Wednesday, 17 January 2024

SUATU KETIKA DAHULU: BERTEMU BEKAS ANGGOTA RAAF BUTTERWORTH DI SYDNEY

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor : 24 November 2021



Foto kenangan bertemu dengan 2 orang bekas anggota Royal Australian Air Force (RAAF) yang pernah bertugas di Pengkalan Udara Australia RAAF Butterworth di Pulau Pinang sekitar 70 an dulu ketika saya bersama kapal KD Lekir singgah di Pelabuhan Sydney dalam Pelayaran ke Auckland, New Zealand tahun 1991.



Beliau (maaf saya lupa namanya) yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berbangsa Cina sangat gembira bertemu saya dan kawan saya. Malam itu dia bawa kami berjumpa isteri dia di rumah dia di Sydney. Saya masih ingat lagi betapa gembiranya isteri dia dapat berjumpa orang Malaysia, dah lama tak cakap Melayu kata dia.... sepanjang malam itu isteri dia bercakap bahasa Melayu dengan kami , tidak sedikit pun keluar bahasa Inggeris dari mulut beliau ... suami dia tersenyum saja....biarlah mungkin dia rindu pada tanah tumpah darahnya di Malaysia. Malam itu mereka suami isteri belanja kami makan di sebuah restoran Malaysia di Sydney, saya tak ingat nama restoran itu, kami makan satay malam tu...isteri beliau seorang yang sangat peramah dan melayan kami dengan baik sekali....rindu orang Malaysia kata dia.....
Memang betul orang Malaysia tak kira apa bangsa kalau bertemu diluar negara akan jadi sangat mesra sekali.... pengalaman yang sama saya lalui bertemu Rakyat Malaysia dari berbagai bangsa di China, India, Korea , Hong Kong dll...



RAAF Butterworth asalnya adalah sebuah pengkalan Tentera Udara Diraja British (RAF) yang dibuka pada tahun 1941 sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia kedua di Malaya ketika itu. Pengkalan ini menempatkan pesawat pengebom Blenheim milik RAF (British) dan pesawat Brewster Buffalo milik RAAF (Australia).
Pengkalan ini di serang oleh Tentera Udara Jepun pada 9 Disember 1941 dan mengalami kerosakan teruk.
Pada 1955 RAF Butterworth diserahkan kepada Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) dan dikenalikan dengan nama RAAF Butterworth sehinggalah 31 Mac 1970 apabila pengkalan ini diserahkan kepada Tentera Udara DiRaja Malaysia (RMAF).
Di kelab tempat saya bertemu dengan beliau adalah kelab bekas anggota Royal Australia Air Force dan ramai yang pernah bertugas di Butterworth Pulau Pinang sekitar 60 an dan 70an....
Saya tak pasti samada beliau kini masih hidup lagi atau tidak kerana kami lost contact selepas itu.... maklumlah dulu tak ada handphone macam sekarang ni....




Posted on Blog:
17 January 2024 > 6 Rejab 1445H: 11.00 pm


No comments: