Thursday 11 January 2024

BURUNG CENDERAWASIH

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor : 29 September 2020


Terigat lagu "Cenderawasih" yang pernah dipopularkan oleh Jamal Abdillah...
"Cenderawasih Burung di awan"
Burung Cenderawasih dikenali sebagai Burung Phoenix di Negara China dan di Barat di kenali sebagai Birds of Paradise manakala bahasa saintifik ialah Paradisaeidae.
Pelbagai cerita mistik diceritakan mengenai burung Cenderawasih ini dari generasi ke generasi sejak dari zaman nenek moyang kita dulu lagi.
Dalam Kitab Kuno Melayu bernama "Tajul Muluk" dikisahkan burung ini berasal dari Kayangan, malah negara Barat pun menamakannya Birds of Paradise, bukan orang Melayu je yang percaya burung ini dari kayangan....
Disebut juga dalam beberapa kitab Melayu lama yang burung ini tidak boleh menjejak bumi.. kalau ia menjejakkan kakinya ke Bumi ia akan mati.
Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau dikaji secara mendalam hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.
Burung dari surga ini dapat dijumpai di beberapa pulau di Indonesia bagian timur seperti Maluku dan Papua. Selain itu juga dapat ditemukan di Papua Nugini dan Australian Timur.
Adakah burung cenderawaih ini mitos atau lagenda...Wallahualam


Posted on Blog :
11 January 2024 > 29 Jamadilakhir 1445H: 4.28 pm

No comments: