Thursday 11 January 2024

JALAN LOKE YEW, KUALA LUMPUR

Oleh Hj. Zulheimy Maamor
11 January 2024 : 11. 39 pm

Siapakah Loke Yew?
Loke Yew (1845 - 1917) ialah ahli perniagaan Cina yang turut memainkan peranan penting dalam pembangunan Kuala Lumpur dan juga salah seorang dari pengasas Victoria Institution di Kuala Lumpur.





Jalan Loke Yew juga terdapat di Bentong, Pahang dan Tg Malim, Perak.
Walaupun Jalan Loke Yew terletak di Pudu, namun kubur Loke Yew terdapat di Jalan Semarak, Kuala Lumpur (lokasinya saya tak pasti).


Loke Yew juga adalah pemilik Ladang Hawthornden. Ingat filem "Anak Bapak" arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam satu babak dimana P.Ramlee menguruskan ladang getah bapaknya... itulah Ladang Hawthornden yang sekarang ini telah dibangunkan menjadi sebuah bandar yang pesat membangun iaitu bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ladang Hawthornden kini hanya tinggal Kenangan, namun saki baki ladang itu masih boleh dilihat di Bukit Dinding, Seksyen 6 Wangsa Maju. Bukit Dinding ini boleh dilihat dari hadapan rumah saya di Lembah Keramat...
Filem "Anak Bapak" tahun 1968, penggambaran dilakukan di Ladang Hawthornden
(Sekarang Wangsa Maju, Kuala Lumpur).

Antara anak-anak Loke Yew (7 lelaki 6 perempuan), salah seorang yang terkenal ialah Loke Wan Tho yang merupakan pengasas Cathay Organisation di Singapura. dan cucunya ialah Nancy Kwan, pelakon Cina-Amerika tahun 1960 an.
Loke Yew meninggal dunia pada 24 Februari 1917 pada usia 71 tahun.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
11 January 2024 : 11 40 pm

Rujuk:

No comments: