Tuesday 29 June 2021

BAYAN LINNAS SIRI KE-82: Khusyuk Solat: Hukum dan Cara Mendapatkannya

SUMBER: PEJABAT MUFTI WP

Mukadimah

Pada kali ini, dalam Bayan Linnas kami sengaja mengemukakan satu tajuk Khusyuk Solat: Hukum dan Cara Mendapatkannya dalam solat bertujuan untuk kita meningkatkan nilai dan mutu solat kita ke arah kesempurnaan. Terkadang perkara asas seperti solat dipandang enteng dan dianggap mudah sehingga berlaku pengabaian dan kalau buat pun seperti melepaskan batuk di tepi tangga tanpa cuba menyempurnakan dengan sebaik mungkin. Justeru, akan timbullah pelbagai kelemahan dalam menunaikan solat yang menjadi tiang seri dan rukun agama Islam yang utama. Semoga pencerahan dalam Bayan Linnas kali ini dapat menginsafi kita untuk kembali muhasabah dan menilai kedudukan solat kita dalam harian kita.

Tafsir Ayat 1 dan 2

Firman Allah SWT:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mu’minun: 1-2)

Ibn Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Syeikh al-Maraghi berkata: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.

Orang yang merendahkan diri dan patuh kepada Allah SWT pernah mengerjakan sembahyang sambil mendongakkan wajahnya ke langit. Setelah ayat ini diturunkan, Baginda mengalihkan pandangannya ke tempat sujudnya kerana khusyuk ketika sembahyang merupakan satu kewajipan kerana beberapa sebab:

Bagi mendapatkan penghayatan dalam bacaan, sebagaimana firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 24

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maksudnya: “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”

Makna Khusyuk Dari Segi Bahasa dan Istilah

Kami kemukakan di sini definisi khusyuk pada bahasa dan juga istilah.

Makna Khusyuk Pada Bahasa

Pakar bahasa Ibn Faris Rahimahullah mengatakan:

خشع: الخاء والشين والعين أصلٌ واحدٌ، يدل على التَّطامُن
Maksudnya: “Khusyuk adalah (terdiri dari tiga huruf dasar) kha`, syin dan ‘ain adalah satu sumber, yang menunjukkan kepada makna tunduk/merendah).”
Lihat Mu’jam Maqaayiis al-Lughah (316)

Dikatakan kalimah khusyuk adalah hampir dengan sama maknanya dengan kalimah khudhu’. Adapun perbezaannya adalah khudhu’ hanya berkaitan dengan tubuh badan, sedangkan khusyuk ialah melibatkan tubuh badan, suara dan pandangan. Sepertimana firman Allah SWT:

 لَا عِوَجَ لَهُ وَخَشَعَتِ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَنِ 
Maksudnya: Dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.
(Surah Taha: 108)
Lihat kitab Khusyuk fi al-Solat fi Dhaui al-Kitab wa Sunnah (1/8)

Syed Qutb berkata: Demikianlah kebesaran Ilahi itu menyelubungi suasana hari itu di Padang Mahsyar yang sayup saujana di pandang mata itu diselimuti perasaan takut, cemas, sunyi sepi, rendah diri dan khusyuk, di mana percakapan dengan berbisik-bisik dengan pertanyaan dikemukakan dengan suara yang rendah. Seluruh hati khusyuk dan wajah muram kerana sengsara. Kebesaran dan kemuliaan Allah Yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir menyelimuti jiwa manusia yang ramai itu dengan rasa kebesaran dan kemuliaan yang tenang (pada hari itu) tiada syafaat (yang diterima Allah) melainkan dari orang-orang yang diperkenankan permohonannya.

Pada hari itu ilmu yang meliputi hanya dimiliki Allah, sedangkan ilmu pengetahuan mereka tidak dapat meliputi ilmu Allah (pada hari itu) orang-orang yang zalim akan memikul dosa-dosa kezaliman mereka dan akan menemui kehampaan dan kekecewaan (pada hari itu) orang-orang yang beriman berada dalam keadaan tenang, tenteram. Mereka tidak bimbang, teraniaya dalam hisab amalan dan tidak takut dikurangi amalan-amalan soleh yang telah dikerjakan mereka. Itulah kehebatan dan kebesaran yang menyelubung seluruh suasana di hadapan Allah Yang Maha Penyayang.

Makna Khusyuk Pada Istilah

Al-Baghawi rahimahullah menukilkan beberapa penafsiran ulama tentang khusyuk dalam solat, walaupun penafsiran tersebut berbeza ungkapannya, namun satu sama lain tidak saling bertentangan, bahkan saling melengkapi, kerana sebahagian ahli tafsir menjelaskan makna khusyuk dari sisi lahiriyah dan sebahagian lagi menjelaskan makna khusyuk dari sisi batin.

Al-Baghawi rahimahullah ketika menafsirkan ayat:

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
(Surah al-Mu`minun: 2)

Para Ulama) berselisih dalam menafsirkan makna khusyuk:

  • Ibn ‘Abbas berkata: tenang dan merendahkan diri
  • Al-Hasan (Al-Basri) dan Qatadah menafsirkan: (Iaitu) orang-orang yang takut
  • Muqatil menyatakan: (Iaitu) orang-orang yang rendah hati (tawadhu’)
  • Mujahid berkata iaitu menundukkan pandangan dan merendahkan suara.”
  • Saidina Ali RA, iaitu tidak menoleh ke kanan dan tidak pula ke kiri.
  • Sa’id bin Jubair berkata iaitu (seseorang) tidak mengetahui siapa orang yang di sebelah kanan dan kirinya, ia tidak menoleh, kerana demikian khusyuknya (menghadap kepada) Allah ‘Azza wa Jalla.
  • Amr bin Dinar berkata, iaitu ketenangan dan keindahan keadaan (gerakan).
  • Adapun Ibn Sirin dan yang lainya menafsirkan, iaitu kamu tidak mengangkat pandanganmu dari tempat sujudmu.
  • Berkata Atha`, iaitu kamu tidak bermain-main dengan anggota tubuhmu dalam solat…dan adapula yang menyatakan khusyuk dalam solat adalah memfokuskan (memperhatikan urusan solat) dan berpaling dari urusan di luar solat sembari menghayati makna bacaan dan zikir yang diucapkan lisannya.” (Rujuk Tafsir Al-Baghawi: 3/238-239).

Definisi Khusyuk Di Dalam Solat

Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama dalam mendefinisikan khusyuk.

  • Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.
  • Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).
  • Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau: Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).
  • Al-Syaukani ketika mengulas ayat ini berkata: Khusyuk adalah: Sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan takut dan juga gerun.
  • Manakala sebahagian yang lain mengatakan ia termasuk sebahagian dari perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara sia-sia di dalam solat. Dan dari segi bahasa khusyuk bermaksud: Tenang, tawadhu’ (rendah diri), takut, dan juga perasaan hina diri. Lihat Fath al-Qadir, al-Syaukani (1/977).

Perlu difahami bahawa khusyuk terbahagi kepada dua iaitu:

  • Khusyuk hati iaitu kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya. Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.
  • Khusyuk badan iaitu ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyuk dan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.

Inilah khusyuk yang merupakan ruh dan maksud solat. Namun, tidaklah mampu untuk khusyuk anggota tubuh kita kecuali apabila telah khusyuk hati kita, kerana kekhusyukan hati adalah asas/dasar kepada kekhusyukan badan.

Sa’id bin Musayyib rahimahullah pernah melihat seseorang yang berbuat perkara sia-sia dalam solatnya, lalu beliau berkata:

 “Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya.”

Lihat Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi (2/285)

Dua Perkara Yang Menghalang Khusyuk

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:

Sesungguhnya banyaknya was-was kerana banyaknya syubhat dan syahwat, dan keterikatan hati terhadap perkara-perkara yang dicintainya, yang menuntutnya supaya mencarinya, serta perkara-perkara yang dibenci, yang hati terdorong untuk menolaknya.” (Lihat Majmu al-Fatawa: 22/607).

Imam al-Tabari Rahimahullah pula mendatangkan beberapa pendapat tokoh ulama salaf berkenaan pengertian khusyuk di dalam solat. Ianya seperti berikut:

  • Kata Imam Mujahid dan Imam Ibn Syihab al-Zuhri: Khusyuk dalam solat adalah dengan cara tenang di dalamnya.
  • Kata Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib RA ketika ditanyakan berkenaan ayat ini: Khusyuk di dalam solat itu bererti: Janganlah kamu berpaling ke sana sini di dalam solat kamu.
  • Kata Al-Hasan: Mereka khusyuk di dalam jantung hati mereka. Maka mereka pun menundukkan pandangan serta merendahkan sayap mereka. Rujuk Tafsir Al-Tabari, Ibn Jarir al-Tabari (19/8-9).

Berdasarkan pendapat beberapa tokoh ulama di atas, perkara yang dapat kita simpulkan berkenaan definisi khusyuk adalah: Khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, perasaan hina di hadapan Allah yang menzahirkan perbuatan anggota badan seperti tenang di dalam solat, tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.

Cara Mendapat Khusyuk Di Dalam Solat

Kami bahagikan di sini beberapa bahagian untuk mendapatkan kekhusyukkan di dalam solat, bahagian pertama ialah sebelum mendirikan solat iaitu persediaan untuk solat, kedua ketika hendak hampir solat dan ketiga ketika dalam solat:

Pertama: Persediaan Untuk Solat

  • Solat tepat pada waktu.

Firman Allah SWT:

 إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا 
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa’: 103)

Dan ada hadis pula yang menyatakan bahawa solat di awal waktu itulah yang paling afdhal, ini sebagaimana hadis daripada Ummu Farwah, beliau berkata:

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَىُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ: الصَّلاَةُ فِى أَوَّلِ وَقْتِهَا
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah ditanya, amalan apakah yang paling afdhal. Lalu Baginda pun menjawab: “Solat di awal waktunya.”
Riwayat Abu Daud (426)

  • Membersihkan diri dan bersugi.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ
Maksudnya: “Jikalau tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali wudhu’.”
Riwayat al-Bukhari (1934)

  • Jangan solat jika makanan telah tersedia.

Daripada Aisyah, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
Maksudnya: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.
Riwayat Muslim (560)

Imam Muslim Rahimahullah ada menulis satu bab dalam Sahihnya berkenaan dengan hukum makruh solat jika makanan telah tersedia dan seseorang itu berkeinginan untuk makan.

  • Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil.

لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
Maksudnya: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.
Riwayat Muslim (560)

Bagi ulama yang berpendapat bahawa khusyuk termasuk dalam kewajiban solat, bererti maksud kata “laa” dalam hadis menunjukkan tidak sah solat dengan menahan kencing. Sedangkan menurut jumhur atau majaoriti ulama bahawa khusyuk adalah sunnah, bukan wajib. Sehingga “laa” yang dimaksud dalam hadis adalah menafikan kesempurnaan solat atau hadis tersebut diertikan “tidak sempurna solat dari orang yang menahan kencing”.

Menurut jumhur ulama, menahan kentut juga hukumnya makruh.

Imam Nawawi berkata: “Menahan kencing dan menahan dari membuang air besar (termasuk kentut) mengakibatkan hati seseorang tidak fokus di dalam solat dan khusyuknya akan terganggu. Menahan qadha hajat seperti itu hukumnya adalah makruh menurut majoriti ulama Syafi’iyah dan juga ulama selainnya. Jika waktu solat masih luas (masih ada waktu yang luas untuk qadha hajat), maka hukumnya adalah makruh. Namun bila waktunya sempit untuk solat, contohnya jika makan atau bersuci boleh keluar dari waktu solat, maka (walau dalam keadaan menahan kencing), tetap kena solat pada waktunya dan tidak boleh ditangguh lagi.

Imam Nawawi berkata lagi: “Jika seseorang solat dalam keadaan menahan kencing padahal masih ada waktu yang luas untuk melaksanakan solat setelah buang hajat, solat pada ketika itu hukumnya adalah makruh. Namun, solat tersebut tetaplah sah menurut kami -ulama Syafi’i- dan inilah pendapat jumhur atau majoriti ulama.” Lihat Syarh Shahih Muslim, (5/46)

Al-San’ani berkata: “Perlu diingat bahawa hal ini bukan termasuk bab mendahulukan hak hamba mengatasi hak Allah, tetapi itu termasuk masalah menjaga hak Pencipta, agar tidak termasuk dalam ibadah kepada-Nya dengan keadaan hati yang tidak diterima munajatnya.” Lihat kitab Taisir al-Allam Syarh Umdah al-Ahkam (104-107) oleh Abdullah bin Abdurrahman bin Soleh Ali Bassam.

  • Memakai pakaian yang bersih dan kemas.

Memakai pakaian yang kemas dan selesa akan memudahkan untuk khusyuk di dalam solat. Ini kerana, terdapat sebahagian orang yang solat tidak khusyuk disebabkan memakai pakaian yang ketat, pakaian yang singkat dan sebagainya.

Firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ 
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).
(Surah al-‘A’raf: 31)

  • Jangan makan dan minum berlebihan ketika hendak solat.

Firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-‘A’raf: 31)

  • Solat di tempat yang tiada gangguan.
  • Berwudhu’ dengan sempurna.

Wudhu’ dengan sumpurna ialah mengikut cara yang diajar oleh Nabi SAW sama ada yang dalam perkara wajib wudhu’ atau pon sunat wudhu’

  • Tidak membazir air ketika berwudhu’

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu’, lalu Baginda SAW bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?”  Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu’ juga ada istilah berlebih-lebihan?”  Baginda SAW menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.” (Riwayat Ahmad)

Kedua: Ketika Hendak Hampir Solat

  • Azan dan iqamah.
  • Dilakukan secara berjemaah
  • Menghadirkan hati.
  • Mengibaratkan sebagai solat yang terakhir atau mengingati mati

Mengingati kematian dapat membantu seseorang untuk mencapai kekhusyukan di dalam solat. Nabi S.A.W bersabda,

اذْكُرِ المَوتَ فِى صَلَاتِكَ فإنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ المَوْتَ فِى صَلَاتِهِ فَحَرِىٌّ أْن يُحْسِنَ صَلَاتَه وَصَلِّ صَلَاةَ رَجُلٍ لَا يَظُنّ أنَّهُ يُصَلِّى صَلَاةً غيرَهَا وَإِيَّاكَ وكلَّ أمرٍ يعتذرُ مِنْهُ
Maksudnya: “Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan mempeelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya).”
Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Al-Zuhd

  • Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat.

Ketiga: Ketika Dalam Solat.

  • Memahami dan menghayati bacaan dalam solat

Di antara cara yang dapat membantu seseorang untuk khusyuk di dalam solatnya adalah dengan meneliti dan menghayati makna-makna bacaan di dalam solatnya. Hal ini kerana, solat adalah saat berdirinya seorang hamba di hadapan Tuhannya. Justeru segala bacaan ayat di dalam solat perlulah difahami dengan baik kerana al-Quran itu sendiri merupakan kalamullah.

Supaya kita tidak menjadi orang yang seperti di dalam ungkapan ini: "Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”

Justeru itu amatlah digalakkan untuk memahami setiap makna ayat-Quran yang dibacakan di dalam solat kerana ia akan lebih menambah kekhusyukkan di dalam solat.

  • Memahami fiqh solat dengan sempurna
  • Merendahkan dan menghinakan diri di hadapan allah swt
  • Mengagungkan allah swt
  • Memperbanyakkan sunnah dalam solat sama ada qauli atau fi’li
  • Membaca doa yang sunnah dalam solat
  • Menghadirkan hati ketika sujud.

Ini kerana sewaktu sujud merupakan saat paling hampir antara hamba dengan Tuhan-Nya.

  • Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan
  • Tidak memikirkan hal keduniaan
  • Mengurangkan pergerakaan tubuh.
  • Tidak melihat ke langit.
  • Lihat pada tempat sujud dan pada tempat yang mendatangkan kekhusyukkan.
  • Lakukan dengan tama’ninah serta tidak tergopoh-gapah

Di antara cara untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat adalah dengan melakukannya dengan penuh ketenangan. Perbuatan gopoh-gapah di dalam solat dengan cara melakukannya dengan laju, tidak ada thoma’ninah (ketenangan) di dalam rukuk dan sujud adalah dilarang oleh Nabi S.A.W. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata:

 أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَيْهِ السَّلاَمَ فَقَالَ ‏"‏ ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.”
Riwayat Al-Bukhari (793)

Hukum Khusyuk Di Dalam Solat

Para ulama berbeza pendapat dalam isu khusyuk di dalam solat. Adakah ia merupakan di antara perkara wajib di dalam solat atau ia sekadar sunat dan merupakan pelengkap kepada solat. Imam Al-Qurtubi Rahimahullah menyatakan hal ini dengan katanya: Para ulama berbeza pandangan mengenai khusyuk di dalam solat ini kepada dua pendapat:

Pertama: Ia merupakan di antara perkara fardhu (yang wajib) di dalam solat.

Di antara tokoh ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah. Beliau menyebutkan beberapa dalil yang menunjukkan kewajipan khusyuk di dalam solat. Di antaranya adalah firman Allah S.W.T:

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
(Surah Taha: 14)

Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib. Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? 

Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).

Pandangan ini juga merupakan pendapat yang paling sahih menurut Imam al-Qurthubi. Ini dapat dilihat dari kata-kata beliau: Pendapat yang paling sahih adalah pendapat yang pertama (yang mengatakan khusyuk adalah di antara fardhu solat). Dan tempat bagi kekhusyukan adalah jantung hati. Kata ‘Ubadah bin Al-Shomit R.Anh: Khusyuk adalah ilmu yang terawal diangkat daripada manusia. Rujuk Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (12/97).

Kedua: Khusyuk adalah di antara perkara sunat di dalam solat dan merupakan pelengkap bagi solat. Pendapat ini dipegang oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah dan beberapa tokoh selainnya.

Imam Al-Nawawi Rahimahullah mengatakan: Disunatkan untuk khusyuk di dalam solat serta tunduk, mentadabbur ayat-ayat bacaan serta zikir-zikir di dalamnya, dan berpaling dari memikirikan perkara-perkara yang tiada kaitan dengannya. Sekiranya seseorang itu berfikir tentang perkara selain dari solat serta banyak memikirkannya, solatnya tidak terbatal. Akan tetapi perbuatan itu hukumnya makruh sama ada seseorang itu memikirkan perkara-perkara yang mubah (harus) atau memikirkan perkara-perkara yang haram seperti meminum arak.

Kata Imam Al-Nawawi lagi: Telah dinukilkan ijmak bahawasanya perbuatan berfikir dan monolog dalaman adalah tidak membatalkan solat akan tetapi para ulama sepakat bahawa ianya makruh. Pendapat Imam al-Nawawi ini didasarkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA beliau berkata dan beliau memarfu’kannya kepada Nabi S.A.W:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي عَمَّا وَسْوَسَتْ أَوْ حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَكَلَّمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengampunkan umatku terhadap apa-apa yang dibisikkan kepada mereka dari perasaan was-was, ataupun monolog-monolog di dalam diri mereka selama mana mereka tidak melakukannya atau berkata-kata.
Riwayat Al-Bukhari (6664)

Tarjih

Setelah meneliti beberapa pandangan di atas, kami lebih cenderung dengan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi dan juga jumhur ulama bahawa solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk tidak membatalkan solat.

Kami kemukakan 2 dalil:

Pertama: Hadis Nabi SAW memulangkan baju kepada Abi Jahm dengan menyatakan bahawa ia melalaikan aku sebentar tadi dalam solatku.

اذْهَبُوا بِهَذِهِ الْخَمِيصَةِ إِلَى أَبِي جَهْمِ بْنِ حُذَيْفَةَ، وَائْتُونِي بِأَنْبِجَانِيِّهِ، فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا فِي صَلَاتِي

Maksudnya:  “Pergilah dengan membawa baju ini untuk diberi kepada Abi Jahm bin Huzaifah dan bawalah kepadaku baju yang biasa. Ini kerana baju tersebut melekakanku sebentar tadi pada solatku.”

Kedua: Hadis Aisyah Baginda SAW bersabda kepadanya: Buanglah daripada kami bentuk gambaran pada bantal kamu itu kerana gambar-gambar sentiasa datang dalam solatku. Manakala jika seseorang melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang kekhusyukan seperti banyak bergerak, berfikir perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat, banyak beralih ke kiri dan kanan, maka perbuatan tersebut adalah dimakruhkan. Walaupun begitu, tidak khusyuk di dalam solat akan mengurangkan pahala solat dan menjadikan solat seseorang itu tidak sempurna.

Kami juga tidak menafikan bahawa pandangan yang mewajibkan untuk khusyuk di dalam solat mempunyai asas yang kukuh. Imam Ibn al-Qayyim pernah mengatakan: Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat jantung hati.” Lihat Madaarij Al-Saalikin, Ibn al-Qayyim (1/354).

Lakukanlah solat dengan penuh kekhusyukan serta hayatilah intipati bacaan yang dibaca di dalam solat, supaya solat kita tidaklah sekadar pergerakan anggota badan akan tetapi solat yang terzahir daripada kekhusyukan jiwa, kerendahan hati, tunduk, serta patuh menghadapkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa supaya Allah S.W.T memberikan kepada kita semua kekhusyukan di dalam solat dan semoga Allah m

Kisah-kisah Khusyuk Para Sahabat dan Salaf al-Soleh di Dalam Solat

  • Al-Rabi’ bin Khuthaim[1]

Al-Rabi’ bin Khuthaim adalah seorang tabi’in yang dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah seorang lelaki yang kebiasaannya datang awal ke masjid melihat Al-Rabi’ bin Khuthaim sedang sujud.

Lelaki tersebut berkata: “Al-Rabi’ bin Khuthaim jika beliau dalam keadaan sujud sama seperti pakaian yang terlonggok, hingga datang burung-burung menghinggapi di atas tubuhnya.” (Sifat al-Safwah, 3/ 39).

  • Amir bin Abdillah[2]

Amir bin Abdillah adalah ulama yang amat dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah suatu ketika beliau solat, kadang-kadang anak perempuannya memalu kompang dan para ibu berbicara semahu mereka di rumah beliau, sedangkan beliau seperti tidak mendengarnya.

Hinggalah kepada suatu masa ada yang bertanya kepada Amir bin Abdillah apakah pernah terlintas di fikiran ketika beliau solat. Maka beliau menjawab: “Ya, iaitu tempatku di hadapan Allah dan tempat kembaliku menuju salah satu dari dua kampung (syurga atau neraka).” (Lihat Ihya Ulumuddin, 1/242)

Amir bin Abdillah pernah satu keitka melaksanakan qiamullail. Tiba-tiba ada seekor ular yang masuk dari bawah baju gamisnya, lalu ular itu keluar dari sakunya, akan tetapi ular tersebut tidak mematuk beliau.

Sehingga ada yang bertanya kepada beliau: “Kenapa engkau tidak memukul ular itu?” Amir Bin Abdillah menjawab: “Aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku hanya takut kepada selain Dia.”

Amir bin Abdillah pernah satu ketika semasa nazak, beliau menangis. Lalu tetamu yang mengziarahinya bertanya: “Adakah yang membuatkanmu menangis adalah kerana sakit sakaratul maut?” Amir bin Abdillah menjawab: “Aku menangis bukan kerana sakitnya mati atau beratnya dunia, namun kerana aku tidak boleh lagi berqiamullai pada musim dingin.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/202).

  • Abu Abdullah Al Marwazi[3]

Abu Bakar Muhammad bin Ishaq menceritakan: “Aku tidak tahu siapakah yang lebih baik solatnya daripada Abu Abdullah Al Marwazi. Telah sampai kepadaku berita bahawa satru ketika terdapat seekor kumbang penyengat yang menyengat dahinya, hingga darah mengalir pada mukanya, namun beliau tidak bergerak sama sekali (Lihat Sifat al-Safwah 4/130).

  • Mansur bin Al-Mu’tamir[4]

Mansur bin Al-Mu’tamir mempunyai seorang jiran perempuan, yang memiliki dua orang anak perempuan yang kebiasaanya menaiki pada malam hari ke atas atap rumah pada waktu manusia tidur.

Satu ketika salah seorang anak perempuan jiran tersebut bertanya kepada ibunya: “Wahai ibu, untuk apa tiang yang aku lihat berada di atas atap si fulan itu?”

Maka ibu tersebut menjawab: “Wahai anakku, itu bukanlah tiang, itu adalah Mansur yang sedang solat semalaman suntuk dengan satu rakaat.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/113)

  • Amru bin Utbah[5]

Amru bin Utbah merupakan seorang tabi’in yang dikenali dengan kekhusyukannya di dalam solat. Satu ketika beliau bersama beberapa sahabatnya dalam sebuah peperangan. Dan pada ketika itu hamba beliau mendapati bahawa Amru bin Utbah tidak ada pada tempatnya, dan dia mencarinya.

Tidak lama kemudian, hamba menemuinya bahawa majikannya sedang melaksanakan solat di gunung sedangkan awan menaunginya. Dan pada satu malam hambanya mendengar suara ngauman singa, sehinggakan orang yang berada di sekitar itu lari, hanya tinggal Amru bin Utbah yang sedang solat.

Setelah peristiwa tersebut, hambanya dan orang lainnya pun bertanya kepada Amru bin Utbah: “Apakah kamu tidak takut kepada singa?” Maka Amru menjawab: “Sesungguhnya aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku takut kepada selain Dia.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/70)

  • Imam Al-Bukhari[6]

Imam Al-Bukhari pernah menunaikan solat zohor bersama para sahabatnya. Setelah selesai, Imam al-Bukhari menunaikan pula solat sunnah. Setelah selesai menunaikan solat sunnah Imam al-Bukhari mengangkat hujung baju gamisnya dan bertanya kepada para sahabatnya: “Apakah kamu semua melihat ada sesuatu di sebalik baju gamisku ini?”

Maka ternyata disebalik kainnya terdapat seekor lebah, dan jelas kelihatan kesan sengatan di kulit Imam al-Bukhari sebanyak 16 atau 17 sengatan. Sengatan tersebut telah menyebabkan bengkak di badan.

Seorang daripada sahabat Imam al-Bukhari pun bertanya: “Mengapa engkau tidak membatalkan solat sejak sengatan pertama engkau disengat?”

Imam al-Bukhari menjawab: “Aku sedang membaca surah, dan aku menginginkan untuk menyempurnakannya!” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 12/442)

  • Urwah bin Zubair[7]

Urwah bin Zubair pernah terkena penyakit akilah pada sebahagian anggota tubuhnya di mana penyakit tersebut dapat merebak seluruh tubuh. Akibatnya, tabib menanda anggota tubuh yang terkena akilah tersebut untuk dipotong sehingga anggota tubuh yang lain tidak dijangkiti. Bayangkan pada waktu itu belum ada ubat penahan sakit yang boleh menghilangkan kesakitan ketika bahagian tubuh dipotong. Lalu beliau berkata kepada tabib untuk menanggungkan sehingga beliau menunaikan solat. Tatkala beliau menunaikan solat barulah kakinya dipotong. Dan beliau tidak merasakan apa-apa pada ketika itu. Ini kerana hatinya sedang sibuk bermunajat kepada Allah. Hati jika sudah disibukkan dengan sesuatu, maka tidak akan ada sesuatu deria yang terkena pada badan.

Kisah ini diceritakan oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin dalam Syarh Riyadh al-Solihin (5: 46)

Penutup

Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk menjadikan solat kita khusyuk dan sempurna agar tidak melakukan semata-mata tanpa diberi pahala oleh Allah SWT. Sesungguhya khusyuk adalah rahsia yang agung dalam solat. Justeru, solat tanpa khusyuk sama seperti badan tanpa roh. Dengan kadar kesempurnaan khusyuk, maka sempurnalah pahala. Sebaliknya, siapa yang sentiasa dilalaikan dengan berfikir dalam urusan dunia pada masa solatnya maka sembahyangnya tetap sah dan tidak perlu diulang tetapi kurang dan lemah nilai ibadah solatnya itu. JUsteru, menjadi kewajipan kepada kita berusaha meghasilkan khusyuk dalam solat dan mengambil sebarang faktor dan sebab yang membawa khusyuk. Sentiasa bertaubat dan beristighfar dan bersungguh-sungguh dalam berdoa. Semoga Allah kurniakan kepada kita hati yang khusyuk dan amalan yang diterima.  Benarlah firmah Allah SWT:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)”

(Surah al-Ankabut: 69)

Semoga solat kita diperkemaskan supaya menjadi solat yang berkualiti. Amin ya Rabb al-'Alamin.

______________________________________________

[1] Nama sebenarnya Abu Yazid al-Rabi bin Khuthaim bin Abdullah bin Mauhibah bin Muqid yang hidup pada zaman Nabi SAW tetapi tidak sempat bertemu dengannya. Justeru, beliau dikenali sebagai tabi’en. Beliau adalah antara murid kanan Abdullah bin Mas’ud selepas sahabat tersebut berpindah ke Kufah. Meninggal dunia sekitar tahun 65 Hijrah di Kufah. Beliau dikatakan orang yang paling wara’ dalam kalangan murid Abdullah bin Mas’ud.

[2] Nama sebenarnya Amir bin Abdillah al-Tamimi yang menetap di kota Baitul Maqdis. Kata Ahmad al-‘Ijli, “Beliau adalah seorang yang thiqah dalam kalangan tabi’en yang paling kanan. Terkenal dengan kuat ibadah. Meninggal dunia pada zaman Mu’awiyah dan dikebumikan di Baitul Maqdis.

[3] Nama sebenarnya Muhammad bin Nasr bin Hajjaj al-Marwazi. Dikunyah dengan Abu Abdillah al-Marwazi. Berasal dari Marw dan beliau merupakan amir di Khurasan. Lahir pada tahun 202 Hijrah dan meninggal pada tahun 294 Hijrah. Beliau adalah seorang ulama’ bermazhab Syafie.

[4] Beliau adalah Abu Ittab Mansur bin al-Mu’tamir al-Sulami, seorang tabi’en yang berasal daripada Kufah. Beliau terkenal dengan kekuatan ibadah dan berpuasa sunat selama 40 tahun. Meninggal dunia pada tahun 132 Hijrah.

[5] Amru bin Utbah bin Farqad al-Sulami. Bapa saudaranya adalah Abdullah bin Rabi’ah al-Sulami. Dikatakan ayahnya Utbah bin Khattab termasuk dalam sahabat Nabi. Amru terkenal dengan golongan yang bersungguh dalam ibadah.

[6] Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari. adalah ahli hadis yang termasyhur di antara para ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah. Sebahagian menyebutnya dengan julukan Amir al-Mukminin fi al-Hadis.

[7] Urwah bin al-Zubair bin al-‘Awwam lahir pada tahun 23 Hijrah di kota suci Madinah al-Munawwarah. Beliau daripada keturunan sahabat dan keturunan yang mulia. Seorang yang alim termasuk muhaddith dan salah seorang yang digelar 7 ahli feqah Madinah. Meninggal dunia pada tahun 94 Hijrah juga di kota Madinah.

C&P: 29 JUN 2021 @ 18 ZULKAEDAH 1442H: 1.08 PM

Sunday 20 June 2021

ISLAM AND MARTIAL ARTS: CHINA'S HUI MUSLIM TRADITION

RESOURCE: THE MUSLIM VIBE

Western media has always been saturated with images of Bruce Lee, Jackie Chan and Jet Li, but what we don’t hear about as often is the relation between Islam and martial arts. The early trade that led to a great relationship between Arab Muslims and the Chinese acted as a pivotal role in the spread of Islam in the far east as well as cementing the Muslim-Chinese identity. Dating back to the 1200s, the roles early Chinese Muslims played in military leadership positions forms the beginning of this most unique connection.

Islam in China is well documented with the Hui people acting as the largest Muslim minority within the country. From approximately 19 years after the death of Prophet Muhammad ﷺ a relationship between China and Arabia was already in place. It was the third Khalifah (Caliph) ‘Uthman who initiated the first conscious efforts to spread Islam in the region, with subsequent trade missions also contributing to the spread of Islam.

The Hui Muslims came from this lineage, a unification of Arabia and China to form this unique position of authentic Chinese culture, infused with the Islamic tradition, the likes of which can still be seen to this day in various parts of the country, though mostly concentrated in the northwestern parts of China. The practise of martial arts still takes place in various Masajid (mosques) around the country, with Islamic sciences being taught at the same time.

Not only did martial arts combine with practical aspects of defence for long seafaring trade missions, but it also was a spiritual tool of many Muslim masters. The need for self-control and restraint reflect in both martial arts and traditional Islamic teachings.

The concept of Islamic self-control was used by martial art masters in the physical realm as well. With practitioners putting emphasis on both spiritual and physical aspects of training. The need for calm and collected decision making is a tradition upheld by Muslims, as seen in the tradition of The Prophet ﷺ , “The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger.” The essence of Ijtihad (diligence) in maintaining self-discipline is integral in both paths.

Various art forms such as Silat and Wushu have been perfected by Muslims of the last few hundred years, with many original martial arts being either created or adapted by Muslims as well, such as Zhaquan and Piguquan. These original developments were tools that were created often by army officials or to safeguard Muslims in China, being passed down in secret through generations.

In the history of this marriage between martial arts and Islam, there are many names to consider. We can see examples of masters such as Wang Zi Ping (1881 – 1973) and Chang Tung Sheng (1908 – 1986) who trained in their discipline while retaining their faith and using it as a means to come closer to Allah and the teachings of their religion.
Master Wang Zi Ping, acknowledged as a master of Wushu was also a learned man in relation to the Religion. He was known to lift heavy stones while reciting the Qur’an. A notable story tells of his opposition to German forces who attempted to obtain the doors of Qinzhou masjid that was inscribed with the history of the Muslims in China. Master Wang was not one to let a priceless part of Muslim identity be taken away, and so challenged the soldiers to a weight lifting competition and subsequently won.

Also, a master of various other disciplines, Wang Zi Ping was an inspiration to people, Muslim and non-Muslim alike. His mastery of a variety of martial arts allowed him to gain victory over various foreign opponents, leading to a great following of students, thus also spreading the reach of Islam amongst Chinese people.

In reality, martial arts and the Islamic tradition share a unique bond and history that within them both contain means to achieve a greater purpose. Acting as reflections of each other, the history of Islam in China led to the expansion of the Religion to the far eastern corners of the world, and the practical nature of martial arts helped defend this tradition in a way that kept the uniqueness of Chinese culture, with the absoluteness of the religion of Islam.

Amjid Ali is Wing Chun instructor and also a practising Muslim. In the video below he relates his journey of learning, from travelling to Hong Kong and training with legendary martial artist Ip Man and close friends of the late Bruce Lee. He provides an interesting insight into the similarities between Islamic and martial art teachings.

For more information on martial arts and the Islamic tradition check out these articles below:



by Eissa Dar for Bahath


C&P: 20 JUNE 2021 @ 9 ZULKAEDAH 1442H: 1.28 PM

Thursday 17 June 2021

Perbezaan Tahajjud dan Qiamullail

Banyak kali persoalan berkenaan dengan perbezaan tahajjud dan qiamullail diajukan kepada saya. Begitu juga dengan waktu permulaan bagi keduanya. Terbaru adalah soalan yang diajukan di dalam shoutbox. Oleh itu saya akan jawab dengan mengemukakan dalil dan pandangan ulama.

PERBEZAAN QIAMULLAIL DAN TAHAJJUD

Qiamullail: Setiap solat sunat yang dilakukan pada waktu malam.

Tahajjud: Setiap solat sunat yang dilakukan selepas tidur pada waktu malam.

Oleh itu setiap solat tahajjud adalah qiamullail dan tidak semestinya solat qiamullail itu solat tahajjud.

Dalilnya adalah hadis yang diucapkan oleh seorang sahabat Nabi saw , iaitu Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:

بحسب أحدكم إذا قام من الليل يصلي حتى يصبح : أنه قد تهجد؟ إنما التهجد المرء يصلي الصلاة بعد رقدة ثم الصلاة بعد رسول الله وتلك كانت تلك صلاة رسول الله

” Adakah sesorang menyangka apabila dia menghidupkan malam dengan solat sehingga subuh itu sudah dikira tahajjud? Sesungguhnya tahajjud hanyalah solat malam selepas tidur. Kemudian solat selepas tidur. Itulah cara solat Rasulullah saw.” (Hr Thabrani )

Daripada Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:

كان رسول الله يتهجد بعد نومه

“Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur.” (Hr Ibnu Abi Khaisamah – hasan)

Ulama Syafie dan Maliki memberi definasi solat tahajjud:

“Solat sunat pd waktu malam selepas tidur.”

PERMULAAN WAKTU SOLAT QIAMULLAIL

Rasulullah saw bersabda:

لا بد من صلاة بليل ولو حلب شاة وما كان بعد صلاة العشاء الآخرة فهو من الليل

“Solat malam adalah satu kemestian sekalipun sekadar perahan susu kambing biri-biri. Solat yang dilakukan selepas solat fardu isya adalah dikira solat malam.” (Hr Thabrani – daif)

Ulama telah berselisih pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:-

Pendapat pertama:

Solat qiamullail adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat isya. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan sebahgian ulama syafie.

Pendapat kedua:

Tidak disyaratkan solat qiamullail itu dilakukan selepas isya’. Waktu solat qiamullail bermula apabila masuk waktu magrib.

Imam Bahuti berkata:

“Disunatkan Qiamullail. Waktunya bermula dari waktu magrib sehingga waktu subuh.”

PERMULAAN WAKTU TAHAJJUD

Ada dua pendapat mengenai perkara ini seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Imam Syarwani berkata: Tahajud menurut istilah ulama syafie adalah sembahyang sunat yang dilakukan selepas solat isya sekalipun sebelum masuk waktu isya bagi yang melakukan jamak takdim dan hendaklah dilakukan selepas tidur. Tidak kira apa jua jenis solat sunat samada solat sunat rawatib atau solat-solat sunat yang lain.

Kedua: Mazhab hanafi.

MAzhab hanafi mensyaratkan untuk dikira solat tahajjud hendaklah dilakukan selepas masuknya waktu isya dan dilakukan selepas tidur.

WAKTU QIAM DAN TAHAJJUD RASULULLAH SAW

Aisyah ra telah menjawab soalan tentang solat malam Rasulullah saw:

كان ينام أوله ويقوم آخره فيصلي ثم يرجع إلى فراشه فإذا أذن المؤذن وثب فإن كان به حاجة اغتسل وإلا توضأ

“Nabi saw tidur pada awal malam kemudian bangun diakhir malam dan melakukan solat malam. Kemudian baginda akan berjimak dengan isterinya jika baginda berkeinginan sebelum baginda tidur semula. Bila azan berkemandang, baginda akan bangun dan mandi junub jika telah berjimak dan hanya berwuduk jika tidak berjimak.” (Hr bukhari dan Muslim)

WAKTU HABIS QIAMULLAIL

Kebanyakan ulama yang terdiri dari mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali mengatakan habisnya masa qiamulail dan tahajjud adalah bila masuk waktu subuh.

Aisyah ra telah berkata:

كان رسول الله صلى الله يصلي من الليل حتى يكون آخر صلاته الوتر

” Rasulullah saw solat pada waktu malam yang diakhiri dengan solat witir.” 
(Hr Muslim – sahih)

Ini menunjukkan solat Rasulullah saw berakhir sebelum masuk waktu subuh.

Pesanan Penting:

Hendaklan setiap muslim yang telah qiamullail dan tahajjud pada bulan ramadan meneruskan amalan mereka selepas ramadan. Janganlah kita merobohkan binaan amalan yang telah dibina di bulan Ramadan. Nabi saw bersabda:

يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل ثر ترك قيام الليل

“Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan, dahulu dia melakukan qiamullail. Kemudian dia meninggalkannya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan amalan2 yang lain kita perlu teruskan dengan ikhlas.

Rujukan: 
Mawaqit Ibadah Zamaniah wal Makaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani.

Copy and paste:
17 Jun 2021 @ 7 Zulkaedah 1442H : 10.48 pm

The Story Of Qarun

SUMBER: INFINITOS FAKTA TEROKAI PENGETAHUAN

Qarun adalah dari keturunan Bani Israel. Dia memiliki hubungan kekeluargaan dengan Nabi Musa, iaitu ayah Qarun yang bernama Yashar adalah adik kepada Imran yang merupakan ayah Nabi Musa. Pada masa awal kehidupannya, Qarun adalah orang yang sangat miskin namun ia dikenali kerana taat pada perintah agama. Menurut kisah, dia meminta Nabi Musa untuk berdoa kepada Allah untuk memberikannya kekayaan yang melimpah. Awalnya, niat Qarun tulus ingin membantu sesama bila ia kaya raya kelak.
Namun yang terjadi kemudiannya adalah sebaliknya. Apabila Qarun kemudiannya menjadi kaya raya, dia memiliki banyak sekali harta benda yang tak ternilai jumlahnya. Dia kemudian mula mengumpulkan hartanya itu, malah membina tempat khas untuk menyimpan harta bendanya. Begitu banyaknya jumlah kekayaannya, bahkan kunci tempat dia menyimpan harta bendanya harus diangkat oleh beberapa orang berbadan sasa.
Jangankan bersedekah atau mengingati niat mulianya dahulu, Qarun menjadi alpa melainkan hanya memikirkan harta sahaja. Malah ketaatannya pada Allah pada masa awal hidupnya berubah menjadi keingkaran. Dalam beberapa riwayat disebutkan bahwa lokasi Qarun beserta seluruh hartanya ditenggelamkan adalah di wilayah Al-Fayyun, iaitu suatu wilayah yang berlokasi sekitar 90 kilometer dari ibukota Mesir, Kaherah. Kejadian itu berlaku kerana keingkaran Qarun membayar zakat. Di wilayah itu terdapat sebuah tasik yang dikenali dengan nama Tasik Qarun, namun penduduk sekitar menyebutnya Bahirah Qarun atau yang bererti Laut Qarun.
Tasik ini berkeluasan 18 900 hektar dan kedalaman hingga 40 m. Tak jauh dari Tasik Qarun ini pula wujud kesan istana atau tempat tinggal Qarun. Di dalam buku berjudul Qashash Al-Anbiya' wa al-Tarikh karya Dr. Rusydi Al-Badrawi, dahulunya lokasi tersebut memang pernah diteliti oleh ahli geologi dari Eropah Barat. Melalui hasil kajian, disimpulkan bahawa memang benar di wilayah sebelah selatan Tasik Qarun memang pernah terjadi bencana gempa bumi yang sangat dahsyat pada zaman dahulu. Peristiwa itu dipercayai berlaku sezaman dengan Nabi Musa.
Allah Swt telah mengisahkan perihal Qarun di dalam beberapa ayat di antara Firman Allah Taala :
“Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendeharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat, (ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."
“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang yang menghendaki dunia, Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keuntungan yang besar."
Sumber : Islamic World Press

C&P: 17/6/2021 @ 6 ZULKAEDAH 1442H: 12.33 PM

Membongkar Kehebatan Tamadun Melayu

Misteri Tanah Para Nabi
Artikel salinan Winda A
Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Bagi meneruskan kesinambungan artikel saya mengenai bangsa-bangsa awal dunia, para Nabi terawal serta kaitannya dengan tanah Nusantara yang bertuah ini maka saya persembahkan satu artikel berbentuk HIPOTESIS untuk kita sama-sama memikirkan kebenaran disebaliknya. Dalam artikel ini kita akan mengembara di zaman yang paling jauh yang tak pernah saya pergi sebelum ini. Saya akan bawa anda ke zaman dimana manusia pertama bertapak dibumi. Ya, zaman Nabi Allah Adam a.s bersama isterinya Hawa serta anak-anak mereka setelah baginda dikeluarkan dari Taman Jannah.
Sebenarnya para pembaca sekalian, persoalan ini telah membelengu pemikiran saya sejak beberapa tahun yang lalu. Namun hanya sekarang baru saya mampu untuk merungkaikanya setelah membaca dan mengkaji dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut Agama. Apakah persoalan tersebut? Ia adalah mengenai teori yang menyatakan bahawa Nabi Adam itu diturunkan oleh Allah di tanah Nusantara. Saya percaya yang ramai diantara pembaca sekalian telahpun tahu samaada melalui pembacaan atau mendengarnya dari sumber kedua tentang perkara ini. Namun bagi saya jika saya tidak mengkajinya sendiri nescaya saya tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang saya terima. Sebab itulah saya telah cuba membuat sedikit penyelidikan dan rujuk silang mengenai teori tersebut.Oleh itu mari kita hayati kisah manusia pertama ini dahulu, ADAM.
Pada era penciptaan ADAM, Azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi disuruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya diburukkan wajah mereka dan dihalau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’oleh masyarakat barat. Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam hati manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar dari syurga.
Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi serta anak cucu mereka. Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang diciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya tahu dan jika mahu lebih, anda haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.
NABI ADAM a.s tidak turun dengan tangan kosong. Baginda telahpun dipenuhkan dirinya oleh Allah swt akan ILMU SEGALA NAMA. Baginda kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewi atau wali-wali keramat yang dikenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tetapi, dikhabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini untuk diaplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic seperti bangunan yang tinggi-tinggi dan teknologi pembuatan senjata yang memusnah.
Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewangga atau wali. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa atau orang keramat yang mahu membina dunia sebagai syurga hawa nafsu yang sudah pastinya disemarakkan oleh bisikan Azazil si Iblis. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. Inilah dinamakan sebagai ‘light and dark’ hitam atau putih, Ying atau Yang, antara yang baik dengan yang jahat. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini. Jadi para pembaca semua setakat ini sudah tentu anda faham apa yang hendak saya sampaikan. Daripada tulisan diatas kita semua tahu bahawa Nabi Adam a.s telah diturunkan Allah dari syurga ke suatu tempat di atas bumi dengan dilengkapi dengan ILMU SEGALA NAMA. Persoalannya di sini, dimanakah tempatnya Nabi Adam mendarat dari syurga tersebut? Mari kita bincangkan bersama.
Berdasarkan riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang diterimanya dari Abdullah bin Umar, menyatakan bahwa Adam turun ke dunia di Bukit Shafa, sedangkan Hawa turun di Bukit Marwah. Akan tetapi, riwayat dari Ibnu Abi Hatim ini terdapat versi lain, yang menyatakan bahwa tempat turunnya Nabi Adam di Bumi, berada di antara negeri Makkah dengan Thaif. Di sisi lain, menurut riwayat Ibnu Asakir yang diperoleh dari Ibnu Abbas, menyatakan bahwa Nabi Adam turun di Hindustan dan Hawa turun di Jeddah. Dimana makna Jeddah berasal dari kata Jiddah, yang berarti nenek perempuan. Syaikh Yusuf Tajul Khalwati berpendapat, Nabi Adam turun di Pulau Serendib. Beliau ketika itu menduga, Pulau Serendib adalah Pulau Ceylon (Sri Langka). (sumber: Tafsir Al Azhar, Juzu’ I, tulisan Buya HAMKA) Tetapi berdasar penelitian, kata Serendib adalah bahasa Sanskrit yang ditulis dalam bahasa Arab, yang aslinya berasal dari kata Suvarna Dwipa pulau emas yakni Sumatera, yang merupakan sebahagian dari kawasan pentas Sunda. Maka melalui pendapat yang dikemukankan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, saya mula mengatur benang-benang untuk cuba mencari kebenaran yang mengatakan Nabi Adam turun di Nusantara. Sememangnya persoalan ini adalah amat membingungkan kerana tiadanya sebarang rekod sejarah mahupun nas-nas dari Al Quran yang menyatakan tempat dimana Nabi Adam turun di bumi. Namun sejak dari zaman Rasulullah lagi telah banyak cubaan dilakukan oleh ahli-ahli tafsir untuk memecahkan kebuntuan tersebut seperti yang kita dapat lihat dalam penulisan sebelum ini.
Selain daripada tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh Syeikh Yusuf Khalwati terdapat beberapa lagi tafsiran dari sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihannya. Cuma apa yang diperlukan adalah anjakan paradigma dan pandangan yang sedikit berbeza sahaja. Antara riwayat yang saya maksudkan adalah seperti;
Dari Qatadah ra, beliau berkata bahwa Allah swt meletakkan Baitullah (di bumi) bersama Nabi Adam as. Allah swt telah menurunkan Nabi Adam as di bumi dan tempat diturunkannya adalah di tanah AL HIND. Dan dalam keadaan kepalanya di langit dan kedua kakinya di bumi, lalu para malaikat sangat memuliakan Nabi Adam as, kemudian Nabi Adam as pelan-pelan berkuranglah tinggi beliau. (H.R. Musonif Abdur Razaq).
Dari Ibnu Abbas r.huma. telah berkata : “Sesungguhnya tempat pertama dimana Allah swt turunkan Nabi Adam as di bumi adalah di AL HIND”. (H.R.Hakim)

Dari Ali ra. Telah berkata: “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).
Dari Ibnu Abbas r.anhum. telah meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra. Telah berkata: “Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam as. telah diturunkan di AL HIND, maka pohon – pohon dari AL HIND telah melekat wangi-wangian dari surga.” (H.R.Hakim)
Dari Ibnu Abbas r.hum telah berkata bahwa Jarak antara Nabi Nuh as dengan hancurnya kaumnya adalah 300 tahun. Dari tungku api (tannur) di AL HIND telah keluar air dan kapalnya Nabi Nuh as. Berminggu-minggu mengelilingi Ka’bah. (H.R.Hakim) (riwayat ini penting kerana kita telah tahu bahawa Nabi Nuh berkemungkinan besar berasal dari Sundalan. Jadi AL HIND disini adalah Nusantara dan bukan India. Namun ini hanya teori yang masih banyak harus diperbaiki jadi seeloknya jangan kita ambil bulat-bulat kesimpulan ini.
Dari Abu Sa’id Al Khudri ra. mengatakan bahawa seorang raja dari AL HIND telah mengirimkan kepada Nabi saw. sebuah tembikar yang berisi halia. Lalu Nabi saw. memberi makan kepada sahabat – sahabatnya sepotong demi sepotong dan Nabi saw pun memberikan saya sepotong makanan dari dalam tembikar itu. (H.R.Hakim)
Dari Abu Hurairah ra. berkata bahwa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan selamat) maka saya (Abu HUrairah ra.) adalah orang yang terbebas (dari neraka). (H.R. An Nasai)
Dari Ali Ra. berkata bahwa dua lembah yang paling baik dikalangan manusia adalah lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, dimana Nabi Adam as. diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya bisa membuat kamu jadi wangi.
Dari Ibnu Abbas ra. meriyawatkan dari Nabi saw telah bersabda bahwa Sesungguhnya Nabi Adam as. telah pergi haji dari AL HIND ke Baitullah sebanyak seribu kali dengan berjalan kaki tanpa pernah naik kendaraan walau sekalipun.(H.R.Thabrani)
Dari Ubay bin Ka’ab ra. mengatakan: “Saya berkeinginan untuk keluar di jalan Allah ke AL HIND”. Ubay bin Ka’ab ra. bertanya kepada Hasan ra.: “Berilah saya nasihat!”. Hasan ra. berkata: “Muliakanlah perinta Allah dimanapun kamu berada maka Allah akan memuliakan kamu”. (H.R. Baihaqi fii Syu’bul iman)
Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu golongan yang berperang di AL HIND dan golongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)
Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu Adam yang berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat . Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang hebat . Kota di bawah laut dan di atas gunung. Tapi benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, mungkin bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat  seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. Ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain .Apapun, kita tinggalkan tentang itu.Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NUH yang besar, mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.
Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid seperti Neanderthal dan homo sapien awal dihapuskan (atau mungkin di sembunyikan) sebab itu kita hanya jumpa rangka sahaja. Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebaranlah mereka membina kehidupan yang baru. Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘Nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewi atau wali keramat pada era ADAM. Tetapi, sejak peninggalan NUH dan banjir besar, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya. Tapi bilakah mereka itu akan pulang kepangkuan tanah ‘dewa’ ini? (peringatan kepada semua pembaca, bila saya sebut dewa bukan bermakna saya menyekutukan Allah tetapi ini merujuk kepada apa yang difahami oleh manusia zaman purba yakni manusia-manusia terpilih selain Nabi yang ada karamah atau ilmu yang tinggi sehingga disembah sebagai dewa samaada secara sengaja atau tidak sengaja). Bagi lebih memahami perihal ini kita akan lihat era-era berikut satu persatu dimulakan dengan era Adam.
ERA ADAM
“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10
Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat  demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA NAMA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Namun umatnya bukan sahaja terdiri dari keturunannya malahan termasuk golongan fallen Angel atau jin-jin, gergasi dan raksasa seperti yang ada diceritakan dalam Al Quran, serta makhluk pelik-pelik mungkin termasuk NAGA yang pada ketika itu bertebaran di muka bumi. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama seperti Nabi Syith dan anak cucunya yang lain. Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; ‘ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya’.
Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA NAMA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Pewaris ILMU SEGALA NAMA ini di beri HAQ untuk mengurus bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI atau jika anda berasa kurang senang menggunakan konotasi tersebut boleh juga gunakan para WALI-WALI. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.
Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah, ini sudah tentu sebab itu para Malaikat sebelum Allah menjadikan Adam sudah dapat meneka bahawa anak cucunya akan membawa kerosakan. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa atau Wali-wali’ tapi tiada HAQ contohnya dalam kes Habil dan Qabel. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan mereka sendiri yang menjadi asas kepada perbezaan bangsa sekarang. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA seperti Qabel dan anak cucunya yang mendendami adik beradiknya yang lain. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, namun ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?! Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan yang pertama di bumi yaitu peperangan diantara puak Qabil dan puak anak-anak Adam yang salih yang diketuai oleh Nabi Syits, adik kepada Qabil. Qabil setelah membunuh Habil dikatakan telah melarikan diri ke Mesir atau Babil dan menetap dengan anak cucunya disitu. Keturunannya dinamakan Bani Qabil yang memulakan tamadun di lembah Nil dan seterusnya menjadi umat Nabi Idris. Diriwayatkan bahawa Allah swt menyeru Nabi Syits memerangi Qabil dan puaknya. Akhirnya Qabil berjaya ditangkap dan dihukum mati. Setelah dia mati anank-anak serta cucu Qabil menuntut mayat Qabil dan kemudiannya cuba untuk menanamnya. Namun sebelum mereka sempat menanam mayat Qabil Syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia telah menasihati mereka supaya menanam Qabil didalam batu berhablur yang dipahat sebagai keranda. Syaitan atau Iblis juga menasihati mereka supaya mayat itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik serta diawetkan dengan garam dan disertakan dengan barang-barang perhiasan dan makanan. Kemudian Iblis mengarahkan agar keranda batu itu diletak didalam sebuah binaan dan dipuja setiap setahun sekali dengan membawa makanan dan wangian. Maka bermulalah upacara menghormati si mati seperti mumia Mesir purba.( sumber Israeliat).
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” Al-quran 34:7: Surah : AL-A'RAAF
“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya” surah al- an’am ayat 123.
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.” surah al-an’am ayat 165.
ERA KETURUNAN ADAM
“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” surah yunus ayat 94.
Pada era ADAM dan anak cucunya yang mengurus bumi, mereka di gelar DEWA-DEWI atau wali-wali. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di bumi?” Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA”Allah boleh berkehendakkan apa sahaja untuk berlaku samaada ia menampakkan kelemahan mahupun kekuatan kerana Allah itu maha bijak dan maha mengetahui dari kita. Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal sebegini, saya tegaskan mengenai sikap kita kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan ‘Jangan cabar Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar? Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNYA DIA dalam memberi keizinan.
Berbalik perihal ILMU NAMA, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu. Dewa-dewi ini ada juga yang mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori atau cerita ceritun dari nenek moyang mereka ADAM yang ada pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.
Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia sebab mereka adalah anak cucu Adam juga, tetapi mereka ini golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. Namun akhirnya manusia dari era selepasnya terkesan dengan karamah-karamah yang ada pada mereka ini sehinggakan patung-patung mereka dicanai dan disembah seperti tuhan. Lama kelamaan perbuatan menyembah berhala ini menjadi suatu agama yang universal dan merebak ke seluruh dunia. Maka muncul lah dewa dewi yang pelbagai nama antaranya Enki dan Enlil, Diana, Baal, Zeus, Hera,Vishnu, Rama, Brahma,Venus dan banyak lagi yang merupakan nama-nama para manusia yang mempunyai ilmu segala nama yang diwarisi dari datuk atau moyang mereka ADAM.
