  2. CPOSM Ismail bin Hassan
  3. L.Sig Wahidudin bin Pandak Udin
  4. LRSM Sheikh Hussin bin Sheikh Ali
  5. LRSM Yaakob bin Hj Ahmad
  6. CPOSM Ismail bin Md Yatim
  7. Yeoman Sig. Ahmad bin Barjan
  8. PO Sickbay A. Ghani bin Mohd Shariff
  9. LR. Tel. Ibrahim bin Hj Ahmad
  10. LRSM Sulaiman bin Majid
  11. POSM Md Nor bin Ismail
  12. LRSig. Hashim bin Md Nor
23 Mac 1954 – Kumpulan Kadet Pertama di latih di Royal Naval College, Dartmouth, UK
  1. Laksamana Muda (B) Datuk K. Thanabalasingam – anak tempatan pertama menjadi Ketua Turus Tentera Laut (sekarang Panglima Tentera Laut).
  2. Laksamana Pertama (B) P.K.Nettur
  3. Kept (B) Cheah Leong Voon
  4. Kept (B) Phang Kok Keng
  5. Kept (B) Khoo Tee Chuan
  6. Laksamana Pertama (B) M.W. Alvisse
  7. Laksamana Pertama (B) Abdul Aziz Wahab
  8. Capt Chitharanjan Kuttan
  9. Laksamana Madya (B) Datuk Mohamad Zain bin Mohamad Salleh
4 September 1973 : 4 Sukarelawati wanita pengambilan pertama ditauliah sebagai pegawai:
  1. Lt. M. Siti Esihat Saad - KD Sri Pinang
  2. Lt. M. Norma Ismail - KD Sri Pinang
  3. Lt.M. Maimunah Arshad - KD Sri Klang
  4. Lt. M. Ainin Abd Rahman - KD Sri Klang
20 Disember 1982: 3 anak kapal KD Raja Jarom yang terkorban dalam pelanggaran dengan kapal tanker Jepun Syoru Maru:
  1. 802372 BM Abdul Rahman bin Kunji Maidin
  2. 805992 BM Ramlie bin Yaakub
  3. 805221 BM Abd Rahman bin Hamid

Anggota TLDM yang mencipta Sejarah
1. Lt Ahmad Ramli bin Kardi dan BM PPP (PKL) Mohd Idrus bin Mohd Yusuf - 2 anggota TLDM yang pertama melakukan terjun bebas di Kutub Utara pada 21 April 1998. 
2. Lt Zaharuddin bin Mohd Maideen - Rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki ke benua Antartika pada 15 Disember 1997. 
3. Lt Ahmad Ramli bin Kardi TLDM bersama 5 penerjun Negara berjaya melaksanakan terjun bebas di Khutub Selatan menjadikan mereka pasukan pertama dari Asia yang berjaya melaksanakan penerjunan tersebut. 
4. Lt.Kdr Muhammad Feekry Choo Abdullah dan LK PLM Adnan Lemon - 2 anggota TLDM mencipta rekod kebangsaan dengan melakukan penyelaman terdalam dengan kedalaman 94.1 meter di Pulau Sembilan, Perak pada 23 April 2003. 
5. Lt Muda Bakhri bin Abdullah TLDM - menerima Britannia Association Sword of Honour di Britannia Royal Naval College, Darmouth, England. Beliau adalah penerima pertama dari kalangan bukan Rakyat Britain
6. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar:
    • Penerima anugerah "Knight Grand Cross of The Most Noble Order of The Crownof Thailand pada 10 Mei 2010 
    • Penerima "Order of Legion of Honneur" daripada Kerajaan Perancis pada 24 Mei 2010. 
    • Penerima "The Legion of Merit (Commander Degree) daripada Kerajaan Amerika Syarikat pada 4 Ogos 2010. 
    • Penerima "Bintang Jalasena Utama" daripada Kerajaan Republik Indonesia pada 3 Disember 2010. 
7. LK1 PNK Mohd Nor Rizuan bin Zainal dan LK1 PAP Mohd Zamri bin Salleh mewakili negara dalam 2012 Le Tour de Langkawi. 

Lain-lain sumber:

** Segala butir-butir diatas adalah dari pengumpulan saya sendiri melalui rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang......bukan copy and paste

Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....

Disusun oleh : Zulheimy Maamor
Update: 6 September 2025
                     

No comments: