Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Sunday, 6 November 2022

MUTIARA SALAF: DIAM

SUMBER: MAJALAH SOLUSI 76 (2015)

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka katakan yang baik-baik sahaja atau diam."
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

"Belajarlah untuk diam sebagaimana kamu belajar bercakap. Jadikanlah mendengar lebih kamu sukai daripada bercakap."
(Abu Darda' Jami' Al-Hadith)

"Permulaan Ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal, kemudian amal kemudian sebar dan ajar. "
(Sufiyan al-Tauri, Hiyah al-Awliya)

"Diam sautu kebijaksanaan tetapi sedikit orang yang melakukan."
(Luqman al-Hakim)

"Para tabib sepakat bahawa asas pengubatan ialah menjaga makan, manakala para hukama; sepakat bahawa asas kebijaksanaan ialah diam."
(Wahab bin Munabbih)

"Jika berkata-kata ibarat perak, maka diam ialah emas."
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Diam ialah jawapan terbaik bagi sebahagian soalan. 

"Jika kamu mendapati seseorang yang lama diamnya dan mengelakkan diri daripada orang ramai, maka dekatilah dia kerana dia menuturkan kata-kata hikmah."
(Umar Abd Aziz)

"Sesiapa yang bagus kefahaman namun buruk pendengarannya kebaikannya tetap tidak boleh membawa kegembiraannya. "
(Ibn Abdul Bar)

A Wise old owl lived in an aok. 
The more he saw the less he spoke.
The less he spoke the more he heard;
Why can't we all be like that bird?

Belajarlah untuk diam. Diam boleh jadi suara kita yang paling kuat kerana diamnya kita membuatkan orang akan menumpukan perhatian terhadap apa yang kita akan sampaikan. 

Diam juga boleh jadi kata-kata kita lebih banyak kerana apabila kita diam orang di hadapan kita mengandaikan macam-macam kata-kata yang mungkin kita akan sampaikan. 

Disalin oleh:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
6/11/2022 > 11 Rabiulawal 1444H: 4.29 pm



JOM BELAJAR MENDENGAR

SUMBER : MAJALAH SOLUSI 76 (2015)

KITA LEBIH BANYAK MENDENGAR
Orang dewasa menghabiskan sekitar 70% masanya dalam komunikasi pelbagai rupa. Daripada jumlah ini, sekitar 45% digunakan untuk mendengar berbanding bercakap 30%, membaca 16% dan menulis 9%. 
(Berdasarkan kajian Alder R. Rosenfeld and  Proctor R (2001) dalam Interplay, the process of Interpersonal Communicating. )

Bagaimanapun, kita lebih banyak belajar bercakap dan menulis. Mungkin tidak pernah langsung belajar mendengar. 

MENDENGAR SEBENAR
Mendengar ialah keupayaan untuk secara tepat menerima dan memahami mesej dalam komunikasi. 
Mendengar bukan sekadar membiarkan kata-kata masuk ke telinga, sebaliknya tindakan aktif memikirkan maksud daripada kata-kata yang diterima. Mendengar memerlukan fokus. 

6 JENIS MENDENGAR
  1. Mendengar untuk BELAJAR
  2. Mendengar untuk MENGANALISIS
  3. Mendengar untuk MEMAHAMI
  4. Mendengar untuk BERHIBUR
  5. Mendengar untuk MEMBINA HUBUNGAN
  6. Mendengar untuk PILIH-PILIH
Realitinya kita boleh melakukan beberapa jenis mendengar dalam satu masa. 

AKIBAT TIDAK PANDAI MENDENGAR
  1. Berlaku salah faham
  2. Terlepas maklumat penting
  3. Menjejaskan hubungan
  4. Membahayakan
KESERONOKAN MENDENGAR
Telinga dengan mulut, dua nisbah satu. Maknanya kalau bercakap itu seronok, mendengar seganda lebih menyeronokkan. 

01. DISAYANGI
Orang amat berterima kasih kepada kita yang sudi mendengar masalahnya. Pendengar yang baik mudah mendapat kawan. "Oh, menarik cerita awak!"
Orang akan lebih terbuka berkongsi dengan kita. 

02. DIHORMATI
Dia ahli mesyuarat yang paling bijak. Tatkala orang lain banyak bercakap, dia mendengar sahaja. Namun sebaik bersuara, dia boleh merangkumkan semua sudut pandang orang lain. Kadang-kadang dengan satu pertanyaannya sahaja pecah semua kebuntuan. Maka apabila dia mula bercakap orang semua memberi perhatian. 

03. DAPAT BELAJAR LEBIH BANYAK
Apabila meletakkan diri dalam mood mendengar, kita akan mendapat ilmu dan pengajaran daripada sesiapa sahaja walaupun orang itu bukan berniat mengajar. Dengan mendengar, berapa banyak kita mendapat pengalaman berharga, kisah berinspirasi dan buah fikiran bernas orang lain?

04. DAPAT BUAT YANG TERBAIK UNTUK DIRI
Pendengar yang baik tahu banyak perkara yang dia tidak tahu dalam hidup. Jadi dia mengatasi kekurangan ini dengan bersedia mendengar buah fikiran, teguran dan pengalaman orang lain. Hasilnya dia dapat merancang dan membuat keputusan yang terbaik di samping membaiki diri. Berapa ramai orang kerugian dek tidak mendengar nasihat orang lain?

05. KURANG DOSA, LEBIH PAHALA
Banyak cakap, banyak salahnya. Dengar dan diam pula pahala percuma tanpa perlu berkata-kata

06. LEBIH MENYIHATKAN
Ada kajian mendapati dalam keadaan biasa aktiviti bercakap menaikkan tekanan darah, manakala mendengar menurunkan tekanan darah

KESALAHAN KETIKA MENDENGAR
  • Berpransangka tentang apa yang akan diperkatakan. 
  • Sibuk memikirkan apa yang hendak dicakapkan selepas ini. 
  • Tidak memberi maklum balas. 
  • Dengar sedikit terus membuat kesimpulan. 
  • Terus memotong cakap. 
  • Mendengar sambil melakukan kerja lain.
Disalin :
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
6/11/2022 > 11 Rabiulakhir 1444H: 4.14 pm






MUTIARA SALAF : SENYAP DAN DENGAR

SUMBER: MAJALAH SOLUSI 76 (2015)

Dijadikan dua telingga satu mulut supaya dia lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. 
(Abu Hatim Raudhah al-Uqala)

Tidak ada kebaikan dalam hidup melainkan untuk dua orang ini, orang diam yang sedar dan orang bercakap yang tahu.
(Abu Darda Raudhah al-Uqala)

Ada beza antara mendengar dengan menunggu giliran untuk bercakap.

Kebanyakan orang tidak mendengar untuk memahami. Mereke mendengar untuk membalas cakap semula. 
(Stephen R. Covey)

Kalaulah kita perlu lebih banyak bercakap daripada mendengar, kita patutnya ada dua lidah satu telinga. 
(Mark Twain)

Kebanyakan orang berjaya yang saya kenali ialah jenis yang suka banyak mendengar daripada bercakap. 
(Bernard M. Baruch)

Bukannya payah untuk memehami seseorang. Yang payah adalah untuk mendengar tanpa prasangka. 

Perkara paling penting dalam komunikasi ialah mendengar apa yang tidak dikata. Seni membaca yang tersirat ialah pencarian hikmah sepanjang masa. 
(Shanon H. Alder)

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk memahami dan difahami. Cara terbaik untuk memahami manusia adalah mendengar mereka. 
(Ralph G. Nichols)

Kawan sebenar ialah orang yang jarang-jarang kita temui, bertanya khabar kita kemudian menunggu untuk mendengar jawapannya. 
(Ed Cunningham)

Cara yang paling asas dan kuat untuk berhubungan dengan orang lain adalah dengan mendengar. Dengarlah, boleh jadi perkara yang paling penting pernah kita berikan sesama kita ialah perhatian kita. 
(Rachel Naomi Remen)

Disalin oleh:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
6/11/2022 > 11 Rabiulakhir 1444H: 3.42 pm



Thursday, 3 November 2022

BELAJAR DARI KEGAGALAN

OLEH : MAZIDAH KAMARUDZAMAN
Majalah SUJUD : Isu 09 / 2014

Sebagaimana Kejayaan begitu juga kegagalan. Ia tidak pernah mengenal siapa. Ia boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa sedikit pun memandang bulu. Ia juga datang dan pergi tanpa mengira waktu. Bila-bila masa dan tanpa sedikit pun dapat diduga. 

Namun, jangan sekali-kali takut akan kegagalah ! Orang yang takutkan kegagalan itu bermakna dia adalah seorang yang tidak manu mengambil risiko. 

Orang yang tidak berani mengambil risiko sebenarnya adalah orang yang kalah. Dalam sebuah peperangan, pihak yang kalah itu akhirnya menjadi hamba kepada yang menang. 

Kegagalan memang tidak diharapkan samasekali. Bahkan, kedatangannya adalah perkara yang paling tidak disukai. Itulah sebabnya pelbagai ikthiar dilakukan semata-mata mahu mengelak daripadanya. Walau bagaimanapun, apabila ia datang juga, kita tidak seharusnya mengelak! Tidak sepatutnya kita menamatkan kegiatan yang sedang dilakukan! Kita tidak seharusnya berundur, apatah lagi berasa kecewa!

JADI?
Jadi, apa sepatutnya dilakukan ialah, terima sahaja kegagalan itu dengan jiwa yang besar, lapang dada, bersikap optimis dan penuh dengan senyuman!

SEBAB?
Kegagalah itu adalah permulaan untuk sebuah kejayaan. Maknanya, anda sekarang sudah semakin dekat dengan apa yang dicita-citakan, iaitu Kejayaan!

Disinilah letaknya makna ungkapan yang berbunyi, KEGAGALAN ADALAH GURU YANG TERBAIK. 

Tetapi, sebuah kegagalan itu tidak akan memberi apa-apa makna jika kita tidak menyingkapnya dengan baik. Bahkan sebaliknya, ia boleh bertukar menjadi virus yang jahat pula!. Virus yang boleh mematikan jika tidak menyingkapnya dengan betul. 

Apa jua yang Allah s.w.t jadikan di dunia ini, pasti ada hikmahnya. Begitu jugan dengan sebuah kegagalan. Ia turut mengandungi seribu satu manfaat di sebaliknya. Bahkan, kita boleh belajar dari kegagalan itu

Bukan sedikit orang yang berjaya di dunia ini bermula dari kegagalan. Thomas Alva Edison misalnya , berjaya mencipta lampu setelah 10,000 kali menerima kegagalan. Dan hasilnya, tengoklah sekarang. Seluruh pelusuk dunia menikmati hasil kejayaannya. 

Oleh itu jangan takut untuk berhadapan dengan kegagalan. Mulalah melangkah kerana pintu kejayaan sentiasa terbuka luas. 

3/11/2022 > 9 Rabiulakhir 1444H: 7.25 pm 

Thursday, 17 February 2022

Kekurangan Boleh Saja Menjadi Kesempurnaan

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Firman Allah s.W.T. di dalam surah An-Nur, ayat 11 :

...janganlah kalian anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kalian, bahkan perkara itu adalah baik untuk kalian...

Tidak semua orang genius dan cerdik meniti perjalanan mereka dengan penuh kegigihan kerana mereka sedar akan kekurangan yang ada pada mereka. Ramai di antara ulama seperti 'Atha, Sa'id bin Jubair, Qatadah, Al-Bukhari, At-Tirmizi dan Abu Hanifah hidup dengan perasaan tenang.

Ramai cendiakawan dunia dan orang yang luas ilmu agamanya, meskipun mereka buta seperti Ibnu Abbas, Qatadah, Ibnu Ummi Maktum, Al-A'masy dan Yazid bin Harun.

Demikian juga dari kalangan ulama meta'khir seperti Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali Asy-Syeikh, Syeikh Abdullah bin Humaid dan Syeikh Abdul 'Aziz bin Baz. Saya juga telah banyak membaca biografi para cendiakawan, para ilmuan dan genius Arab yang mengalami kekurangan secara fizikal. Ada di antara mereka yang buta, ada yang tuli, ada yang pincang, ada yang lumpuh, namun semua kekurangan itu tidak melemahkan motivasi mereka. dengan ilmu dan penemuan ilmiahnya, mereka mampu mengukir sejarah dan memberi sumbangan yang positif bagi kehidupan manusia. 

...dan Dia menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan..
(Al-Hadid : 28)

Gelaran atau taraf akademik yang tinggi bukanlah segala-galanya dalam hidup ini. Tidak perlu bersedih, bingung dan patah semangat kerana tidak memiliki ijazah kerana ijazah bukan segalnya dalam hidup ini. Tanpanya anda masih boleh menciptakan pengaruh, masih boleh bersinar dan masih boleh mempersembahkan yang terbaik untuk umat manusia. Betapa ramai orang terkenal dan mampu memberikan sumbangan yang sangat besar, namun tidak memiliki ijazah secara formal. Mereka hanya menjalani kehidupannya dengan segala keteguhan hati, kegigihan tekad dan optimis yang tinggi. Selanjutnya kita melihat pada masa kini, ternyata banyak sekali orang yang pada masa kini, ternyata banyak sekali orang yang berpengaruh dalam ilmu syari'at, dakwah, pendidikan, pemikiran dan sastera yang tidak memiliki ijazah secara formal, Misalnya; Syeikh Ibnu Zahran, Al-Maududi, An-Nadawi dan yang lainnya.

Dan masih ramai lagi ualam-ulama salaf dan para genius masa lain yang tidak mungkin disebutkan di sini.

Jiwa yang mulia
pasti kana membawa kepada kemuliaan
dan mengajarkan ketegaran dan keberanian

Sebaliknya, ribuan akedemik yang menyandang gelaran doktor di kalangan umat Islam, apakah anda mendengar sumbangan positif yang mereka berikan bagi kebaikan kehidupan di dunia ini?

...adakah kamu melihat seorang pun di antara  mereka atau kamu mendengar suara mereka yang samar-samar?
(Maryam : 98)

Perasaan qana'ah (puas dengan pemberian Allah) adalah sebuah kekayaan yang agung. Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : "Redahlah atas bahagian yang telah diberikan Allah kepadamu, maka engkau akan menjadi orang terkaya."

Terimallah saja keluarga, pendapatan, kenderaan, anak-anak dan tugas-tugas anda  apa adanya dengan penuh keredaan, nescaya anda akan merasakan indahnya kebahagian dan ketenangan.

Dalam sebuah hadis sahih disebutkan : "Kekayaan yang sebenarnya adalah kaya hati."

Kekayaan yang sebenarnya bukanlah diukur dengan banyaknya material, harta dan kedudukan, namun diukur dengan ketenangan jiwa dan keredaannya menerima apa yang diberikan Allah.

Dalam sebuah hadia sahih, Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Sesungguhnya Allah mencintai seorang hamba yang bertakwa, kaya dan tekun dalam beribadah serta sembunyi-sembunyi dalam memberikan sedekah."

Hadis lain berbunyi :

"Ya Allah, berikanlah rasa kaya dalam hatinya."

Ada seseorang bercerita : "Saya pernah naik sebuah kenderaan dari bandar menuju suatu kota, dengan hanya ditemani seorang pemandu. Saya perhatikan pemandu ceria sekali, dia sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah. Lalu saya tanyakan kepadanya tentang keluarganya. Katanya, dia memiliki dua orang isteri dan anak lebih dari sepuluh. Sedangkan penghasilannya setiap bulan hanya 800 riyal. Dia hanya mempunyai bilik-bilik lama yang didiaminya bersama keluarganya. Namun dia sangat menikmati kedamaian itu, kerana dia reda dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya."

"Saya tidak habis berfikir, ketika saya membandingkan pemandu ini dengan orang yang memiliki wang jutaan riyal, di samping istana dan rumah mewah, tetapi mereka hidup penuh dengan keluh-kesah. Akhirnya, saya dapat simpulkan bahawa kebahagian tidak terletak pada banyaknya harta."

Ada juga cerita tentang seorang saudagar besar dan terkenal, yang memiliki jutaan riyal dan puluhan istana dan rumah mewah, tetapi akhlaknya buruk, hubungannya dengan sesama manusia tidak baik, tabiatnya buruk dan selalu murung. Akhirnya, dia mati dalam keadaan terasing dari keluarganya. Ini adalah kerana dia tidak pernah puas dengan nikmat serta rezeki yang telah diberikan Allah kepadanya.

Kemudian dia ingin sekali supaya Aku menambahnya. Sekali-kali tidak (akan Aku tambah), kerana sesungguhnya dia menetang ayat-ayat Kami (Al-Quran).
(al-muddaththir : 15-16)

Dalam pandangan orang arab kuno, ketenteraman jiwa itu dapat dicapai dengan mengasingkan dairi di tengah gurun da menjauhkan diri dari keramaian orang ramai.

Pujangga Arab mengatakan :

Serigala menolong dan aku pun merasa tak asing
dengan lolongannya
namun ketika manusia berbicara
ingin rasanya aku segera terbang meninggalkannya

Suatu ketika, Abu Zar Radiyallahu 'anhu pernah mengasingkan diri ke Rabzah, sebuah lembah yang terletak antara Mekah dan Madinah. Sementara itu, Sufyan Al-Thauri pernah berkata : "Aku merasa gembira sekiranya aku boleh berada di sebuah bukit dan tidak ada seorang pun yang mengetahui keberadaanku."

Dalam sebuah hadis disebutkan : "Hampir datang suatu masa yang pada masa itu sebaik-baiknya harta seorang muslim adalah kambing yang digembalakan di lembah-lembah yang subur atau di puncah gunung. Dia melakukan yang demikian kerana ingin menyelamatkan agamanya dam kacaunya fitnah."

Jika terjadi fitnah, maka jalan terbaik bagi seorang hamba Allah adalah meninggalkannya seperti yang dilakukan oleh Abdullah bin umar, Usamah bin Zaid dan Muhammad bin Maslamah ketika terjadinya peristiwa terbunuhnya Uthman Radi-yallahu 'anhu.

Saya melihat ramai sekali orang yang dilanda kemiskinan, kesengsaraan dan sempit hatinya hanya kerana mereka jauh dari Allah. Ada seorang yang dahulunya kaya -raya dengan harta yang melimpah dan dikurnia kesihatan oleh Tuhannya dan mendapatkan kebaikan dari Allah. Namun kemudian dia berpaling dari ketaatannya kepada Allah, melalaikan solat dan melakukan dosa-dosa besar. Maka allah pun mencabut kesihatannya, menyempitkan rezekinya dan mengujinya dengan keresahan dan kebingungan. Hidupnya pun berpindah dari satu kesengsaraan menuju ke kesengsaraan yang lain dan dari bencana yang satu menuju ke bencana yang lain.

...dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka baginya kehidupan yang sempit...
(Taha : 124)

Dan demikianlah (seksaan) itu adalah kerana Allah Subhanahu wa Ta 'ala sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada sesuatu kaum, hingga mereka mengubah sikap mereka sendiri...
(Al-Anfal : 53)

Segala musibah yang menimpa diri kalian adalah akibat oleh perbuatan tangan kalian sendiri dan Allah Maha Memaafkan kesalahan kalian yang banyak.
(As-Syura : 30)

Sekiranya mereka tetap neristiqamah di atas jalan itu (agama Islam) nescaya akan Kami berikan kepada mereka air yang segar(rezeki yang banyak).
(Al-Jin : 16)

Saya membayangkan memiliki sebuah keajaiban yang dapat mengubah kegelisahan, kegundahan dan kesedihan itu, namun dari mana keajaiban itu saya perolehi? Meskipun demikian, saya boleh memberikan sebuah serepi dari para ulama' dan para tokoh Islam, yakni, sembahlah Yang Maha Pencipta, terimalah rezeki yang ada, terimalah qadak Allah, zuhudlah terhadap dunia, serta pendekkan angan-angan anda.

Saya sangat kagum kepada seorang ahli psikologi yang berasal dari Amerika Syarikat yang bernama Wlliam James - seorang bapa ilmu psikologi di kalangan mereka.

Katanya : "Sungguh kita manusia selalu memikirkan apa yang tidak kita miliki dan tidak berterima kasih kepada Tuhan atas apa yang telah kita miliki. Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki."

Allah S.W.T. berfirman :

...jika kamu mahu bersyukur (atas nikmatku), nsecaya akan Kutambahkan (nikmatku) kepada kalian...
(Ibrahim : 7)

Sedangkan Rasulullah S.A.W. berdoa :

"aku berlindung kepada Allah dari jiwa yang tidak pernah merasa puas."

Dalam hadis disebutkan :

"Barangsiapa yang berada pada waktu pagi dan menanamkan tekad bahawa akhirat itu adalah tujuannya, maka allah akan selalu memudahkan semua urusannya, Allah akan memberi kekayaan dalam hatinya dan nikmat dunia akan dinerikan kepadanya melalui jalan yang mudah. Barang siapa yang berada pada pagi hari dan maka Allah akan memperumit semua urusannya. Allah kan menjadikan kemiskinan selalu ada idhadapan matanya dan Allah tidak akan memberikan nikmat dunia kepadanya, kecuali sekadarnya saja."

Firman Allah S.w.T. :

Dan jika kamu bertanya kepada mereka. "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang mengendalikan matahari dan bulan? Nescaya mereka akan menjawab : "Allah", lalu mengapa mereka berpaling?
(Al-'Ankabut : 61)

Rujukan :

Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 

Penterjemah :
Noraine Abu

Penyunting :
Dr. Mohd Puzhi Usop

Diterbitkan oleh :
Al-Hidayah Publication
27, Jalan DBP, Dp, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.

17/2/2022 > 15 rEJAB 1443h: 7.19 PM

Jangan Bersedih, Kerana Anda Berbeza Dengan Orang Lain

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Dr. James Gordon Gilkey mengatkan: "Permasalahan ingin menjadi diri sendiri adalah sesuatu yang sudah tua, setua sejarah dan sangat umum sekali seperti kehidupan manusia. Seperti halnya permasalahan ingin tidak menjadi diri sendiri, ini juga menjadi sumber yang banyak menimbulkan permasalahan psikologi." 

     Yang lain mengatakan: "Anda dalam penciptaan ini adalah sesuatu yang lain, yang tidak seorang pun menyerupai anda dan sebaliknya, anda juga tidak menyerupai seorang pun. Sebab Zat Sang Pencipta telah membezakan masing-masing di antara makhluk."

     Allah S.W.T. berfirman:

Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. 
(Al-Lail : 4)

     Angelo Battero telah menulis 30 buah buku dan ribuan artikel tentang mendidik anak. Katanya: "Tidak ada orang yang paling menderita melebihi orang yang tumbuh tidak menjadi dirinya sendiri, tumbuh tidak menjadi jasadnya sendiri dan tidak menjadi fikirannya sendiri."

     Allah S.W.T. berfirman:

Allah telah menurunkan air(hujan) dari langit, maka mengalirkan air di lembah-lembah menurut ukurannya...
(Ar-Ra'd : 17)

     Setiap orang memilki sifat, watak, serta potensinya sendiri, maka dari itu, tidak boleh seseorang melebur ke dalam keperibadian orang lain.

Sa'ad menggiring unta
dan Sa'ad mampu mengendalikannya.
Namun tidak demikian caranya, wahai Sa'ad
dalam menggiring unta.

     Anda diciptakan dengan bakat tertentu untuk melakukan sebuah pekerjaan tertentu pula. Seperti dikatakan: "Perhatikan diri anda, lalu fahami apa yang akan anda berikan."

    Emerson dalam makalah On Self Reliance menulis: "Akan sampai waktunya nanti ketika ilmu pengetahuan manusia sampai pada sebuah keyakinan bahawa kedengkian itu adalah sebuah kebodohan dan bertaklid adalah bunuh diri. Dan, seseorang harus menerima dirinya sendiri dalam keadaan apa pun, kerana itu adalah nasibnya. Walaupun alam semesta ini penuh dengan perkara-perkara yang baik namun seseorang baru dapat menghasilkan satu biji atom pun setelah menanam dan mengolah tanah yang telah diberikan kepadanya. Kekuatan yang ada dalam dirinya adalah sesuatu yang baru dalam alam ini. Dan tidak ada yang tahu seberapa besar kemampuannya, sehinggakan dirinya sendiri, hingga dia mencuba."

     Allah S.W.T. berfirman:

Dan, katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang mukmin akan melihat pekerjaan itu."
(at-Taubah : 105)

Renungan:

    Ayat-ayat berikut ini akan memperkuat harapan, meneguhkan tekad dan akan membenihkan keyakinan anda terhadap Tuhan.

Katakan: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Az-zumar : 5-3)

Dan, (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
(Ali-'Imran : 135)

Dan, barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An-Nisa : 110)

Dan, apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu; maka hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Al-Baqarah : 186)

Atau, siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Maka apakah di samping Allah ada Rabb (yang lan)? Amat sdikitlah kamu (mengingat)Nya.
(An-Naml : 62)

(Iaitu) orang yang (mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, maka takutlah kepada mereka," maka perkataan mereka itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." 
(Ali-'Imran : 173)

Dan, aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Maka Allah memelihara dari kejahatan tipu daya mereka.
(Al-Mukmin : 44-45)

 Rujukan :

Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan

Penterjemah :
Noraine Abu

Penyunting :
Dr. Mohd Puzhi Usop

Diterbitkan oleh :
Al-Hidayah Publication
27, Jalan DBP, Dp, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.

Copy and paste: 17/2/2022 > 15 Rejab 1443H: 7.13 pm

Tuesday, 15 February 2022

Hidup Ini Bukan Untuk Bersedih


Napoloen berkata di Saint Helena: "Saya tidak pernah mengenal kebahagian sepanjang 6 hari dalam hidupku."

Khalifah Hisyam bin Abdul Malik mengatakan: "Aku menghitung hari-hari bahagiaku, ternyata hanya 13 hari saja."

Sedangkan ayahnya, Abdul Malik, mengeluh: "Seandainya aku tidak pernah memangku jawatan khalifah."

Said Ibnul Musayyib berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan mereka lari kepada kami dan bukan kami yang lari kepada mereka."

Ibnu Sammak seorang yang pandai memberi nasihat menemui Harun Ar-Rasyid. Saat itu Harun sedang merasa haus dan meminta segelas air. Maka Ibnu Sammak bertanya: "Seandainya anda dicegah untuk minum air itu, apakah anda akan menebusnya dengan separuh kerajaanmu?" Harun menjawab: "Ya!" Setelah selesai minum, Ibnu Sammak bertanya lagi: "Jika anda dicegah untuk mengeluarkan air yang telah anda minum dari perutmu, apakah anda rela membayar dengan separuh kerajaanmu yang lain?" Harun menjawab: "Ya!" Ibnu Sammak pun berkata: "Tidak ada ertinya sebuah kerajaan yang nilainya tidak lebih berharga dari segelas air."
Jika dunia ini tak ada keimanan di dalamnya maka dunia tidak berguna, tidak berharga dan tanpa makna.

Iqbal - seorang penyair ahli falsafah berasal dari Pakistan - mengatakan:

Jika iman telah lenyap, maka tidak ada lagi rasa aman.
Dunia ini tidak bererti
jika agama tidak lagi dijunjung.
siapa orang yang hidup tanpa agama
maka kehancuran akan menjadi teman setianya.

Emerson dalam akhir makalahnya tentang kepercayaan terhadap diri sendiri mengatakan: "Kemenangan politik, naiknya upah, kesembuhan penyakit yang anda derita, atau kembalinya hari-hari bahagia, akan membayang di hadapan anda. Tetapi jangan mempercayainya kerana kenyataan yang terjadi tidaklah demikian. Tidak ada yang akan mendatangkan ketenangan dalam diri anda kecuali diri anda sendiri."

Allah S.W.T. berfirman:

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredaiNya.
(Al-Fajr : 27-28)

Ahli falsafah dan penulis cerita, epiktetos, memperingatkan: "Bahawa keharusan menghilangkan pemikiran yang salah dalam fikiran kita jauh lebih penting daripada menghilangkan bisul dan tumor dari tubuh kita."

Cukup menghairankan, bahawa peringatan terhadap penyakit pemikiran dan akidah dalam Al-Quran, lebih banyak dibandingkan peringatan terhadap penyakit jasmani.

Allah S.W.T. berfirman:

Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
(Al-Baqarah : 10)

...maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka...
(Ash-Shafaat : 5)

Ahli falsafah Perancis, Michel de Montaigne, menjadikan kata-kata berikut sebagai moto dalam hidupnya: "Manusia itu seharusnya tidak terpengaruh oleh peristiwa yang terjadi sebagaimana dia terpengaruh oleh pendapatnya terhadap peristiwa tersebut." Dalam sebuah athar disebutkan:

Ya Allah, jadikanlah aku reda menerima semua keputusanMu sehingga aku memahami bahawa semua (nikmat atau musibah)yang Engkau tetapkan akan pasti meleset dariku, pasti tidak meleset dariku dan semua(nikmat atau musibah) yang Engkau tetapkan akan pasti meleset dariku, pasti tidak akan mengenaiku.

Renungan :

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang dan akan mensia-siakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya akan membuaat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang dengki senang dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadak dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan mengambalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.

Allah S.W.T. berfirman:

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan darimu beban. Yang memberatkab punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai(dari suatu urusan) kerjakan;ah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabbmu lah hendaknya kamu berharap.
(Al-Insyirah : 1-8)

Rujukan :
Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan

Penterjemah : Noraine Abu

Penyunting : Dr. Mohd Puzhi Usop

Diterbitkan oleh :
Al-Hidayah Publication
27, Jalan DBP, Dp, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.

Copy and paste:
15/2/2022 > 13 Rejab 1443H: 12.12 pm

Wednesday, 2 February 2022

6 Rahsia Untuk Menemui Kegembiraan Dalam Kehidupan Seharian

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Saya kerap kali tertanya-tanya, bagaimana kegembiraan boleh muncul, dan bagaimana ingin mengekalkannya. Pernah anda rasa dada anda seakan-akan mengembang kerana terlampau gembira? (Maaf, membaca sastera menjadikan bahasa saya jadi sedikit melankoli).

Apabila saya menempuhi saat-saat atau ‘moment’ begini, saya berharap mata dan minda saya mampu merekod segala-galanya. Gelak tawa orang di sekeliling saya, senyuman, gurau senda, segalanya.

Namun, otak manusia bukan kamera. Adalah suatu yang mustahil untuk saya mengingati semua hal. Semakin lama masa berlalu, semakin kabur segala butiran dan situasi yang pernah kita alami. Mungkin kerana itu juga, ada orang yang bersetuju dengan pernyataan bahawa ‘masa boleh menyembuhkan’, kerana masa juga boleh mengaburkan ingatan.

Jadi, kembali kepada topik kita, bagaimana untuk menemui kegembiraan dalam kehidupan seharian sebenarnya?

1. USAH MENUNGGU KEBAHAGIAAN

Pasti ramai antara kita gembira apabila suatu perkara yang menyeronokkan berlaku dalam hidup. Ada kehidupan yang selesa, duit yang cukup, disayangi ramai orang. Tetapi pasti hal ini tidak berpanjangan selama-lamanya. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:155-156):

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Jadi, usah tunggu kebahagiaan untuk muncul dalam kehidupan anda. Hargai apa yang ada di hadapan anda sekarang.

2. KEBAHAGIAAN TIDAK TERLETAK PADA ORANG ATAU KEADAAN

Ramai yang mudah kecewa apabila seseorang yang disayangi tidak ada lagi dalam hidup mereka. Sahabat baik, pasangan, atau kekasih. Namun percaya atau tidak, bahawa kebahagiaan adalah pilihan yang ada di tangan anda sendiri.

Kebahagiaan tidak terletak pada orang. Jika anda mampu membebaskan diri daripada pemikiran sebegini, maka anda sudah bebas dari terlalu berharap kepada manusia.

3. HIDUP PADA MASA SEKARANG

Masa lalu adalah kenangan, masa sekarang adalah kenyataan dan masa depan adalah harapan. Dalam ketiga-tiga tempoh ini, yang benar-benar pasti dan terasa nyata hanyalah waktu sekarang. Maka hargai sepenuhnya apa yang sedang anda lalui sekarang kerana ianya tidak akan berulang.

4. HARGAI PERKARA-PERKARA KECIL DALAM KEHIDUPAN ANDA

Adakah jalan yang anda lalui ke tempat kerja atau ke kelas hari ini masih sama? Adakah kesesakan lalu lintas yang dilalui lebih panjang dari semalam? Tarik nafas dan cuba nikmati setiap apa yang ada di sekeliling. Kadang-kadang ada suatu yang mampu kita syukuri dalam hal-hal yang terasa seakan rutin.

5. USAH TERLALU RISAU

Ada masalah yang tidak mampu selesai sekelip mata, ada juga yang mampu kita cari jalan keluarnya. Bahkan setelah selesai satu masalah, pasti akan ada cabaran yang seterusnya. Rehatkan minda anda daripada terlalu banyak memikirkan masalah yang ada. Dari situ, anda dapat memberikan ruang kepada perkara-perkara menggembirakan untuk mengambil tempat dalam diri anda.

6. RANCANG KEGEMBIRAAN ANDA

Memang kegembiraan atau kebahagiaan adalah suatu yang subjektif, tetapi kita mampu mengusahakan sesuatu bukan? Kegembiraan juga mampu hadir melalui pengalaman. Anda boleh merancang sesuatu untuk dilakukan bersama kawan-kawan dan keluarga seperti makan bersama, beriadah, dan berkelah.

Hakikatnya, terlalu banyak kemungkinan serta perkara di sekeliling yang sebenarnya mampu membuat kita tersenyum gembira. Islam juga tidak mengajar penganutnya untuk sentiasa berkeluh-kesah. Mungkin kegembiraan sudah mengetuk berkali-kali cuma kita sendiri tidak mahu membuka. Maka untuk menjemput kegembiraan, kita perlu membuka pintu hati untuk menerima kehadirannya.

Copy and paste: 2 Februari 2022 > 30 Jamadilakhir 1443H: 4.05 pm



 

Saturday, 17 October 2020

REALITINYA - SEORANG AYAH

Ayah mungkin tidak banyak bercakap, tetapi setiap patah yang dituturkan untuk kita adalah demi masa depan kita. 

Ayah mungkin banyak habiskan masa dengan meninggalkan kita dan keluar bekerja, tetapi dia bekerja seluruh masa hidupnya untuk menyempurnakan hidup kita. 

Ayah selalu korbankan citarasanya dengan belikan makanan mengikut kesukaan anak-anak, dan biasanya akan menghabiskan lebihan yang anak-anak tinggalkan. 

Ayah kurang masa berada disebelah kita dan memanjakan kita ketika sakit, tetapi sebenarnya tidak lena tidor semalaman, bimbang kalau berlaku kecemasan. 

Ayah sangat sedih ketika menghantar kita pertama kali ke asrama, kerana menyedari betapa telah bermula anak-anak tidk lagi memerlukannya setiap masa. 

Ayah biasanya akan berkata, "cuba tanya mak!" ketika dia tidak sampai hati untuk berkata "tidak!"

Ayah juga barangkali kadang-kadang garang, tetapi itulah cara fitrah seorang ayah menzahirkan kasih sayangnya .... dengan caranya. 

Ayah benar-benar gembira bila berjaya membantu anak-anak gembira, tetapi dia sangat sukar untuk meminta bantuan anak-anak. 

Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tetapi dia membantu mencarinya, demi untuk anak-anak. 

Ayah berasa sangat bermaruah dan terasa dihargai ketika dia melihat anak-anak melakukan sesuatu mengikut nasihat atau jejak langkah seperti caranya. 

Ayah akan lebih berbangga dengan kejayaan anak-anak, daripada kejayaannya sendiri.... malah ayah tidak pernah rasa malu dengan kegagalan silamnya, dengan syarat anak-anaknya berjaya. 

Ayah hanya akan bersalam dan barangkali membiarkan kita mencium tangannya ketika pertama kali kita meninggalkan rumah, kerana kalau sampai ia memeluk kita, mungkin dia tidak akan melepaskannya. 

Ayah akan melupakan apa yang dia inginkan, semata-mata jika ada untuk memenuhi apa yang kita inginkan. 

Ayah tidak cuba menjadi yang terbaik, tetapi dia hanya cuba melakukan yang terbaik untuk kita. 

Ayah juga bukanlah seorang yang kaya, tetapi dia tidak pernah berasa miskin kerana hidupnya sentiasa terisi dengan anak-anak. 

Ayah, barangkali tidak perlukan ubat ketika sakit, tetapi anak-anak yang mengelilinginya sangat bermakna untuk dirinya menjadi kuat melawan penyakitnya. 

Ayah tidak pernah menghalang kita untuk mencintai Allah, bahkan dia akan berusaha agar kita menjadi soleh dan mencintai Allah lebih daripada mencintai dirinya, kerana dia pun mencintai kita keranaNya. 

Sumber: Majalah I Bil.128/ Jun 2013

Hj Zulheimy Maamor

17 Oktober 2020 / 29 Safar 1442H : 7.38 am



 

Monday, 27 January 2020

Islam, Perkauman dan Anti-islam

Thursday, 19 December 2019

Didedikasikan bagi Sahabat² yang berusia 58 tahun ke atas.

Kalau kita dapat hidup hingga 63 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 5 tahun lagi.
Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2nyer kita jatuh sakit.
Oleh karena hari yang tersisa tidak banyak lagi, apalagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak usahlah terlalu berhemat.

Wang yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera.

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan yang akan terjadi setelah kematian.
Karena saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian & kritikan orang lain.

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak2. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing2.

Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak2 mereka. Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesehatan, hak istirahat, hak kesenangan & hak liburan orang tuannya.
  
Jangan terlalu banyak berharap pada anak2 kita. Anak yang berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti. Tetapi karena pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika bekerja di bandar2 besar, maka tidak juga  akan dapat membantu kita.

Apalagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih hidup saja sudah bikin kita susah.
Anak2 sebegini beranggapan bahwa jika harta kita berikan kepada mereka itu adalah suatu hal yg wajar. Tapi pd masa yg sama, wang mereka bukanlah wang kita. Jika kita ingin minta wang kepada mereka dah tentu tidak mudah bukan ?

Kita yang berusia 58-63 tahun, jangan lagi menukarkan kesehatan kita dengan benda lain.  Kerana pd saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesehatan dengan harta benda & wang ringgit kita.
  
Mencari wang sampai bila? Sehari... ya...kita hanya dapat makan 3 piring saja. Walau pun memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. Maka cukup makan, cukup wang... ya sudahlah.
  
Ini yang Lebih Penting! :

Kita harus menjalani hidup ini dengan bahagia serta gembira, meskipun setiap keluarga mempunyai problem rumah tangga masing-masing.
Kita jangan lagi berebut nama & kedudukan dengan orang lain, memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita & hal lain2. Tetapi cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahwa siapa yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.

Untuk hal yang tidak  mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan, karena cemas juga tidak ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri sendiri.

Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan gembira. Berlalunya sehari dlm hidup kita, maka berkuranglah sehari lagi. Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.
  
Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat disembuhkan, insya Allah. Suasana hati yang gembira, olahraga  secukupnya (senam ringan, jalan pagi, berbasikal etc), sering terkena sinar matahari, makan jenis makanan yang beragam (perbanyak sayuran & buahan), menyerap ber-macam2 vitamin & sedikit elemen logam yang seimbang, diharapkan dapat tetap hidup sehat sampai 20, 30 tahun lagi... insya Allah.
(Kiriman dari Sahabat, seorang dokter).

Elok jugalah diforward kpd  teman2 seusia. 😘
Copy and paste: Whatsapp Group xKD Sri Rejang
19/12/2019: 10.04 pm