ERA NUH
“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu” surah al-an’am ayat 6.
Selepas beberapa siri peperangan dan kekejaman yang amat hebat , bumi ketika itu harus di ‘bersih’kan demi kesejahteraan manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah ‘lari’ orbitnya dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.Namun ini masih dalam konteks kontroversi sebab tiada maklumat dari sumber yang bertauliah yang boleh mengesahkannya.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya shu meningkat pula, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir besar.
Bahtera NUH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini. Jika mengikut apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya. Di atas bahtera itu, NUH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. NUH lah yang mempunyai ILMU SEGALA NAMA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun. Maka memang benarlah NUH adalah ‘raja lautan’ dan waris NUH lah yang mewarisi ILMU SEGALA NAMA itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia barat, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.
Dari transformasi dan asimilasi di dalam kapal, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya, perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk atau mungkin terbang seperti manusia zaman Era ADAM. Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NUH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NUH itu?.Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ILMU SEGALA NAMA yang mengetahui wasiat NUH. Bangsa itu adalah bangsa MIM…?!
Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh ketika bencana). Ketiga-tiga waris Nuh as ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, Akkadian, Mesir dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja, bangsawan dan para pendita inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki bahtera NUH as itu tadi.
Bagaimana ini boleh terjadi? Di dalam bahtera NUH itu anak-anak NUH as melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh as itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Nuh as. Apakah itu wasiat Nuh as? Wasiat Nuh adalah kata-kata kepada warisnya supaya Kembali Semula Ke Tanah Asal Mereka yakni Pentas Sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh as ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.
Salah satu bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni Nusantara adalah Pentas Sunda tempat bermulanya pelayaran Nabi Nuh adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR. Selain itu, bukti lain adalah, kajian daripada Stephen Oppenheimer dan Prof Arysio Santos, serta Thomas Suarez yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “Early Mapping of Southeast Asia: The Epic Story”. Dalam buku Eden in the East Oleh Stephen Oppenheimer ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NUH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia. PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi. Adakah ini kerja Hidden Hand?
Apakah anda dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda anda seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya, Christpher Colombus menjumpai Amerika dan mengelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh Colombus itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan Para FIRAUN ini.
DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘The Lost World’, ‘Solomon Mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini. Tapi, persoalannya, di sini tu bagaimana ? !Jika di kaji, di permukaan Tanah Nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti Sumeria, Mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh dikatakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah atau teknik rujuk silang seperti yang Cik Sri Selalu sebutkan.
“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat” ayat 33, surah ali-imran.
Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke Pentas Sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya ‘ahli rumah’ atau ‘ahlul bait’ ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan Arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan. Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang ‘ingat’ sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju ‘THE PROMISED LAND’.
Hal ini di burukkan pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja dan wali agung pada zaman dulu kala seperti kisah raja Namrud yang merupakan Cicit Kepada Nabi Nuh sendiri yang lupa akan kekuasaan Allah dan mengatakan dia anak Allah. Beliau juga mewarisi Ilmu-ilmu para Nabi seperti Matematik, Astronomi dan Sains malahan beliau orang pertama di dunia yang mencipta konsep jam, menit dan saat serta membahagikan 24 jam kepada satu hari. Beliau juga pakar pembina bangunan tinggi, jambatan dan saluran irigasi. Kesemua ilmu ini telah diwarisi dari nenek moyangnya yang merupakan orang soleh dan Nabi-Nabi seperti Nabi Idris dan Nuh. Namun akibat kesombongannya dia leka dan lupa akan Allah dan mengangkat dirinya sebagai tuhan.
Jelas disini bahawa wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’ atau wali. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. Kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.
Maka dapat saya simpulkan disini bahawa pencarian kita akan Tanah asal Nabi-Nabi terawal seperti Adam, Idris dan Nuh sudah semakin hampir. Walaupun saya tahu bahawa ada pihak yang kurang senang saya mengaitkan hal agama dalam penulisan saya namun hal ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan sumber adalah dari situ. Dari itu kita dapat memberikan rumusan bahawa Nabi Adam a.s berkemungkinan besar diturunkan di Nusantara. Hal ini adalah kerana perkataan AL HIND yang digunakan oleh orang Arab untuk memanggil benua India bukan khusus untuknya saja sebaliknya AL HIND adalah konotasi untuk melambangkan kawasan Pengaruh Hindu Termasuk Asia Tenggara. Oleh sebab itulah ketika Khalifah Muawwiyah menulis surat balasan kepada Maharaja Srivijaya dia memanggil Maharaja tersebut sebagai PENGUASA AL HIND. Malah surat dari Srivijaya kepada Khalifah Umar Abdul Aziz juga dicatatkan sebagai surat dari seorang Maharaja Al Hind. Namun seperti yang kita ketahui Srivijaya bukan terletak di India bukan?
Tambahan lagi saya menemui buku sejarah tulisan pengkaji luar berbahasa Inggeris yang mengiyakan tanggapan saya bahawa Nusantara adalah Al Hind. Selain itu jika kita lihat pada panggilan orang-orang barat pada zaman penjelajahan terhadap Nusantara adalah THE EAST INDIES atau HINDIA TIMUR. Perhatikan perkataan HINDIA itu. Semua panggilan ini diperolehi daripada catatan awal pengembara Arab ke Nusantara seperti Ibnu Battutah dan Al Idrisi. Satu lagi perkara yang amat menarik bagi saya adalah mengenai Hadith dan riwayat yang telah saya paparkan di awal artikel ini tadi. Salah satu dari Hadith tersebut adalah mengenai peperangan yang bakal berlaku di Al Hind. Nabi Muhammad mengatakan bahawa sesiapa yang menyertai peperangan tersebut akan masuk syurga.
Selama beratus-ratus tahun orang Aceh berperang dengan orang-orang kafir harbi bersama konco-konco mereka di sekitar selat Melaka, bermula dengan Portugis dan berakhir dengan Belanda dan Indonesia. Sudah tentu peperangan yang sangat lama inilah yang di riwayatkan oleh Rasulullah Sallalahhualaihiwassalam.
Seperti yang kita ketahui sememangnya banyak peperangan yang melibatkan orang Kafir Harbi dengan orang Islam sepanjang zaman di Nusantara ini. peperangan terbesar di Nusantara dan terawal tentulah diantara Portugis dengan Melaka, kemudian disusuli Portugis Dengan Aceh yang mengorbankan lebih dari 60 ribu orang Aceh serta banyak lagi peperangan diantara portugis dengan Aceh dan negeri-negeri Melayu yang lain. Malahan peperangan ini masih berterusan hingga kini iaitu diantara Pattani Dengan Thai dan Moro Dengan Kristian Filipina dan Aceh Dengan Indonesia. Saya pasti peperangan yang disebut Nabi Saw adalah peperangan-peperangan tersebut. Bukankah kesemua riwayat ini mengukuhkan lagi teori yang menyatakan bahawa Nabi Allah Adam itu diturunkan Allah di Nusantara dan membina tamadunnya disini bersama anak cucunya Nabi Syiths Dan Nuh. Tidak perlulah rasanya saya terangkan lagi apa signifiken hadiths yang mengatakan tentang kewujudan kayu wangi-wangian di Al Hind kerana Nusantara memang terkenal dengan kayu-kayuan tersebut seperti Gaharu, Cendana, Depu, Kayu Manis, Kemenyan dan lain-lain. sekian, wallah hu a’lam.
Kredit: Saudara Aiz, Nusanaga blogspot.
C&P: 17 JUN 2021 @ 6 ZULKAEDAH 1442H: 11.24 AM