Sunday, 7 January 2024

ASAL USUL BANGSA MELAYU

OLEH: EDDY EZWAN > PERISTIWA N' SEJARAH : 20 MAY 2022

BUKTI GEOLOGI DAN MITOLOGI
Dr Stephen Oppenheimer,Pakar paleontologi Wilhelm G Solheim dan Professor Arysio Nunes Dos Santos telah mengambil bukti bukti geologi dan mitologi dan digabungkan dengan bukti arkeologi,ginetik dan linguistik bersetuju untuk mengatakan orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang yang dinamakan Benua Melayu Sunda atau Tamadun Sunda.Bangsa ini hakikatnya telah wujud sejak 15000 tahun sebelum Masihi berdasarkan kajian mereka.
Lebih dari itu mereka juga bersetuju mengatakan Orang Melayu bukan sahaja bangsa teras malah dikatakan Benua Sunda Melayu itu juga adalah benua tamadun Atlantis yang hilang.
Perkara ini telah dinyatakan oleh Oppenheimer dalam bukunya bertajuk : Eden in the East;The Drowned Continent Of Southeast Asia keluaran tahun 1999.
Beliau yang juga tenaga pengajar di Universiti Oxford turut mengemukakan teori bahawa migrasi moyang kepada rumpun Melayu dari kabilah Negrito,Asli Semang dan Senoi adalah secara terus menerus dari benua Afrika melalui Timur Tengah ke Benua Melayu Sunda.
SATU BENUA DENGAN TANAH BESAR ASIA
Malah Asia tenggara purba disatukan oleh Pentas Sunda yang menghubungkan Sumatera Semenanjung Melayu,Jawa,Borneo dan Filipina
Asia Tenggara ketika itu bercantum sebagai satu benua dengan Tanah Besar Asia dan Pentas Sahul yang menghubungkan Australia.
Dengan pengajarannya yang cetek dan mudah dilalui telah mewujudkan beberapa laluan penghijrahan bebas untuk manusia dan haiwan di Tanah Besar Asia atau yang dikenali pada hari ini sebagai Gugusan Kepulauan Melayu Nusantara.
Keluasan gugusan ini atau Benua Sunda dihitung dua kali besar daripada Benua India,Lautan Champa,Teluk Siam dan Laut Jawa ketika itu kering kontang menjadi dataran pelantar bagi menghubungkan beberapa bahagian benua tersebut.
Menurut Stephen Oppenheimer di Benua Sunda inilah bermulanya tamadun manusia yang menyuburkan budaya-budaya hebat di China, India,Mesopotamia,Mesir dan Kepulauan Crete (Greek) kira kira 6000 tahun yang lampau. Malah menurut Prof.Wan Hashim yang dipetik daripada kajian Dan Silva,bangsa Melayu ini sudah wujud dan terbentuk pada 15000 tahun sebelum Masihi..
BUKAN BAHARU TERTUBUH
Maka di sini jelaslah bahawa bangsa Melayu ini bukan baharu tertubuh setelah penjajahan barat, atau bangsa Melayu ini hanya berpusat di Selat Melaka seperti yang didakwa oleh Anthony Reid yang sekaligus menolak Teori Keluar Dari Taiwan dan Teori Dari New Guinea yang menolak sama sekali kewujudan bangsa Melayu sebagai Bangsa Teras dan hanya sekadar bangsa menempel.
Benua Sunda Melayu terpisah akibat fenomena kejadian Banjir Magnitud Besar.Akibat kejadian ini maka wujudlah kedudukan yang terdapat kini di Asia Tenggara.Malah menurut kajian Steven Oppenheimer lagi,kejadian Banjir besar ini membuktikan bahawa legenda purba kota Atlantis yang tenggelam itu adalah tinggalan Benua Melayu Sunda.
Apatah lagi tamadun awal di Benua Sunda ini diibaratkan'Eden in the East'.Hal ini telah pertama kali dinyatakan oleh ahli falsafah terkenal Yunani,Plato dalam bukunya 'TIMAEUS AND CRITIAS'..Beliau menyebut para penduduk nya dianggap sebagai dewa dan superior tetapi telah lenyap dalam masa satu hari yang malang.
Beliau menyatakan bahawa telah berlaku berbagai kejadian letupan gunung berapi, gempa,banjir besar, pencairan ais yang menyebabkan permukaan bumi tenggelam. Dan bahagian Bumi yang hilang ini disebut sebagai ATLANTIS. Antara lokasi yang dinyatakan sebagai Atlantis adalah di laut Champa,Utara Indonesia dan Laut Jawa..
(MISTERI TAMADUN MELAYU YANG HILANG:LEMURIA Karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim:BAB 7 Halaman 159-163)

Copy & Paste:
7 Januari 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 9.42 pm