Friday, 29 January 2016

TOKOH-TOKOH WANITA ISLAM TERKEMUKA (ZAMAN NABI DAN KINI)

  1. Aisyah binti Abdul Hadi - sorang wanita yang pakar ilmu Hadiths
  2. Aisyah bt Abu Bakar - Puteri kepada Abu Bakar as Siddiq, juga Ummul Mukminin  yang ketiga. Satu-satunya isteri Rasulullah s.a.w yang masih gadis. Telah meriwayatkan 1,210 hadis. 
  3. Al-Khansa' Bt Amir : Ibu para syuhada, 4 puteranya gugur syahid di Medan Qadisiyah. 
  4. Amah bt Khalid: Ayahnya Khalid bin Sa'id adalah sahabat Rasulullah s.a.w. yang pertama menulis Bismillahirahmanirahiim. Antara yang banyak menyimpan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 
  5. Aminah bt Abi Qays Al-Ghifari - antara jururawat Islam yang merawat tentera-tentera Islam di medan pertempuran di zaman Rasulullah s.a.w. 
  6. Aminah binti Wahab : Ibu Rasulullah s.a.w
  7. Amrah binti Abdur-Rahman : Seorang Juri, mufti dan pakar ilmu hadith. 
  8. Anisah binti Al-Harith : saudara susuan Rasulullah s.a.w dengan Halimah as-Sadiah. 
  9. Anouseh Ansari : Wanita Islam pertama ke angkasa lepas, dari Iran. 
  10. Ar-Rubai binti An-Nadhr : antara wanita yang terawal memeluk Islam. Ibu kepada Anas bin Malik
  11. Arwaa binti Abdul Mutalib : Ibu saudara Nabi s.a.w. seorang penyair yang hebat dan yang paling kuat membela Rasulullah s.a.w. dengan lisannya. 
  12. Arwa al-Sulayhi : Ratu dan Pemerintah Yaman dari 1067 - 1138. , juga seorang Syi'ah Islamiyah  dan mahir dalam pelbagai ilmu agama, al-Quran,Hadis, Puisi dan sejarah.
  13. Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain. 
  14. Asma binti Abu Bakar : Puteri Abu Bakar as-Siddiq. Pernah membantu menghantar makanan untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Abu Bakar ketika Baginda dan Abu Bakar  bersembunyi di Gua Thur dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. 
  15. Asma binti Umais Al-Khas'amiah : isteri kepada Jaafar bin Abi Talib, antara yang terawal memeluk agama Islam. Pernah berhijrah ke 2 tempat  iaitu Habsyah dan Madinah. Meriwayatkan 60 hadis Rasulullah s.a.w. 
  16. Asma binti Yazid : antara wanita yang terawal menerima Islam dikalangan kaum Ansar. Juga antara wanita Muslimah yang paling banyak meriwayatkan hadis. Pernah membunuh 9 tentera musuh Islam dengan hanya menggunakan tiang khemah. Meriwayatkan 81 hadis Rasulullah s.a.w. 
  17. Asy-Syifa binti Abdullah : Memeluk Islam sebelum Hijrah, salah seorang perawi hadis Rasulullah s.a.w. 
  18. Asy-Syifa bin Auf : Bidan Rasulullah s.a.w.
  19. Atikah binti Abdul Mutalib : Ibu saudara Nabi s.a.w dan juga ibu kepada Ummu Salamah (isteri Nabi s.a.w). Beliau memiliki keistimewaan boleh mentafsirkan mimpi. 
  20. Atikah bt Zaid : digelar Janda para Sahabat.. beliau telah menikahi beberapa sahabat Rasulullah s.a.w apabila mereka meninggal dunia. 
  21. Azdah bt Haris : seorang mujahidah yang menyertai beberapa peperangan di zaman Rasulullah s.a.w. 
  22. Barakah binti Tha'labah : a.k.a Ummu Aiman, pengasuh Rasulullah s.a.w. 
  23. Benazir Bhutto : Wanita pertama memimpin sebuah negara Islam iaitu Pakistan. 
  24. Dhuba'ah bt Zubair : sepupu Rasulullah s.a.w. 
  25. Durrah binti Abu Lahab : anak perempuan kepada Abu Lahab. Serikandi Islam dan juga seorang penyair. Meriwayatkan 3 buah hadis. 
  26. Fari'ah bt Abi Shait : Wanita dari Thaif yang memeluk Islam setelah Thaif di tawan. 
  27. Fariah bt Abu Sufyan : Saudara kepada Ramlah bt Abu Sufyan (Isteri Rasulullah s.a.w) dan isteri Abdullah bin Jahsy. Antara yang berhijrah ke Habsyah bersama 24 wanita yang lain. 
  28. Fatima Al-Fihri : mengasaskan Universiti yang tertua di Dunia - The University of Al-Karaouine di Tunisia pada 859 Masehi. 
  29. Fatima binti Ibrahim Ibn Jawhar : Guru kepada Imam al-Bukhari
  30. Fatimah Al-Juzdani : Ilmuan Islam dari Isfahan (Iran). 
  31. Fatimah al-Samarqandiyya : Ilmuan Islam (pakar ilmu hadis dan Sains).
  32. Fatimah binti Al-Khattab : saudara perempuan kepada Saidina Umar Al-Khattab. Beliau antara yang terawal memeluk Islam. Saidina Umar memeluk Islam sejurus selepas mendengar Fatimah membaca Al-Quran (Surah Thaha). 
  33. Fatimah binti Asad : Ibu kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dan juga pengasuh kepada Nabi s.a.w. Berbai'ah dan berhijrah bersama Nabi s.a.w ke Madinah. Rasulullah s.a.w sangat mencintainya seperti ibunya sendiri. 
  34. Fatimah binti Khattab : adik kepada Umar bin Khattab, Umar memeluk Islam setelah mendengar bacaan Al Quran dari Fatimah dan suaminya Said bin Zaid. 
  35. Fatimah binti Muhammad : a.k.a Fatimah az-Zahra, puteri bungsu Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan 46 hadis Rasulullah s.a.w. 
  36. Fatimah binti Qais : merupakan antara perawi hadis Rasulullah s.a.w (34 hadis). 
  37. Fatimah binti Sa'd al-Khayr : ulama hadis wanita terkemuka kurun ke 6H. 
  38. Fatimah binti Utbah : Termasuk antara wanita Muslimah yang berbaiah di hadapan Rasulullah s.a.w. selepas penaklukan Mekkah. 
  39. Fatimah binti Walid : Adik perempuan Khalid ibnu Walid. Khalid dikatakan sering meminta pendapat adiknya Fatimah mengenai strategi peperangan ketika beliau dilantik menjadi Panglima Tentera Islam. 
  40. Fatimah binti Yaman : antara wanita hebat di zaman Rasulullah s.a.w yang meriwayatkan hadis. 
  41. Furai'ah binti Malik : Seorang wanita di zaman Nabi yang sentiasa membenarkan apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. 
  42. Gazalah Al-Haruriah : wanita yang sangat berani di zaman Rasulullah s.a.w yang ikut serta dalam beberapa pertempuran. 
  43. Hafsah binti Umar : Ummul Mukminin yang ke 4, puteri Umar Al Khattab. Dipilih antara isteri Rasulullah s.a.w untuk menyimpan nafkah pertama Al-Quran. 
  44. Halimah binti Abu Dzu'aib Al-Sa'diah : Ibu susuan Rasulullah s.a.w. 
  45. Halimatun Armiah: Wanita Islam yang berjaya menundukkan singa yang garang. 
  46. Hamnah binti Jahsy al-Asadiyah : Saudara perempuan Zainab bt Jahsy (Isteri Rasulullah s.a.w.). Beliau adalah isteri kepada Mush'ab bin Umair yang gugur syahid di Perang Uhud yang juga duta pertama Islam di Madinah. 
  47. Hamnah binti Sufyan : Ibu kepada Saad bin Abi Waqqash. 
  48. Hawa binti Yazid bin As-Sakan : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w. 
  49. Hind binti Atiq : Anak tiri Rasulullah s.a.w - puteri kepada Siti Khadijah dari suami terdahulu. 
  50. Hindun binti Abu Umaiyah : a.k.a Ummu Salamah - antara golongan pertama memeluk Islam. Ummul Mukminin yang ke 6 dan yang paling akhir wafat. Beliau meriwayatkan sebanyak 328 hadis. 
  51. Hindun binti Amr bin Haram : isteri kepada Amru bin Jamuh, seorang yang tempang yang syahid di medan perang. 
  52. Hindun binti Utbah : isteri Abu Sufyan bin Harb. Beliau bersama suami sebelum penaklukan Mekkah adalah penentang kuat Rasulullah s.a.w. Malah Hindun pernah dikatakan telah memamah Jantung Hamzah bin Abdul Mutalib semasa Perang Uhud. Beliau dan suaminya akhirnya memeluk Islam dan menjadi Islam yang taat hingga ke akhir hayat mereka. 
  53. Isabelle Eberhardt : (1877 - 1904) Penulis dan pengembara dari Algeria yang memeluk Islam pada tahun 1897. Turut melibatkan diri dalam pertempuran antara Komuniti Muslim Afrika Utara menentang penjajahan Peranchis. 
  54. Juwairiah binti Abu Sofyan : wanita yang turut menggempur musuh dalam Peperangan Yarmuk. 
  55. Juwairiah binti Harits : Ummul Mukminin yang ke 8, nama sebenar Barrah binti Harits bin Abi Dhirar. 
  56. Kabsyah binti Rafi' : Ibu para pahlawan Islam. 2 orang anaknya Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz gugur syahid di medan pertempuran. 
  57. Keumala Hayati: Wanita Islam pertama menjadi Laksamana memimpin Angkatan Laut Acheh menetang Portugis. 
  58. Khadijah binti Khuwalid : Ummul Mukminin yang pertama dan wanita pertama memeluk Islam
  59. Khansa' binti Khazam : meriwatkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w. 
  60. Khaulah binti Azur : "The Black Rider" - seorang Muslimah yang turut serta bersama tentera Islam di bawah Khalid bin Walid menentang tentera Rom.
  61. Khaulah binti Hakim : wanita yang mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w untuk menikahi Saudah Binti Zum'ah. 
  62. Khaulah binti Malik : sasterawan wanita terulung zaman Nabi s.a.w. Allah s.w.t mendengar kata-katanya dari langit ke 7. 
  63. Laila bt Abi Hatsmah : antara wanita pertama berhijrah ke Habsyah. Beliau juga adalah wanita pertama memasuki kota Madinah ketika Hijrah ke Madinah. 
  64. Lailah binti Khatim : menyerahkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w tetapi Rasulullah s.a.w. tidak menerimanya. 
  65. Lubabah binti al-Harith ibn Hazim : a.k.a Ummi al-Fadl, isteri Abbas bin Abdul Muttalib,  wanita kedua beriman kepada Allah s.w.t selepas Siti Khadijah binti Khuwalid. Beliau adalah kakak kepada Maimunah bt Al-Harits (Isteri Rasulullah s.a.w). Meriwayatkan 30 hadis Rasulullah s.a.w.  
  66. Lubna of Cordova : asalnya seorang hamba dari Sepanyol. Tokoh ilmuan wanita dalam bidang sains, geometri dan algebra dalam zaman Umayyah di Cordoba. 
  67. Maimunah binti al-Harits : Ummul Mukminin yang ke 12 - tidak banyak sejarah yang diketahui mengenainya. 
  68. Malika Urwa : Wanita Islam yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11
  69. Mariah al-Qibtiyah : Ummul Mukmin yang ke 11, satu-satunya isteri Rasulullah s.a.w dikalangan hamba yang melahirkan anak selepas Siti Khadijah.
  70. Mariam al-Astrolabiya al-Ijliya : wanita pintar pertama menghasilkan astrolab terbaik pada kurun ke 10. 
  71. Maryam al-Ijliya al-Astrulably : dari Syria yang mencipta alat Astrolobe, instrumen yang menentukan posisi matahari dan planet-planet. 
  72. Muazah binti Abdullah Al-Adawiah : pakar yang banyak meriwatkan hadis daripada Aisyah dan Ali bin Abu Talib. 
  73. Nailah binti al-Farafishah : Isteri Khalifah Uthman bin Affan r.a - turut mengangkat pedang membela suaminya yang diserang oleh musuh sehingga terputus jarinya. 
  74. Nusaibah binti Ka'ab Ansyariyah / Nasibah al-Khazrajiah : Serikandi Islam yang menjadikan tubuhnya sebagai perisai untuk melindungi Rasulullah s.a.w dari serangan musuh. 
  75. Nusaibat binti Ka'ab Al Mazniyat : Jururawat Islam dizaman Rasulullah s.a.w. 
  76. Qatilah binti Nadhr : Penyair wanita di zaman Nabi s.a.w. 
  77. Rabiah binti Muawwad : termasuk orang yang di bai'at oleh Rasulullah s.a.w pada bai'at Ridwan dibawah sebuah pohon. 
  78. Rabiatun al Adawiyah : Ahli sufi Basra pada abad ke 8. 
  79. Raihanah binti Sam'un : hamba yang dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. 
  80. Raithat binti Al-Haris Bin Jubailah : antara yang terawal memeluk Islam dan berhijrah ke Habsyah (kumpulan kedua). 
  81. Raithah binti Munabbih bin Al-Hajjaj : isteri Amru bin As. beliau mempelajari Islam daripada anaknya sendiri. 
  82. Ramlah binti Abu Sufyan: Ummul Mukminin yang ke 10, puteri kepada Abu Sufyan. 
  83. Rosalind Rushbrook @ Ruqaiyyah Waris Maqsood : Pengarang Inggeris yang memeluk Islam. Muslimah UK pertama menerima anugerah "Muslim News Award for Excellence" pada tahun 2001
  84. Rubiyya binti Muawidh Ibn Arfah : Seorang perawi Hadis, hadis riwayatnya terdapat dalam Bukhari, Muslim , Ibnu Majah dan lain-lain. 
  85. Rufaidah al-Aslamiyah : Jururawat Islam semasa Perang Khandak. 
  86. Rufaidah binti Sa'ad : Jururawat Islam pertama di zaman Rasulullah s.a.w. Pencetus Sekolah Jururawat pertama di dunia lebih awal sebelum Florence Nightingale. 
  87. Rumiah Al-Hasanian : Jururawat Muslim yang terulung, memberi banyak sumbangan dalam bidang Kejururawatan Islam. 
  88. Ruqaiyyah binti Muhammad : puteri kedua Rasulullah s.a.w dengan Siti Khadijah dan juga isteri kepada Saidina Uthman bin Afffan. 
  89. Ruqayyah binti Ali : Cucu Rasulullah s.a.w - puteri kepada Fatimah Az Zahra dan Ali Bin Abi Talib. 
  90. Safiyah binti Abu Mutalib : Ibu saudara Rasulullah s.a.w. Wanita pertama yang berjaya membunuh musuh Islam dalam Perang Khandak
  91. Safiyah binti Huyai : Ummul Mukminin ke 9 - tawanan Perang Khaibar yang dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w dengan mengambilnya menjadi isteri Baginda. '
  92. Safiyah binti Syaibah : Sahabat wanita yang menghabiskan sebahagian waktunya mencari ilmu dan meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Beliau antara sahabiyyah yang berumur panjang. 
  93. Sahlah bt Suhail : Isteri Abu Huzaifah bin Uqbah, antara wanita pertama berhijrah ke Habsyah. 
  94. Salafah binti Saad Al-Ansoriah : Pemegang kunci kaabah di zaman Nabi
  95. Salmah binti Qais @ Ummul Munzir : wanita Ansar Madinah yang menerima Islam melalui Mus'ab bin Umair. 
  96. Sana Hasan : Arab world's first peace envoy & probably its most unusual. 
  97. Sarah Joseph : Wanita Muslimah UK yang paling berpengaruh. Disenaraikan dalam "One of the UK's most powerful Muslims in the Muslim Power 100" oleh Carter Anderson.  Juga tersenarai dalam "The World's 500 most influential Muslims" oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Jordan dan Georgetown University. 
  98. Saudah binti Zum'ah : Ummul Mukminin yang ke 2. Wanita pertama dinikahi oleh Rasulullah s.a.w selepas kewafatan Siti Khadijah. 
  99. Shaikha Shuhda : a.k.a Fakhr al-Nisa  - ilmuan wanita terkemuka abad ke 11. 
  100. Shirin Ebadi : Peguam dari Iran, wanita Islam pertama dianugerah "Noble Peace Price" pada tahun 2003. 
  101. Sumayyah binti Khabath : Wanita pertama syahid dalam Islam. Dibunuh dengan tombak Abu Jahal kerana kegigihannya mempertahankan iman. 
  102. Sutayta a-Mahmali : Pakar ilmu hisab dan Faraid di Baghdad. 
  103. Syaima' binti Haris as-Saadiah : Saudara susuan Rasulullah s.a.w.  anak kepada Halimah as-Saadiah. 
  104. Syajar al-Durr : Sultanah Mesir - pahlawan wanita Islam yang berjaya mengalahkan Tentera Salib dan menangkap Raja Louis IX.  
  105. Syifa binti Abdullah : antara wanita pertama berhijrah ke Madinah. 
  106. Umaimah binti Abdul Mutalib : Ibu Saudara dan juga ibu Mertua kepada Rasulullah s.a.w. Anak perempuannya Zainab binti Jahsy ialah Ummul Mukminin. 
  107. Umaimah binti Shubaih : ibu kepada Abu Hurairah r.a. 
  108. Umainah binti Khalaf : beliau dan suaminya Khalid bin Said adalah antara yang terawal memeluk agama Islam di Mekkah. 
  109. Umamah binti Abi Al-Ash : Cucu Rasulullah s.a.w. puteri kepada Zainab binti Muhammad s.a.w .
  110. Umamah binti Hamzah : anak perempuan Hamzah bin Abdul Mutalib. Beliau pernah ditawarkan oleh Ali Bin Abi Talib untuk dinikahi oleh Baginda, namun baginda menegaskan bahawa Umamah tidak halal baginya kerana ayah Umamah (Hamzah) adalah saudara susuan Nabi s.a.w. 
  111. Umayyah binti Qais : memeluk Islam ketika berusia 14 tahun. Beliau menyeratai Peperangan bersama Rasulullah s.a.w. sebagai jururawat merawat tentera-tentera Islam yang cedera. 
  112. Umayyah binti Raqiqah : antara wanita Madinah yang berbaiah dengan Nabi s.a.w ketika baginda tiba di Madinah semasa Hijrah. 
  113. Ummi Darda : Tokoh ilmuan Islam di Baitul Maqdis.  Kuliahnya dihadiri oleh Imam, para juri dan ahli hadis. 
  114. Ummu Abdi binti Abdi Wud : ibu kepada Abdullah bin Mas'ud. Antara yang terawal memeluk Islam . 
  115. Ummu Aiman Barakah binti Sa'labah : antara pengasuh Rasulullah s.a.w. dan dianggap sebagai ibu oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menikahi Zaid bin Haritsah. 
  116. Ummu Al-Qamah : keredhaan seorang ibu kepada anaknya (Al-Qamah) yang hampir nazak telah menyelamatkannya anaknya dari Api Neraka. 
  117. Ummu Amir binti Yazid As-Sakar : antara wanita pertama berbaiat dengan Rasulullah s.a.w.
  118. Ummu Anas : seorang wanita di zaman Nabi s.a.w. yang berani bertanya sesuatu perkara agar menambahkan ilmu dan meningkatkan amalannya. 
  119. Ummu Atiyah Al-Ansariyat : jururawat Islam di zaman Rasulullah s.a.w
  120. Ummu Ayman : Jururawat Islam di zaman Rasulullah s.a.w
  121. Ummu Ayyub binti Qais : pernah menjaga makan dan minum Rasulullah s.a.w. 
  122. Ummu Habib binti Ash al-Qursyiyah : seorang pejuang wanita yang sangat berani ketika Peperangan Yarmouk. 
  123. Ummu Hakim binti Haris : isteri Ikrimah bin Abu Jahal, beliau memeluk Islam ketika penaklukan Mekah. Beliau menemui Rasulullah s.a.w untuk meminta perlindungan dari Baginda kerana Ikrimah termasuk dalam senarai mereka yang perlu di bunuh.. akhirnya Baginda memberi perlindungan kepada Ikrimah, dan Ikrimah menjadi Muslim yang taat dan gugur syahid di medan perang. 
  124. Ummu Haram binti Milhan : antara wanita yang memberikan sumbangan besar kepada Islam dizaman Nabi s.a.w. 
  125. Ummu Hisyam binti Harisah : antara wanita terawal memeluk Islam di Madinah dan berjiran dengan Rasulullah s.a.w. 
  126. Ummu Kalsom binti Muhammad : puteri Rasulullah s.a.w. Berkahwin dengan Uthman bin Affan r.a. setelah wafat kakaknya Ruqayyah binti Muhammad. 
  127. Ummu Kalthum binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w. - puteri kepada Fatimah az-Zahra dengan Ali bin Abi Talib. Beliau berkahwin dengan Umar Al Khattab. 
  128. Ummu Kalthum binti Suhail: antara wanita terawal memeluk Islam di Mekah dan ikut serta hijrah ke Habsyah. 
  129. Ummu Kalthum binti Uqbah : antara wanita terawal memeluk Islam. Beliau pernah berhijrah ke Madinah dengan berjalan kaki. 
  130. Ummu Khair binti Shakhr : Ibu Abu Bakar as-Siddiq. 
  131. Ummu Hani @ Fakhirah binti Abi Talib : Sepupu Nabi s.a.w. dan adik Perempuan kepada Ali bin Abi Talib... Rasulullah s.a.w pernah 2 kali melamarkan namun ditolak dengan baik oleh Ummu Hani atas sebab-sebab tertentu yang dinyatakan kepada Baginda. 
  132. Ummul Hakam binti Abi Sufyan : anak perempuan Abu Sufyan bin Harb, memeluk Islam pada hari Pembukaan Kota Mekah. 
  133. Ummu Ma'bad al-Khuzai'ah : seorang wanita yang pernah menjamu makan dan minum Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar serta pengiring mereka ketika baginda singgah di rumah Ummu Ma'bad dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. 
  134. Ummu Ri'lah al-Qusyairiyah : Seorang wanita di zaman Nabi s.a.w yang sangat diplomatik. 
  135. Ummu Rumah binti Amir : Wanita utama kepada Nabi s.a.w. Menantunya adalah Rasulullah s.a.w, suaminya adalah Abu Bakar as-siddiq dan anak perempuannya ialah Aisyah binti Abu Bakar dan Asma binti Abu Bakar dan anak lelakinya ialah Abdul Rahman bin Abu Bakar, penunggang kuda yang paling baik dan pemanah handal. 
  136. Ummu Salama Hindun bt Abi Umayyah : antara wanita pertama berhijrah ke Habsyah. 
  137. Ummu Sinan : seorang pejuang wanita yang hebat. Dialah yang menghias Syafiyah binti Huyai (Ummul Mukminin) pada hari pernikahannya dengan Rasulullah s.a.w. 
  138. Ummu Sulaim binti Malhan : ibu kepada Anas bin Malik.Turut meriwatkan hadis Rasulullah s.a.w. 
  139. Ummu Sulaiman : Antara jururawat Islam di zaman Rasulullah s.a.w yang merawat tentera Islam di medan pertempuran. 
  140. Ummu Syuraih al-Quraiisyiah Ghaziyah binti Jabir : seorang wanita di zaman Rasulullah s.a.w yang banyak berdakwah dan mengajak wanita Quraisy untuk beriman kepada Allah s.w.t secara sembunyi-sembunyi. 
  141. Ummu Waraqah binti Naufal : Datuknya ialah Waraqah bin Naufal. Antara yang turut mengumpulkan Al-Quran. 
  142. Ummu Zar al-Ghifariyah : isteri kepada sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Zar al-Ghifari. Beliau setia mendampingi suaminya walau dalam keadaan apa sekalipun. 
  143. Ummu Ziyad : wanita yang turut berjuang dalam Perang Khaibar. 
  144. Urwah binti Haris : sepupu Rasulullah s.a.w. antara sahabat wanita yang terkenal dengan kefasihan berbicaranya. 
  145. Yvonne Ridley : Wartaman British yang menjadi tawanan Taliban pada tahun 2001. Beliau memeluk Islam setelah dibebaskan dan kini giat berkempen untuk Islam. 
  146. Zainab binti Ahmad : Tokoh ilmuan wanita Islam pada abad ke 14, antara murid-murid beliau ialah Ibn Batutta.
  147. Zainab binti Ali : cucu Rasulullah s.a.w - puteri kepada Fatimah bt Muhammad dengan Ali Bin Abi Talib. 
  148. Zainab binti Jahsy : Ummul Mukminin ke 7 - bekas isteri Zaid bin Haritsah, anak angkat Rasulullah s.a.w. Surah Al Ahzab ayat 37 diturunkan yang memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya menikahi Zainab (Hukum berkahwin dengan bekas isteri anak angkat).
  149. Zainab binti Khuzaimah : Ummul Mukminin ke 5, terkenal dengan sifat dermawan terhadap golongan miskin dan digelar "Ummul Masakin" (Ibu orang-orang miskin). 
  150. Zainab binti Muhammad : puteri sulong Rasulullah s.a.w.
  151. Zubaidah binti Ja'afar : Isteri Khalifah Harun al-Rasyid, mempunyai pengaruh besar dalam urusan pentadbiran negara. Pernah membina mataair di Mekah untuk keperluan jemaah Haji yang dikenali dengan "Ain Zubaidah". 

Yang berkaitan :

Rujukan:
  1. Rahsia-Rahsia Besar disebalik Sirah Rasulullah - Saari Sungib :Kemilau Publika Sdn Bhd
  2. Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman : Syeikh Muhammad Sa'is Mursi - Al Hidayah Publication
  3. 100 Tokoh Wanita disisi Rasulullah s.a.w. - Hepi Andi Bastoni - Kemilau Publika Sdn Bhd
  4. Men and Women Around The Messenger (PBUH) : Sa'a Yusuf Abu 'Aziz - Darusslam , Saudi Arabia
  5. Biografi Agung Rasulullah s.a.w : Rusydi Ramli Al-Jauhari - Mustread Sdn Bhd
  6. Sejarah 133 Wira Terbilang di Zaman Rasulullah s.a.w : Dr. Khalid Muhammad Khalid - Al- HIdayah Publications.
  7. Sirah Nabawiyyah s.a.w : Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


Update: 23 August 2019.


3 comments:

Kinzack said...

Terima kasih banyak ❤️
May Allah bless you

Anonymous said...

Bolehkah sertakan referensi nya? Terima kasih.

Anonymous said...

Sudah saya masukkan