Monday, 28 June 1982

KD RAJA JAROM 1982

KD RAJA JAROM
32ND SEALIFT SQUADRON
MALAYSIAN BASE JETTY, WOODLANDS, SINGAPORE
28.7.1981 - 28.6.1982
KD RAJA JAROM
32ND SEALIFT SQUADRON
MALAYSIAN SHIPYARD & ENGINEERING, PASIR GUDANG, JOHOR
1982

1981 - KD Raja Jarom
Setelah 6 bulan di KD Ganas, saya ditukarkan ke KD Raja Jarom yang ketika itu berada di Malaysian Shipyard Engineering, Pasir Gudang, Johor. Pegawai Memerintah KD Raja Jarom pada masa itu ialah Komander Zainal Dali, CO paling garang yang pernah aku berkhidmat. Bila CO ada di bridge, semua akan senyap dan sunyi.. tak berani bersuara.

Sedikit info mengenai KD Raja Jarom :-
KD Raja Jarom ada bekas kapal Tentera Laut Amerika USS Sedgewick County (LST1123), LST-542 class Tank Landing Ship. Berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika semasa Perang Dunia Kedua, Perang Korea dan Perang Vietnam sebelum di pindahkan kepada Kerajaan Malaysia pada tahun 1976. 


INSERT ALTTEXT HERE

KD Raja Jarom ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 19 Februari 1977. Pegawai Memerintah pertama ialah Lt Kol (Laut) Abd Wahid bin Anang. KD Raja Jarom memulakan pelayaran balik ke Tanahair dari San Francisco Bay pada bulan Mei 1977. Kapal ini telah singgah dibeberapa Pelabuhan dalam pelayaran balik iaitu di Pearl Harbour, Hawaii dan lain lain. 
KD Raja Jarom adalah salah sebuah dari 3 buah kapal dari 32nd Sealift Squadron bersama-sama KD Sri Langkawi (A1500) dan KD Sri Banggi (A1501).

PENTAULIAHAN KD RAJA JAROM
18 DISEMBER 1981
MALAYSIAN SHIPYARD & ENGINEERING, PASIR GUDANG, JOHOR
PEGAWAI MEMERINTAH: KDR ZAINAL DALI
PEGAWAI EKSEKUTIF: LT KDR ZAINAL TALIB


KD RAJA JAROM WORK UP 1981









KD Raja Jarom Work Up 1981 - setelah dibaikpulih Kapal KD Raja Jarom kembali membelah lautan samudera. Inilah workup pertama yang saya alami , cukup meletihkan dengan tidur yang tidak cukup dan makan pun kurang berselera kerana kepenatan. 






OPS TERUMBU
KD Raja Jarom turut terlibat dalam tugas penghantaran peralatan pembinaan di Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef) yang terletak di perairan Sabah. 

Terumbu Layang Layang (Station LIMA dalam istilah TLDM) atau dalam bahasa Inggeris Swallow Reef adalah sebahagian daripada gagasan Kepulauan Spratly di perairan Sabah.
Pulau ini dituntut oleh beberapa Negara antaranya Negara China, Taiwan, Filipina dan Vietnam. Kerajaan menuntut ianya adalah kepunyaan Malaysia kerana terletak berhampiran dengan Sabah (162 batu Nautika dari Kota Kinabalu).


Pada 20 September 1979 TLL diletakkan di bawah Zon Ekslusif Ekonomi (ZEE) Malaysia dan pembinaan pertama tugu TLL didirikan pada 21 Jun 1980.


Pada 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) ditempatkan di TLL. Selain Terumbu Layang-Layang ada 4 lagi Terumbu yang dikawal oleh TLDM iaitu Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.

Pada 1989, Kerajaan telah memutuskan supaya kawasan ini dibangunkan menjadi sebuah pusat pelancongan dan kini ianya dikenali dengan Avillion Layang-Layang Resort.













Terumbu Layang-Layang di perairan Sabah..antara tugas KD Raja Jarom menghantar barang-barang binaan


Wilayah Persekutuan Labuan... persinggahan rehat setelah selesai tugas di Terumbu Layang-Layang

Antara pelayaran yang pernah saya tempuhi bersama KD Raja Jarom ialah pelayaran ke Pulau Aur, kira-kira 35 batu Nautika dari Pantai Mersing untuk mengambil Meriam Purba di sana atas arahan  Sultan Johor. 
Apa yang menariknya tentang pengambilan Meriam di Pulau Aur inilah ada yang mengatakan selepas 2 bulan meriam itu diambil, KD Raja Jarom berlanggar dengan sebuah kapal Tanker Jepun yang telah mengorbankan 3 anak kapal KD Raja Jarom...  ini menurut sesetengah orang adalah berpunca dari pengambilan meriam di Pulau Aur tersebut.. Wallahu Alam... hanya Allah yang lebih mengetahui... nak percaya atau tidak, terpulanglah kepada pemikiran masing-masing... saya tak mau komen....

Rujuk blog dibawah tentang Meriam Pulau Aur itu:
1. https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=630429
2. http://tsaifuzie.blogspot.com/2013/12/panggilan-pulau.html
3. https://utohpaloi.wordpress.com/2011/06/07/kd-raja-jarom-untold-story-4/
4. 1982 - PELANGGARAN KD RAJA JAROM DAN MISTERI MERIAM PURBA PULAU AUR


Pulau Aur


Semasa kapal masih dalam baikpulih di Limbungan MSE, Pasir Gudang, Johor, beberapa anak kapal KD Raja Jarom telah terpilih untuk mewakili Zon Selatan TLDM dalam acara Perarakan Hari Kebangsaan 1982 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Mereka yang terpilih telah menaiki keretapi dari Stesen Keretapi Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur. 
Ketika di Kuala Lumpur kami telah menginap di Kem Transit, Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Ampang. 










Setelah beberapa bulan berkhidmat dengan KD Raja Jarom, saya kembali ke KD Pelandok Lumut untuk Kursus Kelas 1 KMR

Semasa sedang berkursus inilah saya mendapat berita yang KD Raja Jarom telah berlanggar dengan sebuah kapal tangki Jepun, Syoru Maru di Buffalo Rock di Selat Singapura pada 20 Disember 1982 yang telah mengorbankan 3 anak kapal. 
Al Fatihah untuk arwah - arwah yang saya memang mengenali ketiga-tiga anggota yang terkorban itu. 

Rujuk blog saya untuk kisah selanjutnya mengenai pelanggaran KD Raja Jarom pada 1982:

https://zulheimymaamor.blogspot.com/2019/08/1982-pelanggaran-kd-raja-jarom-dan.html

KD Raja Jarom telah dilucutkan tauliah dalam TLDM pada 9 September 1999.