Saturday, 29 February 2020

UJUB TANPA KITA SEDARI

Kredit: Ustaz Zulkarnain Dollah
FB Panduan Hidup Beragama

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
UJUB lain, RIAK lain.
Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada.
Contoh:
Kita solat tahajjud diam², takda siapa tahu, dan kita tak cerita orang, dgn harapan tiada riak, sbb kerana Allah.
Tetapi, dalam hati berkata², "hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajjud, org lain tidurrr je..."
👆🏽itulah ujub, walaupun org lain tak tahu, & tidak riak...

Penyakit UJUB ni antara penyakit hati yg paling tersembunyi.
Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.

• Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
• Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
•. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
•. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan:
"UJUB adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat"

Muthrif rahimahullah telah berkata:
“Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi Imam. Setelah selesai beliau berkata:
“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:
"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

"Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu KEDEKUT yang ditaati, hawa NAFSU yang diikuti dan UJUB (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata:
"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit UJUB. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya."
(Syarh Arba’in)

Hanya tanpa sifat Ujub, barulah ikhlas 100%. Sifat ujub boleh dikurangkan dengan:
1. Byk² istighfar memohon ampun kpd Allah, setiap kali terdetik kehebatan diri,
2. Mengganggap semuanya dr Allah jua, dan
3. Berdoa mohon bantuan Allah.

Mari kita sama2 muhasabah diri, dan cuba yg terbaik. Semoga Allah bantu kita mengikis penyakit ujub. In Shaa Allah. Alhamdulillah
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا
Copy and paste: 29 Februari 2020 / 5 Rejab 1441H: 4.32 am

No comments: