Thursday, 26 June 1980

TLDM INTAKE 139 - LUMUT PERAK


15 Jan 1980 - bermula kehidupan baru dalam dunia ketenteraan. 
Pengambilan 139 mengukir nama dalam  sejarah TLDM sebagai kumpulan pertama menjalani latihan rekrut TLDM di KD Pelandok di Lumut , Perak. Sebelum ini latihan rekrut dijalankan di Sembawang, Singapura. 
Banyak kenangan pahit manis sepanjang 6 bulan menjalani latihan rekrut di sana.... Pengkalan TLDM Lumut ketika itu masih lagi bertanah merah dan berdebu... belum banyak lagi jalan yang di tar. 
Kami rasa bertuah kerana kami adalah antara orang yang dapat melihat perkembangan pengkalan TLDM terbesar di negara ini... yang kini sudah semakin banyak berubah dan semakin cantik, semakin canggih dan semakin moden....
 Geng-geng Perlis..






Pengkalan TLDM Lumut masih belum siap sepenuhnya ketika itu (1980)




Pengkalan TLDM Lumut masih lagi bertanah merah...
INTAKE 139
KUMPULAN REKRUT PERTAMA DILATIH DI LUMUT , PERAK
1980
PENGKALAN TLDM LUMUT, PERAK
1980

4 Uniform TLDM Yang berbeza pada zaman itu

LATIHAN ILMU PELAUT
PULAU PANGKOR, PERAK
1980
Padang Kawad ini hanya siap sepenuhnya 2 bulan sebelum kami tamat Latihan... jadi sebelum padang kawad siap, kami berkawad di atas tanah-tanah merah yang berdebu. 


Padang kawad masih belum siap ketika kami memulakan latihan rekrut di sini...Kami ada kumpulan pertama merasmikan Padang Kawad di Lumut, Perak...
TAMAT LATIHAN REKRUT PENGAMBILAN 139 - 26 JUNE 1980
26 June 1980 - Tamat Latihan Rekrut pengambilan 139.. kumpulan pertama mengadakan perbarisan tamat latihan di Lumut,Perak. 
Pegawai yang mengambil tabik hormat Perbarisan kalau tak silap saya ialah Kept. P.K. Nettur TLDM... 











Intake 139 akan tetap mengukir nama dalam sejarah TLDM sebagai kumpulan pertama menamatkan latihan di Lumut, Perak dan antara mereka yang turut menyaksikan perkembangan Pengkalan TLDM dari sebuah kawasan yang masih bertanah merah dan berdebu sehingga kini menjadi antara pengkalan yang tercanggih dan termoden di rantau sini. 

Setelah 35 tahun berlalu (1980-2015).. akhirnya dengan izin Allah kami dipertemukan kembali dalam Reunion Pertama Intake 139/80 di Taman Melawati Kuala Lumpur pada 23 Mei 2015.