Sunday, 14 January 2024

ALLAHYARHAM TAN SRI S.O.K. UBAIDULLA KADIR BASHA

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
26 June 2021

Mungkin ramai yang tak mengenali Allahyarham Tan Sri S.O.K. Ubaidulla Kadir Basha.
Allahyarham seorang tokoh Politik Veteran dan Ahli Perniagaan dan juga adalah Tokoh Maal Hijrah tahun 1989.
Allahyarham juga adalah Pengasas PERKIM dan dilantikk Yang Di Pertua PERKIM yang pertama dari 1960 - 1964.
Beliau juga turut terlibat dalam politik sejak 1932 dan sama-sama mengasaskan MIC pada 1946.




Saya pernah bekerja dengan Allahyarham Tan Sri S.O.K Ubaidulla di Ubaidulla & Co. yang terletak di Jalan Tun Perak,Kuala Lumpur pada tahun 1996. Pejabat Ubaidulla & Co. terletak berhampiran dengan Masjid Jamek dan Masjid India (depan di seberang adalah Masjid Jamek dan belakang pula Masjid India)... saya paling seronok bekerja di situ kerana ada 2 Masjid berdekatan, bila Jumaat boleh pilih nak ke Masjid mana... cuma kat Masjid India khutbah dia dalam bahasa Tamil....
Allahyarham Tan Sri yang saya kenali sebagai boss saya ketika itu adalah seorang yang sangat baik hati dan sentiasa bercakap lembut dengan setafnya, kalau dia marah pun dia tegur dengan baik.
Paling saya tak lupa bila saya mahu berhenti kerana mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik di Syarikat besar, Allahyarham pada hari terakhir saya telah memberi saya saya sehelai kain pelikat , sebuah buku Bahasa Inggeris bertajuk "Selection from the Holy Quran" yang diterbitkan oleh Syarikat beliau suatu ketika dulu dan juga wang saguhati (tak perlu saya sebut berapa).... buku dan kain pelikat itu masih saya simpan hingga kini....


Allahyarham Tan Sri S.O.K Ubaidulla meninggal dunia pada 22 Januari 2009 ketika berusia 90 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
AL FATIHAH....

Posted on Blog:
14 January 2024 > 3 Rejab 1445H: 10.11 pm


No comments: