KREDIT: SABARIAH ABD MAJID - FB RINDU HARAMAIN
Masjid Hudaibiyah merupakan salah satu tempat miqat Umrah yang terletak kira-kira 22km dari sempadan Mekah menuju ke Jeddah.
Keadaan masjid itu tidak gah seperti Miqat Bir Ali atau Tanaim kerana keadaannya kelihatan daif dan tidak terurus dengan tandas yg kurang selesa, kekurangan air untuk mengambil wudhu dan masjid yang agak sempit. Bagaimanapun itu tidak menghalang jemaah untuk bersolat dan berniat ihram di sini.
Menjadikan Hudaibiyah ini dikenali adalah kerana perjanjian yang berlaku diantara Rasulullah s.a.w dengan Pihak Kafir Quraisy yang dinamakan sebagai PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Ketika Rasulullah s.a.w bersama rombongan seramai 1400 orang (ada yg mengatakan 1000) penduduk Islam Madinah ingin menuju ke Mekah untuk menunaikan haji, wakil pihak Musyrikin Mekah telah menemui Rasulullah untuk bertanyakan tujuan kedatangan rombongan itu.
Rasulullah s.a.w kemudian mengutuskan Uthman bin Affan untuk berunding dan menjelaskan tujuan kedatangan mereka ke Mekah namun gagal. Kemudian tersebar desas desus mengatakan bahawa Uthman bin Affan telah dibunuh membuatkan orang islam Madinah berikrar sumpah setia yang dikenali sebagai 'Baiah Ar Riduan' untuk menuntut bela keatas kematian Uthman bin Affan.
Kerana masih dibelenggu ketakutan akibat kekalahan ketika peperangan Badar, kaum kafir Quraisy akhirnya membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar utusan untuk menemui Rasulullah dan membuat perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian damai yang dimeterai pada tahun ke 6 Hijrah merupakan perjanjian damai pertama didalam sejarah islam. Antara isi perjanjian itu adalah:
i) Genjatan senjata selama 10 tahun. Tiada serangan diantara kaum Muslimin Madinah dan Musyrikin Mekah.
ii) Orang Quraisy Mekah yang lari kepada pihak Islam Madinah tanpa kebenaran keluarga harus dikembalikan
ii) Orang islam Madinah yang lari kepada pihak Quraisy Mekah tidak perlu dikembalikan
iv) Kaum muslimin tidak dapat melakukan haji dan umrah pada tahun tersebut tetapi dibenarkan membuat haji pada tahun hadapan selepas itu.
v) Kaum Muslimin dibenarkan memasuki Mekah tetapi hanya dibenarkan tinggal selama 3 hari dan hanya boleh membawa senjata bersarung sahaja
Setelah perjanjian dimeterai, Rasulullah telah diminta oleh seorang lelaki dikenali sebagai Abu Jandal bin Suhail untuk menyelamatkannya dari Kaum Quraisy. Abu Jandal yang sudah masuk Islam di Makkah tetapi ditahan oleh orang Quraisy dan diseksa dalam penjara. Tangannya terikat dan badannya penuh dengan luka serta calar.
Namun wakil orang Quraisy tetap menuntut agar Abu Jandal diserahkan kembali kepada mereka dengan menguna pakai perjanjian Hudaibiyah walaupun Rasulullah menawarkan wang sebagai ganti kepada Abu Jandal namun tetap ditolak.
Dengan rasa hiba dan berat hati Rasulullah s.a.w serta sahabat terpaksa melepaskan Abu Jandal untuk menunjukkan tanda ikhlas dan jujur kaum Muslimin pada perjanjian yang sudah dipersetujui.
Selang Beberapa hari datang seorang lelaki bernama Abu Basir yang baru memeluk Islam bersama dua orang lain tetapi Rasulullah s.a.w dengan berat hari terpaksa menolak dan menyuruh mereka pulang semula ke Mekah. Ketika dalam perjalanan seorang daripada mereka dibunuh oleh orang Quraisy. Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w membenarkan Abu Basir dan sahabatnya tinggal di suatu tempat di pinggir Laut Merah kerana daerah itu tidak terlibat dengan Perjanjian Hudaibiah.
Setelah beberapa ketika Abu Jandal dapat meloloskan diri dari tahanan orang Quraisy dan beliau kembali dengan membawa 70 orang Islam bersamanya. Mereka kemudian menetap dan bersatu dengan pasukan Abu Basir dan berazam menentang orang Quraisy dengan melakukan serangan terhadap rombongan dagang Quraisy yang sering melalui daerah pinggir Laut Merah untuk ke Syria sehingga menyebabkan urusan dagangan ke Mekah tergugat
Malah penduduk Quraisy menjadi makin terhimpit dan takut untuk keluar berdagang kerana risau akan diserang pihak Abu Jandal dan Abu Basir. Ini membuatkan mereka sedar bahawa Perjanjian Hudaibiah itu telah merugikan mereka.
Akhirnya, utusan Quraisy berjumpa dengan Rasulullah s.a.w meminta supaya usul kedua(ii) dan tiga(iii) daripada Perjanjian Hudaibiah itu dihapuskan. Mereka juga meminta pasukan Abu Jandal dan Abu Basir itu dipanggil balik ke Madinah. Rasulullah s.a.w bersetuju memangil balik pasukan itu dan pasukan Islam menjadi semakin kuat apabila kesemuanya bersatu kembali.
Dengan pembatalan 2 daripada usul perjanjian itu membuatkan pihak Quraisy menafsirkan bahawa pihak Muslimin semakin lemah sehingga kaum Quraisy merancang untuk melanggar perjanjian damai itu dan membuat persiapan untuk berperang dan menyerang kaum Muslimin ketika mereka datang untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya.
Berita itu sampai ke pengetahuan Baginda Rasulullah s.a.w. Ketika persiapan kaum Muslimin yang akan berangkat ke Makkah pada musim haji tahun berikutnya, Baginda memperlengkapkan mereka dengan senjata, bukan sekadar untuk perlindungan diri tetapi untuk peperangan yang dijangka berlaku. Baginda dan para pengikutnya bernekad akan tetap pergi ke Mekah samada untuk menunaikan haji atau berperang jika ditentang kerana yakin dengan kekuatan Islam yang semakin berkembang ketika itu.
Rasulullah s.a.w ketika itu dibantu oleh beberapa pembesar Quraisy seperti Abbas, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang selama ini memimpin pasukan Quraisy melawan Baginda dan Abu Sufian yang dianggap sebagai ketua besar kaum Quraisy Mekah setelah kematian Abu Jahal.
Ketika menghampiri kota Mekah, Rasulullah menghantar perutusan sebagai satu jaminan keselamatan bagi penduduk Mekah dalam pertempuran nanti.
Pengumuman itu berbunyi: "Siapa saja yang masuk atau berlindung di rumah Abu Sufian di Mekah akan terlindung daripada serangan kaum Muslimin. Dan siapa yang tinggal di dalam rumah sendiri akan aman. Akan aman juga daripada sebarang bencana siapa yang berlindung dalam Masjidil Haram di sekitar Kaabah."
Nabi Muhammad SAW mempersilakan Abu Sufian sendiri menyampaikan pengumuman itu kepada penduduk Mekah sebelum pasukan besar kaum Muslimin sampai ke sana. Lalu Abu Sufian pergi bersama beberapa orang pilihannya ke Mekah untuk menyampaikan pengumuman penting itu.
"Wahai penduduk Makkah! Seperti yang kamu tahu, aku sudah memeluk agama Islam. Muhammad akan tiba ke sini sebentar lagi dengan angkatan perang yang besar. Jika kamu masih berazam untuk mempertahankan bumi Mekah daripada kemasukan kaum Muslimin, tiada guna kamu menentang mereka sebab kamu tidak akan berupaya menentang kami"
Penduduk Mekah berasa takut dan mereka bersembunyi ditempat seperti dimaksudkan dan tidak berlaku sebarang pertumpahan darah sepanjang ibadah haji dijalankan.
Perjanjian Hudaibiyah telah membantu berkembangnya Syiar Islam dan Madinah diiktiraf sebagai Negara Islam dan turut membantu pembebasan Mekah dari Kaum Musyrikin Quraisy.
Dengan pengiktirafan Rasulullah s.a.w telah membuka mata dan mengeratkan hubungan orang Islam dengan Kabilah arab malah Islam telah berkembang dan Madinah menjadi semakin maju.
Dari perjanjian Hudaibiyah ini kita dapat melihat betapa hebatnya Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan agama Islam dan politik Baginda lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran yang logik dan melampaui batas akal fikiran kita
Copy and paste: 6/2/2020: 8.16 am
No comments:
Post a Comment